Wednesday, February 23, 2011

Senggugut (Period Pain) Dapat Dikurangkan Dengan Ostematrix :)

Wah...bahagianya kalau kawan2 saya yg setiap bulan kena senggugut dengar tajuk tu kan :) Saya ni kan suka berkongsi dgn semua org kebaikan vitamin shaklee ni.. bukan saya je nak sihat bertenaga sorang2, kawan2 saya pun saya nak diorg sihat ceria selalu walaupun period :)

Kepada yg mengalami masalah senggugut ni, saya cadangkan mereka ambil kalsium / Magnesium Shaklee atau OSTEMATRIX. Kenapa? Boleh baca testimoni Azrin ni:

Sebab-sebab saya ambil Ostematrix:

1. Period


Sesetengah wanita mengalami temporary drop in milk supply (bagi yg menyusu anak) in the days just prior to a period and for a few days into one .. rilekss..jangan risau or panic…….Cuma sesetengah wanita mengalami .ada wanita yang tidak.…ini disebabkan level kalsium dalam darah turut berkurangan tatkala si ibu sedang period. Oleh itu, ibu yang sedang menyusu digalakkan untuk mengambil makanan tambahan kalsium (calcium/magnesium supplements). ….

Perlu diingat susu yg dihasilkan ketika period atau hari biasa…adalah sama saje..bukanlah susu time priod tu kurang berzat or tak sedap....Apa yang penting,bila period dah stabil,,dah masuk hari ke tiga – ke empat..level hormone pun dah kembali normal.. milk supply akan jadi normal semula…. Dan yang paling penting sekali.. baby tak meragam..sbb dia faham..mamanya tgh period… (cume si ibu kene banyakkan minum air kay).. tapi ade juga sesetengah baby yang reject susu time ibunya period..maybe baby tu rasa susu tu pelik skit…tapi ni sume hanya sementara and tak berlaku kat semua org…. jadi lain org ,lain perjalanan penyusuannya…..

Jadi kesimpulannya,rawatan yg efektif untuk cabaran penyusuan ketika period ialah pengambilan calcium/magnesium sepanjang ovulasi dan disambung hingga hari ketiga period… … Kalau period tu jenis yang tak regular..start ambil calcium/magnesium di hari yang ke -14, start dari last period.. or kalau senang kira…. Just ambil je supplemen calcium/magnesium tu sepanjang penyusuan…. Takyah nak kira bila hari 14 ..bila ovulasi….. payah…dahla banyak yang nak di makan...yer tak..….hehe

Dos pengambilan yang dicadangkan ialah…1500 calcium/750 magnesium but can be as low as 500 calcium/250 magnesium.the higher the dosage the more effective and quicker the results). ..

Di Shaklee, supplemen kalsium-magnesium (Cal-Mag) dikenali sebagai OsteMatrix.

Pengambilan yang disyorkan ialah sebanyak 4 biji sehari, bersamaan 1000 mg kalsium/400 mg magnesium. Ini bermakna, setiap sebiji pil Cal-Mag Shaklee boleh membekalkan 250 mg kalsium/ 100 mgmagnesium…so kalau hari biasa ,ambil 2 biji.. is good enough for u to prepare sebelum kedatangan kawan baik kita tu..…

2. Kalau saya period PMS saya mmg teruk..Sampai kena mkn pain killer...Setakat guling2 kt katil tu biasalah..Sakit sgt...Huhuh....But sekarang tidak lagi..Biasala sengal2 tu ade lah..Tapi takde lah sampai berguling2..hehehe...

3. Sebelum consume Ostematrix ni saya selalu lenguh kaki,sendi...kalau duduk lame tu nak bgn punya lah susah...Siap kena pegang tgn suami lah..meja lah utk bgn..pastu pinggang sure sakit..kt lutut tu kriok2 je bunyi...Mula2 mcm pelik tau...Eh dah tua sgt ke aku ni?Anak baru seorang...hehehe..Then buat research baru tau..oh its all about CALCIUM...LACK OF CALCIUM..yelah...BF anak kan..Mane lagi pegi nye Kalsium tu kalau tak ke si toncet saya ni...Hehehe...


Kalsium? Oh senang ajer..Minum susu....Semua org berpandangan begini termasuklah saya...Tapi tu yg prob tu...saya TAK MINUM SUSU OR APE JE HASIL TENUSU...Camno tuh? Ini lah PENYELASAIANNYA..OSTEMATRIX...

Siapa yang perlukan Ostematrix ?

1. Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.<----ini saya 2. Mereka yang mempunyai masalah allergy pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.<---saya la ni.. 3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.<---ni simptom saya... 4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.<---ibu bf mana tak penat kan? 5. Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari. 6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi. 7. Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki. 8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.<---oh ini saya..berguling2 yer.. 9. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah. Credit to Kak cery


See..Bestkan Ostematrix ni...Nanti saya cerita kenapa Ostematrix ni berbeza dengan yang lain...Yang paling2 best..Bila saya penat sehari2..Mlm sebelom tido saya ambik Ostematrix ni...Alhamdulillah.Bgn pagi penat n lenguh2 tu takde...Eh ini fakta tau..Ada sebab kenapa kita kena ambil Calcium/Magnesium @ Ostematrix sebelum tido..Nanti saya eloborate yer..Hehehhe....

Berminat? Dengan harga cuma RM49 anda akan dapat 120tabs...Ni tak termasuk wang pos tau..Tapi kalau kawan-kawan nak Set E(SetB+Ostematrix) hanya RM140 termasuk wang pos..hubungi saya di 012-6790484 utk pesanan sekarang :)

Salam kasih sayang :)

Set Bersalin Shaklee ~ dulu sebulan, sekarang 2 minggu je :)

Pantang bersalin memang tempoh yg memeritkan bagi sesetengah ibu. Mana nak jaga baby yg merah baru lahir, mana nak jaga diri kita yg masih lemah lepas bersalin, mana nak jaga luka lepas bersalin, lagi perit kalau kita ni kena c-sect, lukanya besar tau! Jom kita baca testimoni seorang doktor tentang Set Bersalin Shaklee ni:

Cerita asal dari blog Iffa.

Iffa baru je selesat chitchat dengan customer Iffa, Dr Sarah. Mesti anda semua ingatkan Dr Sarah consume Set C - Confinement Set Shaklee. Suke betol dapat chitchat dgn ibu2 yg dah try consume Shaklee ni, tambah happy bile ibu2 dapat rase perubahan positif. Nak tau ape yg Dr Sarah kate?

"tapi Alhamdulillah lah iffa dulu saya amik waktu sebulan nak pulih dari caesar yang ni 2 minngu dah ok"

Jadi penjelasannye: Bagi rawatan pemulihan luka, supplement zinc yg tdpt dlm Set C ni mmg sgt membantu. Selalu orang dulu2, akan buatkan ibu-ibu dalam pantang ni sup ikan haruan and ade yang minum pati ikan haruan( Iffa x sanggup la nak telan pati haruan ni sbb bau n rase die..ish3,(hanya Tuhan saje yg tau). Apa kaitan ikan haruan dan zinc? Ikan haruan sebenarnya mengandungi nutrient zinc. Zinc pula berfungsi untuk mempercepatkan baik pulih luka terutama luka dalam rahim. Manela nak cari ikan haruan zaman-zaman sekarang ni kan.. mcm Iffa mmg beruntungla, mase Iffa c-sect, abang Iffa pergi tangkap ikan haruan ni.. huhu tau tak hari-hari mkn ikan haruan(almost 21 ekor kot abg Iffa tangkap) haha, terima kasih ye abang long sayang.. mama terima kasih juge, macam resipi ikan haruan dibuatnye.

Tapi cume, satu jela Iffa nak bgtau.. if makan ikan haruan jgn amek lebih dr 4 ekor ya (untuk proses baik pulih luka) if not, then u luke tu akan menjadi terlalu rapat n finally terbonjol kluar.. (huduhla sket), Kenapa 4 ekor (ni ade tabib china yg bgtau). (Dah terlambat utk Iffa). Kenapa x makan gamat je? Untuk yg normal delivery ok kot.. tapi untuk c-sect, if possible jangan la ambil gamat ni. Iffa bukan cakap ni sbb nak soh orang beli supplement shaklee tp sbb Iffa nak share satu kisah ni.

Mak Cik yg urut Iffa mase dlm pantang tu cite, anak die pun c-sect mcm Iffa. pastu mase anak first dia bgla anak die ni minum air gamat, mmgla luke luar dalam cepat baik, tapi al-kisahnye, bile die pregnant anak ke-dua, bile dah 8 bulan camtu.. anak die x bepusing dah, doctor pun bingung sampai kes die ni jd study la.. kalo x silap kat HUKM. Tau x ape yg terjadi? Rupenye bile makan gamat, protein tu tros develop sel2 tanpa henti..smp dlm rahim die jadi cam daging tumbuh ..and masalahnye, uri die tertepek n tersangkut kat situ, tu yg buat baby xle nk gerak dah n knela die c-sect skali lagi. Iffa pun xle nak bayang ,macam mane la keadaanye. Tapi terpulangla pada ibu2 if nak ambil juge kan..maybe setiap orang kesannye berbeza.

Then, Dr Sarah kate lagi:

"saya boleh stay up sampai malam, pump susu. biasa kul 10 dah tidur"

Maksudnya, semakin bertenagala kan.. Tentu ibu2 faham kan, kite ni nak jage anak lagi, nak BF kan anak lagi.. hai memang cepatla sangat penat. Memang kalo boleh dapat tidur mmg tidur je. Tapi, macam Dr Sarah, ha sempat mengepam lagi (bolelah wat stock nak keje)

Ape pula yg membantu Dr Sarah rase bertenaga & boleh stay up lewat malam?

Jawapannya sudah pastilah B-Complex!

B Complex Shaklee terdiri dari 8 kumpulan vit b termasuk folic acid dan biotin untuk bina darah. Ia penting untuk elak kemurungan (meroyan, sebagai penenang (anti-stress) & menstabilkan hormon.Mengapa ada ibu yang mudah meroyan atau keletihan? Jawapannya kerana kurangnya vitamin B dalam badan

Selain Zinc dan B-Complex ni, terdapat juga supplement Vita-C, Vita-Lea(Multivit) dalam Set C ni. Jika nak milk booster, boleh Add On Alfalfa cume tambah RM 10. Harga trial Pack Set C ni RM 100. Alhamdulillah, semakin ramai yg berkesedaran ttg efek mengambil jamu (ini di akui sendiri oleh Dr sarah, sbb makan jamu baby kne jaundice.. terus stop) Jadi sebagai alternatif kepada jamu, boleh la consume set C..

Tapi camne nak cepat langsingkan?

Oh, mudah saja..ade alternatif lain dr amek jamu yang panas n boleh memudaratkan baby. If ibu-ibu ade budget, Iffa suggest ibu2 ambil Energizing Soy Protein (ESP) and Lecithin (Kedua ini membantu dlm penurunan berat badan). Bukan itu saja tau. Feedback dari customer Iffa and GBS, ESP sgt membantu tok milk booster juga(Iffa kan xle amek alfalfa, jadi ESP la yg membantu production susu, of cozla kene pump..kalo x pump xde efek juge). Lecithin, selain membantu penurunan berat badan ia bagus untuk meningkatkan kederdasan minda kita (brain alert and brain power), jadi kite akan rase lebih cepat pick-up (Lecithin ni bagus tok student juge)..

Jadi, kepada bakal ibu yg masih belum pasti set bersalin apa nak makan, boleh cuba Set Bersalin Shaklee ni. Hubungi saya di 012-6790 484 utk mendapatkan trial pack anda sekarang!

Salam kasih sayang :)

Untuk yang mahu menyusukan semula anaknya...

Ada ibu2 yg terpaksa melupakan hasrat nak breastfeed baby atas sebab2 yg tak dapat nak dielakkan..selalunya atas sebab kesihatan. Ibu tu terpaksa berkorban dengan tak memberi susuibu kpd anaknya walaupun sebenarnya dia sgt2 ingin menyusu sendiri anak itu.

Selalunya, bila ibu tu dah kembali sihat, atau berupaya nak menyusukan semula baby, naluri ibu tu kuat utk membuat relaktasi atau kata lain menyusu semula dgn suusibu. Dengar memang payah, apalagi nak melakukannya.

Saya ada seorg kawan yg telah berjaya relaktasi atas semangat yg kuat utk menyusu anaknya dgn susuibu di samping pengambilan vitamin shaklee dlm proses relaktasi tersebut. Cerita iffa tentang relaktasi bersama SHAKLEE:

Saya adalah pesakit SLE. Symptom SLE menyerang semula 2 minggu selepas saya melahirkan anak sulung saya, Faheem. Dosage intake steroid saya telah dinaikkan dr 10mg/sehari kepada 50mg/sehari. Kesan pengambilan steroid bukan sahaja dirasai oleh saya malah turut menjejaskan baby Faheem, Atas nasihat dari Paed, saya diminta agar mengurangkan penyusuan badan, dalam erti kata lain, mula memberi formula milk kepada baby Faheem.

Hanya Allah yang tahu, bagaimana sedihnya saya tatkala mendegar kata-kata Paed, tapi saya tak bolehla selfishkan? Jika susu badan saya memudaratkan baby Faheem… Maka, saya akur dengan saranan Paed dan Alhamdulillah baby Faheem kembali pulih. Akibat dari itu, susu badan saya semakin berkurangan.
Apabila mula berkerja, saya pump susu untuk membuat stock baby Faheem. Tapi alahai sedihnya apabila setiap kali pump, 1/2 –1 oz saje yg saya dapat. Macam2 petua saya dah cube, bila di makan/minum bertambah susu tapi bila berhenti, susu berkurang.

Alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan 2 insan yang istimewa, kedua2nya rakan sepejabat saya (Seorang LC, Seorang Independent Distributor Shaklee). Byk ilmu yg saya peroleh dari mereka. Tips2 dlm persediaan untuk breastfeeding. Cara yang betul untuk pump susu dan pelbagai lagi… Tapi yang paling berharga bagi saya...apabila diintroduce oleh K.Cery dgn Set B Trial Pack Shaklee. Mula2 mmg rasa mcm x percaya, tapi Allah gerakkan hati saya untuk mecuba. Dalam case sy ni special sikit, saya x ble consume Alfalfa kerana pesakit SLE tidak digalakkan mengambilnya, jadi saya tukarkan dengan OsteMatrix. K Cery juge, suggest utk sy ambil ESP bg bantu produktiviti susu disamping meningkatkan energy (yelah keje as jurutera ni, mmg perlu super duper extra energy)

Alhamdulillah, saya amat berpuas hati. Minggu pertama selepas consume Trial pack+ESP, susu utk baby Faheem makin pekat, masa baby Faheem menyusu pun makin singkat (Bila susu pekat, baby kita cepat kenyang). Hari demi hari, berkat istiqamah dlm memastikan sy pump 3/4 kali di office + 1/2 kali dirumah malam hari dan juge berterusan consume trial pack Shaklee+ESP, production susu sy semakin meningkat...dari 1oz, 5 oz, 8 oz dan siapa sangka sy berjaya pump sehingga 17-20 oz sehari. Alhamdulillah…syukur kepada Allah s.w.t.

Kerana berpuas hati, saya continue ambil Full Pack, membeli Full Pack Shaklee adalah tindakan yang bijak selain mendapat hasil yang positif, ia lebih menjimatkan kerana dijual pada harga Distributor(15% Less) dan boleh di ambil untuk tempoh 4-6 bulan. Sehingga kini, saya masih lagi mengambil supplemen Shaklee kerana saya yakin dengan anugerah dan kelebihan yang Allah berikan kepada Shaklee product akan merubah tahap kesihatan saya menjadi lebih baik. InsyaAllah.

Ini kisah saya, ibu2 diluar sana bagaimana?

Salam Sayang,
iffa@FW


Kepada ibu2 yg teringin nak menyusu semula baby, boleh dapatkan khidmat nasihat percuma daripada saya. Hubungi saya di 012-6790 484. Iffa boleh, anda pun tentu boleh!

Salam kasih sayang :)

Tuesday, February 22, 2011

Masalah kesuburan dan cara menanganinya

Musim cuti sekolah akan datang lagi. Masa ni ramailah pasangan yg akan mengakhiri zaman bujang masing2. Teringat pulak masa saya & en billy dulu, bulan mei tahun 2007 kononnya nak buat musim cuti sekolah, tapi disebabkan ramai sgt nak kenduri time tu, kami buat awal seminggu. Kiranya, kenduri kat rumah saya bukan time cuti sekolah. Takpelah, yg penting selesai dgn selamat :)

kenangan terindah :)


Tiga bulan usia perkahwinan, saya sah mengandung :) Kak Fynne, biras saya ckp babah Aien ni sharp shooter hehehe. (Tapi tak sharp sgtla sebab 3bln baru berjaya hahaha). Namun, rezeki tak menyebelahi kami sebab kandungan saya disahkan 'MOLAR' (atau kandungan ANGGUR). Boleh refer sini utk cerita pasal kandungan tu...

So, saya kena jalani D&C utk buang kandungan tu. Prof Hatta yg rawat saya mengingatkan supaya saya tak boleh pregnant dalam tempoh 6 bulan. Sampailah tahap beta HCG dlm darah saya normal, baru saya dikatakan selamat utk mengandung semula.

Macam serius je cerita saya ni hehehe. Ok ok. Kita gelak2 sikit. Sambung balik cerita.

Belum pun 6 bulan berlalu (dlm 5 bulan lepas D&C) tapi Prof Hatta ckp darah saya dah ok, so boleh dah kalau nak peknen balik. Ohhh..happynya kitorg dengar! Apa lagi, org baru kahwin lah katanya, dan Alhamdulillah saya terus pregnant lepas tu. Takyah tunggu2 dah. masa nilah Aien kat dlm perut saya :) Kali ni baru babah Aien pemenang sharp shooter! hehehe :)

Itu cerita saya yg mudah nak mengandung. Alhamdulillah.. rezeki kurniaan Allah setelah Dia tarik nikmat kegembiraan masa kandungan pertama saya dulu. Saya sedih punyalah tak igt. tapi Dia kan Maha Mengetahui segalanya. Jadi, saya redha & teramat gembira dgn anugerah kali kedua ini.

Bagaimana pula dgn pasangan2 lain yg dah terlalu lama mengharapkan kehadiran cahayamata sebagai pelengkap & penyeri hidup mereka?

Jom kita kongsi tentang masalah ketidaksuburan di kalangan pasangan yg dah lebih setahun berkahwin tapi belum berjaya dikurniakan cahayamata. Credit to MommyLyna :)

Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seseorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).

Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah ada sehingga membawa kepada perceraian!

Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca dari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

Punca wanita tidak subur:

* Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
* Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
* Penyakit berkaitan kelamin.
* Penyakit berkaitan masalah pelvik.
* Merokok.
* Pengambilan kafein yang berlebihan.
* Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
* Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

Punca lelaki tidak subur:

* Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
* Sperma kurang cergas
* Sperma yang tidak sempurna
* Sekatan pada saluran semen
* Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.

Punca kedua2 lelaki dan perempuan tidak subur:

* Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
* Pendedahan terhadap punca radiasi.
* Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.

Antara cara-cara untuk menanganinya
Pengambilan Vitamin-Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan:

Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.

Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua2 suami isteri mengambil Set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc bagi membantu tahap kesuburan anda.

Di samping itu, kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :) Amin

Aien buahatikusayang....

Salam kasih sayang :)

Hubungi saya di 012-6790 484 utk mendapatkan trial pack Shaklee ada sekarang!

Tuesday, February 15, 2011

Power Pumping

Proses penyusuan susuibu ni memang misteri. Ada kala susuibu tu banyak melimpah ruah sampai tak terjangka..ada kala pam mcm biasa tapi kuantiti tak seperti yg diharapkan... bagi ibu baru, mungkin (bukan mungkin, memang gelabah punya) kalau susu kita tiba2 merudum secara tiba2. kadang2 kita terlupa bahawa susuibu terhasil melalui permintaan drpd payudara yg kosong & stimulasi yg terhasil oleh hisapan baby/pam.

Semakin banyak bayi menyusu, semakin banyak susuibu terhasil kesan drpd payudara yg kosong (permintaan & penawaran).

Apa yg saya nak kongsikan kat sini ialah mengenai teknik Power Pumping (PP). Kebanyakan ibu2 menyusu yg tiba2 drop kuantiti air susunya boleh cuba teknik ini.

Power Pumping adalah satu cara utk meningngkatkan kuantiti susu dgn cara membanyakkan stimulasi.

Cara-cara utk power pumping:

1. sediakan 1 jam yang senggang
2. pam selama 10-20 minit
3. rehat 10 minit
4. pam lagi selama 10-20 minit
5. rehat 10 minit
6. ulang hingga cukup 1 jam


Boleh buat power pumping 1-3 kali sehari atau apabila ada kemampuan.

Tindak balas Power Pumping mengambil masa ye kawan2. Bukan kita buat sekarang, sekarang jugak kuantiti susuibu meningkat. Kebanyakan ibu2 yg buat PP ni masa dia tgh PP ada kala dapat 1-2oz je atau mungkin hanya 'pam angin' tapi bila dia buat utk kali kedua, baru dia nampak hasilnya. lebih2 lagi kalau ibu tu baru nak cuba teknik ni.

Suka saya ingatkan takut tetiba ada yg frust sbb masa first time buat PP xde pape .. kena ingat tau, masa tu je takde pape, lepas tu ibu2 akan puas hati, inshaALLAH :)

Teknik ni juga AMAT SESUAI bg ibu2 yg nak relaktasi baby. Sebab stimulasi tu adalah antara proses terawal penghasilan susuibu. Di samping itu, boleh juga mengambil vitamin sbg milk booster dan untuk memastikan tubuh badan ibu sihat, ceria & gembira supaya susuibu mudah dihasilkan!

Sebab tu selalu saya tekankan 3 perkara penting utk berjaya dalam penyusuan susuibu:

1) Menyusukan baby (direct bf)/pam sekurang2nya 3 jam sekali
2) Minum 3 liter air setelah makan vitamin
3) Berdoa & tawakal kpd Allah... sesungguhnya dia lah yg mengizinkan semuanya berlaku

Cuba tau!

Salam kasih sayang :)

Saturday, February 12, 2011

Bersalin secara pembedahan (c-sect)... apakah persediaan anda?

Ada yang bertanya kat saya, kalau bersalin c-sect kena amik vitamin apa ya?

Sebenarnya, saya dulu pun bersalin secara pembedahan. Tapi masa tu saya rugi sebab belum kenal dgn Shaklee... so, saya main hentam jaga luka ikut pantang org2 tua.. makan ikan haruan, makan buah oren (saya degil walaupun mak ckp oren tu sejuk hehehe) dan cuma makan antibiotik yg dibekalkan oleh Prof Hatta (dr yg jaga saya sepanjang mula2 tau saya mengandung selepas buat DnC kandungan pertama dulu). Boleh baca sini kenapa saya kena DnC...

nak makan jamu, beli A*my 60 Days Sen*ayu Tinggi tapi takut nak makan sebab Aien kena jaundis (kuning) masa umur tujuh hari. Jadi, jamu yg beratus2 harganya yg dibeli oleh babah Aien tu terpaksalah diperam dulu sampailah umur Aien setahun baru saya berani makan. Sorry ye babah, ada yg terpaksa dibuang sebab dah expired ;P

Tapi masa berlalu lebih mendewasakan saya, saya kenal Shaklee masa sedang melalui proses menyusukan Aien yg ketika itu baru berusia 9 bulan..(target exclusive bf selama 6 bulan telah tercapai dan target 2tahun penuh fully bf juga telah berjaya... alhamdulillah) semuanya dengan bantuan pengambilan vitamin2 Shaklee...

Sepanjang menyusukan Aien dulu, saya ambil Set B + ESP + Ostematrix (Kalsium). Sekadar mana yg mampu maklumlah harga vitamin Shaklee ni boleh tahan kan... mula2 saya beli trial pack 3 kali, lepas tu bila rasa mampu sikit saya beli full pack. Tak kira berapa harganya yg penting, saya tau vitamin2 Shaklee ni lah yg banyak membantu smoothkan perjalanan penyusuan saya utk Aien.

Dan kali ni, saya nak berkongsi dgn semua vitamin utk kelahiran bagi ibu2 yg bakal melalui c-sect. Persediaan sebelum pembedahan dan selepas pembedahan.

Sebelum pembedahan

Pengambilan SET A bersama ESP

Gambar ehsan genkimomma :)


SET A mengandungi:
30 biji Vitalea
- Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

30 biji B Complex
- Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..) Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Ada komen daripada sorang kawan ni, dia kata:

"Baru sy perasan. Sbb skrg sy ambil b-co tablet dan asid folik yg dr hosp ker***** (kebetulan family keje kt hosp, so sy mmg slalu dpt supply b-co dan FA). Sy check b-co nyer content cuma ada thiamine (B1), riboflavin (B2) dan niacinamide (B3). So total campur dgn folic acid, sy masih kurang B5,B6,B7 dan B12 la ek."


Buat pengetahuan semua, Vitamin B Complex Shaklee terdiri daripada 8 B. Apa dia 8 B tersebut?
B1 = Thiamin,
B2 = Riboflavin, ,
B3 = Niacin ,
B5 = Panthothenic acid ,
B6 = Pyridoxine ,
B7 = Biotin ,
B9 = Folic Acid,
B12 = Cyanocobalamin.


 Vita-C
- Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu. Kulit makin bersih, cerah dan cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

ESP atau Energizing Soy Protein

- Ia adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel. ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP juga mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.....

Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran?

Soya Shaklee adalah non GMO soy (Non-Genetically Modified Organism) iaitu soya yang diproses bukan secara genetik. Ia adalah soya yang dihasilkan secara semulajadi, bukan melalui pengubah-suaian genetik. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar :)

Selepas Pembedahan

Tambahan Zinc dan Vitamin E

Zinc - sangat penting untuk membantu dalam proses pembaikan luka. Jenis makanan yang mengandung zinc antara lain oyster, kerang, bayam, kacang almond, dan biji bunga matahari. Namun jika si ibu tidak dapat menyediakan makanan ini dalam menu masakan harian maka disarankan mengambil multivitamin yang mengandungi RDA zinc atau tambahan tablet zinc dalam diet harian.

Vitamin E
- mereka yang melalui pembedahan untuk melahirkan anak, ia sangat-sangat membantu agar luka dalam (bahagian rahim cepat baik dan tidak mudah berasa ngilu). Vitamin E juga membantu mencantikkan tempat jahitan pembedahan serta mencerahkan kawasan aerola ibu yang pernah melahirkan anak. Vitamin E juga membantu mengurangkan pigmentasi semasa mengandung.

Friday, February 11, 2011

Performance Drink & Puasa

Eh, sekarang ni bulan puasa ke? Bulan Februari bulan puasa ke?

mana ada... saya saje je, teringat nak ganti puasa lagi sehari tak buat2. Niat dah ada utk ganti tapi entah bila nak buat tak taula :)

Disebabkan saya takut badan tak cukup khasiat utk mengahadapi puasa ganti lagi sehari yg tinggal ni, saya pun korek2 lah info2 tentang vitamin & puasa supaya saya dapat buat puasa ganti dengan CEMERLANG :)

Sebelum tu, mari baca jadual pemakanan vitamin yg disarankan oleh Kak N buat ibu2 yg menyusu.

Ini sekadar cadangan, bagi ibu2 yang boleh co-op dengan jadual pemakanan ini, sangat2 di alu2kan....

Pagi:
Selepas breakfast; Makanlah Vitalea + 2 biji Alfalfa

Selepas mengepam pada sesi pagi : Minum secawan air yang dibancuh dengan ESP

Tengahari :
Selepas lunch ; Makanlah B complex + 2 biji Alfalfa

Selepas mengepam pada sesi petang : Minum secawan air yang dibancuh dengan ESP

Malam :
Selepas dinner ; Makanlah Vitamin C + 2 biji alfalfa

Sebelum tido : Minumlah secawan air yang dibancuh dengan ESP.

Pastikan anda mengepam dengan konsisten, sekurang2nya setiap 3 jam dan pastikan pengambilan air yang seimbang sekurang2nya 3 liter dan berDOA dengan berterusan.

Sesungguhnya Allah bersama sangkaan hamba-hambaNya. Jika kita berprasangka baik, nescaya yang baik juga kita perolehi.

Walau bagaimanapun bagi bulan puasa, supplement boleh diambil pada waktu bersahur dan berbuka...paling bagus jika ditambah dengan ESP dan PD (Performance drink)..

Ada satu artikel menarik yang boleh kita kongsikan...credit to MommyLina.


Apa sebenarnya Performance Drink?

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu. Aien pun suka minum walaupun dia tak demam.

Jadi, bolehla saya amalkan utk sehari puasa saya tu kan :)

Kalau kawan2 nak puasa dgn lebih bertenaga tanpa effect penghasilan susu kita, bolehla cuba ye. Contact saya 012- 6790 484 utk dapatkan performance drink & esp anda!

Salam kasih sayang :)

Healing Crisis - Kesan Sampingan, Krisis Pemulihan dan Petanda Ketidaksesuaian

Credit to Mommy Lyna

Ramai yang mencuba Shaklee, dan macam2 result diperolehi. Ada yang sekali ambil sudah rasai perubahan, ada yang lepas sebulan baru nampak, ada yang siap demam2, ada yang miuntah2, ada yang naik ruam dan sebagainya.

Apakah Shaklee mempunyai kesan sampingan?

Jawapannya TIDAK.

Shaklee adalah produk dari bahan2 semulajadi yang tidak mengandungi sebarang dadah atau bahan perangsang, jadi ia tidak meninggalkan kesan sampingan. Akan tetapi, pengguna mungkin mengalami perkara2 seperti kelesuan, pening, muntah2, demam dan sebagainya. Ini adalah disebabkan KRISIS PEMULIHAN atau healing krisis. Namun sayangnya ramai yang salah anggap, menganggapnya sebagai kesan sampingan.

Apakah yang menyebabkan krisis pemulihan?

1. Krisis pemulihan adalah petanda yang baik kerana ia menunjukkan tubuh badan anda bertindak ke atas vitamin yang anda ambil.

2. Krisis pemulihan adalah tanda sel badan dan organ dalaman anda sedang dirawat.

3. Ia adalah proses di mana badan kita menyahtoksin atau mengeluarkan toksin dan benda2 yang berbahaya dari dalam tubuh.(Jika perlu customer disarankan mengambil herb-Lax untuk penyingkiran toksik)

4. Badan sedang menjalani proses pembiasaan dengan vitamin tersebut.

Biasanya yang mengalami krisis pemulihan adalah mereka yang tidak pernah mengambil sebarang vitamin sebelumnya, terdedah kepada pencemaran, kurang rehat, badan terlalu penat/lemah, stress dan mempunyai penyakit.

Usah dirisaukan sekiranya anda mengalami krisis pemulihan kerana ia adalah sementara dan satu petanda yang amat bagus. Cara untuk mengatasinya ialah dengan menambah kuantiti air yang diambil, dah berdoa sebanyak-banyaknya.

Vitamin tidak sesuai?


Ya, ada beberapa golongan yang tidak sesuai untuk mengambil sesetengah vitamin.

1. Mereka yang menghidap diabetes TIDAK SESUAI mengambil soy protein..

2. Mereka yang menghidap SLE (lupus)dan masalah buah pinggang. tidak sesuai mengambil alfalfa.

Sekiranya anda mengalami keadaan di mana rashes, atau sembab, atau gatal2 selepas mengambil alfalfa, saya sarankan anda terus berjumpa doktor dan minta dibuat ujian darah untuk SLE.

Lain-lain, yakin dengan apa yang kita ambil, dan lengkapkan pengetahuan seperti di atas, agar kita tidak terlepas dari mendapat kebaikan Shaklee. Jika anda berhenti selepas mengalami healing crisis (krisis pemulihan), anda telah melepaskan satu peluang untuk membekalkan tubuh badan sengan nutirisi yang lebih baik.

Salam kasih sayang :)

Tuesday, February 8, 2011

Khasiat vivix untuk pesakit ITP dan awet muda :)

ITP adalah keadaan di mana platlet (darah merah) berada dalam kuantiti yg rendah tanpa diketahui puncanya.

Saya ada terbaca dalam satu blog 'Renew Your Body' mengenai khasiat vivix untuk penghidap penyakit ini.

Sebelum itu, sesiapa yg nak tau cerita tentang vivix ni boleh rujuk sini dan sini

Dipetik dari blog Kak N,

Dalam ibu sibuk menulis , menjawab email tidak kurang juga update order vitamin termasuklah Vivix, satu revolusi terbaru Shaklee. Harga? Memang mahal tapi siapa jua yang dah mencuba akan mengatakan harganya sangat berbaloi dengan kebaikannya.
Baru2 ini ada seorang yang menelefon ibu dan berkongsi kebaikan Shaklee yang telah dilalui oleh kakak iparnya...

" Kakak ipar akak nampak cantik walaupun dia lebih tua dari akak. Dahi dia licin, tiada kedutan akibat usia yang meningkat. Miracle la Vivix ni"

Ibu tanya lagi..."berapa lama dia dah makan?", jawab kakak ni kakak iparnya sudah 3 bulan mengamalkan pengambilan satu sudu teh Vivix setiap hari.

Memang benar, ibu ada satu testimoni dari luar negara...wajahnya nampak kedut pada awalnya kerana usianya mencecah 90 lebih. Tetapi selepas mengamalkan Vivix, wajah nenek ni berubah menjadi seolah2 usianya baru 50 tahun. Kulitnya kelihatan sangat cekang dan dia memang nampak sangat muda!!!

Ibu pun amik Vivix tapi ye la sebab ibu pun masih muda...tak la nampak effect sangat kot....hehehehe. Tapi betul la kata abah,siapa yang tak nak nampak cantik dan muda?

Apakah yang buatkan kita nampak tua dan berumur?
Banyak faktor.... pemakanan yang tidak teratur dan tidak lengkap, cara hidup sekarang yang semuanya sibuk belaka, tidak cukup tidur....dan banyak lagi sebenarnya. Cuma dua faktor utama ini yang menjadi perhatian penyelidik.

Bagi kalian yang tidak menyusu dan mengandung...boleh mencuba Vivix, vitamin antioksida dalam bentuk cecair dan sangat sedap! Ia berperasa anggur concentrated!
Hanya 1 sudu teh sehari membekalkan resveratrol yang sama di dalam 100 gelas wain merah.

Resveratrol sangat penting mencegah kanser, dan paling penting anti penuaan.
Jika dah consume Vivix perlu ke makan vitamin yang lain?

Jawapan ibu....

memadai dengan Vivix, ia memberikan tenaga dan kita rasa segar sepanjang hari!

Sesiapa yang nak mencuba Vivix pada harga ahli (potongan 15%) boleh membuat pesanan dengan menghubungi saya sekarang di 012-6790 484

Salam kasih sayang :)

Supplement terbaik kita ialah...

Rujuk sini

saya takyah elaborate lah ye, bace je lah :)

note: dasar malas ke ummi Aien ni hehehehe

Monday, February 7, 2011

Anak tak mahu minum EBM

Alangkah sedihnya hati si ibu kalau anaknya taknak minum susu perahannya (EBM ialah Expressed Breast Milk - susu bdan yg diperah / dipam). Saya ambil petua daripada kak N

Ibu nak kongsikan antara email yang ibu terima.... buat Shima, terima kasih kerana sudi menghantar email dan meminta pendapat akak walaupun akak bukan yang ada title C namun akak cuba membantu sedaya yang mungkin.

Shima merupakan seorang ibu yang mempunyai masalah apabila anaknya refuse untuk minum susuibu atau susu perahan. Memang ramai yang berkata, oh jangan sedih atau susah hati, teruskan berdoa. InsyaALLAH nanti anak nak minum susuibu atau ebm semula.

Memang mudah untuk kita berkata-kata namun perasaan si ibu pastinya gundah gulana. Bayangkan bila si ibu meletakkan usaha untuk memerah di pejabat namun sayangkan si anak tidak mahu minum dan hanya mahu susu formula. Apabila ini terjadi pasti ada ibu yang tertanya-tanya adakah susu formula lebih sedap dari susuibu?
Hakikatnya si anak tadi sudah terbiasa dengan susu formula. Macam kita juga, kalau dah biasa minum Milo pekat tetiba dapat Milo cair....adakah kita akan minum sama seperti kita minum Milo pekat? Sudah pasti kita hanya minum sedikit atau mungkin akan habiskan jika dah terlalu dahaga.
Apa yang si ibu boleh lakukan agar si anak kembali mahu minum susu perahan si ibu?

Petua lama yang saya belajar ialah dengan menghadiahkan si anak tadi bacaan Al fatihah. Ini boleh dipraktikkan oleh muslim sahaja.

Bagi ibu yang mempunyai masalah anak menolak susuibu....boleh cuba amalkan membaca surah Al Fatihah setiap kali sesudah solat waktu. Niatlah bahawa Fatihah ini untuk anak ................ (nama penuh anak),
berdoalah :


Bismillah hir rahman nir rahim. Ya ALLAH dengan rahmatMu berkat surah Al Fatihah ini Ya ALLAH, Engkau bukakanlah selera minum anakku supaya dia mahu dan seronok untuk minum susu ku yang telah kuperah untuknya YA ALLAH.



InsyaALLAH segala usaha yang dicurahkan akan membuahkan hasil jika kita sabar dan istiqamah.

Sesungguhnya ujian itu datang dari ALLAH, maka kepada ALLAH jua ia kembali.

Hubungi saya di 012-6790 484 untuk dapatkan set trial pack shaklee untuk 30 hari hanya dengan tawaran harga serendah RM80 sahaja.

Salam kasih sayang :)

Vitamin Kehamilan & Keperluannya

Credit to Mommy Lyna

Hem...ummi Aien ni dalam perancangan nak dapat baby lagi ni hehehe :)

Masih ingin berkongsi dgn ibu2 di luar sana mengenai vitamin apa yg perlu diambil masa kita mengandung nanti. Biasanya doktor akan bagi folic acid sahaja untuk 3 bulan pertama (first trimester) kan.. kali ni, saya nak makan vitamin shaklee untuk dapatkan lebih khasiat bagi diri saya & baby yg dalam kandungan. Insya allah...coming soon :) Jom check!

Ini adalah kerana beberapa tohmahan tentang supplement dan vitamin, misalnya:

“Vitamin semasa mengandung membuatkan anak besar”

“Vitamin semasa mengandung menggemukkan”

Apakah sebenarnya tujuan pengambilan supplement dan vitamin semasa hamil?

Vitamin A

* Mengelakkan rabun malam
* Membina sel otak
* Mengelakkan kelesuan

*Umum mengetahui bahawa Vitamin A boleh menjadi toksik jika diambil berlebihan. Oleh itu vitamin A diambil dalam bentuk multivitamin, dan jika perlu hanya ambil dalam bentuk pro-vitamin A.

Produk Shaklee untuk vitamin A : Vitalea
Produk Shaklee untuk pro-vitamin A : Carotomax

Vitamin B Complex

B Complex sepatutnya mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuklah asid folik. Namun biasanya kita selalu dengar tentang asid folik sahaja. Apakah kepentingan vitamin-vitamin B yang lain?

Vitamin B1 (thiamine)

* membina jaringan fungsi saraf, otot dan otak.
* menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga
* mengelakkan diabetes

Vitamin B2 (riboflavin)

* menjaga kekuatan myelin iaitu saraf yang menyambungkan maklumat
* menguatkan fungsi otak

Vitamin B3 (niasin)

* memberi tenaga, mengelakkan kelesuan
* mengurangkan perasaan stress dan tertekan
* memberi ketenangan

Vitamin B5 (pathotenic acid)

* mengelakkan kekejangan otot

Vitamin B6 (pyriodoxine)

* membantu mengelakkan komplikasi semasa hamil seperti kelahiran pramatang dan pre-eklampsia
* memberi tenaga
* menghilangkan rasa lesu

Vitamin B9 (folic acid)

* penting dalam sintesis DNA dan pembahagian sel di awal kehamilan
* mengurangkan risiko spina bifida pada bayi
* menjaga fungsi saraf
* mengelakkan kurang darah

Vitamin B12 (cyanocobalamin)


* mencegah anemia
* menjaga kesihatan kulit
* mencegah kelesuan

Produk Shaklee yang mengandungi vitamin B : B Complex

Vitamin C

* Membantu menyerap zat besi
* Membantu dalam sintesis protein
* Mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan, anemia, etc.
* Mencegah selesema

Produk Shaklee untuk vitamin C : Vita-C 500mg Sustained Released

Vitamin D

* penting dalam penyerapan kalsium
* mengelakkan penyakit reput tulang kepada ibu dan anak yang dikandung
* mengelakkan kekejangan otot

Produk Shaklee dengan vitamin D : Ostematrix – Calcium, Magnesium & Vitamin D

Vitamin E

* Menjaga saraf dan otot
* Mengelakkan keguguran
* Sebagai antioksidan

Produk Shaklee untuk vitamin E : Vita-E Complex

Vitamin K

* penting untuk pembekuan darah
* mengurangkan risiso pendarahan

Produk Shaklee untuk vitamin K : Vitalea

Oleh itu, kepada bakal2 ibu di luar sana yg tak tau kebaikan setiap vitamin2 yg perlu masa kita mengandung, harap dapat manfaatkan entry ini. Semoga kita sbg ibu mengandung dikurniakan kesihatan yg optimum sepanjang tempoh kehamilan agar baby kita lahir nanti pun sihat di tahap yg optimum juga :)

Untuk memesan vitamin2 ini boleh hubungi saya di 012-6790 484 atau emelkan kepada elila80@yahoo.com

Salamk kasih sayang :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...