Wednesday, October 20, 2010

53 hari lagi...

Quote ummi:

"Dalam proses melengkapkan penyusuan susu ibu puteri sulungku hingga 2 tahun penuh. Baki = 53 hari lagi @ 11/12/10"

~ SEMOGA BERJAYA ~

Wahai anak...

Dari Abu Hurairah R.A:

Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?" "Ibumu." Baginda S.A.W menjawab. "Kemudian siapa?", "Ibumu", "Kemudian setelahnya siapa?","Ibumu." Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, "Kemudian siapa?" "Ayahmu"jawab Baginda Rasulullah S.A.W.

Aien & adik2,

Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas keredhaan kedua ibubapanya!

Betapa besar pengorbanan seorang ummi terhadap anak2 bermula dari hari pertama kau terbentuk sayang. Hingga akhir hayatmu ummi takkan pernah berhenti untuk berkorban demi kamu semua sayang....

Thursday, October 14, 2010

Keje yang tak payah kerja :)

Harini bos saya tak masuk office. So, saya ada banyak masa untuk mempoyokan diri.

Herm...kerja kat sini memang best. setakat nilah. tak taulah nanti kan....

Disebabkan harini birthday Dato' Sri, so....Happy Birthday lah DS :) actually semalam dah wish pun kat dia hahaha. DS umur berapa harini?? ohhh...dah 58 lah DS. Congrats!

Bos saya ni VVIP jugakla kiranya. Asal dari Lebanon. Tapi sebab kawin dgn org bangsawan makanya DS turut terjebak dlm golongan kenamaan nih.

Apapun, tadi DS tepon opis. Kami semua boleh balik pukul 5pm yeahhhhaaaaaaa!!!
Herm...kul 5 pun saya tetap kena tunggu en billy datang sebab dia balik 5.30. tambah tolak lebih kurang dia sampai 5.40 mcm tu...

okla kan, harini xyah masak. makan malam adalah nasi kerabu daripada pasar malam. menu kegemaranku asal hari khamis kat pasar malam huhuhu. aien pun boleh la nyebok kat nasi kerabu ummi karang. babah dia mesti nasi ayam punya.

rileks la sikit mlm nih. malam jumaat katanya.....
hikhikhik

Wednesday, October 13, 2010

Menyusu anak lebih dari 2 tahun...

Dalam ke excited an saya nak wean-off aien genap dia 2thn, saya ada terbaca pulak kat susuibu.com pasal menyusukan bayi lebih drpd 2thn. jom kita baca:

dari mama-miya:

Saya pregnant & masih menyusukan anak 2thn 5bln.

Ramai suruh saya stop, but after tanya doctors & midwives, semua kata teruskan aje BF selagi masih comfortable. There is nothing wrong with extended breastfeeding, unless si ibu tak sihat & bahayakan kandungan.

Also WHO support kita BF anak until 3thn and from survey done, average all over the world ramai wean off BF at average age of 4.5 yrs.

Ikut Islam plak, lepas dah tanye ustazah & friends yg belajar agama, katanye dlm Quran kata BF 2thn tu hak anak & kalau nak menyempurnakan, mmg til lengkap 2thn. Tapi takde kata haram nak extended breastfeeding.

So tepuk dada tanya selera.


dari niezahani:

Bagi yg ingin mereruskan penyusuan ibu utk anak yg lebih 2 tahun tiada halangan jika kedua-duanya (anak dan ibu) masih mahukannya. Anak masih tetap mendapat khasiat susu sbg minumannya walaupun bukan sebagai sumber utama. Dlm usia begitu ikatan (bonding) yang lebih diutamakan. Anak menjadikan sesi penyusuan itu sebagai masa utk bermanja dgn ibu.
Ramai para ibu tertunggu-tunggu usia anak 2 tahun kerana ibu mahu menceraikan susu. Persediaan bercerai susu perlu "dipersetujui" kedua-dua pihak (anak dan ibu). Selalunya ibu yg sudah bersedia utk bercerai susu tetapi anak belum mahu "berpisah".
Secara peribadi saya berpendapat ibu x perlu tergesa-gesa "memaksa" anak berhenti menyusu. Sekiranya masih ada susu biarkanlah anak menikmatinya. Daripada dia minum minuman lain (susu formula) adalah lebih baik dia minum susu ibu terutama secara direct feeding... semestinya segar dari 'ladang'...
Jika hendak berhenti menyusu, beri apabila anak minta, jangan offer jika anak tidak minta.
Jika masih ada susu, itulah rezeki anak...
Semlm (11.10.2010) usia anak saya menjangkau 5 tahun dan dia masih menyusu
Boleh baca artikel di mom's choice blog


dari mama-miya lagi:


lepas anak sy reach age 2, I masih boleh pam susu bila dia pegi daycare. susu masih ada kalau ada proper stimulation/demand. dapat gak 6-10oz.

cuma bila i got preggy, br susu mula kurang & by 4bulan ngandung, mmg tak dpt pam dah. mmg supply decrease sebab breast nak prepare for new baby plak. kalau direct feeding ok lg.


pendapat saya pulak:

saya ikut dalam al-quran, cukup umur anak 2 tahun penuh maka sempurnalah penyusuan untuknya. insya allah dia dah mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya sejak dia lahir sampai umurnya 2 tahun. saya akan terus menyusukan dia selagi ada rezeki untuknya sebelum saya mengandung lagi. maknanya, saya akan berhentikan dia nenen kalau saya mengandungkan adiknya. dan kalau belum mengandung, aien boleh nenen sampai dia rasa taknak dah. sebab, bagi saya, sempurna penyusuan utk aien bila umurnya dah sampai 2 tahun... insya allah.....

Adikku yang tabah...

Terharu betul saya dgn adik perempuanku sorang ni... bayangkanlah dia sanggup drive sesorang dari Karangan, Kedah ke Cheras, KL dgn hanya ditemani oleh baby kecil yg baru nak masuk 4 bulan...sungguh tabah.

Induk Anggun aka Pura, dialah seorg adik perempuan saya. Hanya dia. Saya kenal dia memang wanita yg berdikari. sejak ayah meninggal thn 2001, dia dah belajar hidup berdikari. sampailah masuk alam percintaan, pakwe dia jauh kat Penang. Bila dah kahwin, dia tukar ke kedah sebab nak ikut suami yg kerja di kedah masa tu (Pura seorang cikgu), tapi dia terpaksa juga berpisah jauh dgn suami yg tukar kerja ke Melaka sebelum baby diorg lahir.

Tinggallah induk berdua dgn baby kecilnya mengharungi hidup jauh di pedalaman, jauh dari hiruk pikuk kota besar KL, jauh daripada keluarga yg kecoh hevoq, jauh drpd suami tercinta. bersendirian membesarkan baby AISY ISKANDAR BIN MOHD HUZAIRI, hinggalah semalam dia terpaksa drive beratus2 kilometer berdua dgn Aisy dari Kedah ke Cheras semata2 nak ambil mak bawak balik kedah.

"Nape inok berani sgt drive balik jauh2 nih?" tanya saya ptg semalam lepas dia sms bgtau baru sampai umah mak.

"terpaksa lah. anak pengasuh aisy tu dua2 kena chicken pox. takut berjangkit pulak kat aisy. dahla dia kecik lagi".

"hantarla kat nursery jap. sementara tunggu diorg ok"

"mana ada nursery kat situ. kalau ada pun jauh la..." nampak gayanya dia lebih sanggup balik KL amik mak.

itulah dia. Pura. kalau dia ckp itu, itulah. ko ckpla apa pun, ada je karang jawapannya.

apa yg saya kesiankan, dia drive jauuuuhhhh sgt. berdua je pulak dgn baby. tapi aisy memang baik, tak banyak ragamnya.

mak ckp pura bertolak dari kedah pukul 8.30pagi, bwk slow2. dlm kete dia borak2 dgn aisy. kalau aisy nak nenen, dia berhenti. dah kenyang, aisy tido. itu je sepanjang perjalanan semalam. sampai cheras dalam pukul 4 lebih. lama jugak. yelah, dengan baby kecil kat highway beratus2 kilometer......



itulah dia pengorbanan. pengorbanan seorg bonda....

Tuesday, October 12, 2010

Lagi 2 bulan Aien nak wean-off...langkah ummi seterusnya?

Alhamdulillah...

Saya hampir berjaya menyusukan Aien Nur Sophea sampai 2thn penuh. Lepas tu, ummi & babah Aien nak plan adik Aien pulak. hehehe....so, ke arah itu, saya godek2 vitamin apa yg saya perlu makan semasa saya mengandung nanti. maklumlah, kita membentuk anak sejak dari dalam kandungan kan....

produk SHAKLEE semestinya...saya tgk blog KAK N, inilah vitamin yg disarankan untuk ibu mengandung, insyaallah terbaik utk bayi dalam kandungan. sebagaimana vitamin yg saya amik masa susukan Aien sekarang ni, yg saya rasa terbaik utk hasilkan susu yg berkualiti & kesihatan yg terbaik kpd diri saya. alhamdulillah.

ni antara vitamin2 tu:

Maka disini disyorkan pengambilan Set berikut utk ibu2 mengandung


SET 1~ utk 1st trimester - Contain~
(30's Multivitamiin (LENGKAP DGN IRON) ,30's B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC), 30's vitamin C) and 1 bottle of calcium(120 caplets) harga tawaran ialah RM130 plus gift and delivery


SET 2~utk 2nd & 3rd trimester
- Contain~
(30's Multivitamiin (LENGKAP DGN IRON) ,30's B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC), 30's vitamin C) and 1 bottle of calcium(120 caplets) 30 capsule OMEGA GUARD (MINYAK IKAN) harga tawaran ialah RM170
plus gift and delivery


harga semasa promosi yer..sampai bulan oct'2010 je :)

ada harga sekali sebab KAK N jual trial pack. saya pulak akan beli full pack selalunya. lebih jimat. boleh tahan lama 3-4 bulan.

semoga lepas ni, Allah permudahkan urusan kehamilan saya, lebih mudah berbanding mengandungkan Aien dulu. AMIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...