Thursday, June 24, 2010

Kursus Mukmin Professional

nilah first time saya kena pergi kursus sepanjang saya bekerja selama ni. kursus kali ni bukannya apa, cuma untuk memantapkan diri kita sebagai seorg mukmin yg profesional, di samping tugas2 pejabat & kehidupan harian kita.

kursus ni 3hari 2mlm je kat Seri Pengantin Resort, Janda Baik, Pahang. Dekat je, 3 jam dah sampai dari ofis. tapi utk pergi kursus ni, saya terpaksa meninggalkan anak kecilku yg masih menyusu badan bersama babahnya....huhuhu sedih tau. terpaksalah saya sediakan stok susu yg cukup untuk aien. tapi saya stand by jugak susu formula takut2 dia x cukup susu.

aktiviti kursus memang pack, dari pagi sblm subuh sampailah tengah malam sebelum tidur. keadaan tu membuatkan saya tak sempat fikir rindu kat org2 kesayangan saya.....sblm tidur barulah sempat hantar sms rindu kat abang & aien....


bergambar sebelum masuk kelas


dgn kak zalan masa rehat


awek cunnn di tepi sungai :)




aktiviti kumpulan YAKIN. Kak Pah (RHolds), Kak Lin (RHartanah), Kak Herne (RHartanah) & RTravel


banyak juga yg saya dapat betulkan. drpd wudhuk, solat, zikir, bacaan dlm solat, peribadi kita & hubungan kita dgn ALLAH. berguna sangat2 kursus ni.

lain kali kalau ada tak sabar nak pergi.

Sambutan Hari Lahir di Ofis
















layan gambar jelah ye. malas nak bebel-bebel hahaha.

masa ni kerja di Rakyat Holdings Sdn bhd. Anak syarikat Bank Rakyat. Setiap bulan mesti ada sambutan harilahir staf bulan tu di samping jamuan makan bulanan. MESTI. ini amalan CEO kami En. Zul Hisham Mohd Yusoff. En Zul nak kami ni menghargai & mengingati setiap detik kelahiran staf di samping dapat merapatkan silaturahim sesama kami.

misi tercapai :)

Wednesday, June 23, 2010

Jangan sembarangan guna antibiotik

ha...tajuk yg panjang & bila bace kita jadi TAKUT.

betul ke tak boleh guna antibiotik sembarangan nih?

untuk kepastian, cuba rujuk email yg ummi copy paste ni:

Percayakah anda jika saya katakan bahawa ;
"Antibiotik adalah berbahaya kepada tubuh manusia"?

——————————————————————————————

Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.

Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii….. )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.

3. Antibiotik sebagai bom nuklear dalam badan. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring.

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan… ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab…

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.

b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)

c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan…

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Cara Saya

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demam atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini… Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria. Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!

"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.

Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria… Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

Pagar atau pendinding rumah

ummi dapat email drpd http://nina ni drpd respeks_group yg selalu bg email kat ummi walaupun ummi taknak. boleh ke ummi taknak tapi dia hantar jugak email byk2 kat yahoo mail ummi. ummi boleh je block email tu tapi takpela boleh buat panduan kalau email2 yg bermanfaat ni kan

pagi ni ummi check email ni mcm best sbb boleh la ummi suruh babah tolong buat kat rumah kitorg nanti. mcm mana nak pagar atau kata lain buat pendinding rumah (nak elak makhluk yg tak diingini drpd masuk rumah). Insyaallah... boleh la kita try

'Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.

Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:

Ini tembok Nabi Sulaiman
Dalamnya laut luarnya kota
Kalau kamu pecah kota ini
Kamu akan berenang dalam laut.
Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bimillah, al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.

Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi teras kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.

Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi.

Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas.

Begitu lah kebesaran Allah. ALLAHUAKHBAR.

Tuesday, June 22, 2010

Hari hari terakhir di Rakyat Holdings

Untuk pengetahuan semua, tadi ada sambutan (sambutan ke?) lebih kpd keraian utk ummi oleh rakan2 opis sbb ummi kan dah resign daripada Rakyat Holdings ni dan akan ke Tenaga Cable Industries kat Bangi sana.

So sempena Mgt meeting bulan2 serta sambutan besday staff & makan2 bulanan opis, diorg pun buatlah sekali meraikan ummi yg dah nak bersara dari RHoldings ni. tskk tskk tskk. sedih ke haa...

sedih ape ummi makan dgn gembiranya hahaha



ummi kat sini dah 2thn setengah. lagi setengah tahun nak 3thn. umur aien menyusu tu. aien menyusu lagi setengah tahun nak 2 thn. maknanya, ummi masuk sini aien pun ada dlm perut ummi (3bln lepas keje sini). maknanya jugak, RHoldings ni bawa rezeki kat ummi sbb ummi masuk je lps 3 bln tu pregnen. dan ummi pun bwk rezeki utk staff kat sini & juga sykt ni

lepas je ummi pregnenkan aien, ada pulak sorang lagi yg peknen. kak ila. setelah sekian lama RHoldings takde baby lepas ummi masuk keje bersalinkan aien dlm umur aien 3 bln kak ila pulak bersalin. lepas kak ila 4 bulan bersalin kak ain pulak bersalin. lepas kak ain kak ani pulak. lepas tu kak pah, kak na di samping tu ada la wife jai, wife abg halim, wife andi dan terakhir sblm ummi chow bahjat yg sama due dgn induk anggun (skrg ni induk tgh tunggu nak deliver je , dlm labour room dah. ya allah, mudahkanla dia melahirkan dgn selamat semuanya...amin)

ummi diberi penghormatan untuk berucap sempena majlis perpisahan ini...ala, ummi xprepare pun, so belasah je apa yg tersirat dlm hati. ummi ucapkan semoga RHoldings terus maju di masa depan begitu juga dgn ummi kat tempat keje baru :)

berucap secara kandid ye :)



sblm bg ucapan gediks2 dulu dgn kak NK



ada kek pulak tu utk ummi. ala...secret recipe tu..resipi rahsia, tak siapa boleh tau resipi kek ni. kek blueberry. nyum..nyummm sedap...



nak jugak bergambar kenang-kenangan dgn member2 ni...yg pakai baju kuning tu ialah penolong pengurus akaun (org atas saya sblm bos).


dari kiri: bahjat, kak NJ, kak Ila, kak rose,kak Pah, kak NK, kak Zura, Kak Ain, Jai (semuanya kak kak sbb masa ummi masuk dulu ummilah yg paling muda gitu hehehe)



ni pulak dgn kak Ain yg suka mekap hehehe. nampak bezanya muka ummi x mekap dgn kak ain yg mekap. lepas ni ummi nak mekap la baru berseri sikit hikhik



ummi harap ummi akan lebih berjaya di tempat keje baru. semoga semuanya lebih baik. amin...

Thursday, June 17, 2010

Bestnya kalau Ummi punya susu macam tu

Tadi ummi dapat email dari Respek Group pasal sorang ibu yg jual susuibu nya secara online sbb susu dia byk sgt. TAPI dia ibu bukan islam la...

ini petikan email tu:

'young mother, from Exeter, Great Britain, is selling her breast milk online, to earn extra cash, while on maternity leave.
26-year-old Toni Ebdon gave birth to a boy, earlier this year, and was beginning to feel uncomfortable with the amount of breast milk she was producing. One of her friends even joked that she should start a dairy, with the extra milk, and cash-strapped Toni took the idea seriously. Using a breast pump she drained the excess milk and stored it in the freezer. Next she went online and put an ad for breast milk, on Gumtree
'

masalahnya yg beli kebanyakannya LELAKI DEWASA. LELAKI ya! kenapa pulak lelaki yg beli bukan ibu2 utk bagi anak mereka?

ini ummi copy lagi:

'many adults use breast milk to maintain good health, or cure illnesses such as cancer, diarrhea, or diabetes. Toni charges $26 for 113 grams of her precious milk, and sells it both fresh and stored in the fridge'

haa..tgk tu, betapa berkhasiatnya susuibu ni. sampai org dewasa pun nak minum.

Ya allah, bertuahnya dia. Susu banyak, meriah.

Kalau ummi jadi dia, ummi simpan je buat stok di masa kecemasan.

Yelah, sekarang ni dia baru lahirkan baby memangla susu meriah. Hormon prolaktin masih tinggi. Apa jadi pada umur baby dia 7 bulan, setahun, 2 tahun?

Masih meriah lagi ke susu dia?

Ish...memang la kita sbg org Islam kena jaga betul2 bab susuibu ni. Kalau nak jadi ibu susuan ke.. anak susuan ke....pada masa depan kesannya amat perlu diambil berat.

ummi ckp mcmni sebab takut anak kita nanti terkahwin dgn anak susuan kita atau sebaliknya. kan dah sukar.... sukar sgt.

sbb tu kena jaga betul2

apapun, ummi harap sgt dapat susukan aien sampai umurnya 2thn. lagi setengah tahun je, ummi yakin dgn izin allah semuanya tak mustahil. insyaallah...


Tengokla hasil susu dia


hermm..betul2 bertuah...

Tuesday, June 15, 2010

10 tahun lebih muda :)

ni cerita ummi harini ummi update kat facebook:

tadi masa nak beli nasi utk lunch kat BSN,

abg jual nasi: adik umur berapa?
saya: abg rasa2 berapa? cuba teka...
abg jual nasi: agak2 baru nak masuk 20 ada ni
saya: hahaha! yeke? saya dah nak 30 lah bang! ada rupa umur 20 ke?
abg jual nasi: la yeke? anak berapa?
saya: anak baru 1 nak masuk 2 thn.

pastu saya terus senyum meleret.

ehem.. saya muda 10 tahun ye kengkawan :) * hati berbunga2* hiks!

~ummi Aien yang muda sikit harini~

Monday, June 7, 2010

Persediaan Puasa Sambil Menyusu Aien

Kejap je dah nak masuk Ramadhan balik. Kalau puasa tahun lepas, ummi susukan Aien sambil berpuasa dengan jayanya (alhamdulillah...) pada usia Aien masa tu 9 bulan dengan bantuan vitamin2 & makanan tambahan serta pam susu yg banyak berjasa (masa tu ummi start tukar kepada Medela Freestyle).

Puasa yg akan datang bulan 8 ni, umur Aien setahun 8 bulan, ummi akan prepare apa yg patut supaya stok susu utk Aien cukup walaupun ummi berpuasa. Insyaallah...


credit pic to Kak N... :)

Menuju ke arah itu, ummi dah siap2 beli Energizing Soy Protein (ESP) keluaran Shaklee sbg tambahan kepada vitamin2 sedia ada yg ummi ambil selama ni. Mula2 tu memang terfikir2 perlu tak nak ambil ESP ni sbb memandangkan susu utk Aien cukup hari2 tapi sebab nak puasa ni mcm2 kena fikir.

Bila ummi bace blog kak N yg supply shaklee kat ummi, dia ada highlight pasal ESP, kesan pengambilannya terhadap penghasilan susu ibu, di samping testimoni yg 'fullamakkk' mmg bagus sgt kat mereka, so ummi pun secara kebetulan jumpa kak N kat KLCC utk ambil ESP by hand drpd kak N.

Ni lah first time ummi jumpa 4 mata dgn kak N, dgn family dia... hubby, dan si kecil Addin & Nasa.

Ada jugak perasaan vangga (hehehe) & ehh... x sangka la sbb dpt jumpa idola hatiku dlm pengambilan vitamin ni :)

Apapun, ummi harap agar Allah permudahkan urusan ummi utk menyusukan Aien dlm bulan puasa ni dgn sempurna. Dan berterusan sampai umur Aien 2 tahun. Amin.

Ummi usaha & doa, Allah yg menentukannya.


Coretan Ummi untuk Anakku Buah Hatiku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...