Saturday, January 22, 2011

Mari kita berdoa untuk perkara yang baik!

Saya nak kaitkan dengan penyusuan.... memang penyusuan susuibu adalah terbaik namun hakikatnya bukan semua ibu mendapat taufik hidayah ALLAH untuk menyusukan anaknya. Sebagai ibu yang menyusu, kita perlulah mengajak golongan ini dengan cara berkhemah...bukan dengan cara yang menjauhkan mereka dengan kita.

Sesungguhnya hati kita ALLAH yang pegang. Ibu ada kenalan....yang dulunya sangat obses dengan penyusuan susuibu. Habis dicanang satu opis bahawa anaknya la yang paling beruntung kerana mendapat susuibu darinya. Si 'dia' ini mengeluarkan kata-kata yang tidak kurang sinis bagi ibu yang memberikan anak dengan susu formula. Tidak beringat kata orang tua....'tanduk ke depan'. ALLAH Maha Berkuasa, malangnya anak keduanya tidak dapat disusukan dengan susuibu atas masalah kesihatannya yang serius. Bekas operation sebab melahirkan menjadi parah kerana jangkitan. Berbulan beliau amik masa untuk sembuh. Doktor tidak menggalakkan penyusuan dilangsungkan atas alasan badannya memerlukan zat vitamin untuk proses penyembuhan. Sudah pasti ada kawan2 yang mengutuk doktor tersebut sebagai TIDAK PRO PENYUSUAN. Namun hakikatnya tiada siapapun yang dapat memuaskan hati semua pihak.

Adakah ianya balasan atas mulutnya yang begitu sinis ke atas ibu yang memberikan anaknya susu formula?

Wallah hu alam.

Jika kita punya kenalan, kawan sahabat handai mahupun ahli keluarga yang bakal melahirkan atau telah melahirkan....berdoalah yang baik untuk mereka :

Ya ALLAH Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya kami memohon kepadaMu, dengan rahmatMu
Berikan kebahagiaan dan kesejahteraan kepada si polan binti si polan (nama si ibu) atas kelahiran anaknya.
Semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayah kepadanya untuk menyusukan anaknya dengan susuibu.
Ya ALLAH Ya Tuhan Kami
Dengan kasihMu berikanlah dia kekuatan rohani dan jasmani untuk terus berjuang menyusukan anaknya selagi diizinkanMu
Ya ALLAH.
Janganlah Engkau biarkan kami kepada diri kami walau sesaat cuma.
Berikanlah kami hidayah dan petunjukMu dalam apa jua yang kami lakukan.
Ameen.


Jangan sesekali kita memandang serong dan mencemuh....sebaliknya kita doakan yang baik. Sesuangguhnya malaikat meng amin kan doa yang baik yang kita doakan ke atas sesama mukmin....".untukmu begitu jua, ameen."

Berdoalah dan yakinlah dengan doa. InsyaALLAH ALLAH tidak menghampakan doa yang baik untuk sesama mukmin yang didoakan. Doa merupakan senjata orang mukmin.
Doa mampu mengubah seseorang dari jahat kepada baik, malah dari baik kepada yang lebih baik, insyaALLAH.


Jadikan berdoa sebagai amalan. Sebelum keluar rumah, bacalah doa dan niatkan semoga segala urusan hari ini lancar sehingga selamat sampai ke rumah.

Berdoalah, sebelum melakukan sesuatu mulakan dengan Bismillah dan niatlah semoga segala kerja dipermudahkan.

Berdoalah , sebelum membuka kedai untuk berniaga mohonlah semoga rezeki diluaskan dan beroleh keuntungan.

Berdoalah, sebelum keluar rumah ke tempat kerja, mohonlah semoga hasil perahan hari ini lebih baik dari semalam.

Berdoalah, semoga kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmat ALLAH.

Berdoalah, dan jangan sesekali putus harapan. ALLAH sangat suka kepada hambaNYA yang meminta padaANYA.

Berdoalah :

Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit, berikan kesembuhan kepada mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang susah, bantukanlah segala urusan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar bagi permasalahan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya, sampaikanlah hajat dan cukupkanlah keperluannya,
Jika ada dikalangan kami orang yang menderhaka kepadamu Ya ALLAH, isteri yang menderhaka kepada suaminya YA ALLAH, anak2 yang menderhaka kepada ibu dan ayahnya. ampunkanlah dan pimpinilah mereka
Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Susah kami, bantulah Ya ALLAH
Beban Kami, ringankanlah Ya ALLAH
Permasalahan kami, berikanlah jalan keluar Ya ALLAH
Hajat kami, tunaikanlah Ya ALLAH
Ya ALLAH ya Tuhan KamiDosa kami, ampunkanlah Ya ALLAH
Keaiban kami, tutuplah Ya ALLAH
Keras hati kami, lembutkanlah Ya ALLAH
Hidup kami, bimbingkanlah Ya ALLAH
Ya ALLAH Ya Tuhan Kami
Keluarga kami, bahagiakanlah Ya ALLAH
Suami kami, Solehkanlah Ya ALLAH
Isteri kami, Solehahkanlah Ya ALLAH
Anak2 kami , soleh dan solehahkanlah Ya ALLAH
Jika ada antara kalangan mereka yang keras hatinya, lembutkanlah Ya ALLAH
Jika ada antara kalangan mereka yang belum mendapat kesempurnaan hidayahMu, berikanlah hidayahMu kepada mereka Ya ALLAH. ameen...


Credit to Kak N

Salam kasih sayang :)

Saturday, January 15, 2011

Manje babah

Tengoklah,


Oh..dia memang si manje babah



Suke dengar dia panggil 'BABAH...oooo BABAH....oooo BABAH!'

Dah besar nanti jadi anak solehah ye sayang! amin...

Salam kasih sayang :)

Saya 2 Hai.. :)

Cerita ni dah sebulan berlalu. Tapi memandangkan ummi aien ni terlalu rajin mengupdate blog beliau, maka entry ini terpaksa dipendam. hehehe

Saya nak cerita pasal Aien, puteri sulungku itu, yg semakin bijak & petah berkata2. Amboi, ummi ni buat ayat mcm karangan BM SPM pulak :) takdela, bukan ape.. Aien semenjak umur dia 2 thn ni, nampak dah kebijakan dia.. haritu dalam kereta masa on the way nak ke rumah mak kat cheras baru, tiba2 je Aien tunjuk dua jarinya, jari telunjuk & hantu tangan belah kanan, pastu cakap kat saya:

"ummi...dua...HAI..."

hehehhee..saya pun punyela excited ehhh Aien dah pandai kira dgn signal jari lah! :)

pastu saya ketawa terkekek kekek...

apela Aien, bukan HAI lah sayang, tapi PEACE!!!

gambar2 ni masa kat rumah dah balik dari cheras

dua..satu...


dua..dua...


dua..HAI...eh, PEACEEE :)


hahaha! Aien makin bijak.. bijak :)


Salam kasih sayang :)

Thursday, January 13, 2011

Vitamin Shaklee bukan banyakkan susu ibu tau

Entry ini saya tujukan khas buat semua pelawat baru serta pengunjung yang baru bertandang ke blog ini.

credit to kak N :)

Vitamin Shaklee dihasilkan oleh seorang doktor yang menekankan kepentingan pengambilan semua vitamin demi mencegah sebelum sesuatu penyakit menjadi parah. Ianya adalah untuk kesihatan yang optimum. Paling penting vitamin Shaklee adalah berkualiti, selamat, berkesan dan mampu dimiliki oleh setiap insan.

Sayugia diingatkan, pengambilan vitamin Shaklee oleh ibu yang mengandung serta menyusukan anaknya akan membantu si ibu itu sihat, segar dan ceria demi memastikan kandungan dan penyusuan lebih lancar dengan izinNYA jua. Bagi ibu yang menyusukan anaknya, jika si ibu mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee akan mendapati, dengan jadual perahan yang konsisten sangat membantu penghasilan susu dengan lebih banyak terutama apabila si ibu itu jauh dari tekanan, keletihan dan akibat kekurangan zat dari pengambilan makanan harian.

Penghasilan susuibu adalah bersandarkan kepada konsep permintaan dan penawaran. Lebih banyak yang diminta maka lebih banyak yang ditawarkan bermaksud lebih banyak bayi minum atau lebih kerap perahan maka lebih banyak susu akan dihasilkan.
Namun sekiranya si ibu tadi keletihan, kepenatan, moody, stress mahupun sakit ianya sedikit sebanyak boleh mengganggu dan mempengaruhi penghasilan susu kerana hormon si ibu tidak stabil di saat ini. Maka hakikatnya vitamin membantu si ibu sihat, bersemangat, bertenaga, boleh menangani stress dan membantu dalam proses penyembuhan penyakit. Walaubagaimanapun secara tidak langsung vitamin ini juga akan disalurkan ke dalam susuibu untuk si kecil tersayang.

Ada banyak pertanyaan yang diterima dari email memandangkan ramai juga yang baru mendengar produk vitamin dari Shaklee. Ramai yang mengatakan tidak pernah mendengar brand vitamin ini. Maka buat tatapan kalian sesungguhnya Shaklee adalah antara vitamin yang terawal dalam sejarah supplement. Ianya diperkenalkan oleh doctor yang bernama Dr. Forest C. Shaklee. Beliau mengkaji kepentingan tumbuh2an dan kebaikannya ke atas manusia.

1. Forest C. Shaklee is the founder of vitamin in year 1951- vitamin mineralized

2. Ianya mempunyai klinikal test untuk setiap produknya...

3. Telah lebih 50 tahun dalam pasaran dan ianya diyakini selamat.

4. Ianya murah setanding dengan kualiti...

5. Amalan istiqamah akan membuahkan hasil dan kesan yang ketara.

Contoh kat sini, sejenis vitamin E (100 i.u) di farmasi berharga rm19.90 untuk 30 capsules. Maka sebijinya berharga RM0.66 tetapi untuk 100i.u manakala shaklee vit E adalah beserta dengan selenium (400i.u) adalah berharga RM0.99 sebiji.
Untuk mandapatkan vitamin E 400 i.u melalaui vitamin dari farmasi seseorang itu perlu makan 4 capsule sehari which is cost RM0.66 x 4 = RM2.64. So mana yang lebih murah?

Walaupun ada banyak produk supplement yang baru dan mengatakan mereka lebih hebat namun setakat ini melalui pengalaman, mereka yang telah merasa perbezaan Shaklee pasti tahu untuk menilai produk ini sendiri dan akan lebih yakin dengan shaklee. Walau ada segelintir yang telah mengamalkan Shaklee selama bertahun dan kini mahu mengubah angin dengan menukar kepada produk baru tetapi mereka sendiri boleh bandingkan perbezaan kualiti serta kuantiti yang ditawarkan oleh Shaklee jauh lebih baik.

Kini dengan adanya trial pack, saya yakin ramai yang berkemampuan untuk mengamalkan supplement dalam diet harian.

Apakah yang terdapat dalam trial pack sebenarnya?

Trial pack terdiri daripada Multivitamin@vitalea, B complex, Vitamin C dan tambahan Alfalfa diberi percuma untuk ibu dan para isteri.

Ada juga bagi mereka yang baru berjinak2 dengan supplement bertanya, apakah kepentingan vitamin B complex dan vitamin C jika di dalam multivitamin telah mengandungi dua2 vitamin ini...

Jawapannya ialah :
Multivitamin yang lengkap mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Disertakan formula zat besi untuk memenuhi keperluan badan dimana zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
Inilah pada asasnya diperlukan oleh tubuh badan manusia. Bagaimanapun kehidupan seharian yang kini telah banyak mempengaruhi cara pemakanan kita telah membuatkan keperluan vitamin C dan B complex semakin menjadi perhatian umum. Adakah benar walaupun telah mengambil multivitamin kita masih perlu menambah vitamin C dan B complex?

Adakah dalam 12 vitamin tersebut meliputi vitamin b complex dan vitamin C? Jawapannya adalah ya. Namun mengapakah kita masih perlu mengambil vitamin c dan b complex lagi seandainya kita mengambil multivitamin?

Ini kerana kandungan vitamin c dan b complex yang diperlukan oleh badan melebihi daripada yang dibekalkan di dalam multivitamin. Mungkin ada sesetengah doktor berpendapat multivitamin sudah memadai... hakikatnya doktor adalah golongan yang sangat pakar dalam ubat-ubatan iaitu untuk merawat penyakit namun hakikatnya golongan ini bukanlah pakar dalam bidang nutrisi yang lebih kepada pencegahan penyakit.

Sesungguhnya vitamin c dan b complex adalah vitamin yang larut air. kedua-dua vitamin ini dalam kategori fragile atau erti kata lain mudah musnah akibat banyak faktor antaranya, stress. Stress boleh memusnahkan vitamin c dan b complex dalam tubuh kita. Asap rokok dan kenderaan juga boleh menyebabkan kemusnahan vitamin ini. Terdedah kepada matahari juga menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua vitamin ini dalam tubuh manusia.
Mereka yang kurang keyakinan diri, mudah letih, mudah marah, sensitif adalah golongan yang sangat kurang vitamin c dan b complex.

Seperti yang kita semua sedia maklum, vitamin c sangat penting bagi tubuh kita terutama dalam melawan penyakit kerana ia merupakan salah satu vitamin yang dikenali sebagai antioksidan. Ianya dikatakan dapat membantu meningkatkan immune system badan kita. Bagi ibu yang cukup vitamin C, insyaAllah anak susuannya akan kurang mendapat jangkitan batuk mahupun selsema dari pembawa penyakit tersebut.

VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)


1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.

3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) - physikal dan mental.

4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.

Faktor-faktor lain…. Pemilihan makanan, penyusuan anak, umur, aktiviti dan penyakit juga memainkan peranan dalam pengambilan b complex dan vitamin C dalam diet seharian.
Last but not least: Satu soalan cepu emas dari seorang doctor….

Kalau anda begitu berhati-hati bila sakit , kenapa tidak anda berhati-hati ketika sihat-supaya anda tidak jatuh sakit?

Bagaimana dengan vitamin B complex?

SEBAB-SEBAB KEMUSNAHAN B COMPLEX


• jenis larut air - perlu sentiasa di ganti
• Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – process memasak.
• Memakan banyak gula boleh menghabiskan B complex. Eg satu botol Coca-cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
• Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex.
• Stress - tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex.
• Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex.
• Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.


FUNGSI B-COMPLEX

• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
• Membantu memetabolismekan
- karbohidrat
- Lemak
- Protein
• Anti stress
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
• “B” for beauty – True beauty radiates from within.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan

Jika kita lihat pada kuantiti yang dibekalkan di dalam sebiji multivitamin, vitamin C yang disertakan rata2 dalam lingkungan 100g sedangkan minima keperluan tubuh kita ialah 500mg sehari untuk seorang yang sihat. Begitu juga kuantiti yang desertakan untuk 8 kumpulan B yang membentuk B complex, tidak mencukupi dengan keperluan tubuh kita.

Ada juga persoalan yang timbul....Bagaimana jika saya meningkatkan dos pengambilan multivitamin saya? Adakah ianya memadai? Jawapannya tidak kerana ini hanya akan meningkatkan pengambilan vitamin dan garam mineral lain yang mana ianya hanya akan disingkirkan oleh badan apabila melebihi dari keperluan yang sepatutnya. Ini boleh merugikan kos apa yang kita bayar.

Ingin juga saya selitkan tiada istilah pengambilan terlebih atau excessive dalam pengambilan supplement kecuali untuk vitamin A (atau lebih dikenali Beta Carotene) dan Vitamin E kerana kebanyakkan vitamin selain ini akan disingkirkan dalam sistem perkumuhan apabila tidak diperlukan oleh tubuh badan.

Ada juga orang yang bertanya, siapakah yang sesuai membeli trial pack Shaklee? Jawapannya ialah:

1. Mereka yang ingin mencuba perbezaan sebenar produk Shaklee dan kesan ke atas taraf kesihatan mereka.
2. Mereka yang mempunyai kekangan kewangan untuk membeli pek sebenar @ full pack Shaklee.
3. Mereka yang akan berangkat ke umrah haji kerana ianya handy dan mudah untuk dibawa ke mana2 dalam bekas yang comel.
4. Mereka yang always on the move.
5. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang ketara seperti keletihan, stress, kemurungan, kulit yang kusam, rambut kasar.
6. Mereka yang concern tentang kesihatan...memastikan mereka sentiasa sihat.
7. Mereka yang dalam pantang juga boleh mengambilnya untuk memastikan sentiasa bertenaga dan ceria.

Jika anda dalam salah satu golongan di atas maka saya sarankan anda mencuba dan tidak salah mencuba demi kebaikan.

Buat yang bertanya saya harap anda telah menemui jawapan yang dicari...

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 012-6790 484

Salam kasih sayang :)

Suami takkan beralih arah :)

Petikan Harian Metro hari ini

SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.

“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.

Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.

Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.

Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.

“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.

“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.

Itu cerita makcik Mansura. Apa kaitannya dengan entry saya kali ni?

Bagi yang mampu menjalani kehidupan yang sihat dan seimbang di mana, bersenam dan pengambilan makanan bersandarkan piramid makanan, maka masalah payudara lembik dan hodoh insyaALLAH dapat dielakkan. Manakala bagi yang tidak mampu menyediakan makanan yang seimbang, kita masih punya alternatif iaitu dengan mengambil makanan tambahan yang berkaitan dengan kecantikan tubuh badan.

Apakah zat vitamin yang membantu menganjalkan payudara selain menganjalkan kulit kita?

Protien.
Ini kerana protien ialah keperluan asas kepada sel. Sel terbentuk dari protien. Namun protien ini sangat fragile dan mudah rosak pada suhu yang tinggi. Dalam vitamin Shaklee, dikenali sebagai ESP atau nama panjangnya ialah Energizing Soy Protien.

Apa kebaikan Soy Protien Shaklee?




In November 2004, Dr. Nasr (see credentials below) spoke in Milwaukee, Wisconsin on the benefits of soy. If you want please feel free to pass this along to your acquaintances. He uses Shaklee Soy exclusively because it has the very best and most complete soy protein and isoflavone content. You can feel so very good about Shaklee’s soy protein, and how we can help so many people who are looking for ways to improve their health.


Dr. Nasr has a B.S. in Agronomy; M.S. in Biochemistry of anti-oxidants and a PHD. in Pharmacognosy (science of bio-active products). He received his M.D. from Rush Medical College in Chicago, followed by Internal Medicine and Cardiology fellowships from Chicago Medical School. He is a member of the American College of Nutraceuticals and the American College of Preventive Medicine and is Director of the Medical Care & Diagnostic Center, Lake Villa, Il.


1. Optiflora and Soy Protein increase the absorption of protein, decrease gas and discomfort and decrease cholesterol by 23%

2. Sixty (60) studies have been conducted showing soy protein increases bone density more than just Calcium Magnesium does.

3. Two studies show that soy and vitamin E, together,decrease LDL (bad cholesterol) by 40% and that is 17% greater decrease than Zocor and Lipitor

4. Four studies show that soy protein inhibits oxidation of LDL (bad cholesterol) by 40%. When cholesterol oxidizes, it becomes “sticky” and builds up on the arterial walls, which leads to clogged arteries.

5. Soy prevents gall stones. It doesn’t dissolve them but it prevents them.

6. Soy prevents kidneys from damage. Lots of animal protein may be hard on the kidneys, but soy protein protects the kidneys

7. French fries at major fast food establishments are crispy. That is a value for the store. Some french fries are coated with a protein substance that when combined with the sugar in the potato and then heated, gives them added crispness. Unfortunately that combination of sugar, protein and high heated fat produces a carcinogen. Probably a good idea to avoid all French fries.

8. Shaklee’s protein includes valuable protein and isoflavones that are not present in other soy proteins produced with heat or chemicals. Shaklee’s low heat – water wash process keeps the isoflavones in the protein. Isoflavones are natural cancer fighting ingredients that occur naturally in soy.

9. Soy’s protein and Isoflavones inhibit the mutated cell’s ability to make an enzyme that would cause the cell to continue reproducing and form a tumor.

10. Soy inhibits the cancer cell from making blood vessels that invade arteries and zap nutrients (this process is called angiogenesis).

11. Soy increases the killing effect of the white blood cells (phagocytosis).

12. Soy’s amino acid Lysine when combined with Vitamin C decreases Colon Cancer by 90%.

13. The flavanoids (like those in Shaklee’s Flavomax) when combined with Soy Protein are synergistic (they work even better together) and decrease breast cancer 10 fold.

14. Beta carotene (like those in Shaklee’s CarotoMax) when combined with Soy Protein and Calcium with Vitamin D are 10 times as effective at preventing cancer cells from getting an addition blood supply.

15. Women in the Orient get about 80mg of Isoflavones a day women in US and Europe get about 1.0 mg. That is an 80% negative difference for US and Europe.

16. Soy protein helps the differentiated cell (bad cell) convert back to a normal cell

Credit to Iffa.

Selain ESP, tubuh kita memerlukan semua zat asas yang terkandung dalam multivitamin. Namun selain dari itu....biasanya ESP dan Kalsium juga saya sarankan untuk ibu yang melalui kemerunduman susuibu walaupun rutin perahan konsisten dan tidak berubah. Alhamdulillah memang ramai yang berpuashati. Jika ada mahu mencuba, boleh dapatkan ESP pada harga ahli dengan menghubungi saya di 012-6790 484

ESP membantu menganjalkan bentuk payudara wanita terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang telah mencuba ESP mengakui kebenarannya. Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan. Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang terbaik.

Last but not least :

Dr. Nasr also listed the several forms of protein and the length of their chain of Amino Acids. The shorter the chain, the more quickly the Amino Acids can be absorbed and utilized.

1. Soy has the shortest chain and takes less than an hour.
2. Fish is next.
3. Chicken takes about 4 hours.
4. Beef takes about 5 hours.
5. Pork takes about 6-8 hours to digest.


source: http://www.wealth-via-health.com/latest-news/2007/06/26/testimonial-shaklee-energizing-soy-protein/

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh hubungi saya di 012-6790 484 sekarang!

Salam kasih sayang :)

Friday, January 7, 2011

Set C untuk 40 hari dalam pantang bersalin :)

Kredit kepada Genki Momma

Masih mencari-cari set rawatan selepas bersalin yang sesuai?

Berita baik khas buat ibu yang sedang menanti kelahiran cahaya mata!!!

Kami menawarkan set rawatan selepas bersalin untuk kegunaan selama 40 hari, khusus untuk bakal ibu dan set bersalin yang paling berbaloi untuk kesihatan ibu dan anak. Harga yang ditawarkan ilah RM 100.00 termasuk kos penghantaran.

Kandungan Pek Percubaan Pakej C (set rawatan dalam pantang) :

* B Complex (40 biji) - penting untuk elak kemurungan (meroyan, sebagai penenang (anti-stress) & menstabilkan hormon.
* Vitamin C (40 biji) - penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
* Vita-Lea Iron Formula (a.k.a multivitamin) (40 biji) - perlu kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh, terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
* Zinc (40 biji) - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim).


Cara pengambilan ialah :

* 1 biji sehari, untuk setiap satu B-Complex, Vit-C, Multivitamin dan Zinc.

Salam kasih sayang :)

Susu ibu lebih pekat, lemak berkrim :)

Alhamdulillah ramai ibu2 yang berpeluang merasa vitamin Shaklee apabila ia telah dipacking semula untuk 30days consume... mungkin selepas ini kami akan menukar namanya kepada Shaklee 30days consume pack instead of Shaklee 30days trial pack. Ini kerana atas permintaan ramai teman2 yang merasakan sangat berkemampuan jika dijual dengan harga RM80 berbanding beratus2 ringgit.

Di samping itu kami mendapat banyak feedback yang bagus...antara hasil kajian mendapati:

Ibu yang mengamalkan pemakanan seimbang, air yang banyak, hati yang tenang dan mengambil makanan tambahan sebagai pelengkap makanan harian akan mendapati bahawa:

1. susu mereka sangat pekat dan berwarna kekuning-kuningan (kesan pengambilan vitamin tertentu seperti B complex).
2. kekerapan anak mereka minum tidak seperti sebelum pengambilan vitamin ,kerana kekenyangan walau dengan hanya minum dengan sedikit. Ini didapati kerana susuibu sangat pekat dan dapat mengenyangkan.
3. perkembangan dan progress anak hebat , sihat(jarang sakit) dan membesar secara normal.


Maka dapat disimpulkan di sini bahawa ibu2 yang mengambil vitamin sangat membantu dalam perkembangan mental dan fizikal anak mereka yang sedang menyusu. Jika dahulu ibu2 khuatir susu kurang kerana demand yang sangat tinggi tetapi setelah pengambilan vitamin ini membuatkan ibu2 boleh bertenang kerana anak mereka akan kenyang dengan susu yang pekat dan penuh dengan zat vitamin. Ini juga membantu sistem pertahanan anak2 menjadi lebih kuat dan lebih baik berbanding dengan anak kepada ibu yang tidak mengamalkan pengambilan vitamin dalam pemakanan harian mereka.

Barulah saya perasan mengapa mak2 dahulu kala serta beberapa ibu zaman kini yang sangat percaya dengan fm... memang fm lebih mengenyangkan kerana telah ditambah pelbagai formula yang kononnya boleh mengenyangkan anak dan membesar dengan hebat. Sayangnya anak2 ini membesar dengan risiko akibat dek lemak yang ada di dalam fm sebenarnya.

Seandainya anak anda masih menyusu badan tetapi anda mengalami kerunduman susu yang menggugat, saya cadangkan makanlah apa2 vitamin untuk terus menyokong penyusuan anda. Jangan mudah putus asa kerana sesungguhnya tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu (termasuklah susu badan) dengan sia-sia.

Cuma saya dah study dalam 10 pembelian akan ada seorang ibu yang mengeluh mengatakan vitamin ini tidak sesuai dengan badannya. Namun ,dari kajiselidik (saya telefon pelanggan2 ini untuk mengkaji kes mereka), boleh dikatakan bahawa golongan ini mempunyai beberapa fakor kegagalan seperti :


1. tidak consume air dengan banyak... jika 2 liter dah dianggap banyak, maka susah hendak berjaya dalam bf dengan lebih lama.

2. tidak menjaga pemakanan dgn baik,sebagai contoh hanya makan roti waktu lunch kerana sibuk dengan kerja

3. tidak cukup tidur , ini boleh memusnahkan vitamin b complex yang sedia ada di dalam badan. Seandainya ini berlaku, si ibu perlu mengambil lebih vitamin B complex dari kadar biasa.

4. badan si ibu mempunyai banyak toksik maka vitamin yang diambil dari trial pack akan digunakan oleh tubuh untuk membetulkan sistem dalam badan sebelum mengkhususkan kepada pengeluaran susu. Maka perlu lebih masa untuk melihat kesan vitamin ke atas pengeluaran susu.

5. Si ibu mendapat beberapa gangguan persekitaran yang hebat sehingga mengganggu emosi dan ketenangan hatinya.


Namun saya mengharapkan agar ibu2 ini tidak mudah putus asa di pertengahan jalan kerana percayalah Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, mohonlah kepadaNya, nescaya diperkenankan.

Salam kasih sayang :)

Set B untuk siapa sebenarnya???

Alhamdulillah boleh kata 90 % mereka yang mendapatkan trial pack akan membeli full package kerana merasakan perbezaan yang ketara apabila sudah mengambil supplement ini.

Masih juga yang bertanya beberapa soalan dan ingin saya kongsikan bersama dengan semua pembaca:

"Siapakah golongan yang boleh mencuba trial pack set B kerana rata2 untuk bf ..., kerana ini mempunyai 4 jenis vitamin dengan harga yang sangat berbaloi berbanding set2 yang lain"


Jawapannya ialah


1. Mereka yang menyusukan anaknya
2. Para Isteri dan suami
3. Wanita yang bakal menjadi isteri
4. Mereka yang bermasalah dalam keletihan, moody, senang marah, cemburu, keputihan, kencing kurang lawas
5. Mereka yang mempunyai masalah kritikal boleh mendapatkan trial pack untuk merasakan perbezaan kesihatan namun perlu dibimbing dan atas nasihat pakar kesihatan seperti doktor.
6. Mereka yang mempunyai masalah jerawat, wajah kusam, rambut mudah gugur, kuku yang bertanda warna putih, kaki yang keras (kulit kaki pecah2).


Semoga dengan jawapan yang ringkas dan padat ini memberi gambaran, apakah yang diperlukan oleh tubuh apabila masalah kesihatan seperti di atas timbul.

Sesungguhnya Vitamin bukan ubat. Vitamin hanya membantu meningkatkan taraf kesihatan seseorang. Ubat adalah penahan sakit.

Dipetik dari blog kak N:

Ada beberapa teman internet ibu yang berkongsi pengalaman mereka mencuba beberapa produk dalam pasaran... yang paling ibu terkejut, ada supplement yang boleh bertindak dengan sangat2 cepat....sebagai contoh, anaknya berusia empat bulan dan mengidap eczema, teman ini menyuapkan supplement ke mulut anaknya atas nasihat penjual tadi, anaknya baik dengan serta merta. Alangkah terkejutnya dia apabila bertemu dengan doktor, doktor cuma memberi pandangan setiap tindakbalas yang segera itu biasanya mengandungi bahan yang tidak selamat ke atas badan , buah pinggang terutamanya dan kesan ini berlaku dalam jangka panjang.

Teman ini terus mencari vitamin lain bagi mengelakkan pengambilan supplement ini. Maka, ibu memberitahu vitamin perlu masa untuk membantu tubuh dalam berfungsi dengan lebih baik dan perlu istiqamah .

Jika mempunyai anak yang bawah setahun adalah disarankan tidak memberi apa2 supplement memandangkan tubuh si kecil ini sangat fragile pada tika ini. Jangan terpengaruh dengan kata2 orang yang kononnya supplement produknya boleh diambil oleh bayi kerana dalam jangka panjang jika anak kita sakit, orang yang suggest tu bukan yang akan menjaga anak kita dikemudian hari.

Seandainya anda seorang ibu yang prihatin, teruskan penyusuan sehingga dua tahun dan bekalkan anak anda dengan vitamin yang seimbang melalui susuibu. Inilah penawar yang paling baik.

Salam kasih sayang :)

Untuk bakal ibu...

Saya petik dari blog Kak N

Mahukah anda mempunyai stok sebegini?


Gambar Ehsan Noor Hani dari FB

Ibu kenali Hani dari AyuKhairy... Hani menelefon ibu untuk mencuba trial pack B semasa beliau dalam berpantang. Sejak mencubanya beliau mendapati susunya pekat dan mempunyai peningkatan. Alhamdulillah dalam berpantang sahaja Hani telah dapat menyediakan 130 pack stok EBM nya...dan gambar ini ibu minta kebenarannya dari FB beliau.

Bagi ibu2 yang sedang mengandung dan mempunyai matlamat serta niat untuk menyusukan bayi, pastikan anda telah mempunyai persediaan mental dan fizikal yang sempurna. Pengambilan vitamin semasa mengandung turut membantu.

Set manakah yang sesuai sekiranya saya dalam berpantang?


Jujurnya saya akan suggest mengambil set C iaitu mengandungi multivitamin, B complex, Vitamin C dan Zinc. Zinc seperti yang kita sedia maklum bahawa ia sangat penting dalam membantu mempercepatkan proses baik luka disebabkan kelahiran.

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


Namun ramai ibu yang lebih berminat kepada set B kerana ianya mengandungi alfalfa dan ini tidak mempunyai masalah kerana setiap orang mempunyai daya ketahanan yang berbeza. Mungkin keperluan zinc tidak menjadi masalah kepadanya.

Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.(PERINGATAN: ALFALFA TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE)

Bagi yang ingin mengetahui rahsia Noor Hani Omar, boleh menghantar email kepada beliau di idaman.sbf@gmail.com atau hanicho_280506@yahoo.com.

Tetapi customer mempunyai option iaitu boleh memilih set C add on dengan 60's Alfalfa dengan harga hanya RM110 sahaja atau Set c add on 120's Alfalfa dengan harga RM120 sahaja.

Salam kasih sayang :)

Tuesday, January 4, 2011

tak perlu lagi susu botol malam2 :)

nazara zara: salam jana..dah mkn?
elila80: dah, kak na?
nazara zara: dah..bru pas mkn..aien sihat?
elila80: aien sihat, alhamdulillah. ummi n babah dia pun sihat
elila80: haiqal ok dah?
nazara zara: dmam dah ok..cuma btuk ada agi..
elila80: kak na makan vit c tu patahkan 2, makan 2x sehari...malam n pagi...
elila80: pastu nanti susukan haiqal byk2
nazara zara: ooo..k.na mkn skali je...
nazara zara: ok nanti k.na mkn 2x

elila80: bila baby kita demam atau batuk atau selsema, kita kean lebihkan amik vit c tu..
elila80: kalau x ok gak, kak na makan 3x..sekali lagi lepas lunch
nazara zara: nanti k.na cuba..ksian dgr dia batuk..pedih bnyi tekak dia..
elila80: vitamin c akan serap kat air susu, pastu kita bg susu kat baby yg dah bervitamin c
elila80: memag kesian kalau baby batuk ni
nazara zara: tghari semlm k.na pam dpt penuh 1 btol yg k.na beli dgn jana tu...balik keja pam kat umh penuh gak btol tu..
nazara zara: suka tgok susu memang nmpak pekat dr biasa

elila80: sedangkan kita yg dewasa ni pun x tahan batuk kan..
elila80: ya allah, bestnya dgr kak na ckp mcm tu
nazara zara: tu la..perit dgr dia btuk..pas tu dia meragam agaknya dia sakit tekak kot..
elila80: haah..
elila80: bagus3, perubahan yg ketara kan
nazara zara: sbelum ni memang susu k.na nmpak cair..
elila80: itula, kita ni xboleh harapkan makanan yg hari2kita makan tu je, kena tambahkan vitamin..
elila80: lgi2 kita ni menyusu anak
nazara zara: mlm2 bila k.na mnyusu haiqal sronok rasa sbb trasa susu tu byk kuar..
elila80: hehehe..itulah apa yg kita rasa bila aien nenen, rasa dia puas sgt
elila80: kak na, vitamin alfalfa tu yg menyebabkan susu kita pekat, kan kita ckp baby minum kejap pun dah rasa kenyang
nazara zara: vit tu k.na mkn mlm..agaknya sbb tu bila tgh2 mlm k.na mnyusu cam byk susu kuar..
elila80: kaler dia berubah sbb vitamin tu meresap masuk ke air susu
nazara zara: aah..klau tgok kat btol x cam susu bdn, nmpak cam susu tepung..sbb dia putih & pekat..alhmdulilah..
nazara zara: syukur sgt2

elila80: hehe..mcm tu la kak rose suke ckp kat susu kita mase kita pam susu kat surau dulu
elila80: alhamdulillah...
nazara zara: sbelum ni k.na rsau gak sbb susu k.na cam dah kurang..
nazara zara: k.na ingat bby dah msuk 8bln susu dah kurang..alhmdllah k.na masih leh nyusu agi...

elila80: syukur kak na x terlewat kan
nazara zara: tu la...nsib aik dok chat dgn jana...tq vry much..
elila80: ni semua berkat usaha kak na tau, makan betul2 x diet2..makan vitamin, minum air byk, pam konsisten...selalu direct bf haiqal kalau dgn dia..i'allah, kak na pun boleh berjaya mcm kita susukan aien 2thn malah sampai sekarang ni masih lagi aien nak nenen hehehehe
elila80: ada org bila susu dah kurang, xnak usaha cari mcmne nak bykkan balik susu..pam pun ala kadar je..x sungguh2.
nazara zara: smnjak k.na mkn vit tu, smpai skrg klau kat umh langsung k.na x bg susu tepung kat haiqal..sblum ni k.na bg gak sbb susu bdn x cukup klau dia asyik nenen je..tapi skrg x agi..
elila80: testimoni best nih. kita nak masukkan dlm blog kita lah
nazara zara: baru ni masa k.na cuti 5 hari balik kg..lagsung x bg susu botol..100% k.na bg susu bdn..
elila80: tu yg best tu lagi manjelah haiqal dgn ibu dia ni hehehe
nazara zara: sblum ni k.na cnfirm kena bg gak susu btol kat dia..
nazara zara: he..he..hrap2 cam tu la...ank mak...

elila80: nampaknya vitamin2 tu memang sesuai dgn akk na..alhamdulillah
elila80: kak na baru makan seminggu kan
elila80: memang tau, kalau baby susu badan dia akan rapat dgn mak dia..
elila80: pantang nampak mak dia, mesti merengek2 nak mak dia..mcm aien lah
nazara zara: aah..btul tu..
nazara zara: aien nyusu agi x?

elila80: nyusu kat rumah n bila dia dgn kita..
elila80: kita dah xpam dah, tapi bila balik keje dia memang merengek2..ummi, nak nenen. dia dah pandai ckp sikit2
nazara zara: eee..best nya..dah pndai ckp ye..dia msti dah nak kwn tu..

kalau siapa perasan, kebelakangan ni saya asyik letak testimoni kak na ni je kan..bukan apa, kak na seronok sgt bila susu dia kembali banyak lepas amik set B.
saya kongsi gembira bila kawan2 gembira. berkat usaha kita akan berjaya. sesungguhnya Allah maha luas pemberiannya.

kepada ibu2 lain yg nak cuba trial pack set B atau set2 lain, boleh sms saya terus utk proses penghantaran segera :)

salam kasih sayang :)

Monday, January 3, 2011

sepanjang perjalanan saya menyusukan baby, tak perlu top up fm lagi :)

nazara zara: salam jana....................
elila80: wslm...pagi
nazara zara: ari ni k.na stat keje..semlm balik kl..
elila80: umah kak na x banjir?
nazara zara: kat p.mas x kena..kat r.pjg kena..umh memang dekat dgn r.pjg tapi alhmdllah..x smpai umh k.na..
nazara zara: rsau gak otway balik semlm ingat ke sngkut bnjir kat k.rai..alhmdlahh ok..

elila80: hem..haiqal demam aritu mcmne? lame ke?
nazara zara: aah..dia dmam..tul la bdn dia penat agaknya jln jauh..
nazara zara: lagi satu rupanya dia dmam nak tmbuh gg...
nazara zara: dah nmpak gg kat bwh sikit..

elila80: eh, cpt kan gigi dia tmbuh
nazara zara: vit tu ari2 k.na mkn..memang tul la jana..byk susu...
nazara zara: daia dah msuk 8bln..
nazara zara: sepjg prjlnan semlm langsung k.na x bg susu botol..dia asyik menetek je...
nazara zara: biasanya tiap kali k.na balik kg..msti x cukup susu bdn..tapi kali ni..alhmdllah...
nazara zara: kat kg pun x bg langsung susu botol..menetek je ari2..

elila80: alhamdulillah..kak na usaha utk anak kan...rezeki haiqal jugak, ibu dia cepat tergerak hati nak cuba trial pack set B tu hehehehe
nazara zara: tu la..nsib baik chat dgn jana..klau x...mgkin x tau nak mkn apa2 vit..
nazara zara: bahjat pun dah beli kan?dia ckp tadi dia pun ok..susu dia byk gak..pekat sikit dr biasa..

elila80: haah, khamis lepas husb kita hantar kat dia. tak sabar2 dia nak try haritu hehehe
elila80: dia ckp nak try esp jugak..soy protein tu..
nazara zara: aah..k.na pun lupa nak tnya jana..yg tu brapa ye?
Last message received on 1/3/2011 at 9:12 AM
elila80: yg tu RM131 campur post. kita minta diorg hantar kat customer terus. kita x simpan stok sebab mahal kan hahahaha. tu harga ahli..tahan lebih kurang 2-3bulanBookmark

tulah chatting saya dgn kak na...lanjutan daripada chatting kami minggu lepas.ibu tabah yg x putus asa menyusukan anaknya dgn sepenuhnya susu badan. beliau boleh berjaya untuk tempoh 3 hari ini, mengapa tidak anda? jom cuba trial pack set B untuk ibu menyusu bagi kawan2 yg nak sepenuhnya menyusu anak dgn susuibu. hubungi saya segera supaya anda tidak ketinggalan!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...