Friday, July 21, 2017

HARAP MAAF

TESTING

BLOG INI SEDANG DALAM PENYELENGGARAAN. 

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.

ANDA BOLEH MEMBACA ISI KANDUNGAN LAIN DALAM BLOG INI.

HARAP MAKLUM

Saturday, April 8, 2017

KENAPA KENA BERSALIN MELALUI PEMBEDAHAN CESAREAN SECTION (CZER)?

Dup-dap-dup-dap.. Sekejap je dah masuk 37 minggu lebih usia kandungan saya sekarang. Insha Allah pada minggu ke-38 (hari Selasa depan lagi 3 hari je!) saya akan bertemu dengan Buahatikusayang anak ketiga kami melalui pembedahan Cesarean Section (saya suka sebut czer je).

Bila saya share kat FB pasal saya kena bersalin czer ni, ramai yang bertanya kenapa? Ada apa-apa masalah ke? Bertalu-talu juga soalan yang saya terima. Alhamdulillah dan terima kasih ye sebab ramai yang ambil berat hal saya dan baby :) 

Kenapa saya kena czer jugak kali ni? Haa.. nampak tak perkataan 'jugak' tu. Bermaksud, sebelum-sebelum ni saya memang dah pernah kena czer. Bukan pintaku.. namun Allah lebih mengetahui segalanya. Tak berdosa pun kalau terpaksa bersalin czer, cuma kita tak berpeluang menikmati pengalaman melahirkan secara normal.. tu je ;) Chill je jangan sedih-sedih. Yang penting, semuanya selamat dari mula sampai akhir baby dilahirkan. Insha Allah..




Sebenarnya ada banyak sebab kenapa seseorang ibu tu kena bersalin secara czer ni. Antaranya uri di bawah, poor progress, tekanan darah tinggi (emergency czer) dan lain-lain lagi. Saya pula, dah 2x merasa bersalin czer. 

Jom baca pengalaman kenapa saya melahirkan anak-anak secara czer. 

Anak pertama

11 Disember 2008 ~ saya melahirkan Aien Nur Sophea melalui pembedahan czer. 




Kesnya ialah Pre-Eclampsia di mana waktu tu masa kandungan berusia 8 bulan (32 minggu) tekanan darah saya naik mendadak sampai 150 kalau tak silap. Ditambah pula dengan kandungan protin yang tinggi dalam urin  saya (air kencing) menyebabkan saya didiagnose menghidap Pre-Eclampsia masa tu. Pelik sangat dengan terma kehamilan yang saya tak pernah dengar selama ni. Namun semuanya kembali stabil lepas saya amalkan minum air kelapa muda setiap hari dan kawal tekanan darah tanpa ubat.

Air kelapa muda memang terbukti berkesan meneutralkan segala protin dan kotoran dalam darah dan urin kita. Pernah dengar tak, minum air kelapa untuk bersihkan darah? Doktor pun terkejut bila urin saya tiba-tiba bersih dan neutral dari protin.

Masuk minggu ke-37 masa tu, doktor Prof. Hatta (HUKM) mencadangkan kelahiran Aien diawalkan secara induce. Kalau tak silap saya, tekanan darah dah ok cuma masih kena pantau. Masa tu saya tak rasa apa-apa kontraksi nak bersalin pun. Doktor induce 2x tapi jalan masih tak buka. Setakat 2cm je. Memandangkan masa tu doktor nak bercuti ke luar negara dan tak nak kelahiran Aien serta saya sendiri berisiko, beliau mencadangkan Aien lahir secara pembedahan czer. Tapi itupun terpulang kepada keputusan kami suami-isteri. 

Atas nasihat doktor, kami setuju untuk melahirkan Aien awal secara czer. Alhamdulillah urusan kelahiran dipermudahkan dan semuanya dalam keadaan baik. Cuma mungkin dipaksa lahir awal, Aien kena jaundis yang tinggi. Kena duduk bawah lampu di NICU HUKM selama 4 hari. Masa ni ada rezeki juga sebab dapat duduk dalam wad dengan baby dan menyusukan dia setiap sejam. Nurse baik sebab sediakan saya kerusi yang boleh dijadikan katil untuk baring. Alhamdulillah sekarang Aien dah darjah 2 dan membesar dengan sihat dan bijak berkat menyusu sepenuhnya dengan susu ummi :)


Anak kedua

26 November 2011 ~ saya melahirkan Anieq Sufi melalui pembedahan czer juga.






Anieq lahir pada usia 39 minggu 3 hari. Dia memang lahir cukup tempoh matang dan memang turun tanda nak lahir. Dari rumah saya dah ada tanda bleeding sikit-sikit. Terus siap-siap drive balik rumah mak kat Cheras berdua je dengan Aien. Masa tu En Billy kena kerja, belum dapat cuti maka saya kena berdikari sendiri.

Tengok gambar kat atas, kenapa Anieq kena pakai alat bantuan pernafasan tu?

Kisahnya begini.

Lepas sampai rumah mak, saya tetap tak ada rasa nak bersalin. Apa kontraksi pun takde. Jadi, saya ambil keputusan untuk duduk je rumah dulu. En Billy datang rumah mak petang lepas balik kerja. Malamnya En Billy bawak saya jalan-jalan dengan harapan membantu jalan cepat terbuka.

Esoknya pagi Jumaat, saya dah rasa sakit-sakit sikit kat bawah. Kepala baby memang dah masuk laluan sebab tu dah rasa sakit-sakit. Saya mintak En Billy jangan pergi kerja mana tau kot saya nak beranak dah kan..

Bila buang air kecil lendir campur darah makin banyak. Mak cakap, bolehla pergi hospital check mana tahu jalan dah bukak banyak. Kami pergi berdua je tinggalkan Aien kat rumah mak. Masuk je kat PAC HUKM, doktor check jalan dah buka 2cm.

Saya cakap dengan doktor,

"Oh.. baru 2 cm je doktor. Saya nak balik dululah kalau macam tu. Sebab selalunya 2cm ke 10cm tu mesti lama.." 

Pandai je saya cakap. Yelah.. saya selalu baca pengalaman orang lain yang bersalin normal sebagai persediaan saya nak bersalin normal kali ni. Saya taknak duduk hospital lama-lama. Saya nak, sakit-sakit, jalan bukak terus beranak. Senang macam tu. Tapi rupanya saya berangan je hehe.. Doktor tak bagi saya balik memandangkan haritu hari Jumaat. Dia takut jalan jem walaupun rumah mak dengan HUKM tak jauh mana pun. Dalam 15 minit kalau tak jem dah sampai. Doktor takut nanti saya tak sempat nak sampai kat hospital. Terpaksalah saya akur terus masuk wad pagi tu.

Dah settlekan urusan pendaftaran wad, En Billy pergi solat Jumaat. Lama jugak saya tunggu kontraksi dan sakit yang kerap-kerap tapi hampeh aje. Takde sakit yang kerap. Sakit kejap-kejap je tu pun sesekali je.. Dah pukul 6 petang doktor pecahkan air ketuban mungkin dengan harapan bukaan besar lebih cepat. Basah lencun lah saya.. terus saya ditolak pegi Labour Room (LR). Masuk ubat poopoo sekejapan je saya rasa nak membuang tak tertahan-tahan. Kosong usus besar saya.. legaaa! ;p

Lepas air ketuban pecah memang sakitnya Allah je yang tahu. Ni kan kali pertama saya rasa sakit kontraksi. Masa Aien dulu tak sempat merasa hehe.. Maka menahan la saya atas katil nak buat apapun tak jadi. Sambil En Billy tolong tengok dan tenangkan saya sesekali. Dahla sakit, perut kena ikat dengan alat CTG scan untuk check jantung baby.. nak je saya cabut dan turun katil pegi jalan-jalan dalam LR tu untuk kurangkan sakit. Rasa macam apa je kena ikat camtu. Tak suka!!!

Gambar pinjam google. Ibu ni senyum lebar kena ikat. Dia berlakon je tu.. :p




Lama sangat waktu dirasakan masa tu.. doktor sesekali datang check. Baru 3cm. Lepastu check lagi baru 5cm. Datang lagi.. 5cm juga. Malam pun 5cm lagi. Aik, takkan tak bukak-bukak besar lagi.. saya dah separuh mati menahan sakit ni Ya Allah.. sedut gas pun tak rasa lega. Sakit sangat-sangat. Perumpamaan dia, beratus tulang dipatahkan sekaligus haa.. macam tu lah rasanya sakit nak bersalin. 


Pinjam lagi gambar google. Gambar sendiri tak sempat nak amik hehe..

Mata saya tak lepas tengok jam kat dinding LR tu. Eh.. dah pukul 10 malam. Eh.. dah 12 tengah malam. Tapi bukaan saya still 5cm tak gerak dari petang tadi. Air ketuban dah 6 jam dah pecah ni. Doktor datang bagitau, kalau lebih 6 jam bukaan masih tak capai 10cm, saya terpaksa bersalin Emergency Cesarean. 

"Bahaya jika nak tunggu lagi lebih 6 jam ye Puan. Sebab Puan ada history anak sebelum ni czer. Jadi, kami tak nak tanggung risiko apa-apa yang buruk berlaku atas Puan dan bayi.."

Lebih kurang macam tu la ayat doktor kat saya.

Scan CTG masa tu menunjukkan jantung baby masih ok tapi dah makin menurun. Saya dah penat. En Billy pun penat sama menunggu. Mungkin masa tu baby pun stress dan penat sebab tu bukaan masih sama tak bergerak-gerak. Ni saya ada terbaca pasal baby penat dan tak cukup tenaga nak push keluar. Jadi, bukaan tu masih sama. Wallahua'alam.. Allah Maha Mengetahui.

Tepat 12.30am hari Sabtu, doktor datang lagi masuk LR tengok saya. Check bukaan masih sama juga 5cm. Terus doktor arahkan untuk saya siap-siap diczer. Dengar je kena czer terus saya rasa lega sangat! Hilang sekejap sakit kontraksi tu haha.. Proses persiapan nak czer sangat pantas. Tengah-tengah malam buta tu (awal pagi la sopan sikit ayat hehe..) staf semua bertungkus lumus nak siapkan saya untuk diczer.. pakar bius, pakar bedah, nurse... semua yang terlibat. Ya Allah bertuah sangat dapat team yang baik masa tu.

Dalam keadaan menahan sakit tu saya kena sign borang bedah, tukar baju bedah, tukar katil bedah.. semualah yang berkenaan nak czer ni secara cepat. Yang paling sengsara sangat masa nak tukar katil sebab sakitnya saya rasa bila nak bangun dari katil LR ke katil bedah..

Masa nak cucuk epidural lagi sekali saya tersentak sebab tau je lah jarum dia panjang mana kan.. sakit tak sakit belakang kira. Kontraksi nak bersalin tu lagi sakit kalah semuanya. Baru kau tahu! ;)




Tak lama lepas tu, doktor test kekebasan bius tadi. Saya dah mamai-mamai dah.. penat dan ngantuk pun ye. Yelah.. kan waktu tidur tu.. kena pulak berjaga melahirkan baby. So, doktor pun mulakan operasi. Gelak-gelak borak-borak cool je diorang buat kerja. Sambil-sambil tu doktor tanya saya sakit tak, saya terasa ngilu sikit. Doktor tambah dos morphine kalau tak silap. Sekejap je lepas tu, terdengar suara baby menangis sekuat-kuatnya.. Alhamdulillah baby saya selamat dikeluarkan dari perut pukul 1.30 pagi. Tapi doktor tak terus bagi dia kat saya. 

Saya sempat tanya kat doktor, "Baby saya mana, doktor?"

Doktor cuma bagitau, "Ada tu.. kami bagi dia oksigen sikit"

Lepastu saya biarkan je doktor habiskan tugas dia jahit menjahit semua.. saya rasa masa tu terus saya tidur. Tak sedar apa dah.. Sedar-sedar je dalam pukul 4 pagi rasanya, saya dah ada dalam wad balik. Tengok En Billy pun dah selamat tidur kat kerusi sebelah saya. Subuh baru dia bangun solat semua. Bila dah sedar dari pening mamai ngantuk semua tu, barulah saya tahu Anieq kena masuk oksigen lepas je lahir pagi tadi sebab jantung dia dah lemah, lama sangat nak lahir lepas air ketuban pecah. Mujurah segalanya selamat dan dia tak apa-apa. Syukur Alhamdulillah.. Anieq lahir bebas jaundis. Dia juga membesar sihat, cergas dan cerdas dah hampir 6 tahun umur dia sekarang :)


Anak ketiga

11 April 2017 ~ Insha Allah saya bakal melahirkan anak ketiga kami juga melalui pembedahan czer 3 hari lagi. Macam-macam perasaan ada sekarang :)


Gambar scan 4D.. comelnya dia! Puji anak sendiri je hehe..

Semua orang sedia maklum, kelahiran ketiga ni jika anak pertama dan kedua dah kena czer, maka doktor memang akan sarankan kita untuk czer juga bagi mengelakkan sebarang risiko ke atas diri ibu dan bayi. Faktor usia saya yang dah lebih 35 tahun (saya bakal 37 tahun bulan September nanti), juga memainkan peranan besar untuk kelahiran ketiga ni diczer. 

Memang ada ibu yang bernasib baik (usia masih muda mungkin), yang direzekikan untuk kelahiran normal walaupun dua anak sebelumnya czer. Apapun, kita ikut nasihat pakar lah ye. Lebih terjamin Insha Allah dan selain dari itu kita berserah kepada Allah Yang Maha Kuasa. En Billy siap cakap lagi, mana la tahu tiba-tiba baby nak lahir normal pulak. Siapa kita nak nafikan kuasa Allah kalau Allah nak beri peluang tu kan ;)

Doakan semoga saya diberi kesihatan yang terbaik agar dapat menempuhi tempoh bersalin dan berpantang yang lebih teliti lepas czer nanti. Insha Allah, pengalaman berpantang czer dua anak sebelum ni akan saya jadikan panduan selama berpantang anak ketiga kami nanti. 

Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan dari mula sampai akhir. Tiada dayaku melainkan dengan kuasaMu Ya Allah.. AMIN YA RABBAL ALAMIN ~

Wednesday, March 15, 2017

SERONOKKAH BERSHAKLEE?




Berkumpul beramai-ramai di Shaklee Business Leaders National Conference 2017 yang pertama kali diadakan hari Sabtu beberapa minggu lepas sangat menaikkan aura kami. Kebetulan kena dengan tarikh sebelum saya berpantang, jadi merasalah saya join. Kalau Shaklee buat lewat sikit memang saya tak merasa lah ;)






Seronok sebab ada pelbagai strategi dari pihak Shaklee untuk membantu kami para leaders dalam plan bisnes 2018 tahun depan. Rasanya ada banyak company yang dah gulung tikar dalam keadaan ekonomi sekarang, namun bertuahnya kami sebab Shaklee adalah sebuah syarikat besar yang kukuh di US dan terus berkembang di Malaysia hampir 30 tahun! Shaklee sendiri dah lebih 100 tahun berada di pasaran US!




Shaklee terus mendapat sambutan hangat daripada seluruh genap lapisan masyarakat di Malaysia. Buktinya, dalam masa beberapa minggu ni, banyak produk yang laris sampai habis stok di Shaklee! ESP, Alfalfa, Krim Herbal Blend, Vivix yang berhantu ni pun sama habis stok sampai kami terpaksa menyabarkan customer untuk tunggu stok masuk semula :)




Bila produk hebat, maka kesannya juga hebat! Terbukti jutaan manusia di seluruh dunia telah memiliki kehidupan yang lebih sihat dengan Shaklee di mana 25% dari hasil keuntungan di US adalah dari pengguna yang setia selama 30 tahun atau lebih dengan produk Shaklee. 

Shaklee bukan calang-calang produk makanan tambahan sebab ia mempunyai lebih 100 clinical studies, lebih 20 tahun landmark study dan juga pemenang 137 pingat sukan Olimpik. Saya sendiri dah amalkan Shaklee sejak Setember 2009 iaitu masa menyusukan Aien hampir 8 tahun dulu. Lama jugak rupanya patutlah saya yakin dengan Shaklee!

Ini antara pengamal suplemen Shaklee di peringkat dunia:

Team NASA 




Astronault kembar NASA, Kapten Mark dan Scott Kelly




Jomlah join kami makan suplemen untuk kesihatan. Nak kekalkan kesihatan bukan mudah. Sekarang mungkin kita tak nampak kesannya. Namun, kita boleh tengok 20 - 30 tahun akan datang.. bagaimana tahap kesihtan kita setelah berpuluh tahun mengamalkan gaya hidup sihat bersama Shaklee :) Macam saintis Shaklee ni.. kekal sihat bertenaga walaupun sebenarnya usia masing-masing dah dekat 70 tahun!




Selain tu, Shaklee boleh bagi side income kat kita tau! Jom risik, saya akan bagitahu caranya. Mana tahu boleh dapat makan vitamin percuma pulak nanti? Siapa nak bagi? Shaklee boleh bagi :)

Nak cari duit poket lebih pada zaman yang mencabar ni boleh hubungi saya terus. 
Jannatul Fadilah: 012-679 0484

Salam kasih sayang 

Thursday, February 16, 2017

PUAS MAKAN FREE!

Siapa hantu Meat Ball IKEA mesti perasan menu ni. Sedapnya!




Hari Sabtu minggu lepas, kami pergi shopping perabot sikit kat IKEA Cheras. Memandangkan hujung minggu je yang kami mampu nak balik Cheras dari Kajang, maka pilihan balik minggu lepas tu yang paling tepatlah kiranya. 

Sambil nak balik jenguk mak, nak COD 2 Set buy 1 Free 1 Lecithin dan 1 set buy 1 Free 1 Alfalfa sekali dengan Vitamin E Shaklee kat Shima jiran belakang rumah mak. Sekali nak COD kat Kak Zah kat Jalan 52 Bukit E. Malamnya pulak plan nak COD ke Pandan Indah Set Bersalin Shaklee kat Kak Yusniza yang nak bersalin esok tapi sebelum tu kami singgahla shopping dulu. Senang nanti balik terus singgah je hantar Shaklee.

Gerak dari Kajang pukul 11.00am so sampai Cheras dah tengahari. Masuk je IKEA terus cari department barang yang nak dibeli. Lama jugak membelek-belek.. biasalah kalau dah masuk IKEA kan macam-macam. Dengan iklan anak-anak lagi kan so masa tu jadi lebih panjang sikit ;) 

Bila dah selesai cari kod barang etc.. barulah terasa perut kelaparan. Babah kata nak solat dulu tapi anak-anak kata lapar. Maka sambil jalan nak ke surau tu kami singgah kat restoran IKEA untuk makan. Masa tengah syok tengok menu, ternampak pulak iklan bagitau ada promosi khas sampai 27 Februari ni. Beli makanan minima RM50 dapat diskaun RM50 untuk jumlah barang RM400 ke atas. Siapa yang tak nak oit! Umpama makan FREE lah kan hehe..




Kami order macam-macam menu. Maklumlah kelaparan katanya. Lagipun nak cukupkan RM50 tu. Karang tak cukup rugi pulak tak dapat diskaun kat perabot tu nanti ;)

Set kanak-kanak yang ada pasta tu dapat free yogurt dengan jus. Aien amik jus epal, Anieq amik yogurt strawberi.




Inilah rupanya Meat Ball IKEA kegilaan ramai tu. Sebenarnya kali pertama saya merasa. Ok je rasa dia, agaknya sebab dah sejuk kot..




Ni pasta kanak-kanak tadi.




Chicken wing ni sedap! Ummi order 2 pinggan hehe.. :)




Satu lagi Set Kanak-Kanak. Simple je untuk budak macam Anieq tu memang kenyang sangat kalau makan ni.




Garlic Bread dia boleh tahan jugak. Kami order sekali dengan Mushroom Soup kesukaan anak-anak. Semua pun anak-anak suka ;p Takde pulak gambar Mushroom Soup tu. Tengok je gambar kat atas tu ye hehe..




Awak semua kalau memang plan nak shopping kat IKEA sampai 27hb ni je ye,dengan bajet beli barang RM400 ke atas dalam satu resit tu boleh la makan sepuas-puasnya kat restoran dia ni. Jangan lupa kena beli makanan RM50 ke atas tau, barulah dapat diskaun RM50 kat barang yang kita nak beli tadi. Kalau tak cukup, sia-sia je uols! Jangan silap bajet sudah....

Oklah. Jumpa lagi next entry :)

Salam kasih sayang 



Wednesday, February 15, 2017

JOM SHARE TIPS ELAK BAYI KUNING AKA JAUNDIS

Alhamdulillah, kandungan saya dah memasuki 30 minggu harini. Saya nak mula minum susu kambing fresh seawal kandungan berusia 7 bulan setengah ni dalam usaha untuk elak demam kuning ataupun Jaundis kat baby lepas dia lahir nanti. Jaundis di kalangan bayi zaman sekarang ni normal sangat. Boleh kata semua bayi baru lahir mesti kena. Cuma saya berusaha untuk jadikan ia sesuatu yang tak normal. Selagi boleh elak, kita cuba elakkan..

Masa mengandungkan Aien tahun 2008 dulu, saya memang tak jaga pemakanan sangat. Saya belasah je makan macam-macam. Air gas, ais, burger Big Mac boleh kata setiap minggu mesti nak makan.. Tak minum susu kambing pulak. Tak makan Set Kehamilan Shaklee. Masa tu belum kenal lagi apa Shaklee ni. Aien lahir ditakdirkan kena kuning yang tinggi sampai 319 bacaan dia masa tu. Duduk NICU sampai 4 hari bawah lampu biru. Dahla 1st baby, kena kuning pulak.. memang sedih sangat.

Masa mengandungkan Anieq tahun 2011 pulak, memang saya amalkan tips minum susu kambing segar ni. Alhamdulillah, Anieq bebas jaundis dengan izin Allah. Maklumlah, orang kata baby lelaki mudah kena kuning ni. So kita usaha jaga-jaga dari dia dalam perut. Boleh baca pengalaman saya bersalinkan Anieq dan berpantang dengan Set Bersalin Shaklee yang sangat best di link ni. Pertama kali berpantang dengan vitamin memang terasa beza sangat!

Jadi baby kali ni, usaha saya tak putus untuk jaga pemakanan sejak dia dalam kandungan especially bab makan vitamin-vitamin Set Kehamilan Shaklee dan bila dah masuk 30 minggu saya minum pulak susu kambing fresh ni. Bila kita dah cuba dan berjaya, saya suka nak share dengan semua orang. Mungkin kebetulan je Anieq bebas jaundis masa tu.. tapi at least kita cuba, kan? Sebab tips ni saya dapat masa tahun 2011 tu lah. Tak salah mencuba :)




Inilah susu kambing segar pilihan saya. Saya pilih susu kambing yang betul-betul segar dari ladang. Takde proses-proses campuran gula, bahan-bahan kimia dan lain-lain. 100% susu kambing asli. Untungnya saya duduk kat Kajang, ada satu ladang kambing kat pekan ni. Dekat jugak dengan rumah, so senang nak pergi amik stok.

Susu ni memang diperah terus dari kambing dan dah dipasteur, terus dimasukkan dalam botol ni. Terus dibekukan. Penjual cakap tahan 3 bulan kalau dia kekal beku macam ni. Tapi takdela saya nak simpan sampai 3 bulan kot. Saya akan buat sebotol tu untuk 2x minum dalam seminggu.

Packaging dia masih sama macam tahun 2011 dulu. Tak ada pun label cantik-cantik cuma botol 'bogel' je hehe.. Tapi tulah, zaman harga barang semua naik ni kan, susu kambing ni pun tak terkecuali harga dia dah naik RM1 berbanding dulu. Dulu En Billy beli sebotol RM5 je. Ok la kot, dalam masa 6 tahun naik RM1 je ;)

Cara saya minum dia:


  • - Nyah bekukan dia semalaman. Letak kat tempat sejuk dalam peti ais
  • - Esok dah cair, goncang-goncangkan bagi sebati lemak-lemak susu + susu 
  • - Tuangkan dalam cawan. Bahagi dua dari sebotol tu. Saya bahagi dua sebab takut susu kambing ni panas kalau minum banyak sebotol terus. Saya buat 2x minum dalam seminggu
  • - Minum sejuk-sejuk sedap kat tekak (sebab saya tak suka bau susu fresh tu. Ada hamis sikit bau dia hehe..)


p/s: Ikutkan petua penjual susu ni, dia kata masa nak minum panaskan je susu tu. tak perlu nak didihkan. Nak bagi dia kekal berkhasiat. Ayat last tu saya yang tambah sendiri ;p


Betul. Susu kambing ni kan kaya dengan protin dan kalsium. Protin ni takyah panaskan sampai mendidih 100 darjah untuk jaga kualiti dia. Macam ESP Shaklee jugak. Kena suam-suam sejuk je. Baru terjamin kualiti dia! :)

Semoga ikhtiar saya kali ni Allah makbulkan dan jauhi baby saya dari jaundis. Mudah-mudahan anda yang praktikkan tips ni pun dapat kesan yang baik seperti yang kita hajatkan :)

Insha Allah.. Amin ~

Silakan share jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat.

Salam kasih sayang 

Friday, February 10, 2017

8 TIPS MENGELAK PASANGAN DARI CURANG

Ini adalah sambungan dari kisah yang saya kongsikan malam tadi. 

Bagaimana mengelakkan suami atau isteri curang?


Gambar kartun Ummi dan Babah, nukilan Aien Nur Sophea, 8 tahun

Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku, namun hal yang sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran untuk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami atau isteri anda berlaku curang, berikut adalah tips yg mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.

1. Selalu Berpenampilan Menarik

Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunya diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.

Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan.

2. Kehidupan Seks Yang Sihat

Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.

3. Persamaan

Menikahlah dengan lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatn yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.

4. Waspada

Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

5. Waktu Hanya Berdua

Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

6. Mencari Kaunselor

Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.

Begitu pula dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda harapkan?

7. Menghargai Pasangan

Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.

8. Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan

Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.

Insha Allah jika dibaja dan dijaga dengan baik, rumahtangga yang bahagia pasti menjadi milik kita sampai akhir hayat...

Salam kasih sayang :)

ISTERI CURANG, SALAH SIAPA?

KENAPA ISTERI BOLEH CURANG ?




Malam jumaat ni saya terpanggil untuk kongsikan mengenai kes isteri curang. Saya tak ingat yang saya ambil artikel ni dari mana. Mohon kongsi kat blog saya ye wahai pemilik artikel ini :) 

Kes isteri curang mungkin berlaku satu daripada 30 kes, tetapi kebelakangan ini kes isteri curang boleh berlaku antara lima hingga enam daripada 10 kes.Perlu ada penerangan khusus tentang maksud curang. Sejauh mana curangnya pasangan? Adakah ia sekadar berkawan, bercinta atau sudah bersama di tempat tidur?

Bagi suami atau lelaki, kalau sekadar berkawan atau bercinta, ia belum boleh merujuk sebagai curang. Berbeza dengan isteri atau wanita, syarak mengharamkan isteri menyimpan rasa suka apatah lagi rasa cinta kepada lelaki selain suami.Jika isteri bercinta dengan lelaki lain, isteri itu boleh dikategorikan sebagai curang tidak kira apa pun sebabnya termasuk kegagalan suami menunaikan tanggungjawab.

Kalau suami gagal melaksanakan tanggungjawab menyebabkan isteri beralih kasih, isteri perlu keluar daripada perkahwinan dan bukan dengan bertindak curang kepada suami.Islam menentukan, isteri perlu hormatkan suami walau dalam apa juga keadaan. Jika tidak mampu menghormati suami, keluarlah daripada perkahwinan secara terhormat. Berdasarkan kes yang berlaku, tiga punca berlakunya isu pasangan curang, tidak kira di pihak isteri atau suami.

Cuba-Cuba

Ada individu yang sekadar mahu cuba-cuba, kerana ingin tahu sama ada dirinya masih cantik dan laris di kalangan kawan-kawan di tempat kerja. Bermula hanya cuba-cuba dan apabila sudah berjaya, maka hati akan berbunga. Kemudian hubungan kawan akan mula berpanjangan dan bertukar menjadi pasangan istimewa.

Simpati Berlebihan

Ada pula yang bermula dengan simpati terutama apabila saling berkongsi ujian hidup masing-masing atau berkenalan di tempat kerja.

Simpati bertukar kasihan hingga sanggup berkorban apa saja demi kawan dan akhirnya menjadi kekasih hati hingga lupa status sebenar diri yang telah mempunyai insan yang wajib dikasihi dan diberikan perhatian.

Balas Dendam

Ada juga kes berpunca daripada balas dendam. Ada satu kes awal tahun ini. Seorang isteri dibelasah oleh suami dengan getah paip hingga melecur seluruh badan (bagai terkena air panas) gara-gara terbongkar rahsia si isteri tidur dengan lelaki lain. Bagaimanapun apabila diselidiki si isteri berbuat demikian disebabkan sakit hati dengan sikap suami yang suka bertukar-tukar pasangan.

Di samping tiga faktor pendorong ini, sebab-sebab lain termasuklah kerana tiada niat yang ikhlas ketika mendirikan rumah tangga. Niat yang ikhlas bermaksud bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan sama-sama juga perbaiki diri demi keharmonian rumah tangga.

Niat yang ikhlas ketika berkahwin perlu kerana keikhlasan yang wujud boleh mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan melakukan kesilapan yang sama.

Seorang yang ikhlas dalam hubungan perkahwinan akan redha dan percaya, kesilapan yang dilakukan oleh pasangannya adalah sebagai ujian daripada Allah dan perlu berusaha untuk membetulkan kesilapan pasangan.

Semoga Allah merahmati rumahtangga kita semua dan menjauhi dari segala ujian berat hingga terjadinya kes curang ini.. amin..

Salam kasih sayang :)

Wednesday, February 8, 2017

MARAH-MARAH SAYANG...

Nama pun Ummi. Ummi biasanya garang, kan? Tak terkecuali dengan ummi Aien Anieq ni. Garang lah sangat saya dengan anak-anak ;p

Kisahnya.. lepas makan malam tadi, Anieq nak main bola dalam rumah. Bola kotor bawak masuk rumah, ummi apalagi... mestilah tak bagi main. Dia pun agaknya dah mengantuk, tiba-tiba degil pulak nak main jugak. Dia siap basuh bola tu dan lap dengan kain lap tangan. Kotor kan.. budak umur 5 tahun basuh macam mana la bersihnya.. so ummi sambung dengan bebelan manja sambil basuh pinggan.

Anieq senyap je.. tak jadi dia main sebab ummi dah bebel marah-marah. Dia letak bola tu kat atas kabinet dapur pastu terus ke depan amik kertas A4 berhelai-helai dengan pen. Dia memang suka melukis sekarang. Senyap-senyap dia lukis lepastu pergi dapur jumpa Ummi.

Terus dia hulur tangan.. sambil cakap, "Ummi.. Abangah minta maaf"

Saya tanya kenapa mintak maaf kat ummi? Abangah buat apa?

"Sebab.. Ummi marah Abangah.. Abangah tak dengar cakap ummi tadi. Abangah nak main bola tu kotor.."

Saya macam biasa, memang tak tahan kalau anak-anak mintak maaf ni. Hati cepat betul tersentuh.. lagi-lagi Anieq baru  5 tahun je umur dia.. tapi dah pandai mintak maaf. Terus saya salam dia, cium dia, peluk dia, usap ubun-ubun dia sambil cakap,

 " Jangan buat lagi tau. Ummi penat nak cakap banyak kali kalau Abangah tak nak dengar cakap ummi.. tak kesian ke kat ummi, perut ummi besar ni.." Dia mengangguk-angguk macam faham sangat je apa saya cakap..

Dah siap peluk-peluk cium minta maaf semua tu, dia pergi kat babah. Ummi nak ke depan nampak pulak hasil lukisan dia ni..




Marah betul dia kat Ummi tadi sampai lukis gambar ummi tapi lepastu pangkah-pangkah pulak. Gambar dia, kaklong dengan babah elok je dia tanda 'betul'.

Dua beradik ni style marah sama. Bila marah je, lukis gambar pastu pangkah mana yang dia tak suka. Kelakar pun ada bila tengok hehe..

Kenangan anak bijak mendengar kata ni yang saya tak akan dapat lupakan bila diorang besar nanti sampai bila-bila..

Anugerah terindah bila dapat anak yang soleh dan solehah penyejuk hati kita.. kan? :) 
Alhamdulillah..




Esok kita sambung cerita lagi.

Salam kasih sayang :)

Tuesday, February 7, 2017

JADI SARANG BURUNG TAKPE, LAMA-LAMA MENETASKAN BURUNG ;)

Siapa faham bila baca tajuk tu, dia pandai! Sila tepuk tangan untuk diri sendiri :)

Ada ke korang yang rajin skodeng blog saya ni? Kalau korang pembaca setia blog Buahatikusayang ni dari dulu, mesti korang perasan harini genap 2 bulan blog saya ni tak berupdate! 

Ya ampun.... apekehalnya saya ni jadi malas betul nak update entahla hehe.. tapi kalau korang baca fb saya, hari-hari ada update ya. Kiranya saya rajin update tapi bukan di blog lah. Agaknya pembawakan kot ;p

Inilah diri saya sekarang. Dah lama tak sarat bawak baby dalam perut, sekali hambek ni ha.. :) Melaram dengan Jubah Mia selamberselak dari Feedmilk. Dapat token FREE lepas share entry kat SINI. Tak sangka merasa pakai time pregnant hehe..




Syukur Alhamdulillah, usia kandungan masuk 29 minggu esok. Tapi jangan bandingkan perut saya dengan perut ibu lain yang hamil 29 minggu sebab kebanyakannya perut lebih kecik dari saya ;p Perut saya ni ada yang kata mengandung kembar sebab besar lebih hehe.. saya ni makan Vitamin Kehamilan Shaklee, maka baby dapat zat cukup Insha Allah.. lagipun ikut baka babah diorang ni. Keturunan tinggi dan besar.

 Aien lahir 3.03kg (37 minggu 3 hari), Anieq 3.52kg (39 minggu 3 hari). Adik dia? Kita tunggu dan lihat :)




Ada yang dah cuba meneka baby apa dalam perut saya ni :) Ada yang cakap lelaki sebab perut melonjong je ke depan. Ada yang teka perempuan sebab ape? Entahla saya pun tak pasti hehe..

Korang rasa baby apa? Sape teka tepat dapat hadiah :p


*****

Anak pertama: Aien Nur Sophea (9 tahun) - perempuan




Anak kedua: Anieq Sufi (6 tahun) - lelaki




Anak ketiga: ??? jeng jeng jeng... 

Insha Allah.. scan kali pertama 21 minggu masa doktor belek-belek dia, doktor kata macam perempuan. Doktor tak pasti sebab dia kepit kaki dia. Ramai jugak yang cakap kalau main kepit-kepit ni dia pemalu so dia perempuan ;)

Scan kali kedua masa 27 minggu kat HUKM pulak, confirm nampak jelas sangat dialah seorang baby PEREMPUAN! 

Alhamdulillah, orang kata selang bunga :)))

Happy sungguh Aien kat dalam bilik scan tu. Maklumlah, doa dia nak dapat adik perempuan Allah makbulkan. Anieq pulak muncung sedepa sebab impian nak dapat adik lelaki tak tercapai.. tapi dia kata, Abangah sayang adik walaupun dia girl :) Sweet betul anak bujang ummi sorang ni...

Bukti dia sayang adik walaupun adik dia girl nanti. Ni dia!




Pagi-pagi dia keluar kutip bunga rumput kat belakang rumah yang babah belum mesin lagi (rumah kami tak ada pokok bunga atas faktor tak datangkan hasil yang boleh dimakan hehe..)

Lepas kutip sebanyak tu, dia pun masuk rumah dan bagi kat ummi..

"Ummi.. nanti adik dah besar Abangah bagi lagi"

Ummi tanya, "Oh.. ni Abangah bagi adik ke..?"

Dia jawab, "Ye.." sambil senyum dan usap-usap perut ummi..

Cair hati ummi wahai Anieq Sufi. Ni nanti dah besar, bertuahlah siapa yang jadi wife Anieq :) 


*****

Lepas ni saya kembali rajin update blog agaknya haha.. nampaknya aura rajin dah datang balik ni. Mana tak rajin, tengah-tengah malam pun dapat buat 1 entry kira ok la tu hehe.. 

Nanti jangan lupa baca entry saya seterusnya ya! 

Salam kasih sayang :)

Tuesday, December 6, 2016

AKSI JAGUH BERBASIKAL PADA USIA 5 TAHUN

Tu dia!





Ada gaya kan? :)




 Hahaha.. dia perasan pulak ada orang amik gambar dia :p







Anieq memang berani. Basikal tu besar sangat kat dia. Tapi babah beli jugak yang ni sebab saiz kecik sikit tu alang-alang je nak beli. Esok dia besar sikit dah nampak kecik kat dia nanti.

Tengoklah, kaki dia menjengket je sebab tak sampai lagi. Ni pun dah adjust turunkan paling bawah dah ni. 




Masa mula-mula naik, beberapa kali jugak dia terjatuh. Tapi budak lasak memang macam ni, tak pernah serik. Maka, bermulalah episod jatuh basikal + luka lutut + luka siku + berparut. Nama pun anak lelaki memang la kan.. cehhh.. pandai la ummi cakap.. padahal dalam hati mula-mula tu risau jugak tengok luka sana sini. Sekarang ummi pun dah kebal dah. Tak heran sangat.

Mana la tau dia ni esok dah besar jadi jaguh basikal negara. Siapa tahu, kan :)

Projek Cuti Sekolah ~ Ais Krim Malaysia Sedap!



Gambar pun kabur-kabur je.. maklumlah amik direct dari peti sejuk beku. Wap-wap semua keluar :)

Ni projek sebelum tidur malam tadi. 

Al-kisah.. sekarang kan cuti sekolah. Petang semalam Aien Anieq main basikal lepastu Aien balik amik duit nak beli Ais Krim Malaysia. Diorang balik bawak sorang sebatang yang dia beli kat kedai hujung jalan ni. Sebatang dijual dengan harga 50 sen. Ummi diorang yang tak berapa puas hati dengan harga jualan barang-barang sekarang ni terus cakap.. "Mahalnya!"

Sebenarnya pada saya harga tu tak berbaloi.. sebab Aien punya ais krim milo takde susu, Anieq punya pulak perisa pisang yang kaler hijau tu. Lepastu, saiz aiskrim dia pendek je. Memang tak berbaloilah pada saya. Kalau ok sepadan dengan harga takpela.. Terus ummi cakap kat anak-anak, "malam ni kita buatlah nak? Lagi puas hati. Dapat banyak.." Kebetulan plastik aiskrim haritu ada banyak lagi.

Budak-budak ni apalagi, punyalah suka sebab ummi ajak buat aiskrim kegemaran diorang :D

Gambar dalam proses kejadian tak sempat diambil. Ni gambar dah beku. 




Lama dah tak buat sendiri. Memang puas hati. Milo boleh letak banyak-banyak.. susu pun sesedap rasa. Aiskrim sirap tu letak gula lebih sikit kasi manis. Nanti bila beku barulah sedap rasanya. Jadilah Aiskrim Malaysia yang sangat sedap sebab dibuat dengan penuh kasih sayang :)



Dari pagi bangun tidur pukul 5.30am Anieq mintak nak makan aisrim ni. Pukul 10am baru ummi bagi. Pagi-pagi sangat nanti sejuk dada.




Babah pun tumpang sekaki.




Sepanjang hari ni dah berapa batang asikrim laku. Anieq sempat cakap, "Semalam Kak Long punya aiskrim tu tak sedap. Ummi buat ni lagi sedap". Senyum kembanglah ummi. mujurlah tak koyak seluar haha.. 

Nanti dah habis yang ni kalau rajin ummi buat perisa lain pulak. Eh apa pulak kalau. Memang kena rajin pun.. dah anak-anak gemar. Jimat banyak sangat. Apa yang penting, puas makan dan puas hati!

Resipi Aiskrim Malaysia Sedap nanti kita kongsikan :)

Daaa...

Thursday, November 24, 2016

DIAM MEMBISU APA MAKNANYA?

Jika korang memang follower tegar blog www.buahatikusayang.com  sejak sekian lama (ceh.. lama la sangat ada follower ;p) mesti korang perasan. Blog saya ni dah lebih sebulan dah tak update.

Kenapa ek..

Saya malas ke? Saya sakit ke? Saya busy sangat ke? Padahal Fb dengan Instagram saya elok je hari-hari ada update.

Bukan.. bukan apa.. saya sebenarnya ada projek besar untuk group bisnes Shaklee saya sejak beberapa bulan lepas. Alhamdulillah semuanya dah settle dengan selamat :)

TAPI,

Ada perkara yang lebih membuatkan emosi dan mood nak update blog tu jadi swing sikit. Ni sebenarnya biasa dan normal dalam keadaan sekarang. Cuma jangan ikutkan perasaan je. Dan perkara tu lama-lama akan hilang dengan sendiri seiring dengan pertambahan usia saya ;) Apelah yang saya bebelkan ni?

Ini haa sebenarnya...




Urine Pregnancy Test (UPT) pada usia kandungan 5 minggu :) Line satu lagi tu masih samar-samar tak berapa clear.

Gambar bawah pula, tak puas hati nak jugak buat kali kedua. Takpe.. UPT ni saya beli yang murah je kat Guardian. So tak terasa sangat kalau pakai dan buang :) 




Nampak beza kan UPT kedua kat gambar atas ni.  

Result atas: Double line yang menunjukkan keputusan hamil tapi tak berapa terang. Ujian dibuat pada hari ke-7 period lambat datang. So selalunya memang tak berapa terang line kedua tu.

Result bawah: Double line yang menunjukkan keputusan hamil yang jelas dan terang. Ujian dibuat pada hari ke-14 period lambat datang. So saya confirmkan dengan diri sendiri yang saya mengandung lagi! Syukur Alhamdulillah... kalau ikut kiraan (period cycle saya 28-30 hari) maka usia kandungan memasuki minggu ke-6. 

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar! Comelnya dia...




Sejak kes molar pregnancy sebelum mengandungkan  Aien dulu, doktor memang berjaga-jaga sikit kalau saya pregnant. Awal-awal ni memang details sangat saya kena check. Dikhuatiri kes yang sama berulang.. sebab sekali dah kena memang boleh kena semula.. nauzubillah..

Biasanya bila kita scan pada usia kandungan 6 minggu, memang takkan nampak apa-apa melainkan titik hitam ni, Tapi sebenarnya dah ada terbentuk sifat dah janin ni. Nampak jelas kan titik tu? Sebab saya scan ikut bawah. Kalau ikut perut memang tak nampak apa. Maklumlah, rahim saya ke belakang sikit dan tebal pulak kulit perut tu ;)

So, doktor ambil ukuran panjang dia untuk dapatkan usia kandungan ni. Ikut ukuran, baru je 4 minggu lebih. Ikut kiraan period dah 6 minggu. Tapi takpe.. tunggu besar sikit doktor akan scan semula dan tentukan usia dia ikut ukuran dia nanti. Tak sabar rasanya!

Nanti kita sambung cerita lagi ye. Perjalanan kehamilan ke-5 untuk anak ketiga kami.. insha Allah :)

Saturday, October 15, 2016

SELAMAT HARI JADI UMMI ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

SELAMAT HARI JADI UMMI ~ PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

Lamanya gambar ni dalam hp saya. Dah lebih sebulan. Takpela.. yang penting, harini saya nak publish kat sini sebab kena paksa haha :P

Hasil kerja anak sulung yg umurnya nak masuk 8 tahun bulan Disember ni. 


Birthday ummi dia 2 September lepas. Umur Ummi dia? Biarlah rahsiaaaaa... ;p

Ni isi dalam kad tu. Bacalah dengan penuh kasih sayang :)




Ummi dan anak sulungnya, Aien Nur Sophea yang kreatif lagi bijak! Beza umur kami 28 tahun.Tapi ummi akan pastikan masa umur Aien 20 tahun, Umi dan Aien nampak macam adik dengan kakak aje ;)




Nak beli Shaklee boleh dapatkannya dari kami.

ID Shaklee: 852401 Nor Jannatul Fadilah
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Kak Jan
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Like page / Instagram: Buahatikusayang
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian vitamin-vitamin Shaklee khas untuk anda! 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Taman Saujana Damai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Puncak Saujana, TTDI Grove Kajang, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Taman Pelangi Semenyih, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...