Saturday, December 31, 2011

Betulkah Supplement Memudaratkan?

credit

Satu artikel pendek ini telah memenuhkan email inbox saya....mereka terutama customer saya jadi risau tak tentu pasal. Mana taknya, mereka pengamal tegar supplement dan bila membaca penulisan ini menjadikan mereka terkedu sebentar dan meminta penjelasan lanjut dari saya.


Masih saya ingat satu video yang pernah saya tonton...dalam video tersebut dinyatakan bermula 2011 seterusnya manusia lebih banyak hidup dalam tekanan, maka pengambilan supplement adalah salah satu cara yang disarankan untuk mengatasinya selain memastikan keperluan rohani dipertingkatkan.

Maka bagi mereka yang oppurtunist, pastinya mengambil ini satu peluang perniagaan dengan menghasilkan supplement mereka sendiri. Maka sampai satu peringkat kita dapati lambakan supplement dalam pasaran sehingga membuatkan manusia keliru untuk memilihnya.

Tidak perlu pergi jauh, memadai kita melangkah masuk satu farmasi....dan kita mula bertanya, saya perlukan vitamin C...pasti kita ditunjukkan dengan pelbagai jenama vitamin C. Bagi penjual yang pentingkan keuntungan, pasti mengesyorkan vitamin c yang mahal yang kononnya setanding dengan kualiti. Namun tidak dijelaskan mengapa dengan lebih lanjut. Sedangkan vitamin c yang bagus adalah jenis pelepasan masa kerana ia adalah vitamin larut air.

Pernahkah anda terlintas....Apakah sebenarnya vitamin yang selamat di ambil?

Sebagai pengamal tegar supplement selama 12 tahun , saya memilih Shaklee kerana :

* Dr Forest C Shaklee adalah orang pertama yang menghasilkan Vitalized Mineral yang kini digelar VITAMIN.

* Vitamin Shaklee adalah asli, tiada pewarna, pengawet malah perasa tambahan.

* Vitamin Shaklee tiada silika gel dengan ini membantu penyerapan dengan lebih baik.

UJI Vitamin anda.

Cuba anda ambil sebiji multivitamin yang sedang anda amalkan....genggam selama 5 minit, jika anda dapati tangan anda melekit serta warnanya melekat dengan tangan anda, maka saya sarankan anda memilih vitamin yang lebih baik.

Vitamin yang sintetik biasanya mengandungi silika gel, pewarna, perasa dan pengawet tambahan....bahan-bahan ini boleh memudaratkan kesihatan kerana tubuh kita hanya perlukan yang asli.

Hakikatnya pewarna, pengawet dan perasa tambahan ini tidak diperlukan oleh badan dan jika diambil secara berterusan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.

Kesihatan itu sangat mahal...maka amalkan pengambilan supplement dengan ilmu dan bukan kerana trend semata-mata.

Boleh hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah untuk dapatkan vitamin2 Shaklee anda. Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK daripada saya dengan setiap pembelian dari blog buahatikusayang!

Salam kasih sayang :)

Thursday, December 29, 2011

Nak Air KUKU ke Air KAKI???

Ini cerita lawak En. Billy kat saya.

Kejadian ni berlaku Isnin lepas. Kan cuti Krismas, so ramailah anak2 buah saya kat rumah mak. Termasuklah anak kakcik, Iman Haiqal. Nak dijadikan cerita, Pak Tatam nya (en billy lah tu) terdengar dia mintak air. Bunyinya mcm tulah.

Iman: ibu, nak air
Kakcik: nak air apa?
Iman: air KUKU..
Kakcik: tunggu jap ibu buat
Iman: taknaklah air KUKU, nak air KAKI

Pastu tetiba En Billy masuk dlm bilik... saya kan tengah pantang, so memang bilik adalah tempat terbaik utk saya & anieq ;)

Terus dia tanya saya,

"Honey, nak air KUKU ke air KAKI?"

Saya senyum je, mcm dah tau dia nak buat lawak. Saya tanya balik en billy,

"Iman Haiqal ekk..?" spontan saya tergelak besar. Kahkahkah!!! saya tulis ni pun dah tergelak!

En billy tanya lagi,

"apesal honey gelak? honey tau ke apa tu???"
Anak buah kita, kita taulah :)
"ala.. air SUSU dgn air SARSI kan...kehkehkeh..." :)

Sungguh pelat anak buahku itu. Dah nak masuk 5tahun dah bulan depan :)

Teringat haritu masa saya tengah pam susu, dia tanya

"Mak tam buat apa tu?"
saya jawab.. "tengah pam susu baby"
"Apa.. pam kuku?"

Hahahaa... iman haiqal..iman haiqal :)

Boleh hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah untuk dapatkan vitamin2 Shaklee anda. Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK daripada saya dengan setiap pembelian dari blog buahatikusayang!

Salam kasih sayang :)

Tuesday, December 27, 2011

Anieq Sufi ~ Sebulan 5.05kg!

Masih dalam mood berpantang.. hari ke-31.

Pagi ni bawak Anieq pergi cucuk sebulan, sekali dgn timbang ukur semua.. saya pergi kat Klinik Ibu Anak Cheras Baru kat atas bukit tu je. Dekat dgn umah mak. Senang baitu :) en billy keje jadi minta tolong mak temankan. Nasib baik dekat, jadi bolehla saya drive sendiri.

Eh...baru sebulan, czer tapi dah boleh drive? ~ saya berpantang dengan Shaklee. Apa lagi nak dikata? :)

Disebabkan semalam cuti Krismas, maka harini punyelah penuh KIA tu. Dah la kitorang pun keluar 'awal sangat' tadi huhuhu...dlm 3 jam baru settle semua. Siap sampai rumah :)

Ini yg saya nak share...

Anieq Sebulan ~ berat: 5.05kg ~ panjang: 55cm
---> macam dah dapat agak berat Anieq mcm ni hehehe..:)sebab masa hari ke-10 naik 500g, hari ke-20 naik lagi 500g, hari ke-30 naik lagi 500g :)

Apapun, alhamdulillah... segalanya normal, sihat & mengikut jadual.

Anieq cakap: Tengoklah pipi saya ni... jeles tak? jeles tak? hehehe :)


Oppsss....kejap kawan2! Saya nak cakap sikit,


"Sejak lahir saya minum susu ummi tau. Susu ummi ada khasiat tambahan sebab ummi amik supplement Shaklee! Sebenarnya dari dalam perut ummi lagi saya dah dapat khasiat vitamin2 Shaklee ni. Syukurlah saya membesar dengan sihat & kuat. Cuma, saya suka meneran daging (uwan saya cakap saya nak cpt besar! hehe..)Memang betul, saya dah buktikan :)"

Beritahulah ibu kawan-kawan untuk tambahkan khasiat yg mungkin tak lengkap dlm susu ibu kawan2. Jom kita sama2 membesar dengan sihat & kuat dengan susu ibu yg terbaik!

Ummi saya buat promosi lagi kat sini :)


Terima kasih Anieq sebab tolong promote ummi :) semoga Anieq tak jemu2 menyusu dgn susu ummi yg terbaeekkkk ni. Semoga membesar dgn sihat & cemerlang ye sayang.. :) amin.........

Boleh hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah untuk dapatkan vitamin2 Shaklee anda. Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK dari saya dgn setiap pembelian dari blog buahatikusayang!

Salam kasih sayang :)

Friday, December 23, 2011

Penangan ESP di dinihari... 12oz sekali pam lepas Anieq menyusu :)


Tajuk & gambar dah menceritakan segala-galanya!

Kita close-up sikit pamnya..


Bila saya post kat wall fb saya & grup tertutup Shaklee GBS yg exclusive utk pelanggan2 kami, ada yg tanya saya amik masa berapa lama nak dapatkan hasil sebanyak ni?

Masa birthday saya tahun 2009 dulu (zaman bf Aien), saya gila nakkan pam Medela Freestyle ni. Saya offer kat En. Billy bagi saya hadiah FS....hahaha tak malukan :P main offer2 pulak! yela, daripada dia belikan hadiah yg saya x berapa nak guna, baik saya offer awal2 mesin canggih ni. Dapat juga berbakti kepada zuriat2 kami di masa depan :) ~ Bagus betul idea isteri aku ni ~ En Billy cakap kat dalam hati

Jadi, saya gunakanlah keistimewaan Medela Freestyle yang serba canggih ni utk menjimatkan masa, tenaga & wang serta memudahkan saya nak mengepam susu anak2. wah...investment yg sangat berbaloi2 :)

Waktu ni saya pam pukul 5 lebih mcm tu...terpaksa bangun sebab baju dah basah kuyup dah dengan breast yg tersangat berat. Pam sambil rilex2 sambil tertidur2. Kata pam canggih hehehe, biar je dia buat kerja... dlm 15 minit dah penuh dua2 botol ni. Nasib baik tersedar kalau tak melimpah2lah susu keluar dari botol. Sayang tau!

Bagi ibu-ibu menyusu yang masih ragu2 dengan keberkesanan ESP ni, apa tunggu lagi? Jom dapatkan ESP sekarang!

Boleh hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah untuk dapatkan vitamin2 Shaklee anda. Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK daripada saya dengan setiap pembelian dari blog buahatikusayang!

Salam kasih sayang :)

Sunday, December 18, 2011

Herbal Blend Melega & Merawat Puting Melecet

Oh... kali ni cerita pengalaman saya sendiri merawat luka di miss N saya. Saya terpaksa untuk rasa tak malu sebab nak berkongsi dgn semua lebih2 lagi bagi ibu2 yg menghadapi masalah yg sama macam saya...

Sepertimana ibu2 lain, bila kita memulakan kembali sesi menyusukan bayi memang kebanyakannya akan berdepan dgn masalah ni. Tipulah kalau saya kata saya tak kena. Dulu, masa bf Aien pun saya kena jugak. Sekarang, bf Anieq pun saya tak lepas dari masalah ni...

Apa yg menyebabkan miss N saya melecet kali ni?

Anieq Sufi seorang bayi lelaki. Memang berbeza dgn Kaklongnya Aien, Anieq menyusu tersangatlah kerap dan hisapannya tersangatlah kuat dengan gusinya yg tersangatlah keras macam dah ada gigi je rasanya. Hari2 pertama ok lagi, saya takde rasa sakit pun. Masuk malam ke-4 miss N saya dah start melecet & ada luka serta berdarah sikit. Walaupun tak menjejaskan kualiti air susu saya tapi luka tu memang tersangatlah pedih! Terasa macam kena hiris dengan pisau je sakitnya!!

Bila dah tak tahan, saya pun kenalah cari penyelesaian utk legakan kepedihan tu. Mulanya saya cuma sapukan minyak pelalih (dlm family saya memang glamer minyak ni). tapi sebab minyak ni warna dia hitam & ada bau 'wangi' sikit, so saya malas2 je nak guna. Nanti kena baju kaler dia tak hilang (kata malas kan... nak menyental bagai...)

Bila dah malas2 dgn minyak pelalih, & tak tahan nak menanggung kepedihan kena toreh dgn pisau tu, saya pun tiba2 teringat dgn Herbal Blend Shaklee ni...


Inilah krim magic yg melega & merawat miss N saya yg melecet...


Selalunya, saya gunakan Herbal Blend ni kat tumit kaki sebab kat situ selalunya kulit saya kering. Tapi bila dah sakit ni tiba2 idea datang utk try sapukan kat miss N saya. Tak sangka pulak, lepas dua mlm saya sapukan (saya sapu malam je, lepas Anieq nenen sebab malas nak basuh banyak kali) macam magic luka saya sembuh sepenuhnya! Alhamdulillah!!! Lepas tu dah takde lagi melecet kat dua2 miss N saya tu :)

Mungkin juga pengambilan vitamin2 lain mcm zinc & vitamin E jadi faktor yg membantu mempercepatkan pemulihan luka miss N saya :) Dah tak perlu lagi krim mahal2 di luar sana yg kita tak pasti apa kandungan di dalamnya...

Macam mana saya gunakan Herbal Blend ni utk merawat luka tu?

Saya buat mcm ni:
* sediakan masa yg free (lepas bf baby)
* buka bra menyusu di bhgn depan je, mcm kita nak susukan baby
* sapukan sikit krim herbal Blend ni kat nipple yg luka. kalau rasa nak lebih lega, sapukan kat sekeliling bahagian aerola sekali.

Herbal Blend ni menyejukkan sebab tu bestttt & lega je lepas sapu kat bahagian yg terlibat ;)

* anginkan bahagian yg terlibat hingga kering. Boleh ulangi langkah di atas sampai kita rasa puas. Kadang2 saya buat sampai 3x sebab memang lega sangat2!
* jika tiba2 baby menangis nak menyusu, boleh lapkan dgn tuala lembab di nipple tu atau basuh sikit dgn air. Saya pernah terlupa nak lap & terus bg kat Anieq... alhamdulillah dia tak apa2 :)

Insya allah dgn rasa yakin & mengharap cepat baik, luka & melecet tu akan sembuh segera. Saya cuma amik masa 2 mlm je tau utk recover balik masalah ni :) Syukur... lepas tu saya boleh menyusukan Anieq bila2 masa dgn bahagianya.....

Kepada ibu2 menyusu yg mengalami masalah yg sama mcm saya ni, jangan tunggu lama2 utk pulihkan kembali masalah anda. Boleh hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah untuk dapatkan vitamin2 Shaklee anda. Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK dari saya dgn setiap pembelian dari blog buahatikusayang!

Salam kasih sayang :)

Saturday, December 17, 2011

Tali Pusat Saya Dah Tanggal!

Hari ke-13 lepas pusat Anieq dah tanggal. Baru harini ummi sempat nak share kat blog :)

Pusat yg dah genting... sikit sangat nak tercabut dah...


Anieq pose dgn tali pusat yg masih melekat. Ni tengah malam ummi amik gambar dia... mlm tu memang meragam merengek je dia. Ummi tau pusat dia sakit... mlm tu Anieq tidur dgn melekap je kat ummi


Ni tali pusat yg dah tercabut pagi esoknya masa nak mandikan Anieq. Bukak2 je barut dia, dah tanggal dah...senang :) Takut jugak tanggal masa mandi. Mesti pedih...


Pusat yg dah cantik :) Alhamdulillah...awal sikit tanggal drpd kak longnya. Aien dulu hari ke-17 baru tanggal ;)



Boleh hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah untuk dapatkan vitamin2 Shaklee anda. Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK dari saya dgn setiap pembelian dari blog buahatikusayang!

Salam kasih sayang :)

Friday, December 16, 2011

Berpantang Dengan Shaklee ~ 7oz Stok Susu @ Hari Ke-5 :)

Alhamdulillah kali ni saya nekad berpantang dengan Set Bersalin Shaklee selepas try Am*y Sixty Days lepas tu tak sanggup nak teruskan sebab Aien ada jaundis dulu. Lagipun, doktor memang suruh stop apa jua jenis jamu bila anak kita kena kuning. Dan inilah hasilnya....JENG JENG JENG....

Apa ni? siap ada mesin canggih Medela Freestyle lagi :)


Anieq berusia 5 hari di samping susu yg ummi pam


lepas dah siap2 dipam keluar...


Dan inilah dia.....

7oz susu yg saya pam utk melegakan breast yg dah bengkak meleleh2 dgn susu saya lepas Anieq Sufi nenen sampai tersedak2 pada hari ke-5 dlm pantang :)


Kali ni, saya bersyukur dengan pilihan yg saya buat. Saya bersalin secara czer juga utk kali kedua, disebabkan dah 6jam setengah bukaan masih sama...5cm tak gerak2, Anieq pun dah lemas kat dlm jadi doktor bagi kata putus utk saya czer juga akhirnya...

Org kata bersalin czer ni susah nak jaga...lambat pulih dan susah nak bergerak2. Itu org kata. Saya dah dua kali melaluinya, kali pertama memang ada kebenarannya, lepas czer saya mabuk teruk sebab 2x disuntik morphin utk tahan sakit, nak menyusukan Aien pun Akak Nor yg tolong pegangkan Aien masa tu. Tapi seminggu saya dah boleh bergerak pantas berkejar nak tengok Aien kat NICU HUKM (kes jaundis). 2minggu saya dah pulih. Alhamdulillah.

Kali ni terasa perbezaannya bila saya berpantang dengan Shaklee! Lepas czer, saya pening lalat & hanya muntah ringan. Dahla En. Billy takleh temankan dlm wad sebab amik wad biasa, maka kenalah saya melalui saat2 muntah pening ringan tu sorang2. Kadang2 nurse datang tengok tapi kebanyakannya saya lalui sendiri. Dapat saya rasakan yg saya MEMANG KUAT!!! (puji diri sendiri hehehe..)

Tapi betul tau, mak sedara En Billy yg datang melawat saya masa hari ke-4 dlm pantang pun ckp benda yg sama.."eh, awak czer kan, tapi mcm tak czer pun..nampak sihat lah, tak mcm org selalu kena operate bersalin tu" kan cu wynn kan... ;P

Dan suami terchenta pun ckp benda yg sama pada hari ke-8 lepas saya diczer..."ummi ni mcm dah sihat je..." sambil tersenyum simpul saya menjawab.."memanglah! dah tak rasa sakit dah!"

Amboi...eksyennya saya! hehehe...

Bila badan kita kuat & cergas, sihat dan bersedia utk menyusukan anak sebaik lepas dilahirkan, memang mudah utk badan kita menghasilkan susu yg terbaik buat baby. Juga apabila kita dah ada ilmu & pengalaman dlm bf, juga pemahaman tentang konsep asas penyusuan, maka amat mudah bg kita utk meneruskan niat murni kita menyusukan anak. Inilah yg berlaku pada saya :)

Pemilihan Set Bersalin Shaklee adalah yg SANGAT TEPAT!

Kepada pelanggan2 saya yg inginkan hasil berpantang mcm yg saya lalui, jgn segan silu dapatkan konsultasi PERCUMA drpd saya. Anda beli & anda dapat! :)

Last but not least...

Stok yg dah mencecah lebih 200oz dlm masa 20 hari :)

~ kat semenyih


~ kat cheras

Dan Anieq Sufi yg murah rezekinya dgn berat dah naik sekilo dlm masa 20 hari :) Alhamdulillah...


Lagi satu, berat badan saya dah kembali ke berat sebelum mengandung! 52kg dlm masa 20 hari lepas bersalin!!!!!

Memang mengujakan!!!!!! JOM...berpantang & menyusukan anak dgn vitamin2 Shaklee!!!! :)

Dapatkan Set Bersalin & Set 3M utk breastfeeding pada harga hebat yg saya tawarkan di sini :)

Boleh hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah untuk dapatkan vitamin2 Shaklee anda. Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK dari saya dgn setiap pembelian dari blog buahatikusayang!

Salam kasih sayang :)

Wednesday, December 7, 2011

~ Hebatnya Berpantang 44 Hari ~

Siapa kata anak lelaki kuat menyusu dan susu kita tak cukup utknya? Siapa kata kalau czer takleh menyusukan baby sebaik sedar dari pening2 lalat??

Jawapan saya: Boleh je.. yg penting badan kita kuat dan bersedia utk tujuan itu!

Saya berpantang dgn vitamin2 Shaklee... utk penyusuan susuibu juga saya makan vitamin2 shaklee.. Alhamdulillah, Anieq Sufi dari lahir hingga sekarang menyusu sepenuhnya dgn susuibu walaupun saya bersalin czer juga utk kali kedua.

Anieq yg semakin bulat :) Hari ke-10 timbang dah naik ke 4kg. Lahir 3.52kg :)


Saya nak kongsikan dengan semua ibu2 di luar sana apa yg saya rasai berpantang dengan Shaklee. Sangat2 best! Berpantang dengan cergas dan susu untuk baby terlebih2 supply :)

Jom baca testimoni terbaru..... insya allah berbaloi2... :)

Boleh hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah untuk dapatkan vitamin2 Shaklee anda. Dapatkan konsultansi PERCUMA dan TERBAIK dari saya dgn setiap pembelian dari blog buahatikusayang!

Salam kasih sayang :)

Tuesday, December 6, 2011

Berpantang dengan Shaklee ~ Kumpul Lebih 600 oz!!!

Ini bukan kisah saya. saya baru hari ke-10 pantang, dan stok susu Anieq belum sampai ke tahap itu :)

Apa yg saya nak kongsikan ialah kisah Ifa, pelanggan Iffah Anuar yg dah berjaya kumpul lebih 600oz stok susu masa dlm pantang... jom kita kongsi sama2:

******************

"Baiklah entry kali ini berkaitan dengan kejayaan seorang pelanggan saya yang telah berjaya memecah rekod adik Nur yang membuat 600 oz stok susu. Wah, TERUJAnyaaa saya!

Sebelum melahirkan puteri kedua, Ifa atau nama femes FBnya Ciput Bob, telah mula mendapatkan konsultasi dan produk penyusuan Shaklee “3M Breastfeeding Set” dari saya. Memang berkobar-kobar semangatnya untuk menjayakan penyusuan esklusif kali ini. Sungguh kagum :)..

Baiklah, hari ini Ifa telah tag hasil tuaian diwaktu pantangnya… Jom sama-sama kita lihat sebab saya nak anda TERUJA bersama saya!!


Mari saya emphasize kan apa yang Ifa kata:

Ciput Bob:

thanks Iffah Anuar. Mulanya ifa rasa macam tak yakin, tp berkat doa, usaha, kata2 semangat n perangsang dari orang yang tersayang disekeliling ifa, semuanya menjadi kenyataan. tambahan pula set 3M yang ifa amalkan membantu kejayaan ifa kali ini. Semoga semua ibu mampu untuk menyusukan bayi mereka kerana rezeki yang Allah kurniakan tidak ternilai hebatnya......InsyaAllah.....

Saya ada bertanya kepada Ifa, agak-agaknya dah berapa stock yang dikumpulkan?

Ciput Bob

Rasa2nya dh lebih 600 oz. xperlu DF...sbb sblh tu ade 1 lg peti ais, kat luar pun ade 1 lg peti ais. tmpt simpanan yang mencukupi...... hehehehe....

***************

Saya turut tumpang gembira dgn kejayaan Ifa. Betul kata Ifa, rezeki Allah tidak ternilai. Kita sbg ibu perlu usahakan yg terbaik untuk anak2...

Boleh hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah untuk dapatkan vitamin2 Shaklee anda. Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK dari saya dgn setiap pembelian dari blog buahatikusayang!

Salam kasih sayang :)

Saya Dah Berdaftar! :)


"Pagi tadi babah dah daftar kelahiran saya kat Jabatan Pendaftaran Kajang. Maknanya, saya secara rasmi dah berdaftar sebagai salah seorang kanak2 yg telah dilahirkan di MALAYSIA! Lagi sebulan saya akan dapat MYKID pulak! Heee..tak sabar nak besar. Nak ada MYKAD pulak :)"

Luahan hati kecil Anieq Sufi yg diterjemahkan oleh ummi ;)

Boleh hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah untuk dapatkan vitamin2 Shaklee anda. Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK dari saya dgn setiap pembelian dari blog buahatikusayang!

Salam kasih sayang :)

Sunday, December 4, 2011

Anieq Sufi ~ Puteraku... Buahatikusayang.....

Alhamdulillah, harini anak lelaki saya dah berusia 8 hari :)

Kami namakan buahati kedua ini ANIEQ SUFI bin FADZLISHAH dengan maksud 'AHLI SUFI (AGAMA) YANG KACAK LAGI MENAWAN HATI'. Harapan yg tinggi untuk lihat dia membesar & menjadi ahli sufi terbilang bila besar nanti :)

Itu hanya harapan & doa ummi & babah. Nanti dah besar kalau Anieq nak pilih cita2 sendiri kami takkan halang, yg penting dapat keredhaan Allah di samping restu ummi & babah ye cyg :)

Masa umur Anieq 2 hari...


Boleh hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah untuk dapatkan vitamin2 Shaklee anda. Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK dari saya dgn setiap pembelian dari blog buahatikusayang!

Salam kasih sayang :)

Thursday, November 24, 2011

Saya Nak Bersalin Dah... Apa Persediaan Saya?

Awal pagi semalam dah turun tanda yg saya akan bersalin tak lama lagi. Pukul 1ptg smlm Akak Nor (kakak sulung saya) telefon nasihatkan saya utk balik rumah mak. Sebelum saya sakit lebih kerap. Dia risau saya tinggal dgn Aien kat rumah, takut air ketuban tiba2 pecah & baby tiba2 nak lahir (kes kecemasan ni!).

Lepas mintak izin En. Billy, pukul 2.30ptg semalam saya siap2 masukkan brg yg memang dah siap dipek awal2 dlm kete & bergerak ke rumah mak kat Cheras Baru. Saya drive sendiri ya! Mak risau tapi saya yakinkan mak "ala...blm sakit sgt lagi ni, boleh :)"

Kak Ana jiran belakang rumah pun risau..."biar betul Ila..baik2 drive tu". Ila jiran sebelah pun sama..." baik2 kak ila, hati2 ya..." oh...bertuahnya saya dapat jiran2 yg caring :)

Dari Kantan Permai ke Cheras Baru kejap je dgn jalan yg lengang jadi saya sampai rumah mak dlm pukul 3ptg. Alhamdulillah, semuanya ok.

Sebelum bersalin ni, saya dah sediakan Set Bersalin Shaklee awal2 lagi supaya saya tak kelam kabut nanti.


Lengkap dengan:

Vitalea, B Complex, Vitamin C & Zinc - basic set bersalin

juga:

ESP, Ostematrix & Alfalfa - tambahan untuk tenaga, baik pulih sel2 & penyusuan susu ibu


Saya juga akan tambah vitamin2 ini:


Vitamin E, Ginger Plus & Omega Guard - untuk kulit & parut yg cantik, buang angin & utk kesihatan otak & jantung saya & baby (insya allah saya akan bf baby sepenuhnya...amin)

Disebabkan lepas bersalin je saya nak start makan semua vitamin ni, maka saya letakkan kat dlm pill box Shaklee ni utk memudahkan saya capai bila nak makan masa kat hospital


nak juga enter frame hehehe...wajah org yg tgh menahan sakit2 manja contraction baby yg nak lahir


Nampak macam banyak kan... tapi semestinya ada jadual masa nak makan semua vitamin2 ni... tak kisahlah, yang penting saya kena pastikan badan saya sentiasa sihat cergas supaya saya dapat menjaga baby & menyusukan dgn cemerlang sebaik je lepas melahirkan.

Sambil2 menulis ni, sambil2 tu saya sedang menahan 'sakit2 manja'
baby nak kemas2 kat pintu rahim saya ni. Alahai cyg ummi, cepatlah lahir ye adik! Jgn buat ummi sakit lama2...

Terlupa pulak, mak bagi saya minum air selusuh ni... Bunga Sanggul Fatimah yg mak beli kat Mekah dulu.


Kembang memenuhi besen...harap2 pintu rahim saya pun terbuka luas macam kembangnya bunga ni masa nak melahirkan baby nanti...amin


Semoga Allah permudahkan urusan kelahiran baby saya ni secara normal dengan selamat...amin. Doakan saya ye kawan2 :)

Boleh hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah untuk dapatkan vitamin2 Shaklee anda. Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK dari saya dgn setiap pembelian dari blog buahatikusayang!

Salam kasih sayang :)

Diet & Kurus ~ 3 Supplement Utama yang Diperlukan...

Adik bongsu saya (seorang lelaki yg hensem hehe...) sibuk bertanya kat saya,

"mana supplement utk kurus aku, kata nak bagi?"

Sebelum ni saya bg dia lecithin & alfalfa je sebab dia ada resdung tapi memandangkan keadaan lemak dlm badan dia dah lama menebal, jadi saya syorkan kalau betul2 nak kurus ada 3 jenis supplement asas..

Pertama : untuk Detox
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herblax atau Alfalfa atau Fiber. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa atau Fiber,dan Herblax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Jika tiada masalah sembelit, ia bagus diambil untuk mencuci usus. Ibu2 yang menyusukan anak boleh dapatkan cara pengambilan yg terbaik daripada saya lepas pembelian dari blog ini.



Ia juga ikut bajet anda. Antara fiber dan herblax..fiber lebih optimum resultnya :..Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan. Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘membuang’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit. Selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman..


Kedua : Protein
Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)



Ketiga : Lecithin
Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.


credit to Cery, Hadha & Hasmah

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus, anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan main hentam je makan sesuka hati. Kene kurangkan lemak dan minyak dan rajin2lah bersenam. Itu juga yg saya nasihatkan kat adik hensem saya ni sebab dia rajin makan 'macam2' :)

Tak gitu adik hensemku? ;P


Hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah utk sebarang konsultansi & untuk mendapatkan vitamin2 Shaklee anda!

Salam kasih sayang :)

Lecithin Shaklee Mengembalikan Keyakinan Hasmah :)

Sebelum cuti bersalin (ada cuti ke? hehehe...), ada lagi yg saya nak kongsikan dgn semua. Terima kasih kpd Hasmah utk perkongsian ini :)

Ni cerita tentang Hasmah yg dah berjaya mengembalikan badan slim sama mcm masa anak dara dulu! Jom baca...

--------------------

" Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6bln..selera makan membuak2..dan badan juga bagai dipam2..lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria2..jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas difikiran ni nak makan..yang sangat sedihnya bila seluar Jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi..huhu...

Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar Jeans yang saiz 34 tu..sebab saya sayangkan seluar tu..dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu..ceh..slim ke..haha..

Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..

1. Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit..ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah..memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..

2. Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..

3. Saya kurangkan fastfood. (No KFC, No Pizza)

4. Saya bersenam dalam rumah je..senaman ape yang saya buat ye..saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh..mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..

5. Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bln..saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic..memang terbaekkk..

6. Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..

7. Saya banyakkan minum AIR MASAK..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..

8. Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..

9. Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..

10. Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya... ;)

Meh tengok gambar ni sebagai bukti :)


Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je..

Berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg..BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kene kecikkan..huhu..

SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni..sebab badan tak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus...biar lambat asalkan selamat..jom saya sharekan info produk Shaklee yang boleh anda pilih untuk DIET..Ianya cuma saranan..terpulang pada anda dan juga bajet ye..tiada paksaan..sebab kalau tengok 10 perkara yang saya buat 2 je bantuan dari Supplement..yang 8 lagi silalah baca..hehe.."

------------------------

Begitulah gembiranya Hasmah bila berjaya slim balik mcm zaman anak dara dulu. Saya lepas bersalin ni pun teringin nak dapatkan bentuk badan yg dulu... 32-25-35 dgn berat 47kg! Awww...rampingnya i hahaha:) Insya Allah boleh punya!

Hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah utk sebarang konsultansi & untuk mendapatkan vitamin2 Shaklee anda!

Salam kasih sayang :)

Wednesday, November 23, 2011

Tanda-tanda Bersalin Dah Ada @ 39w :)

Harini masuk minggu ke-39 kehamilan saya. Memang berdebar2 bila dlm pukul 2.30 pagi tadi saya nampak tompokan darah + lendir masa nak buang air kecil. Gembira jugak sebenarnya sebab saya tau itu salah satu tanda nak bersalin :) Tak sabar nak lahirkan seorang putera pulak utk En. Billy yg tercinta! :)

Lepas je buang air (bahasa sopannya kencing hehehe...), saya dah xlena nak tido.. nak bgtau En. Billy ke tak ni? kalau bgtau, kesian pulak nak kejutkan dia tengah syok tido. Kalau tak bgtau, xbest pulak rasa debar sorang2 hehehe... last2 saya kejutkan jugak, bgtau dah ada tanda darah keluar. Terus suami saya yg caring tu tanya, "ada rasa sakit x?" dan pantas saya jawab, "tak".

Pastu saya suruh En. Billy kejutkan Aien utk kencing. Ada la alasan saya nak kejutkan dia tadi. Memang sejak kitorang latih Aien utk diaper free mlm2, tugas En. Billy ialah bwk Aien pergi kencing waktu awal pagi sebelum dia terkencing kat tilam ;) tapi sebenarnya dah tak perlu dah. Sebab Aien dah pandai adjust waktu kencing dia iaitu lepas bangun tido.

Selesai semua tu, semua sambung tido. Tapi saya still takleh tido. Dah terasa sakit sikit2 dah. Terkebil2 mata saya memandang dua wajah kesayangan hamba tgh tido....oh...bahagianya!

Saya pun pusing kanan.. pusing kiri...tak jugak boleh tido. Last2 saya lari kat sebelah En. Billy. Lepas kena peluk, sedar2 En. Billy kejutkan saya utk solat Subuh. Dah pukul 6.15 pagi dah :)

Fuhhhh...kali pertama saya nak rasa sakit bersalin ni. Masa Aien dulu kan czer...x sempat nak rasa sakit Aien dah lahir :)

Sekarang ni saya masih berdebar2 nak tunggu fasa sakit yg seterusnya...mak & kakak2 saya ckp tak lama lagi tu....Insya Allah semoga Dia memudahkan urusan kelahiran adik Aien ni & selamat segala2nya. Amin...

Walaupun saya bersalin, saya masih menerima pesanan vitamin2 Shaklee anda! Hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB : Jannatul Fadilah

Salam kasih sayang :)

Sunday, November 20, 2011

Atas Kesungguhan Wani... 2oz dulu, 15oz harini :)

Penyusuan susu ibu ni bukan semudah yg kita sangka... juga tak sesusah yg kita fikirkan. Saya selalu ckp mcm ni kat customer2 saya atau kat sesiapa yg bertanya pendapat tentang breastfeeding.

Ya! mungkin bagi sesetengah ibu di luar sana tak kisah nak bagi baby mereka susu formula, tapi bagi saya jika kita belum berusaha bersungguh2 utk memberikan yg terbaik kpd baby, JANGAN disebut perkataan menyusukan anak dgn susu FORMULA!

Dan berkat kecekalan hati saya itu, ALLAH melimpahkan kurnia & rezeki-Nya kpd anak sulung saya, Aien Nur Sophea Fadzlishah utk dapat menyusu sepenuhnya dgn susu saya sampai dia berusia 2thn. Dan meneruskannya sampai 2thn 6bulan :) SYUKUR ALHAMDULILLAH!!!

Nampak mcm mudah kan... fully bf sampai 2thn. tapi hakikatnya, kita memerlukan pengorbanan yg besar utk memastikan niat murni kita terlaksana. Tapi saya percaya, Allah tu Maha Pemurah. DIA takkan mensia2kan usaha & pengorbanan kita utk mencapai niat murni kita tu.

Sama macam Wani, salah sorang kenalan saya di FB yg mengalami masalah susu yg sedikit walaupun tengah berpantang. Keluhan Wani masa mula2 nak tanya saya tentang masalah bf nya...


"Salam kak, sy wani. Ad prob dgn breastmilk. Dh b'salin sbln 6hr tp susu sgt2 kurang. Sekali pump bole dpt 1oz je. Melainkan dr mlm smp pg xpump bole la dpt dlm 4oz. Mcm2 usaha dh buat, mkn itu ini tp t'lalu lmbt nk dpt hasil. Sbln m'cuba baru blh dpt 4oz. Bole bantu ke? Terima kasih."


Bertuahnya Wani sebab melalui kakaknya dia mendapatkan trial pack set E yg mengandungi vitalea, b complex, vitamin c , alfalfa & ostematrix. Lepas saya consult & yakinkankannya dengan TIPS2 EXCLUSIVE yg sememangnya khas utk customer saya, Wani memberikan respon yg amat baik sekali. Saya pun tersenyum lebar bila Wani reply saya di FB lepas 2 minggu mencuba set bf shaklee...


"wslm..khabar baik..erm, banyak perubahan.. dari 2oz sehari jadi 15oz sehari, kadang2 lebih..kene usaha lagi ni hehehe..thanks akak."


Best kan? :) Terpancar nada girang di hatinya! Saya turut berkongsi kegembiraan dengan Wani. Apa yg buat Wani cekal ialah niatnya yg murni utk menyusukan baby dgn susu ibu. Di samping usaha & pengorbanan utk memastikan niatnya berjaya. Saya cuma membantu memastikan Wani terus berusaha & tak putus asa sebab Allah takkan mensia2kan setiap usaha murni kita.

Ni baby Wani yg comel & tembam :)


Alalala comelnya... ;)


Nak perubahan terbaik macam Wani jugak? Jom ambil Set Penyusuan Shaklee dengan saya sekarang! Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK drpd saya dengan setiap pembelian dari blog buahatikusayang!

Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin2 Shaklee anda di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah.

Salam kasih sayang :)

Friday, November 18, 2011

Doa Nak Dapat Anak Lelaki

Alhamdulillah.. kali ni baby saya lelaki ya! Allah makbulkan doa kami utk dapat anak lelaki pulak lepas Aien :)

Apa yg kami amalkan utk dapatkan boboi boy pulak kali ni? Rasanya takde apa...cuma saya & en billy amalkan baca doa dari buku ni.


Doa utk mendapat anak lelaki...


Maksudnya:
"Ya Allah, sesungguhnya kami akan memberi nama anak yg berada di dalam perut isteri kami dengan nama Muhammad maka jadikanlah dia untuk kami seoang anak lelaki dengan hak orang yg mempunyai nama yg mulia ini yakni Nabi Muhammad"


~ Doa ni dibaca sebanyak 3x dengan meletakkan tangan di perut isteri yg sudah hamil 2 atau 3 bulan ~

Jadi, kepada kawan2 di luar sana yg teringin anak lelaki, boleh cuba kaedah ni. Insya Allah jika benar2 ikhlas & konsisten Allah akan makbulkan jua....

Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin2 shaklee anda!

Salam kasih sayang :)

Korban Kepala Lembu

Ni cerita Raya Haji haritu. Hehe..lambatnya nak update ;)

Takde cerita apa pun, biasalah kalau Raya Haji / Raya Korban ni. Mesti cerita pasal korban haiwan ternakan. Raya Haji thn ni turn kat Semenyih. So, En Billy pagi2 dah turun ke masjid kat sana utk tolong bergotong-royong sama2 dlm ibadah tu.

Dah selesai je, pak mertua saya bawak balik ni ha...
....

Kepala Lembu! hehehe....

Papa saya tu memang rajin membega2 kepala lembu. Pernah otak lembu tu dikeluarkan & dimasak (kalau tak silap saya) tapi xdela saya makan huhuhu...
Bukan tu je, perut lembu pun jadi bersih lepas papa siang elok2. Perut lembu xpe, saya makan. Tak geli punya! :)


Aien pulak, memang berani sangat, sampai atuk dukung suruh amik gambar dgn kepala lembu pun dia nangis hehehehe... ;P ngeri agaknya tengok korban kepala lembu tu


Salam kasih sayang :)

Thursday, November 17, 2011

Tanda-tanda Nak Bersalin

Alhamdulillah, saya dah masuk ke fasa terakhir kehamilan... harini dah 38 minggu 3 hari, dengan berat baby 3.4kg (+/-500g), dan berat saya 62kg! Saya maintain ye. Jangan ingat saya makan vitamin2 Shaklee masa peknen ni saya jadi gemuk. TIDAK sama sekali :)Baby je yg tembam kat dlm perut saya ni hehehe...


En Billy pun maintain tau!


Bila dah dekat2 nak bersalin ni terasa takut pun ada. Maklumlah, ini kali pertama saya nak try bersalin normal. Masa aien dulu saya czer..so memang x sempat nak rasa sakit bersalin. Tu yg jadi gerun kali ni.

Untuk kurangkan rasa berdebar2 saya menjelang hari kelahiran putera kami ni nanti, saya carilah info utk menghadapi saat2 yg penuh mendebarkan itu...

Sumber rujukan di sini


Tanda-tanda bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan di hospital, cuba buat ‘tour’ di sekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:

* Menghadiri kelas antenatal
* Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
* Tonton video kelahiran
* Amalkan pernafasan and relaksasi.
* Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

Jadi, kepada ibu2 baru atau yg pertama kali nak bersalin secara normal mcm saya, mungkin ini boleh dijadikan panduan utk anda. Semoga segala2nya berjalan dgn lancar & selamat dari mula sampai akhir. Sedangkan mak yg kecil molek pun mampu nak lahirkan sebelas org anak secara normal, inikan pulak saya yg lagi besar drpd mak :) insya allah, saya BOLEH! :)

Hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau Fb saya : Jannatul Fadilah untuk mendapatkan vitamin2 Shaklee anda!

Promosi hebat Set Bersalin hingga saya selamat bersalin di sini

Salam kasih sayang :)

Monday, November 14, 2011

Kasih Ibu...


Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?

Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK drpd saya dengan setiap pembelian dari blog buahatikusayang! Hubungi saya sekarang di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya: Jannatul Fadilah.

Salam kasih sayang :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...