Tuesday, February 23, 2010

Aien Demam Panas


Semalam babah terpaksa balik lewat sebab banyak kerja. Ummi pun terpaksa akur sebab ummi balik sekali dengan babah. Babah akan amik ummi kat bgn Angkasa Raya pastu terus amik Aien kat umah Mama Ila.

Ummi telefon ma bgtau yg kami akan amik Aien lewat. Pastu ma ckp Aien demam. Ya Allah, demam ke? Dah lama sgt Aien tak demam. Mase nak tumbuh gigi pun Aien tak demam. Ni tiba2 pulak demam.

Ma ckp demam nak besar kot. Takpun memang sekarang musim demam. Aien punya antibodi masih tak kuat utk lawan virus demam tu walaupun Aien minum susu ummi.

Ummi balik terus dapatkan Aien. Aien pulak, biasela nampak ummi ngan babah terus ngada2. Tapi mase tu Aien dah kebah dah. Tak panas pun.

Pastu malam pun Aien ok jer... betul la kot demam nak besar.

Ummi harap Aien tak demam berpanjangan ye sayang....

Coretan Ummi untuk Anakku Buah Hatiku

Monday, February 22, 2010

Gambar Rumah





Selama ni ummi cerita je... takde pun gambar2 diselitkan. Kali ni ummi nak letak gambar sikit. Buat cuci mata. Buat kenang2an...

Rumah Baru

Semalam ummi, babah & Aien pergi jenguk rumah yg dalam renovation. Belum siap sepenuhnya lagi. Kelmarin, kitorg bergegas2 cari tiles sebab tak cukup. Dahla cuti tahun baru cina, kedai tiles takut tutup pulak.

Babah kuatkan semangat, drive kereta dgn cool... takut jugak kedai tutup. Sampai2 je... alhamdulillah, kedai tu bukak. Satu lagi kegusaran melanda. Takut tiles takde stok. Tengok2 memang x cukup tiles yg kitorg nak. Org kedai tu cakap Isnin boleh datang amik.

So, kena la papa a.k.a atuk Aien tolong ambil kat kedai.

Lagi sikit je rumah nak siap. Tapi banyak lagi rasanya tu.

Babah dah listing apa yg perlu dibuat. Buat grill, pagar, cat, kabinet dapur, basuh, pindah barang, kemas...hemm.. banyak lagi rupanya.

Takpe, yang penting Aien tak banyak kerenah ye sayang.

Aien tolong jaga diri baik2 je ok... boleh la ummi & babah buat kerja2 tu.

Insyaallah, ummi dah ckp kat babah nak pindah bulan 5 ni. Sempena anniversary kami yg ke-3. Semoga termakbul hendaknya. Amin.

Coretan Ummi untuk Anakku Buah Hatiku

Friday, February 19, 2010

Aien setahun dua bulan seminggu harini

Alhamdulillah, buah hati ummi ngan babah ni dah setahun dua bulan seminggu hari ni.

Aien dah bijak buat apa sekarang?

Malam kelmarin dia tak nak langsung berenggang dengan ummi. Dengan babah taknak jugak. Kenapa sayang? Takut ummi tinggalkan Aien ke?

Maklumlah, minggu lepas kan cuti 4 hari. Tahun Baru Cina.

Aien dah sedap peluk2 ngan ummi. Babah pulak terpaksa kerja sebab dah tukar sistem baru kat ofis tu. Kena settle cpt2. Tu yg Aien taknak dgn babah kot??

ya Allah, susah betul ummi mlm tu. Ummi nak solat Isyak, nak amik wudhuk, Aien menangis kat luar bilik air. Mula2 nangis sikit. Bila babah nak dukung dia, lagi kuat dia jerit. Amboi...dah pandai nangis jerit2 sekarang ye! heppp!!! ummi tak pernah ajar mcm tu kan?

dlm keadaan mcm tu, ummi terus je amik wudhuk, pastu keluar bilik air terus peluk Aien. Dokong dia. Usap dia. Sapu air mata dia yg berjurai2 tu. Kesian pulak ummi tgk. Ish... jgn la nangis mcm ni lagi syg. Tersedu2 mcm ni.

Ummi nak solat je, bukan nak tinggalkan Aien. Lagipun, babah kan ada. Hemmm..

Ummi letak Aien kat sebelah. Ummi nak solat. Aien tgk ummi solat ye. Pastu nanti boleh Aien ikut.

Tapi tak jalan jugak. Dia nangis2 lagi. sambung balik jerit2 mcm tadi. Hai, mana boleh jadi mcm ni syg! Takkan ummi nak solat pun Aien tak bagi. Allah marah nanti tau. Last2 ummi solat jugak. Aien masih menangis. Babah pujuk pun tak jalan. Takpe. Ummi solat cpt2.

Lepas bagi salam, ummi cpt2 amik Aien. Pujuk balik mcm tadi. Bagi nenen. Sapu air mata dia. Belai ubun2 dia sambil berdoa semoga dia menjadi anak yg berguna, berjaya dunia akhirat. Jangan marah2, jerit2 mcm tadi.

Tapi budak nak membesar kan memang mcm tu. Ummi kena sabar...

Sambil Aien nenen, sambil ummi mengaji surah2 pilihan : ayat kursi, al-fatihah, an-nas, al-insyirah, surah luqman, ummi baca doa penerang hati dan doa byk2 utk kebaikan Aien. Anak ummi sayang. Anak Babah sayang.

Aien terus lena dlm pelukan mesra ummi, kelazatan air susu ummi, kesyahduan suara ummi mendendangkan ayat2 suci (ceh...perasan ;P), zikir2 LAILAHAILLAH...

Lena sangat sampai pagi esok kena kejut bangun tidur sebab ummi & babah nak gi kerja. Aien tinggal dgn mama ila ye syg. Nanti petang ummi amik Aien. Jgn nakal2.

Semoga membesar dgn sihat sempurna Aien Nur Sophea.

Coretan Ummi untuk Anakku Buah Hatiku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...