Wednesday, April 28, 2010

Pembunuh sel kanser







Susu ibu yg ummi beri kepada Aien sejak dia lahir mmg tinggi khasiatnya.

Rasanya semua tau. Walaupun ummi blm pernah post apa2 kat blog ni pasal kebaikan susu ibu.

Yang terbaru, ummi baca kat thread susuibu.com tentang susu ibu ni pembunuh sel kanser.

"satu kajian oleh saintis di Sweden telah berjaya menemui suatu bahan di dalam susu ibu yang dikenali sebagai HAMLET (Human Alpha-lactalbumin Made LEthal to Tumor cells) iaitu terdiri dari protein dan asid lemak. Saintis masih kurang pasti samada ia terdapat secara semulajadi dalam susu ibu atau terhasil apabila bertindakbalas dengan enzim pencernaan dalam tubuh bayi.

Kajian terhadap haiwan telah menunjukkan unsur HAMLET mampu membunuh 40 jenis sel kanser dan antaranya ialah sel kanser otak. Kajian terkini yang dilakukan ke atas tubuh manusia ialah ke atas pesakit kanser pundi kencing..."

Allah kan Maha Agung. Dia jadikan tiap2 sesuatu itu penuh dgn hikmahnya tersendiri. Cuma kita sbg manusia perlu gali, korek dsbgnya utk dptkan ilmu & kebaikan drpd sesuatu itu.

I'allah, ummi akan pastikan Aien & adik2nya mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya sampai mereka berusia 2thn....amin.

Semoga Allah perkenankan doa ummi ini.

Tuesday, April 27, 2010

7oz!!!

Tajuk yg menggembirakan ummi :)

Kenapa ummi gembira? Sebab... sesi pertama mengepam susu Aien di ofis harini mendapat hasil yg sungguh lumayan :)

Tajuk pun tulis 7oz kan... :)

Hehehe... tu la rezeki Aien pada usia 1thn, 4bln, 2minggu & 2 hari hari ni :) 27/4/2010

Allah dah bagi, ummi bersyukur alhamdulillah sgt2...

Mulanya ummi x sangka dpt byk tu . Selalu kalau pam dapat paling byk pun 6oz. Biasa2 dpt 4-5oz. Harini lumayan mcm Aien kecik2 dulu.

Alhamdulillah... ummi xsempat lak nak amik gbr. sebab ebm tu ummi dah simpan dlm peti sejuk ofis.

Apa nak dikata?

Syukur ALHAMDULILLAH...... :)

Tuesday, April 20, 2010

Spidergirl











La..ummi igtkan saperla yg memanjat2 tu.

Anak daraku rupanya! MAsa ni ummi tgh kemas2 barang dlm bilik. Biasalah kalau ada anak yg sedang lasak membesar mcm si Aien ni, takdenye bilik ke rumah ke nak nampak kemas. Puaslah babah kemas karang tak sampai lima saat dah sepah balik. kehkeh... ummi dah malas, tapi babah Aien masih rajin. Okla tu kan, sorg malas, sorg rajin.

Hem...tegok je la Aien si spidergirl ummi ni praktis memanjat. Dahla pakai Drypers je... hishh, mcm boy la pulak!

*** ni iklan DRYPERS ke apa ni? kalau la Drypers buat contest Aien bole menang ni hikhik :) ***

Aaaa...ien




Apa tu?
Ni lah sebutan Aien untuk dirinya sendiri. Bijak kan?

Aien dah pandai sebut nama sendiri. Eh, hari ni berapa haribulan ekk?
Oh... harini 19hb April 2010, maka Aien genap 1 tahun 4 bulan 8 hari. Hemmm...bagus 44x.

Mulanya babah tunjuk gambar Aien kat dlm pc. Banyak betul gbr2 Aien dlm pc tu. Aien biasa la. Suka sgt tgk muka sendiri. Comel katanya. Keh.. keh...

Pastu, babah ckpla, "ni Aien..."

Ummi pun menyampuk, "eee...Aien la... comelnya Aien kecik2 dulu...." sambil disambut senyuman manis anak dara ummi & babah ni.

Ummi pun sebut lagi, "Aien...Aien..."

Aien yg mmg suka bercakap bahasa dia terus ikut ummi ckp, "Aaaa...ien"

Ehhh!! babah dgr tak Aien sebut nama dia?

"hehehe..." babah sengih jer.

Ummi ulang lagi.

AIEN.

Aien ikut lagi... "Aaaaa...ien"

Heee...bestnya!! Ummi memang over kalau Aien pandai perkara baru.

Biasalah kan. Anak first. Semua excited :)

Lepas ni apa lagi Aien?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...