Thursday, December 30, 2010

Jadual makan vitamin : kesesuaian berbeza bagi setiap individu

Article Credit To : ShakleeTrialPack

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?
Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).
Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.


APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan eficiency penyerapan zat besi oleh tubuh kita.

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin pesanan anda, kalian boleh mencuba saranan ini :

Selepas sarapan pagi : Vitalea dan B complex

In between sarapan dan makan tengari : segelas minuman bancuhan bersama ESP

Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Alfalfa

In between makan tengahari dan makan malam : segelas minuman bancuhan bersama ESP

Selepas makan malam : kalsium , vitamin E dan Omega (jika ada)

Bagi yang mengambil lecitihin dan alfalfa pakej penuh :

Lecithin dan Alfalfa boleh diambil 2 biji sebelum (bagi Lecithin dan mereka yang berdiet) ataupun selepas makan untuk setiap meal utama iaitu selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.

Salam kasih sayang :)

Kalau mak sakit pinggang... sakit tumit kaki...

Petikan daripada blog

Bila seseorang itu tidak menjaga pengambilan makananannya atau kata lain tak amik pusing pun carta pemakanan, secara langsung setiap kepentingan vitamin tak menjadi keutamaan.

Ada orang tanya saya, kalau tak amik kalsium apa akan jadi sebenarnya? saya cuma tahu pasal osteoporosis tapi tak tahu punca...boleh terang?

Sebenarnya ibu ni bukanlah doctor cuma ibu suka membaca pasal pemakanan ini...maklumlah dulu sering migraine, kaki berkudis dan senang berjerawat.

Baiklah ibu nak cerita tentang kepentingan kalsium...

Wanita perlu kalsium kerana wanita mengandung dan menyusukan anak.

kalsium diperlukan untuk bina darah, menstabilkan tekanan darah, saraf, untuk bina tulang dan gigi.

Kalau kita memang minum susu setiap hari atau amik apa jua sumber kalsium sebagai contoh

1. Keju dan makanan yang terbuat dari keju.
2. Yogurt.
3. Susu dan makanan yang terbuat dari susu.
4. Ikan Sarden dan ikan lainnya yang dimakan bersama tulangnya.
5. Sayuran yang berwarna hijau gelap seperti bayam, kangkung dan lain lain.
6. Sereal.
7. Jus jeruk.
8. Kacang kedelai dan makanan yang terbuat dari kedelai.
9. Susu kedelai.
10. Roti, makanan yang berasal dari biji bijian, wafel.



....maka kita tidak perlu risau tentang kekurangan kalsium mahupun risiko yang bakal dihadapi apabila kekurangan kalsium.

Namun katakanlah jika kita tidak minum susu atau apa-apa jua sumber makanan yang mengandungi kalsium maka badan kita akan menggunakan kalsium yang sedia ada dalam badan kita iaitu dari tulang dan gigi untuk keperluan pembentukan darah , kestabilan darah dan saraf..

Apabila diet yang tidak seimbang ini berterusan, maka tulang dan gigi tidak akan padat lagi sebaliknya akan mempunyai rongga di dalamnya akibat digunakan oleh tubuh untuk pembinaan darah dan kestabilan darah.

bermula dari situ, tulang dan gigi kita akan rapuh...dan kita akan senang rasa
sakit pinggang,sakit kaki terutama bahagian lutut dan tumit kaki dan tumit akan kelihatan pecah-pecah.

gigi akan sakit dan ini yang paling teruk.....

Risiko osteoporosis

Walaubagaimanapun, ianya tidak berlaku dalam sehari dua. Ia berlaku apabila pengambilan menu yang tidak seimbang secara berterusan.

PENYAKIT itu hakikatnya tidak datang secara mengejut...ianya adalah akibat sifat kita yang menangguh2 perkara yang penting dan perlu.

Ramai customer ibu yang mengakui tidak mengambil susu semasa mengandung namun tidak pula menggantikan dengan sumber kalsium yang lain dimana akhirnya mereka mengadu sakit pinggang, sakit lutut dan tumit berbisa bila pijak, paling teruk ialah sakit gigi.....

Kalsium sangat penting ya.... jangan abaikan kerana bila dah sakit kita yang merana.

Terutama ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak... kalau tidak menggantikan kalsium yang disalurkan kepada anak semasa mengandung dan menyusu, risiko osteoporosis sangat tinggi.

Bagi ibu yang menyusu dan jika kehadiran Menstrual mengganggu penghasilan susu anda...dapatkan segera 2-4 gelas susu sehari insyaAllah penghasilan susu akan meningkat semula.

Kekurangan kalsium boleh membuatkan kita cepat letih ditambah apabila kurang tidur dan akhirnya akan membuatkan muka pucat tidak bermaya dan lebih worst lagi kulit nampak kusam.

Jika mak anda mempunyai tanda sakit kaki, sakit tulang belakang mahupun sakit gigi...dapatkan kalsium atau set D di mana vit B complex dan E juga membantu untuk masalah saraf.

Maka pastikan kita dapatkan keperluan kalsium seperti yang disarankan.

Salam kasih sayang :)

Mahalnya harga sebuah kesihatan....

Masih ramai yang tidak sedar atau tanpa menyedari sebuah kesihatan itu hakikatnya sangat mahal. Ada seorang teman bertanya apakah yang sesuai diambil untuk menjaga jantung dengan baik? Jawapan saya ialah vitamin E. Teman tersebut terus bertanya, berapakah harga sebotol vitamin E, saya menjawab untuk 120 biji berharga rm119. Teman tadi terus terdiam... dalam hati saya berdetik mungkin beliau kurang berkemampuan untuk membelinya. Lantas beliau bertanya, mengapakah harganya sungguh mahal berbanding dengan vitamin yang berada di farmasi? Masih dengan jawapan yang sama saya berikan, vitamin Shaklee ialah asli dan tiada silika gel di dalam botol tersebut dan kandungan vitamin E untuk sebiji ialah 4001.u dan sangat mencukupi bagi keperluan badan.


Bagi pertama kali orang mendengarnya mungkin akan terdetik benda yang sama...mahal. Namun bagi mereka yang pernah melalui operation bypass untuk jantung pasti akan menyedari, apalah sangat harga rm119 untuk 4 bulan consume berbanding dengan kos yang perlu dibayar untuk pembedahan. Namun tidak dinafikan orang kita lebih suka benda yang murah ditambah lagi jika percuma. Mungkin untuk beli vitamin ini memerlukan pengeluaran duit sendiri tetapi jika melalui sebuah pembedahan mungkin ditanggung oleh insuran company yang pastinya percuma.

Pada saya terpulang pada individu itu menilai sebuah kesihatan. Namun pengalaman saya, ramai orang yang dah terjatuh baru terngadah. Mudah-mudahan kita sentiasa mengambil iktibar dari mereka yang pernah sakit. Amin.

Salam kasih sayang :)

Kecantikan Aset Wanita

Credit to kak N cyg :)

Ramai lagi golongan ibu yang khuatir jika menyusukan anaknya, si ibu akan mengalami kekenduran payudara atau kata lain hilang keanjalan payudara.Adakah benar ini akan terjadi?

Begitu juga ada segelintir wanita yang takut untuk melahirkan anak, atas alasan ingin fokus pada kerjaya terlebih dahulu. Namun tidak dinafikan golongan kecil ini takut mengalamai perubahan yang drastik terhadap bentuk tubuh badan mereka setelah melahirkan zuriat mereka.

Sedarkah kita kaum ibu, apabila melahirkan anak, warna aerola atau sekitar kawasan nipple akan berubah menjadi gelap dan makin ramai anak yang dilahirkan maka akan lebih gelap kawasan tersebut dan ada yang berubah kepada warna kehitaman.
Memang benar ada wanita yang melalui fasa yang sedikir getir apabila menyusukan anak, bentuk payudaranya hilang keanjalan. Namun bukan semua melalui fasa ini.

Jika kita mengambil langkah awal menjaga pemakanan dan mengambil makanan tambahan yang bersesuaian dengan keperluan tubuh badan serta penyusuan insyaALLAH masalah perubahan warna puting dan keanjalan akan dapat diatasi.

Percayakah kalian bahawa pengambilan vitamin E 400 iu beserta selenium dan ESP membantu mengatasi masalah ini?

Cuba baca petikan testimoni ini :

" Then search pasal nk tmbh susu tetiba jumpa blog Ita, tu yg try Set F tmbh ESP sbb masa tu br beli vitamin2 dr farmasi. Alhamdulillah.. hari pertama amik ESP dgn Alfalfa susu naik balik kepada 3oz dr 1oz hari sebelumnya. Dua ari lepas tu susu naik lagi dr 3oz kpd 5oz skali pam. Punya la suka.. Masa tu minum ESP 1x sehari dan 2 biji Alfalfa. Pikir nk jimat pun ada gak sbb baru renew insuran dan roadtax keta :)

Lagi satu saya suka (segan nk bgtau ni) sbb nipple lepas bersalin anak pertama tambah gelap.. smp anak ketiga ni lagi gelap.. TAPI sejak amik Vitamin E dr Ita aritu nipple kurang gelap dan skang ni nipple agak cerah (mcm ms blum kawin).. X sangka plak Vitamin E tu blh mencerahkan nipple.. plan amik untuk cantikkan kulit muka je sbb dh mula kusam.. tp result muka dh mula berseri sikit dr sebelumnya dan siap extra benefit lg.. "

ESP membantu menganjalkan bentuk payudara wanita terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang telah mencuba ESP mengakui kebenarannya. Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan. Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang baik.

So, apa tunggu lagi? Mari dapatkan vitamin E dengan add on mana2 trial pack dengan hanya RM37 sahaja dan ESP RM131. Pilihan ditangan anda!



Salam kasih sayang :)

Kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat

Saya dapat email drpd sorang member respek group pagi ni. Cerita mengenai keikhlasan dalam berdoa....

2010/12/23 Azizah Azam azizah71ladies@yahoo.com

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.


Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.


Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.


Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:


1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.


Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

Salam kasih sayang :)

Tuesday, December 28, 2010

Chat dgn kak Na.. first time makan alfalfa & set B

nazara zara: jana..k.na dah siap pam susu..
elila80: mcmne?
nazara zara: aah..wrna dah lain sikit..cam hjau2..ke kuning2...
nazara zara: nmpak pekat gak drp sbelum..

elila80: best kan..
nazara zara: aah..nmpak pekat sikit...ok la kan?ada prubahan..
elila80: dapat berapa oz?
nazara zara: satu btol yg k.na beli dgn jana tu..penuh...5 oz lebih la..
elila80: wah...alhamdulillah...
nazara zara: tu pun ada agi sikit2..
elila80: selalunya dapat x mcm tu?
nazara zara: slalu 4 lebih..kdg2 4..
nazara zara: balik keja kat umh semlm pun k.na dpt 4 oz..lunch semlm kan k.na dah mkn alfafa tu..
nazara zara: tapi..nmpak la ada perubahan susu tu...alhmdulillah..
nazara zara: tu bru 2x mkn kan?
nazara zara: hrap2 dpt lebih la susu..

elila80: haah...memang alfalfa tu fungsi dia sebagai milk booster
elila80: kak na, kita usaha, lain2 tu allah yg tentukan...
elila80: sbg ibu mesti kita nak yg terbaik utk anak kan
nazara zara: betul tu..usaha tngga kejyaan
nazara zara: smbil2 tu kita byk2 brdoakan?

elila80: kak na masih blm terlambat tau...
elila80: usaha pam 3x sehari, i'allah lagi byk kak na dapat
elila80: kita sambung esok ye, kita bz sikit nih ;P
nazara zara: ok...bye..trmakasih atas segala2nya..
Last message received on 12/28 at 2:56 PM
elila80: mmuuahhhhh
elila80: sama2

kak na ni baru je makan vitamin set B malam tadi. harini dia dah nampak hasilnya. anda bila lagi? dapatkan trial pack shaklee Set B dari saya sekarang!

salam kasih sayang :)

40 hari dalam pantang, vitamin apa yg paling sesuai?

Kredit kepada Genki Momma

Masih mencari-cari set rawatan selepas bersalin yang sesuai?

Berita baik khas buat ibu yang sedang menanti kelahiran cahaya mata!!!

Kami menawarkan set rawatan selepas bersalin untuk kegunaan selama 40 hari, khusus untuk bakal ibu dan set bersalin yang paling berbaloi untuk kesihatan ibu dan anak. Harga yang ditawarkan ilah RM 100.00 termasuk kos penghantaran.

Kandungan Pek Percubaan Pakej C (set rawatan dalam pantang) :


* B Complex (40 biji) - penting untuk elak kemurungan (meroyan, sebagai penenang (anti-stress) & menstabilkan hormon.
* Vitamin C (40 biji) - penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
* Vita-Lea Iron Formula (a.k.a multivitamin) (40 biji) - perlu kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh, terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
* Zinc (40 biji) - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim).



Cara pengambilan ialah :

* 1 biji sehari, untuk setiap satu B-Complex, Vit-C, Multivitamin dan Zinc.

Salam kasih sayang :)

Supplement dalam berpantang

Set C yang lebih khusus bagi ibu yang baru lepas bersalin sangat membantu untuk kebaikan ibu dan anak. Ia memberi kesan yang positif buat ibu dan anak. Bagi semua kenalan rapat yang mengambil Shaklee sejak dalam pantang memang dapat merasai kebenarannya.

Ramai ibu-ibu hari ini lebih tertumpu untuk membanyakkan susu namun ibu sering terlupa bahawa kualiti itu lebih utama yang perlu dipentingkan dan diberi perhatian.

Ada kenalan saya memberitahu bahawa beliau telah lama mengamalkan halba atau nama saintifiknya fenugreek...dan beliau membuat rumusan bahawa:

It just help my body to produce more milk but I am looking for the supplement that help me to enrich my breastmilk.

Memang benar, pengambilan supplement yang BETUL akan membantu mengkayakan nutrisi dalam susuibu.

Maka bagi ibu2 yang bijak pandai, janganlah terpengaruh dengan iklan kurus dan produk pelansingan yang dikatakan selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu susuibu.
Susukan dengan sepenuhnya, nescaya ia membantu ibu2 memecahkan lemak yang ada. Pengambilan vitamin seperti ESP, lecitin, omega, b complex, alfalfa dan vitamin C adalah antara produk yang membantu badan si ibu dalam mendapatkan bentuk ramping dan kulit yang cantik. Vitamin ini jugalah yang banyak membantu mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Kesimpulannya ibu dapat, anak pun sihat.

(Bagi yang berminat boleh email kepada saya secara persendirian, untuk vitamin dan aturcara makan yang betul untuk ini)

Buat ibu dan bakal ibu.... kuatkan azam untuk terus bekalkan anak dengan susuibu hatta terpaksa campur dengan FM sekalipun, jangan putus asa kerana Allah sentiasa mengasihi ibu2 yang berusaha untuk kebaikan anaknya. All the best!

Salam kasih sayang :)

Zikir untuk banyakkan susuibu

Ini cerita daripada kak N, berdasarkan pengalamannya...

Ramai ibu2 yang mengeluh panjang apabila merasakan susu yang dipam mula berkurang... Jika kita berbalik kepada fitrah dan melihat hikmah di sebalik kejadian maka pasti kita akan temui sesuatu.

Ingin ibu berkngsi cerita ibu dan pengalaman ibu serta hikmah yang ibu dapat di sebalik kejadian ini....ibu adalah seorang pemidato sekolah dan alhamdulillah dalam setiap pertandingan ibu pasti merangkul tempat antara pertama sehingga ketiga , dengan kata lain ibu selalu membawa pulang pingat kejayaan. Satu hari ibu gagal mendapat apa2 tempat dan ini membuatkan ibu sangat kecewa. Arwah abah dengan tenang menasihatkan ibu agar redha dan balik kepada fitrah iaitu banyakkan berdoa dan berzikir. Arwah abah kata dalam hidup tidak selalu kita berada di atas kerana ini akan membuatkan kita alpa dan senang lupa diri dan akhirnya membuatkan kita mudah bongkak. Maka adakala Allah akan meletakkan kita di bawah agar kita sentiasa berdoa dan tidak putus dengan zikir dan agar kita menghargai setiap saat dibawah apabila kita berada di atas kelak.

Sejak dari itu ibu selalu beringat dengan berdoa dan berzikir agar setiap kejayaan yang akan ibu rangkul tidak membawa ibu hanyut dalam dunia khayalan...alhamdulillah sehingga ke tingkatan lima ibu memang aktif berpidato, bersyarah malah berdebat dan ianya menjadikan ibu sentiasa beringat.

Maka ibu2 yang bermasalah dalam penyusuan, marilah kita balik kepada fitrah, andai kita telah berusaha, banyakkanlah berdoa (berzikir ) dan selepas itu kita bertawakal, nescaya akan terbuka pintu rezeki yang sangat luas....

Cuba amalkan membaca YA MATIN( bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATANNYA) sebanyak 70x setiap hari (amalkan sekurang2 sekali dan paling bagus waktu malam atau subuh) dan menghembus ke dalam air untuk diminum insyaALLAH susu akan menjadi banyak.

ALLAH hanya mahu kita beringat sesuatu itu datang dariNYA, walau kita berusaha sehebat mana tanpa doa ia takkan berjaya....

Insyaallah, saya juga telah mengamalkan zikir ini semasa menyusukan Aien, terasa susu sentiasa banyak...

Salam kasih sayang :)

Penyusuan susuibu

Credit to kak N :)

Ibu suka menulis blog dan berkongsi suka duka yang ibu lalui dan berkongsi setiap pengajaran yang pernah ibu tempuhi...jika ada antara kalian yang tidak mahu mengakui kebenaran dan hipokrit dijadikan sandaran maka terpulang pada diri sendiri untuk menilai apa yang ibu coretkan di dalam blog ini.

Memang ibu banyak mencoretkan tentang penyusuan kerana ibu bersyukur ibu telah dapat menyusukan Addin dan Nasa dengan jayanya. Bukan ibu tak pernah lalui kesusahan tapi kerana pemikiran yang sentiasa positif membuatkan ibu semakin hari semakin matang dan mampu mengatasi segala dugaan sepanjang penyusuan. Setiap orang punya cara yang berbeza untuk berjaya dan tiada satu pun cara yang boleh dinilaikan salah kerana setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.

Berbalik tentang penyusuan...
Bagi ibu2 yang baru hendak belajar menyusukan anak dan mereka yang sedang bertungkus lumus berusaha gigih untuk melengkapkan penyusuan selama 2 tahun, berbesar hati saya ingin kongsikan sesuatu yang boleh dijadikan panduan bersama:

" Seorang ibu itu dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh anak susuannya melalui susuibu walaupun si ibu itu hanya mengamalkan makanan harian utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ini kerana semua makanan yang diambil oleh si ibu tadi akan dikhususkan untuk menghasilkan susuibu manakala nutrien akan diserap melalui badan si ibu itu sendiri dalam penghasilan susuibu."

Walau bagaimanapun si ibu tadi diwajibkan memastikan pengambilan makanan harian yang seimbang iaitu perlunya kehadiran zat2 penting seperti zat besi, protien, vitamin C, Vitamin B , kalsium serta banyak lagi dalam makanan yang diambil.

Jika si ibu tidak mengambil makanan yang seimbang, kebarangkalian bagi si ibu tadi mendapat kesan yang berikut:

1. Mudah keletihan.. awal tidur tetapi masih susah untuk bangkit dari tidur.

2. Mood yang tidak stabil (mood swing).Mudah marah dan sensitif.

3 Muka kelihatan pucat.

4. Mudah rasa nak pitam atau pening kepala.

5. Kulit wajah yang kusam.

6. Wajah nampak tua dari umur sebenar.

7. Keinginan seks yang menurun.

8. Sakit2 sendi dan tulang belakang. Kaki mudah rasa bisa dan sesemut atau nama lainnya kebas2.

9. Sakit gigi.



Kita perlu tahu mengapakah simpton2 di atas boleh berlaku? Ini kerana zat yang diperolehi dari pengambilan makanan harian lebih tertumpu untuk penghasilan susuibu. Jika si ibu tidak mengambil makanan tenusu seperti susu dalam meal harian, maka kalsium dalam badan ibu itu sendiri akan diserap bagi disalurkan kepada si anak tadi untuk keperluan pembesaran tulang, gigi dan pembentukan darah. Begitu juga dengan pembesaran anak yang memerlukan zat besi, semua vitamin Bdan vitamin2 lain. Jika si ibu tadi kurang mengambil makanan yang mengandungi zat ini maka ianya akan diserap melalui zat yang sedia ada dalam badan ibu.
Apabila si ibu tadi tidak dapat menggantikan semula zat yang diserap untuk penghasilan susu si kecil tadi maka ia akan mengganggu kesihatan itu dalam jangka panjang dan lahirlah simpton2 di atas seperti yang telah ibu nyatakan.

Apabila simpton2 di atas ini berlarutan , ia akan sedikit sebanyak akan mengganggu kesihatan optimum si ibu. Jika si ibu mengalami gangguan kesihatan maka penghasilan susu akan sedikit terjejas.

Ada sesetengah doc yang pro breastfeeding...akan menggalakkan si ibu mengambil supplement untuk mengatasi masalah di atas dari berlarutan.
Namun ada sesetengah golongan profesional pastinya terikat dengan polisi kerjaya mereka iaitu tidak boleh merekomenkan pesakit dengan mana2 brand supplement yang ada di pasaran. Maka vitamin diberi secara percuma oleh klinik kerajaan. Golongan ini hanya akan menyarankan ibu2 yang menyusukan anaknya untuk mengambil vitamin bagi mengisi kekosongan yang terdapat di dalam tubuh si ibu.

Sebenarnya supplement boleh didapati dari klinik kerajaan secara percuma. Sebab itu ibu mengandung akan dibekalkan dengan obimin iaitu ferum yang diperlukan untuk membina sel darah merah. Mengapakah hanya ibu2 yang mengandung sahaja yang ditekankan untuk mengambil vitamin?
Sebenarnya ini kerana doc dipertanggungjawabkan agar si ibu tadi tidak mati semasa melahirkan anak akibat kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan.

Namun setelah melahirkan anak ,penyusuan susuibu tidak ditekankan kerana kita disogok dengan banyak susu formula yang ada dalam pasaran. Sedangkan apabila kita menyusu anak, term fully breastfeed sendiri sudah memberi maksud makanan si anak bergantung sepenuhnya dari tubuh si ibu. Maka jika kekurangan zat2 la yang menyebabkan simpton di atas wujud.

Harapan ibu penulisan kali ini dapat membuka minda dan hati mereka yang anti supplemet. Jika anda rasa keperluan zat makanan anda lengkap melalui pengambilan meal harian, alhamdulillah namun jangan sesekali kita samakan orang lain dengan kita. Ibu sendiri tidak mampu untuk memakan ulam setiap hari, begitu juga dengan buah2an...susu? jauh sama sekali. Maka supplement perlu bagi ibu untuk terus sihat.

Oh ya...penulisan ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan ibu. Jika ada yang kata ibu berat sebelah kerana ibu pengedar Shaklee... sila lihat semula
dan ibu telah tekankan berkali2...vitamin boleh didapati dari klinik kerajaan bagi yang kurang berkemampuan untuk membeli.

Salam kasih sayang :)

Testimoni ringkas set B

dari blog kak N

salam kak N,
>
>dh lama x kirim berita pada akak. Alhamdulillah dh hampir sebulan menggunakan SET B shaklee, dan sejak dari itu itu sentiasa ada peningkatan pada pengeluaran BM saya..klu sblm ni sy pam dpt dlm sekitar 3oz x 3 kali=9oz sehari..tp sekarang dh ada sedikit peningkatan 4-6oz sekali pam dan dapat wat balik umh lbh kurang 16oz..suka sgt, dan bersyukur kepadanya. Ari ni wak anak g klinik utk check up 3 bln, x sabar nk tgk berat dia. Saya bersyukur sgt Allah telah temukan sy dengan akak di cyber ni..agak2 bila la kita dapat jumpa secara face to face.. sy akan cba yg terbaik utk si kecil yg tersayang, insyaallah..
>
>salam sayang dari,
>
>Azilah a.k.a Ila Nazrin

Anda mahu mencuba? Dapatkan trial pack set B jika anda mencari sesuatu yang membantu penyusuan anda! Hanya RM80 sahaja! Hubungi saya melalui sms 012-6790 484 atau emailkan kepada elila80@yahoo.com untuk trial pack anda!

Salam kasih sayang :)

Kesan zikir terhadap otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Rujukan: Halaqah.Net

Monday, December 27, 2010

Nak seribu daya, mahu seribu usaha...

credit to Kak N lagi :)

Terima kasih buat Kak Nadiah yang sangat suka berkongsi...benarlah katanya, keberkatan ilmu itu lebih hebat apabila dikongsi. Masih ada yang email ibu untuk bertanya bagaimana rutin kak Nadiah...ini ibu copy dari email yang kak Nadiah cc kan kepada ibu...

W'salam...dik, memang nak mengepam every 3 to 4 hours memang kalau takde keazaman yg kuat...boleh give up...tapi...akak ni sbb memang bg anak breastfeed hanya melalui pumping, so aktiviti mengepam tu dah jadik kelaziman..org kata kalau benda yang dah hari2 buat dah jadik biasa dan tak susah pun...masa nak mulakan aje..
anyway...tahniah dr kak nadia sbb ada baby twin...bestnyerrrkan...kalau kak nadia ada twin..bestnyerrrr...sekali keluar 2 sekali...(hehehe...tp kalau betul2 pengsan kot)...ohhh..dear...baby refuse nak minum susu belah kiri???tapi kenapa tak pam aje yg belah kiri tu...so,pengeluarannya akan sama dan seimbang...maksud akak...sebelh bg direct dan sebelah untuk pam...tapi.takpe la...so, akak rasa masih blom terlambat kan...sblh kiri yang kurang produktivitinya...cuba akmar buat power pumping...(tu tak buat power pumping???)maybe masa hujung minggu leh buat...insya allah...boleh punyerrr...yakin boleh...
Power pumping ni salah satu kaedah utk banyakkan semula susu...mcm akak rajin buat power pumping masa cuti weekend...mmg susu akan up semula...di tambah pula dgn tak ponteng makan supplement...
Ok...mengenai mengepam di opis...apa kata akmar tambah sesi mengepam kepada at least 2 kali???mcmana jadual mengepam akmar...kalau nak akak tolong kena bgtau jadual pam...kalau mcm akak kat opis pkl 10 pagi sekali dan pkl 2 petang sekali (sekali pum average dpt 8-9 oz)...tp jadual ini akan berubah bila akak terpaksa pegi court..so, mmg setiap kali naik court akak dah standby baju extra sbb comfirm disebalik kot yang akak pakai baju tu dah habis lencun dgn susu yg meleleh2...so, bila akak terskip masa utk mengepam...apa yg akak buat utk supaya penghasilan susu tak drop...first keluar court akak akan cr surau dulu bersama spectra kesayangan akak tu...dan make sure susu di perah sehingga ke titisan terakhir (biasanya akan dpt sekitar 12-13 oz sbb lama delay)...kmdn bila sampai opis akak around setengah jam start power pumping...every half n hour akak akan pam selama tiga atau empat kali...sehingga akak puas hati dan teruskan jadual mengepam akan ikut shedule biasa...setakat ni susu maintain alhamdulillah dan kalau drop pun sbb akak dlm keadaan tergesa2 bila ada tetiba kes urgent...huhuhu..tp drop pun sket je sbb apa yg penting disiplin diri utk mengepam dan akak plus dgn makan supplement serta berdoa pd yang maha esa...
Ok, mengenai minum air banyak tu...of course dik...kena minum banyak dan mmg selalu la melawat mr tan...hehehe...jgn risau k...
Apapun,akak hrp apa yg akak share ni sedikit sebanyak dpt bantu akmar...kalau ada apa2 yg tak paham lg atau nak share,akmar boleh email akak lg k...insya allah,mana yang akak bleh bantu akak akan cuba...apapun yg paling penting...niat kita,usaha dan berdoalah pd Dia...insya allah dik...so, jumpa lagi...
Salam ukhuwah,
Kak Nadia...


Salam kasih sayang :)

Saya makan vitamin tapi susu saya makin sikit

ada pengguna set B yang mengadu begitu kepada saya. kenapa jadi macam tu ye?

petikan asal dari Kak N

"Tolonglah saya, kawan bagi tahu tak boleh minum air banyak sangat nanti kecairan nutrien dalam badan secara langsung efek pada susu saya...tapi akak N kata kena minum banyak air jika amik vitamin. Mana yang betul ni?"

Penyataan yang dikeluarkan oleh teman kepada yang menghantar email ini...

"tak boleh minum air banyak sangat nanti akan berlaku kecairan nutrien dalam badan "

Statement ini BETUL pada keadaan individu yang tidak mengambil APA-APA supplement.

Namun jika anda seorang pengamal supplement, badan anda memerlukan lebih banyak air dari kadar biasa...bermaksud lebih banyak air lebih baik agar vitamin tadi dapat disalurkan ke dalam tubuh secara menyeluruh dan lebih baik.
Ibu mendapat panggilan dari auntie Ina yang berada di Penang, beliau mengakui beliau mengamalkan minum air sebanyak 6 liter sehari kerana apa yang beliau belajar selama mengambil produk kesihatan H****L***, air perlu banyak supaya badan dapat me-nyah segala toksin dan vitamin dapat diserap dengan baik oleh tubuh. Beliau berkata ingin mencuba produk Shaklee kerana ingin mendapatkan kesihatan yang optimum.

Namun ini tidak bermaksud ibu meminta semua pengamal vitamin meng "consume" 6 liter air setiap hari, memadai lebih dari 2 liter adalah penyataan terbaik dapat ibu berikan.

Bagaimana saya nak tahu air cukup untuk badan saya setelah mengambil vitamin?
Indicator terbaik boleh kita lihat sama ada kita kurang air atau cukup air ialah dengan melihat warna urin. Jika terlalu kuning maka bermaksud terlalu kurang air. Memang betul pengambilan vitamin B complex akan membuatkan urin kita bewarna kuning namun itu juga sebagai satu tanda bahawa badan perlukan lebih air.

Mengapa selepas amik supplement susu saya berkurang?
Ianya boleh berlaku jika PENGAMBILAN AIR YANG KURANG dan tidak selari dengan vitamin intake.
Jika dahulu tanpa pengambilan vitamin mungkin boleh dapat sekali sesi ialah 4oz, suddenly lepas amik supplement, production per sesi ialah 2 oz....ini boleh berlaku kerana pengambilan vitamin akan membuatkan darah kita lebih pekat. Jika sebelum ini si ibu dapat 4 oz namun jika diperhati betul2, susu itu adalah sedikit cair berbanding dengan 2 oz selepas amik vitamin dan ianya kelihatan SANGAT PEKAT.

Ini bermakna si ibu perlukan lebih air untuk memastikan susunya lebih banyak.
Sangat penting pengambilan air yang banyak untuk memastikan badan kita sihat dan dapat menyerap segala vitamin yang diambil dengan baik.

Tanda kekurangan air antara lain ialah:


1. Kerap sakit kepala
2. Muka berjerawat
3. Senang moody dan susah hati.
4. Badan senang sakit2.

Semoga entry ini membantu ibu2 yang mengambil supplement memastikan pengambilan air yang cukup demi kesihatan diri dan keluarga tersayang.

Salam kasih sayang :)

Tak berkesan dengan Set B saja? Tambahkan ESP dan Kalsium :)

Credit untuk Kak N :)

Petikan asal blog : Mommy Icha

sekiranya kawan-kawan merasakan pengambilan Set B semata-mata tidak mendatangkan hasil yang memuaskan, provided kawan-kawan buat 3 amalan utama bf mommies (pam konsisten ; air lebih 3L ; doa yang berterusan), maka saya syorkan kawan-kawan mencuba pengambilan Set B ini bersama ESP atau Ostematrix ; atau kedua-duanya sekali!

memang menakjubkan!

saya mula-mula tak perasan sangat benda ni since saya memang dari awal percintaan saya dengan SHAKLEE terus ambik SET E add-on ESP, so, memang saya takde problem apa-apalah. alhamdulillah. tapi, setelah seorang teman saya, kak ita, yang dah hampir give-up makan Set B dan buat segala macam teknik yang perlu nak banyakkan breastmilk tak menjadi, disarankan mengambil Ostematrix (dia dah ambik ESP masa tu). kak ita akhirnya mendapat hasil yang diinginkan! best sangat!

cerita ni dah lama. sms kak ita pun saya dah delete. haha. maybe korang boleh tanya sendiri dengan kak ita di Facebook Kak Ita. dan lagi satu tips, kak ita tak makan semua vitamin sekaligus. dia makan berasingan ikut masa tertentu. tips yang bagus sebab kita sedia maklum pengambilan vitamin akan menambah kepekatan darah. so, lebih baik dimakan pada waktu berlainan, mengikut keperluan dan kesesuaian.

sampai sekarang, kak ita setiap bulan akan topup vitamin-vitamin SHAKLEE tau. dan setiap bulan le cik abang kak ita datang ambil stok vitamin kat rumah saya (sebenarnya nak jenguk bakal menantu hehehe).

so, kepada kawan-kawan yang merasakan masih kurang berpuas hati dengan pengambilan Set B semata-mata, bolehla mencuba add-on Ostematrix ( Set E la ni!) atau ESP. lagipun, penambahan kedua-dua suplemen ni turut membantu melengkapkan lagi keperluan zat dalam badan.

boleh hubungi saya jika berminat atau mahu mengajukan sebarang pertanyaan.

salam kasih sayang :)

Friday, December 24, 2010

Hasil susu saya dari 4oz ke 8oz untuk sekali sesi mengepam

Tak percaya?

Kali ini adalah cerita dari seorang ibu menyusu yg menambahkan ESP Shaklee dalam pengambilan diet hariannya.

Credit to Kak N

Ibu menerima SMS dari seorang customer ibu yang ibu kenali dengan nama Khuzaimah...Antara mesej beliau ialah:

Salam Kak N,
Sejak saya amik ESP ni kan kak, susu saya makin banyak sekali pam dapat 8 oz best betol kak. Saya bersyukur sangat Allah temukan jalan yang mudah untuk saya. Yang bestnya Kak N anak saya selsema kan sehari jek dah sihat kak....mula2 sedih gak tengok meleleh je hidung dia...besok tu dah ok dah, tapi mungkin ni semua hasil berdoa dan usaha. Apa2 tq kak N sebab sudi sharing ilmu...moga tuhan balas jasa akak.

Betol ESP mahal tapi berbaloi untuk anak...saya memang teruja baca blog akak yang memang menaikkan azam saya untuk breastfeed 2 tahun.

Buat pengetahuan semua sebelum ini Khuzaimah hanya mendapat 4 oz per sesi....sehinggakan suami beliau terkejut tak sangka boleh mendapat sebanyak 8oz kini. Alhamdulillah syukur pada Allah yang Maha Pemberi.

Boleh email kepada Khuzaimah untuk mengetahui bagaimana beliau berusaha mendapatkan penghasilan susu yang semakin meningkat...di alamat email: ei_widury@yahoo.com.

SDalam kasih sayang :)

Masalah ibu menyusu & cara mengatasinya

Kali ni saya nak berkongsi masalah yg selalu dihadapi oleh ibu2 baru yg baru menyusukan bayi mereka. Memang masa mula2 kita menyusukan bayi, selalunya kita akan menghadapi masalah puting melecet. Saya tak terkecuali menghadapi masalah yg sama.
Bagi org2 tua, ada tips untuk merawat iaitu melalui sapuan air susuibu namun kadangkala ianya tidak berjaya bagi sesetengah ibu. Jom kita baca seterusnya...

Credit to kak N :)

Sabtu yang lalu ibu melawat seorang teman blogger ibu iaitu aunty Emma mama kepada Uzma yang comel. Beliau mengadu mengalami masalah puting susu melecet. Auntie Emma masih mengadu sakit dan sukar untuk menyusukan baby barunya.Ibu menasihatkan Auntie Emma mengambil vit E Shaklee bersama zinc untuk dimakan dua kali sehari. Alhamdulillah semalam auntie Emma memberitahu ibu bahawa lukanya beransur pulih selain susu yang dipam sangatlah banyaknya. Suara auntie Emma sangat ceria semalam apabla berbual dengan ibu melalui telefon. Alhamdulillah bersyukur pada Allah atas rahmatNya.

Ada beberapa email yang ibu terima mengenai hal ini. Maka inilah jawapan yang ibu berikan iaitu jika berkemampuan belilah vit E serta zinc untuk merawat luka dengan kadar yang segera. Ini bukan ubat tetapi makanan yang dijadikan penawar kepada luka ini.Mengapa Vit E dan Zinc?

Vitamin E sangat bagus untuk mengelakkan inflammation. Apabila puting terkoyak luka atau melecet hakikatnya bahagian dalam akan mengalami sedikit bengkak dan kerana itu kita sebagai ibu akan rasa sakit dan berdenyut setiap kali anak menyusu. Apabila sakit kita akan merasa tertekan dan sedikit stress seterusnya susu akan mula menurun. Vitamin E membantu mengurangkan bengkak itu.

Zinc pula berperanan membina jalinan antara sel
ibarat benang untuk menyambungkan luka yang koyak tadi atau kulit yang melecet tadi. Maka dengan gabungan kedua dua vitamin ini membantu luka atau melecet tadi beransur baik dengan kadar yang sangat cepat.

Ibu lebih suka makan vitamin bagi merawat sakit ibu berbanding makan ubat doktor yang hanya mampu menahan sakit yang hanya untuk seketika selain tiada zat kepada tubuh. Namun terpulang pada individu untuk mengatasi masalah ini. Bak kata orang, duit kita, hanya kita yang tahu menilai kesihatan untuk setara dengan duit yang kita bayar.

Salam kasih sayang :)

Thursday, December 23, 2010

Doa yang membantu penyusuan

Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...

Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anaknya....jika dilihat dari sudut kebesaran Allah... dengan izinNya, keluar air dari badan manusia yang bergelar ibu itu yang dipanggil susuibu. Kita disarankan menyusukan anak sehingga dua tahun bermakna dengan kebesaranNya jua susuibu itu memang boleh terhasil selama yang telah disarankan dalam kitab.

Namun semakin uzurnya dunia, makin ramai manusia yang tidak yakin dengan kebesaran Allah.
Mungkin kerana manusia hari ini terlalu sibuk dengan tuntutan dunia maka tuntutan rohani itu terabai akhirnya.

Walaubagaimanapun Allah Maha Penyayang, ditemukan saya dengan Kak N, pengedar shaklee saya.... beliau selalu berpesan:

Supplement atau makanan tambahan ini adalah makanan jasmani semata2...
Makanan rohani tidak boleh diabaikan sama sekali. Doa dan keyakinan yang kuat sangat membantu si ibu itu untuk terus berjaya menyusukan anaknya.
Zikrulah dan mengaji surah2 yang menjadi amalan nabi sangat digalakkan.
Ini membantu memberi rasa tenang dalam hati dan fikiran kita. Dalam kesibukan dengan kehendak dunia, cubalah mencari masa untukNya. Apabila kita dekat denganNya, insyaAllah segala kesulitan dapat diatasi.

Ada ibu2 yang dulunya susunya meriah..tetiba merundum. Tak bermakna Allah tidak sayang pada kita, TETAPI kerana SAYANG la Allah menguji kita agar kita lebih mengingatiNya dan supaya kita menjadi makhluk yang bersyukur.

Percayalah....berapa ramai ibu2 yang merasakan nikmat susunya meningkat semula apabila pengambilan supplement itu diringi dengan pendekatan kerohanian.

Pernahkah terlintas di akal fikiran kita....memohon kepadaNya:

"Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku."

Dengan izin Allah, sedikit susuibu boleh membuatkan anak kita mudah kenyang....ini yang saya amalkan setelah kenal dengan Kak N. Supplement membantu kepekatan susu dan doa membantu mencukupi keperluan si anak tadi. Kadang2 hasil perahan saya untuk hari itu rasanya macam tak cukup sebagai bekal aien sepanjang saya tinggalkan dia, tapi dengan doa kepadaNya, alhamdulillah aien tak merengek minta susu tambahan. Cukup dengan apa yg dibekalkan.

Saya yakin jika ibu2 yang menyusukan anaknya berpegang dengan doa ini, hati si ibu akan turut tenang serta secara langsung membantu dalam pengeluaran susu yang akan datang.

Cubalah, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Pemurah.

Salam kasih sayang :)

Bahagia dalam rumahtangga

Ramai ibu2 yang mempunyai masalah kedinginan bersama suami terutama semasa menyusukan anak. Ini berlaku kerana hormon prolaktin yang sangat tinggi dan penurunan hormon estrogen yang ketara. Saya pernah melaluinya namun alhamdulillah dengan izinNya, saya dapat mengatasinya dengan pengambilan vitamin dan supplement yang betul iaitu pengambilan vitamin E dan alfalfa (alfalfa memang sangat membantu).

Namun kebahagian rumahtangga bukan terletak pada keperluan seks semata-mata. Kebahagian rumahtangga terletak pada banyak aspek... saling menghormati, bertolak ansur, saling menghargai, menyayangi,memberi sokongan, kepercayaan kepada pasangan dan bantu membantu dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, melalui hasil kajian seorang kaunselor, keperluan rumahtangga sebenarnya terletak pada keperluan seks. Kata beliau, jika keperluan seks sebuah pasangan itu dipenuhi dengan baik, maka kehidupan lainnya akan lebih lancar.Kata beliau lagi, yang menjadi punca kepada perselisihan, pertengkaran dan perbalahan ialah kerana keperluan seks tidak dipenuhi dengan baik.Beliau berpendapat apabila keperluan seks suami isteri itu dipenuhi maka perasaan curiga, syak wasangka akan lenyap. Sejauh mana kebenaran ini, tak dapatlah pula disahkan.

Setiap pasangan mengimpikan kesempurnaan dari pasangan masing-masing. Namun hakikatnya kita perlu saling muhasabah diri dalam perlakuan kita setiap hari. Perbincangan yang rasional sangat penting dalam memastikan keseimbangan ke atas setiap keputusan yang bakal dibuat. Baik buruk keputusan yang bakal dibuat perlulah mendapat kesedian dari dua-dua pihak.

Luangkanlah masa untuk membaca al Quran setiap hari iaitu surah Al Waqiah.

Antara fadilat surah ini, seperti yang kita sedia maklum bahawa surah ini adalah surah rezeki. Kita perlu melihat dalam konteks yang lebih luas dan bukan dari segi wang ringgit semata-mata. Fadilat surah ini antaranya ialah kita beroleh ketenangan, suami akan memandang si isteri dengan penuh kecintaan dan si isteri akan memandang suami dengan penuh kasih sayang, bagi ibu yang menyusu insyaAllah mendapat manfaat dari fadilat surah ini.

Apa yang berlaku hari ini ialah ramai kaum suami mahupun isteri sibuk mengejar urusan dunia. Supplement seperti vitamin dicari demi memastikan mereka ini sihat dan terus dapat bekerja.
Mereka ini lupa bahawa roh juga perlukan supplement. Solat 5 waktu pada dasarnya ialah makanan harian yang wajib namun supplement untuk roh seperti solat sunat, berzikir dan mengaji surah2 Al Quran sangat penting.

Dalam hidup ini kita perlu seimbang... duniawi dan ukhrawi, keseimbangan roh dan jasad.

Ada orang berumur 38 tahun tetapi pemikiran dan perilakunya tidak sematang usianya, ini disebabkan rohnya tidak seiring dengan perkembangan usia sebenarnya.Begitu juga , mengapa ada budak yang berumur 12 tahun tetapi pemikirannya sangat matang terutama apabila budak ini telah dididik dengan pelbagai aspek kerohanian seperti menghafaz al Quran, mengaji dan sebagainya...ini disebabkan rohnya seiring dengan usianya.

Bagaimana nak pastikan kita seimbang? Pastikan keperluan keduanya dicukupi. Hanya kita yang mampu muhasabah dan mengenali diri kita sendiri. Apabila seimbang, kita akan lebih bertanggungjawab pada diri, pencipta , masyarakat dan alam semesta.

Hati yang dipenuhi dengan rasa risau dan runsing adalah hasil dari roh yang tidak seimbang atau erti kata lain adalah roh yang sakit. Banyakkan istighfar dan dekatkan diri dengan pencipta. InsyaAllah keseimbangan diperolehi.

Mengapa adanya ibu2 yang sentiasa risau dengan penghasilan susu? Sebenarnya hakikatnya adalah kerana roh ini runsing dan rindu untuk mendengar puji-pujian kepada pencipta, alunan mengaji yang mendekatkan roh kepada pencipta.

Ini hanyalah sekadar perkongsian dari hati buat tatapan pembaca. Ianya juga mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi, alhamdulillah. Semoga kita sama-sama beroleh kebahagian di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Salam kasih sayang :)

Merawat migrain

Credit to Mommy Lyna

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

* Sakit kepala kerana tekanan
* Sakit kepala kerana sinus
* Sakit kepala kerana migrain

Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

* Kekurangan zat dan nutrisi
* Faktor keturunan
* Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
* Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
* Terlalu banyak mengambil kafein
* Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Salam kasih sayang :)

Susu meningkat dengan ESP

Credit to : Kak N :)

Petikan dari blog asal : Hanis Amin

Sejak berpindah office, hasil mengepam pun semakin berkurang. yelah, dulu dapat pam 4 kali sehari. Sekarang 3 kali sahaja. Setiap kali pam, hasil pun dah kurang. kalau dulu sekali pam boleh dapat 10oz atau lebih. Tapi sejak pindah ke office baru, dapat 5oz atau 6oz je.

Untuk bekal muadz ke taska terpaksa ambil stok dari peti ais atas. Saya start tambah Alfalfa dari 2biji sehari ke 4 biji sehari tapi macam tak banyak beza. Tak lama lepas tu saya order pula ESP. Dulu memang pun dah ada beli tapi dah habis. dan ambil masa yang agak lama nak beli semula kerana ada sedikit masalah kewangan.
Alhamdulillah, dapat juga beli. Kali ni minum dengan sedikit berjimat. Sehari satu scoop aje, maximum pun 2 scoop. hehehe. Tapi hasilnya….


Alhamdulillah. Itupun dah ada tertumpah sikit sebab penuh sangat. huhu. Rasa B selalu penuh. Siap boleh 2 kali let down reflex.
Sedikit info tentang let down reflex.

The let-down reflex is also known as the milk ejection reflex, or MER and was originally a term of dairy farmers which described the cow’s ability to release her milk. However, in terms of the nursing infant, the let-down relflex is the means by which the mother’s milk is released or “let-down” so that the baby may be nourished by it.
The way the let-down reflex works is pretty simple. When a mother places her baby to her breast, the baby begins to suckle. This sucking action stimulates the nerve endings in the mother’s nipples. These nerve endings, once stimulated, then send signals to the mother’s pituitary gland which causes the gland to produce the hormone prolactin. This hormone then signals the alveoli in the woman’s breasts to produce milk.
The baby’s suckling also stimulates the pituitary gland to produce another important hormone called oxytocin. This hormone then travles through the mother’s bloodstram to the breast which causes the aveoli to contract. This process squeezes the milk from the aveoli into the milk ducts and makes the milk available for your infant.
Once the process of let-down has begun, it will continue so long as the nipples are suckled which causes the mother’s body to continue to produce milk. However, the start of the let-down reflex varies in many new mothers. In some it can take only a few seconds, while in others the let-down reflex may take several minutes. However, after the initial start of the let-down reflex when lactation and a schedule of nursing becomes well-developed some mothers have the let-down reflex simply from seeing their baby smile, or hearing their baby cry.
There are various sensations associated with the let-down reflex, that will alert a new mother her milk is about to be ready for her infant’s nourishment. Some mothers feel a tingling sensation and their breasts may feel warm. Others say the feeling gets intense enough to feel as if it’s burning. Other times, the new mother feels no sensation except that milk has begin to drip from her nipples. The let-down reflex can be as light as a gentle drip from the faucet, to a hard spray across the room when it occurs. All women’s breast vary and so will their experience of the let-down reflex. If you have any questions or concerns regarding your own let-down reflex, you should consult your physician rather than comparing notes with other mothers.


Bila rasa macam ni biasanya susu akan memancut-mancut keluar. Alhamdulillah, ada rezeki lagi buat muadz. Semoga muadz dapat minum susu ummi sampai 2 tahun ye, sayang.

Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?

Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak mati (air kosong)/ sejuk atau air suam2 kuku seperti milo, susu atau oren....ELAKKAN BANCUH dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protien mudah musnah pada suhu yang tinggi.

Minumlah ESP 1 -3 kali sehari : antara dua waktu makan utama.
Sebagai contoh waktu selepas sarapan dan makan tengahari. Jika kita sarapan jam 8 pagi, amiklah ESP pada jam 10 pagi supaya perut kita tak lapar sementara nak menunggu masa makan tengahari jam 1pm.

Namun seperti selalu, 3 perkara ini tidak boleh diabaikan :

1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten
....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Namun jika nak rasa payudara penuh dengan susu, amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement. You can feel it! TETAPI KENA INGAT! Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct.

2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. Macam ibu sekarang walau dah tak menyusukan Addin dan Nasa namun ibu pastikan ibu mengambil 3-4 L sehari yang disukat melalui botol. Ramai customer yang mengadu susu pekat namun susu belum banyak....kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat.

3. Doa yang berterusan
bukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Perlu ada amalan yang mendekatkan diri kita denganNya. Membaca Al Waqiah setiap malam, berzikir memuji kebesaranNya. Bersedekah dan berbuat baik sesama manusia di mana di samping itu membersihkan hati dari siap wasangka terhadap ALLAH. Bila ada wasangka itu lah kekadang membuatkan rezeki kita terbantut. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu memerah dan menyusukan anak sekerap mungkin.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu menjaga pemakanan dan berusaha meningkatkan nutrisi dalam susuibu.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu mendekatkan diri kepada YANG MAHA PEMBERI iaitu ALLAH.


Salam kasih sayang :)

Dulu stress, sekarang gembira :)

Credit kepada Kak N :)

Email ini ibu terima dari kenalan cyber ibu. Pada awal perkenalan beliau seorang yang sangat stress....alhamdulillah dengan izin ALLAH kini tiada lagi. Beliau lebih ceria kerana penghasilan susunya yang makin bertambah. Alhamdulillah :)

From:
WAN KHAIRUNNISA [Chat now]
...
View Contact
To: norita n


salam akak,ape kbr kak??smg akak sht di samping anak2 dan suami tersyg..maaf atas kelewatan email sy nie kak..sy sedikit sibuk dgn urusan kursus..nie br sampai kg di trg..esok nak buat aqiqah danial..jmputla dtg kl akak ade kelapangan..biznes sy pun blm lg berjalan dgn baik..blm smpt nak buat sepenuhnya,hopefully dpt buat sepenuhnya slpas nie...doakan sy kak...

pasal pengalaman saya bersama shaklee,nie sy akan ceritakan..

sebelum saye jumpe shaklee,sy sgt stress semasa susukan danial,sbb pd ms tue danial setiap ms nak susu,nak ngempeng ngan sy je..xnak lps nenen..ms tue msh dalam pantang,mlm2 pun die nak susu je stp ms,mcm danial xkenyang mnm susu sy..kdg2 penah sy menangis sbb sgt penat dengan karenah danial dan prnh jgk sy mcm da pts asa nak bagi susu badan pada danial..Satu hari sy bukak susuibu.com,ntah mcm mn sy tersampai di blog kak N,dgn penuh excited sy bc blog akak..pd ms 2 jugak ati sy sgt teruje untuk mencuba shaklee nie...sy pun trs order set C plus alfalfa dari kak N dan saya pun start mkn dan kenal dgn produk shaklee..alhamdulillah,bl sy mkn shaklee susu sy makin banyak,anak sy pun da minum susu ikut timing,xmcm dulu setiap ms nak susu..ape yang saya perasan susu sy makin pekat,kuantiti pun makin banyak.sblm nie sy pam dapat la dlm 4oz je..tapi lepas makan shaklee skali pam dapat la dalam 8-10 oz..sy rase sangat bersyukur sbb susu saye mencukupi hingga sekarang untuk menyusukan anak sy..anak sy pun xpernah di serang demam lagi hingga hari nie walaupun selepas kn cucuk..Banyak kebaikan yang sy dapat dengan produk shaklee nie.badan sy pun tak letih macam sebelum nie,walaupun sy berjage malam tp sy msh blh maintain lagi keesokan harinya..vitamin yang sy ambik skg shaklee set B,ostematrik,ESP,vit e dan lecithin..sy sangat berpuas hati dengan produk shaklee.

2 je la yang sy dapat kongsikan dengan akak..nak karang panjang2 x reti mengarang...hehe..sori ye kak..

Begitulah pengalaman Khairunnisa. Bagaimana pula pengalaman anda?

Salam kasih sayang :)

Wednesday, December 22, 2010

Ada suami yang tak sokong penyusuan susu ibu

Pada saya, betapa ruginya si suami kalau dia tak mahu menyokong usaha isterinya untuk menyusukan bayi mereka. Mana taknya, berdasarkan pengalaman saya sendiri kan, babah aien langsung tak terganggu tidur malamnya sepanjang saya berpantang hinggalah sekarang ni kalau aien merengek2 nak susu malam2. Sebab? sebabnya ialah...Aien menyusu susu umminya. Menyusu direct daripada saya. Jadi, kalau aien merengek2 dan babah bangun pun, apa yg babah boleh buat betul tak? melainkan tengok je la aien nenen hehehe. Kiranya, saya amat bertuah sebab suami memang menyokong penuh saya menyusukan anak kami.

Tapi kan, ada jugak suami yg tak nak support isterinya. Antaranya disebabkan oleh:

1. Si isteri selalu mengeluh keletihan.

Seorang suami mengharapkan isterinya menjadi supermom; baik yang bekerja mahupun yang menjadi surirumah semata2…maka apabila si suami asyiklah mendengar si isteri kepenatan terutama yang bekerja di siang hari dan malam dengan tak cukup rehat dan mengadu keletihan maka si suami pun akan menyarankan memberi si kecil minum susu formula.

Bagaimana nak mengatasi keadaan ini: Jagalah pemakanan, berikan fizikal dan rohani makanan yang mencukupi dan jika rasa badan perlukan supplement,do something jangan sampai rumahtangga beri satu masalah kepada kita sebagai isteri. Supplement fizikal yang perlu: B complex, Multivitamin dan Kalsium. Supplement rohaniah: Solat tahajud dan zikir nama2 Allah .

2. Si isteri tidak memberi layanan yang sepatutnya.
Apabila seorang wanita itu menyusukan anaknya maka hormon prolaktin akan menjadi tinggi dan hormone progesterone akan menurun. Ini secara langsung memberi kesan kepada keinginan seks seorang isteri. Si isteri akan mula menunjukkan kedinginan yang ketara. Kehendak si suami akan menjadi satu beban kepada si isteri. Pernah juga kita terdengar cerita mengenai masalah ini dan jika dibiar berlarutan si suami mungkin akan pergi mencari teman baru, nauzubillah.

Bagaimana mengatasi: Banyakkan mendekatkan diri dengan pencipta..secara langsung akan mengingatkan kita tanggungjawab dan amanah yang dipikul dalam melayari alam rumahtangga. Jika perlukan supplement: Vitamin E dan Alfalfa adalah antara yang dapat membantu.

3. Si isteri tidak menjaga penampilan diri.
Rata2 si isteri yang menyusukan anak akan pastinya mempunyai masalah badan…bukan kerana apa tetapi kerana bau susu dari badan kita. Adakala disebabkan oleh makanan pemangkin susu seperti halba. Dengan berbaju t yang dah lusuh ditambah kain batik yang warnanya makin kusam membuatkan mata suami menjadi sakit. Si isteri menjadi seolah2 tidak terurus atas alasan menyusukan anak dan masa yang tidak mencukupi. Walhal kita punya 24 jam dan setiap orang perlu mempunyai kebijaksanaan menguruskan masa. Ada yang wajah nampak tua dari umur dek kerana tak cukup tidur dan keletihan sepanjang hari.

Bagaimana nak mengatasi:
Cubalah amalkan setiap kali selepas mandi , gunakan pewangi walaupun hanya duduk di rumah. Belilah lotion2 yang tahan lama wanginya agar bau peluh kita diserap oleh bau lotion tadi. Jika kurang berkemampuan, memadai memakai Johnson baby cologne…ibu dan anak pakai sekali, pasti bahagia hidup.


Jika ada baju yang dah lusuh, buanglah tetapi janganlah pula disedekahkan kepada orang susah kerana tidak elok memberi sesuatu dalam keadaan uzur. Begitu juga dengan kain batik, carilah warna yang menarik dan alangkah bagus pakailah seluar panjang supaya dapat menarik perhatian suami untuk menatap si isteri lebih banyak dari wanita yang lalu lalang sewaktu suami berada di luar rumah. Namun jika hidup dengan mertua, pakailah yang bersopan agar tidak menyebabkan fitnah dan zina mata dengan ahli keluarga yang bukan muhrim. Pemakanan penting...makanlah buah setiap hari agar pembentukan kolagen tidak terbantut dan si ibu akan nampak sentiasa muda.

4. Si isteri mencari alasan tidak masak
Memang tidak dinafikan apabila mempunyai anak yang menyusu badan sepenuhnya, masa kita akan lebih banyak tertumpu kepada si kecil sehingga tanggungjawab rumah seperti mengemas dan mamasak sedikit terganggu. Jika mendapat suami yang sangat memahami dan berkemampuan, pastinya akan membeli lauk dan si isteri menanak nasi di rumah. Namun bukan semua suami itu sama…ada yang memang suka masakan isterinya walau makan hanya nasi dan telur serta ikan masin, sudah memadai baginya.Walau bagaimanapun takkanlah kita nak hidangkan nasi dan telur selama 2 tahun penyusuan? Rasanya suami pun mengamuk sakan.

Bagaimana mengatasi:
a. Bagi si surirumah: Belajarlah cara2 memasak dengan cepat terutama waktu si kecil tidur. Jika perlu bangkit awal, bangkitlah awal agar dapat menguruskan tanpa gangguan. Belajarlah resepi2 yang ringkas tetapi sedap apabila dinikmati.
b. Bagi working mom: Kita bekerja atas redha suami maka apa pun yang kita buat perlulah win-win situation. Jika tak larat masak, keluarkan sedikit dari gaji untuk membeli makanan. Jika suami kata membazir, katakan padanya sementara sahaja memadangkan hari itu tak larat nak masak. Namun jangan pula minta suami yang keluarkan belanja makan pasti mengamuk sakanlah si suami tadi kerana mengharapkan isteri bekerja membantunya tetapi sebaliknya yang berlaku.

5. Si anak asyikla nak melekap @ mengempeng.
Si suami juga perlukan masa bersama dengan si isteri.. untuk merehatkan minda dan ber”yoga” bersama..namun jika si kecil asyiklah mengempeng sepanjang malam dan menyebabkan si suami ketandusan kasih sayang, mulalah golongan suami ini akan menyarankan si kecil minum susu formula. Akan lahirlah idea dalam otak si suami badan si isteri tidak mampu menghasilkan susu.

Bagaimana nak mengatasi: Jagalah pemakanan, ambillah supplement jika perlu.. Supplement itu penting agar dapat mengisi ruang kosong di dalam tubuh kita. Pengambilan supplement membantu meninggikan kandungan nutrisi dalam susuibu. Ini akan membantu si anak tidur lebih nyenyak. Kita juga mampu menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan hamba kepada yang Esa dengan dapat menunaikan tahajud dengan tenang. Banyakkan juga membaca fatihah serta bacalah zikir Ya latif agar si kecil nyenyak tidur tanpa gangguan.

6. Si isteri tidak berkongsi kebaikan susuibu bersama suami.

Kebanyakan yang mengambil berat betapa pentingnya susuibu kepada is kecil adalah ibu itu sendiri. Namun ilmu ini tidak dikongsi bersama suami tercinta. Jadi dek kerana kekurangan ilmu inilah si suami tidak menyokong penyusuan.

Bagaimana nak berkongsi dengan suami tentang ilmu penyusuan?
Ajaklah suami hadiri kursus yang melibatkan penyusuan…minta nasihat doc di depan suami agar suami turut mendengar kebaikan susuibu. Maklumkan kepada suami yang penyusuan exclusive selama 6 bulan pertama sudah boleh membuatkan badan si isteri kembali langsing. Bercerita selalu dengan suami kebaikan susuibu pada si kecil iaitu membantu meningkatkan system imun maka sebagai ibubapa tidak banyak masalah pada masa akan datang. Carikan artikel yang boleh dibaca bersama bersama suami dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.


Kesimpulannya :
Bagi saya yang dah berjaya menyusukan Aien selama 2 tahun lebih berpendapat secara peribadi ,makanan fizikal dan rohani sangat penting. Bila tubuh sihat, kita dapat menyusukan anak dengan baik. Bila rohani kita sihat kita dapat menempis segala cubaan dan halangan yang datang. Fizikal kita perlukan makanan yang seimbang, jika terdapat kekangan dalam pengambilan zat, cubalah ambil alternative dengan pengambilan supplement. Jika mempunyai kekangan untuk membeli dapatkan dari klinik kerajaan secara percuma. Namun jika ada lebihan dapatkan yang lebih baik. Rohani juga tidak boleh diabaikan. Solat 5 waktu, berpuasa dan menunaikan zakat adalah basic keperluan rohani. Rohani juga perlukan supplement iaitu zikir dan amalan2 sunat. Inilah keseimbangan yang perlu semua ibu ada untuk Berjaya dalam penyusuan selama 2 tahun atau lebih.

Tidak perlu terlalu rigid dengan pendapat orang sekeliling termasuklah doktor dan LC yang tidak menyokong pengambilan supplement.Saya tak nafikan pokok boleh hidup dengan hanya matahari, tanah dan air tetapi alangkah bagusnya jika dibaja kerana ia akan lebih subur. Bukannya apa, bila kita punya masalah rumahtangga akibat dari penyusuan, bukannya doktor atau LC yang datang menolong…tetapi diri kita sendiri.

Alhamdulillah, setakat ni dah lebih dua tahun Aien menyusu penuh, hubungan kami suami isteri masih romantik macam masa baru kawin dulu :)

yang penting, kena saling memahami. kalau saya tak sempat siapkan kerja rumah, babah aien yg akan tolong siapkan. begitulah sebaliknya. tapi selalunya memang saya yg terpaksa tangguh kerja hehehe ;P

Happy breastfeeding!

Salam kasih sayang :)

Betul ke Set B Shaklee benar-benar berkesan?

Ini adalah entry salah seorang customer senior saya dan kini telah menjadi pengguna tegar Shaklee serta berkongsi trial pack dengan semua teman-temannya. Beliau mempunyai anak kembar yang sangat comel. Ikuti cerita beliau.

Credit to Kak N dan Ina

Alhamdulillah saya masih lagi meneruskan penyususuan susu ibu sehinggalah Amna dan Anis berusia 17bulan.Saya tidak menetapkan sesuatu tempoh ianya mesti berakhir sehingga bila kerana saya selalu berdoa"Ya Allah kurniakan kepadaku kekuatan untuk menyusukan anak-anakku selama yang mungkin kerana setiap yang berlaku hanyalah dengan izinmu,Ya Allah permudahkanlah segala urusan hidup kami dan berkatilah kami dengan Rahmat dan Kasih Sayangmu..

Bagaimana saya begitu percaya dengan Shaklee?

Bermula pada thn 2009 Sewaktu kandungan saya berusia 5 bulan saya saja-saja mencuba 1 tin ESP sebelum ditukarkan kepada canister)kerana kesian pada seorang kwn bersungguh-sungguh bercerita tentang ESP sehinggalah saya melahirkan Amna &Anis.Alhamdulillah kesan ESP 1 tin itu kulit mereka cukup bersih dan gebu..saya mula terfikir bagimanalah rupanya jika bertin-tin ESP masih diteruskan pengambilannya semasa saya menyusu pulak.mesti orang akan bertanya Amna&Anis ikut siapa yer sebab saya tidak segebu mereka...hehe


Bagaimana Set B dan ESP membantu penyusuan saya?
Setelah melahirkan Amna&Anis saya tidak tahu rupanya ESP yang saya pernah minum dapat membantu memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu hinngalah apabila Amna&Anis berusia 16 bulan susu saya makin berkurang sehingga 2 0z setiap sesi perahan.Saya takut dan risau kerana ramai ibu yang tidak dapat meneruskan penyusuan apabila anak sudah mula makan.

Bagaimana saya menemui harapan untuk dapatkan semula 9 oz setiap sesi?
Saya berusaha mencari Info bagaimana untuk menambahan susu perahan saya.Saya masih mengepam secara konsisten,tapi apa yang berlaku saya cepat panik bila saya hanya mampu bawa pulang 3-4oz setiap hari untuk keperluan amna&anis.Saya jadi seorang yang cepat stress bila seminggu susu saya drop.Alhamdulillah bertemu kak N bercerita tentang Shaklee apa vitamin yang boleh kurangkan stress dan tambahkan susu,berkenalan pulak dengan kak Nadia berkongsi cerita dan Tips bagaimana kak Nadia berjaya.Terima Kasih Kak N dan Nadia..semoga ada ganjaran dari Allah SWT dan setiap usaha dan perkara baik yang kalian lakukan diberkati Allah SWT...

Apa hasilnya selepas seminggu mencuba Set B dan ESP?
Saya akui memang saya mengharapkan kesan serta merta setelah saya mencuba Shaklee.Tapi Allah SWT ingin melihat saya bagaimana perlu dan pentingnya sifat sabar.Saya belum nampak sebarang peningkatan.Siapa yang saya cari?Saya sms kak N "Salam Kn dah 8 hari makan Set B cuma susu masih belum nampak perubahan".Saya sms pula kak Nadiah.Salam kak.saya nak tanya camna cara kak ambil vitamin dah 8 hari makan set B tapi tak nampak perubahan .

Jawapan kak N:Ina, ada orang makan 2 weeks baru ada kesan yang ketara,jadi kena istiqamah ya.Akak doakan ina berjaya dapatkan amount yang dihajati.Kak Nadiah pula emailkan saya penerangan yang cukup panjang lebar(.Nanti saya kongsikan yer..boleh ke kak Nadiah? )Kesimpulannya sabar,istiqamah dan banyakkan doa

Selepas 12 hari....
Susu perahan 10 am = 4 oz


Susu perahan 3 pm = 8 oz


Susu perahan 11.10 pm = 10 oz




Apa kata kak N: Tahniah,itulah berkat kesabaran

Saya berusaha,bersabar,dan saya perlu istiqamah dan teruskan berdoa..Saya juga ingin berkongsi dan bersedia untuk membantu anda.


Sesungguhnya mereka yang berjaya adalah mereka yang melaksanakan 3 perkara yang selalu diingatkan iaitu :

1. Sesi perahan yang konsisten iaitu perah setiap 3 jam.

2. Minum minima 3 liter air sehari. Perlu ada satu indicator memastikan pengambilan air yang cukup.

3. DOA yang berterusan.
Ini adalah untuk kepentingan rohani. Roh yang sakit adalah ROH yang sentiasa tidak sabar, pemarah, merungut, tidak redha dengan aturan ALLAH serta TIDAK YAKIN dengan ALLAH. Maka DOA ini bukan sekadar menadah tangan ke langit dan meminta...ia perlulah dengan iringan solat sunat, zikrullah serta amalan2 yang baik. Renung2kanlah.

Salam kasih sayang:)

Kepentingan Setiap Vitamin dalam SET B

Seperti yang dah sedia maklum, set B ialah set untuk ibu menyusu. Tapi mesti semua nak tau apa sebenarnya fungsi setiap vitamin itu kan?

1.Apakah set yang sesuai untuk ibu yang menyusu?
Set B

2. Apakah yang ada dalam set B?
Multivitamin @ Vitalea, B complex, Vitamin C dan Alfalfa

3. Apakah fungsi atau kebaikan setiap vitamin bagi ibu yang menyusu?


a) Vita-Lea Iron Formula / multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.

Bagi yang berkemampuan, boleh menambah:

Energizing Soy Protein (ESP)

ESP adalah protein dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESp turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.....kesan baik kepada baby berat badan mudah naik terutama pada 6 bulan pertama kelahiran.

Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran?
Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar :).

Cuba sendiri baru tau!

Salam kasih sayang :)

Monday, December 20, 2010

Silika gel dalam vitamin SHAKLEE

Ini lanjutan daripada entry lepas.

Artikel ini diambil dari genkimomma.

Salah satu mengapa saya memilih Shaklee sebagai supplements kami sekeluarga ialah kerana keaslian & ketulenannya. Buktinya, supplements Shaklee tidak memerlukan kehadiran gel silika (Silica Gel) di dalam bekas/ botolnya.

Sebelum mengenali Shaklee, saya sering habiskan masa yang agak lama untuk membeli supplements di farmasi. Mesti teragak2 nak beli brand yang mana satu. Nak compare lagi supplement facts for each brand, nak compare price vs quantity lagi, dan ditambah lagi dengan kehadiran silica gel (boleh dikatakan dalam kesemua jenama botol) yang agak tidak menyenangkan mata saya. Ntah laa, somehow, saya teringat silica gel yang selalu kita jumpa dalam kotak kasut atau kotak hand bag tue. :P
Bila pertama kali beli supplements Shaklee, saya akui yang saya agak terkejut kerana tiada silica gel di dalam botolnya. Jarang2 jumpa nih! Itu lah orang selalu kata, tak kenal, maka tak cinta, kan? ;)

Namun, saya terkejut sekali lagi, apabila menjumpai silica gel dalam bekas Vitamin C untuk anak saya (Chewable Vita-C 100mg). Inilah yang saya maksudkan…


Sepantas kilat saya bertanya pada Pakar Pemakanan Shaklee (kak N).
Berikut ialah sessi soal-jawab kami…

Selama ini saya dapati supplements Shaklee tiada silika gel. Tapi, agak terkejut silika gel ada dalam botol Vitamin C for children.
Kenapa ada silika gel ya?


Akak juga terkejut pada mulanya tapi bila diterangkan oleh penasihat dari US satu masa dulu akak terima dengan rasional. Rasionalnya nama vit ini ialah chewable utk children. Bila kata utk budak2 mereka tidak seperti kita alert dengan perkara sekeliling. Jika kita mengambil vit dalam botol, kita akan pastikan tangan kita sentiasa kering…betul kan? Tetapi kanak2, adakala mereka tonggang vit dari botol tanpa mengambil kira tangan mereka basah atau kering, so that is why Shaklee ambil langkah awal dengan menyediakan penyerap kelembapan tersebut. Namun akak admit bahawa vit kanak2 Shaklee lebih baik dari semua jenis vit di pasaran kerana

1. Tiada pewarna
2. Tiada pengawet
3. Tiada perasa tambahan seperti kebanyakan vit dalam farmasi.


Lega hati saya! Hehehe. Memang betul pun. Anak-anak saya selalu berebut untuk buka botol vitamin mereka, termasuk lah si kecil yang belum pon 2 tahun tue.
Haih, tak padan dengan kecik! :P
Uniknya silica gel yang diletakkan di dalam botol supplements Shaklee untuk kanak-kanak ini ialah, ianya tidak seperti biasa, yakni manik2 kecil di dalam packing bag kecil (beads packed in a semi-permeable plastic), tetapi, dalam bekas keras bujur yang kecil. Maka, kebarangkalian kanak-kanak akan menyentuh terus (direct contact) dengan silica gel itu ialah sangat-sangat tipis.

Maka kawan-kawan, sekiranya anda menjumpai kehadiran silica gel ini dalam botol supplements Shaklee untuk anak-anak anda, jangan lah gusar ya. ♥

Testimoni

Saya ambil daripada senior saya :)

Ini email yang ibu terima semalam.... alhamdulillah banyak email yang ibu terima untuk perkongsian bersama kita semua.

From:
mimie

To: norita n

Assalamualaikum Kak N,

terima ksih byk2 sbb kak N byk tolong saya go thru bf journey ni..bermula dgn set B..sekrg dah mcm2 beli dr kak N...shaklee mmg sgt berkesan, especially nak mengenyangkan anak sbb susu sgt pekat, suka sgt..dulu susu cair, so baby selalu je nak minum.

sepanjng puasa aritu pun Alhamdulillah, berjalan lancar...everyday dpt prepare utk anak consume di taska, ada yg sempat buat utk stok lagi..Alhamdulillah...siap beli fullpack sbb hubby pun tumpang makan vit jugak...Alhamdulillah, dia bukan jenis suka makan supplement ni..tapi sbb ada 1 hari saya minta dia try mkn shaklee, the next day n seterusnya, dia yg cari shaklee..heheh.....agaknya dpt rasa kesan +ve tu..

Parents saya juga akui keberkesanan shaklee setelah saya belikan mereka full set vit c, vitalea, kalsium, omega, vit e, b-complex dan esp..baru2 ni pun saya selsema...makan vit c 2 biji sehari dan dipatah 2, as suggested by kak n..alhamdulillah..dulu kalau saya selsema sekali ngn batuk kahak yang teruk...kali ni, hanya selsema tanpa batuk...

Kurang sebulan lagi anak saya akan berusia setahun (dob 9/1/2010)...jika diizinkan Allah, dan jika masih ada rezekiNya maka setahun juga la saya menyusukan anak saya secara exclusive tanpa FM...Alhamdulillah..doakan kejayaan saya..

Wasalam

Mimi Tganu.

p/s: dah lama nak send ni, tapi tertangguh...heheh

Jika anda masih baru dan ingin mencuba vitamin Shaklee...boleh dapatkan pek percubaan yang kami usahakan untuk yang baru mengenali Shaklee.

Friday, December 17, 2010

Set B : Testimoni Gembira!!!

Antara testimoni pengguna SHAKLEE :

Marlina M Nazman,

Alhamdulillah lepas makan vitamin yang beli kat akak tu saya dah kurang letih dan tak stress sangat. Alhamdulillah air susu pun makin bertambah ( walaupun niat sebenarnya makan vitamin tu untuk tingkat tenaga sebab hari-hari travel umah ke opis jauh. Alor star ke Kangar, memang sangat-sangat penat disamping bf baby lagi memang sangat2 tensen!)….Saya sekarang terpaksa beli freezer sebab stok dah tak muat dah nak letak dalam peti ais..

Namun sayugia saya selalu berpesan agar jangan lupa 3 perkara ini demi menjayakan penyusuan dengan pengambilan supplement :

Susuibu ini akan terhasil dengan banyak apabila 3 syarat ini dipenuhi:

1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Namun jika nak rasa payudara penuh dengan susu, amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement. You can feel it! TETAPI KENA INGAT! Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct.

2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. Macam saya sekarang pastikan mengambil 3-6 L sehari yang disukat melalui botol. Ramai customer yang mengadu susu pekat namun susu belum banyak....kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat.

3. Doa yang berterusan bukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Perlu ada amalan yang mendekatkan diri kita denganNya. Membaca Al Waqiah setiap malam, berzikir memuji kebesaranNya. Bersedekah dan berbuat baik sesama manusia di mana di samping itu membersihkan hati dari siap wasangka terhadap ALLAH. Bila ada wasangka itu lah kekadang membuatkan rezeki kita terbantut. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu memerah dan menyusukan anak sekerap mungkin.


Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu menjaga pemakanan dan berusaha meningkatkan nutrisi dalam susuibu.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu mendekatkan diri kepada YANG MAHA PEMBERI iaitu ALLAH.


Jika pengambilan set B belum memberi kepuasan yang optimum kepada si ibu yang menyusukan anaknya....ibu mensarankan pengambilan set B bersama ESP dan Kalsium @ Ostematrix Shaklee untuk mendapat kesan yang lebih hebat.

Pengambilan Protien dan kalsium melengkapkan lagi keperluan si anak dan ibu akan lebih sihat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Akhir kata Anak ceria Ibu Gembira!

Salam Kasih Sayang :)

Mengapa ada yang tidak berkesan?

Jujurnya pada pendapat saya secara peribadi:
Supplement membantu saya menjayakan penyusuan.

Namun terdapat beberapa kes si ibu yang mendapati supplement tidak membantunya dalam penyusuan; setelah saya study kes mereka dan hasil yang saya dapati ialah:

KES SATU;
Selepas mengambil vitamin, mata mudah mengantuk dan badan letih.

Golongan ini adalah golongan yang KURANG MINUM AIR ATAS ALASAN MALAS KE TANDAS. Jika ini berlaku pada anda, better jangan amik supplement kerana pengambilan supplement memerlukan banyak air demi penyerapan yang baik oleh badan manusia. Jika pengambilan biasa bagi kita ialah 2 liter air..keadaan ini hanya sesuai jika kita tidak mengambil apa2 supplement. Namun bagi pengamal supplement, pengambilan air perlu banyak demi menyahtoksik dari badan serta melancarkan penyerapan nutrien oleh badan. Pengambilan air juga membantu meningkatkan keperluan oksigen oleh tubuh. Badan akan mudah letih kerana kepekatan darah dan jantung memerlukan banyak tenaga untuk mengepam.
Maka kesimpulannya: kes pertama ini ialah kerana kekurangan air yang kritikal.


KES KEDUA :
Pengambilan supplement membuatkan susu saya PEKAT tetapi kurang dari segi kuantiti.


Ini adalah kesan normal bagi mereka yang baru dengan supplement. Pengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang sekata dan banyak. Seperti yang kita sedia maklum setiap badan adalah tidak sama.
Macam saya sendiri....saya suka makan vitamin sekaligus pada waktu malam after dinner.

Ada orang yang makan sekaligus pada waktu pagi bersamaan dengan 5 biji contohnya. Si ibu ini akan mendapati susunya pada perahan jam 10am dan 1pm adalah pekat dan sedikit in term of kuantiti. Namun kuantiti susu perahannya akan back to normal selepas jam 5 pm dan perahan berikutnya.

Mengapa ianya terjadi?

Ini kerana kepekatan darah adalah di kemuncak antara waktu jam 10 pagi sehingga jam 2pm. Mungkin waktu ini si ibu kurang minum air....namun selepas jam 2 pm si ibu mula minum semula pada kadar yang lebih seimbang.
Bagaimana nak mengatasi masalah ini?
Jika kalian adalah ibu yang mempunyai masalah dalam kes KEDUA ini apa yang boleh saya sarankan ialah:

Selepas makan pagi, amik mana-mana 2 jenis vitamin dalam set B. Manakala bakinya diambil selepas makan tengahari....ini akan membantu keseimbangan air di dalam badan dan dapat mengurangkan kepekatan darah yang tertumpu pada sesetengah masa.
Memang jika ada yang bertanya, pada waktu bilakah terbaik untuk mengambil vitamin, saya akan menjawab saya mengambil waktu malam kerana sel badan akan rejuvenate sewaktu kita sedang tidur namun saya sentiasa memastikan pengambilan air adalah sekurang2nya 2 liter sebelum ibu tidur. Sehingga kini sudah menjadi amalan bagi saya. alhamdulillah.

KES KETIGA
Tiada perubahan langsung


Setiap apa yang terjadi mesti ada sebab dan musabab namun berapa ramai antara kita yang melakukan MUHASABAH atas segala yang terjadi dalam kehidupan sehariannya?
Ada satu kes yang saya study...si ibu ini tidak mendapat apa2 manfaat langsung dari pengambilan vitamin. Setelah ditanya dan diselidiki...si ibu ini adalah golongan peminum kopi yang tegar. Sehari mesti minum 3 cawan kopi kerana padanya kopi membantu diirinya menjadi cergas dan kurang mengantuk. TANPA disedarinya pengambilan kopi itulah yang memusnahkan vitamin yang sedia ada dalam badannya. Maka pengambilan supplement tidak akan memberi impak apa2 ke atas dirinya kerana vitamin banyak musnah disebabkan pengambilan kafein tadi.

Tidak kurang juga si ibu yang tidak mendapat manfaat kebaikan vitamin kerana tiada sikap istiqamah dan sabar. Sedangkan inilah yang dituntut dalam agama untuk berjaya dunia dan akhirat. Disiplin sangat penting dalam menjayakan istiqamah.

Salam kasih sayang :)

Makan ALFALFA je, ok ke?

Saya ada seorang kawan yg baru 3 hari mengambil alfalfa sebagai milk boosternya. Dia menyatakan kepada saya bahawa kuantiti susunya sama sahaja bila dipam. Tak ada perubahan ketara.

Ada ramai ibu yang menyusukan anak mereka hari ini setelah kita didedahkan dengan kebaikan susuibu. Sudah pasti apa yang ditekankan tentang kebaikan susuibu adalah khasiatnya yang tinggi antioksidan, bagus untuk mencegah sakit dan ianya membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.

Ramai ibu yang telah sedar kepentingan "life balance"... terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian. Sudah pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susuibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.

Namun terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan.
Persoalannya , bolehkah? dan
Adakah ia mempunyai kesan yang berbeza dibanding jika si ibu mengambil vitamin yang disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?

Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?

Melalui pengalaman saya sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.

Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap...iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.

Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B sebenarnya ?


a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.

Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri
Si ibu hanya concern on quantity....

ATAU

2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.


Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu our own life style.
Mungkin ada orang kata dia tak perlu sebab belakang rumahnya adalah kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam inject dan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu supplement memang betul :)

Salam kasih sayang :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...