Saturday, April 30, 2011

Setiap hari adalah "MALAM JUMAAT..." :)

Ehem ehem...amboi......kalau cerita pasal 'malam jumaat' memang best kan? :) 'malam jumaat' ni ialah terms yg biasa org2 dah kawin guna utk berintimate bersama pasangan masing2.

Biasa saya dengar di kalangan ibu2 yg menyusukan anak sepenuhnya ini, mereka kerap mengalami 'kekeringan ' di bahagian alat sulit ketika aktiviti intimate berlangsung. ini menyebabkan mereka berasa tidak selesa sewaktu ingin bersama dgn suami. Sebab tu kita selalu dengar ibu2 yg menyusukan anak ni 'malas' nak fikir utk berintim dgn suami padahal itu adalah sebahagian tanggungjawab isteri. Ada suami yg terpaksa 'gigit jari' bila dah bagi 'hint' pun tapi isteri buat2 bizi dgn baby lah...buat2 bizi kemas dapur lah..atau lebih teruk lagi buat2 tido. jgn kawan2...jgn jadikan alasan kita menyusukan anak ni utk tidak melayan suami. Takut nanti, suami boring dan boleh mencari hiburan di luar! NAUZUBILLAH!

Berbalik kpd cerita di atas, (wah..panjang intro ye :))

Tersenyum membaca pengakuan seorang kenalan cyber mengenai apa yang dilaluinya selepas mengambil Alfalfa. Suaminya memuji kerana kini tiada lagi keputihan serta sangat selesa bila" bersama" iaitu keseronokan hubungan seksual.

Dalam alam perkahwinan, keperluan hubungan seksual ini atau tuntutan nafkah batin sangat perlu dan penting serta tidak boleh dipandang remeh. Walaubagaimanapun, kebanyakan wanita mendapati diri mereka menjadi "dingin" selepas melahirkan bayi, terutama bagi mereka yang masih menyusukan bayi tersebut. Ini adalah kerana, dalam tempoh penyusuan hormon prolaktin (hormon susu) adalah lebih tinggi daripada hormon estrogen.

Sehubungan itu, memang ramai sahabat dan customer yang mengadu mempunyai masalah keintiman ini. Golongan ini mendapati mereka sakit bila bersama kerana "kekeringan". Ada juga yang mengakui keinginan untuk "bersama" seolah berkurangan. Apabila "masalah kedinginan" ini tidak di atasi dan dibiarkan berlarutan, lama kelamaan perasaan seronok untuk "bersama" akan berkurang dan ini boleh menjejaskan hubungan suami isteri.

Saya suka dengan ungkapan ini - "Suami akan sentiasa menjadi Anak Pertama!". Maknanya, walaupun seorang wanita itu telah melahirkan anak, dan sebahagian masa (berjaga malam, contohnya) diperuntukkan untuk menjaga si anak tersebut, namun, keutamaan tetap perlu diberikan kepada suami.

Oleh yang demikian, setiapkali ada kawan yang mengadu masalah ini, saya akan cadangkan pengambilan set B ditambah dengan vitamin E. Mereka mengakui perbezaaannya!

Namun, lebih baik jika kedua suami isteri turut makan vitamin. Selain membantu tubuh badan sihat, segar, ianya turut membantu meningkatkan keseronokan hubungan seksual suami isteri.

Cubalah Shaklee Lover Pack (gabungan Shaklee Alfalfa dan Feminine Set) hari ini, dan anda pasti akan bersetuju dengan kami, bahawa setiap hari ialah "Malam Jumaat"... Suami gembira, isteri bahagia!

* Berminat untuk mencuba produk Shaklee? Hubungi saya di 012-6790 484.

Salam kasih sayang :)

Tuesday, April 26, 2011

Testimoni terbaru : 5 kesan dari set 3M: ....Terima kasih kak Hajah Noor!

Terima kasih buat kak Hajah Noor atas testimoni yang bagus ini! Beliau mencuba set Tripple M...dan hasilnya, alhamdulillah!!!

Beliau menyusukan anak ketiganya yang kini berusia 6 bulan....dan mahu meneruskan perjuangan penyusuannya selama yang mungkin kerana dua anaknya yang sebelum ini tidak berpeluang mendapatkannya....

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi
Sesungguhnya yang baik datang drNya
Rezeki yang berkat dtg dariNya
Kita hanya merancang

Seminggu sudah akak menggunakan Shaklee
seminggu juga akak follow panduan /jadual makan vitamin
selain berusaha mencapai sasaran lebih dari 5kali pam sehari

Hasilnya
1. susu kelihatan likat sikit. yang kelakar sehari selepas minum ESP yang terbancuh pekat, kelihatan susu tu amat2 pekat ler.warna kehijauan2 sikit.

2. selepas pam, <>2 jam terasa penuh sahaja cik B akak nie. seronok sangat.

3. peningkatan susu dlm sehari <>30 oz (kalau sebotol 5oz * 6 btl) stok susu fresh utk hari keesokkan anak bersekolah.

4. stok ebm dpt buat dlm 6 btl saja last week (khamis malam dan separuh jumaat) coz kena balik kgggg.. kalau dok rumah sendiri rasanya dah kembali penuh peti ais tu ngan ebm. Tp syukur stok dah jadi 20 btl kembali.target buat 50 botol this week then next week boleh puasa ganti.

5. keadaan badan. ada rasa macam bertenaga sikit.segar n senang bangun. cuma bila dah tidor jam 1am tu akak cuba tak nak bangun gak jam 3am coz akak pun nak rehat gak. coz waktu2 lain dah marathon buat itu ini heheh..nak gak bagi badan rehat dr melakukan kerja2 rumah. actually rasa badan ok sikit nie tp tak nak gak buat kerja2 rumah tu boleh tak??


sasaran KPI hehehe

1. nak kerapkan pam. kosong jer nnt cik B akan penuh cepat. tp kekangan masa tu bila ada meeting.kalau takde metingg..berbahagiaa..

2. buat stok ebm 50 btl dlm minggu ini (klu boleh)so nak gantikan poso juga next monday Insyaallah. so this week cuti 3 hari jangan kemana2. kecuali pakai Madela Free style.blh pam dimana2 dan masa. hehhe

3.nak kekalkan daya tenaga badan ini.klu tak mmg dah pengsan coz terletih sgt. tp kot tak letih pun mmg akak nak tido gak.

itu jer kot.


credit

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh hubungi saya 012-6790484 atau facebook: Jannatul Fadilah

Salam kasih sayang :)

Bayi baru lahir asyik nak mengempeng sahaja!

Betulkah statement di atas? Kepada ibu2 baru yg pertama kali menghadapi situasi ini, diharap banyakkan bersabar.. mari kita kupas pernyataan ini :)


Untuk pengetahuan bakal - bakal ibu atau sesiapa yang baru menjadi ibu, sebenarnya bayi yang baru lahir atau berusia sebulan ke bawah memang normal la kalau kerap menyusu. Purata kekerapan bayi yang baru lahir menyusu ialah 8-12 kali sehari. Qaireen dulu kadang2 belum sampai 2jam dia dah nak susu.

Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima positif oleh ibu kerana ini menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan. Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam. Ingat lagi entry mama sebelum ini. atasi susuibu kurang di awal kelahiran?

Sesetengah ibu yang baru melahirkan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi sebab itu bayi asyik melekap lebih-lebih lagi apabila orang di sekeliling pun sentiasa bertanya soalan seperti itu. Mama dulu pun dah pernah kena, mmg kadang - kadang tu tak tahan kita mendengar. "eh anak ko ni lamanya menyusu"

Kita harus tahu tentang konsep demand on supply dalam proses menghasilkan susu. Jangan risau selagi bayi menyusu susu akan tetap terhasil, abaikan sahaja soalan-soalan sebegini dan tak perlu nak stress untuk berhujah panjang lebar untuk meyakinkan pendapat orang lain bahawa kononnya susu kita tidak cukup.

Mama faham sekiranya ibu - ibu akan mula terasa sakit badan disebabkan keletihan dan sebagainya. So pastikan ibu - ibu dapat rehat yang secukupnya, kalau boleh biarlah suami atau ahli keluarga yang buat kerja rumah. Bila anak tidur ibu pun tidurlah juga, ini kerana masa bayi tidurlah ibu dapat berehat! sekiranya ibu tidak dapat rehat dengan secukupnya, ia akan mengundang stress dan tekanan lantas mengganggu proses penghasilan susu.


Sekiranya stress, hormon - hormon yang dikeluarkan semasa stress itu tadi akan menyebabkan hormoh oksitosin dihalang pengeluarannya. Hormon oksitosin ini merupakan hormon yang penting untuk pancutan susu keluar dan bertindak pada otot yang mengelilingi sel di alveoli lalu menolak susu dari alveoli ke duktus untuk dikeluarkan melalui puting.

Pastikan juga si ibu memperbanyakkan minum air masak dan makan makanan yang berkhasiat untuk menampung keperluan kalori yang hilang semasa proses penyusuan. Pengambilan vitamin,kalsium dan zat besi seperti waktu hamil juga digalakkan. Kalau orang tua bising kita minum banyak air masak. Better buat macam ni. Isi air masak dalam bekas, lepas tupperware lepas tu minum sikit - sikit. Janganlah minum sekali gus banyak - banyak.

Sekiranya ibu - ibu sudah berniat dan berazam dalam diri untuk menyusukan bayi sebaik sahaja lahir maka kita seharusnya bersedia dari segi mental dan fizikal. Redha dan ikhlaskan diri sekiranya terpaksa melalui keadaan yang meletihkan dan sebagainya. Memang pelbagai dugaan dan rintangan yang harus kita lalui, Sememangnya seorang ibu itu diciptakan untuk menjadi tabah maka rungutan takkan menyelesaikan masalah. Bersabarlah dan banyak berdoa disamping teruskan usaha dan jangan sesekali untuk merasa bersalah atau putus asa jika gagal menyusukan anak sepenuhnya.

Sebenarnya bayi kita yang suka melekap dan kerap manangis itu, sebab mereka baru nak sesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Ialah 9 bulan dia di dalam perut kita. Dulu dunianya sempit, gelap dan sunyi..kini lapang, cerah dan begitu bising! Dia memerluakan tempat untuk dia berasa tenang dan nyaman. Sebab tu dia mahukan dakapan dari kita, tambahan pula bila dapat mendengar degupan jantung ibu kita, tentu dia berasa selamat.

credit

Saya doakan semoga ibu - ibu semua dapat bersabar dan kuatkan semangat untuk berjaya menyusukan bayi anda sepenuhnya tanpa memberi susu formula sekurang2nya untuk tempoh 6bulan pertama. Bila sudah berjaya kita sambungkan ke setahun dan dua tahun pula. Macam Aien... InsyaAllah :)

Salam kasih sayang :)

Mahu mencuba trial pack? dapatkannya pada harga serendah RM80 dengan free gift & free delivery! hubungi saya di 012-6790484 utk penghantaran segera!

Saturday, April 23, 2011

Ibu bayi pra-matang juga patut menyusukan bayi mereka!

Selama ni saya selalu ingat yang komposisi susu ibu tu sama bagi setiap ibu2. Sebenarnya, komposisi susu ibu itu berbeza utk setiap keadaan bayi. saya nak cerita kat sini ialah kelebihan komposisi susu ibu bagi bayi yg lahir tak cukup bulan (pra-matang).

Kelebihan komposisi susu ibu yg melahirkan bayi pramatang berbanding susu ibu yg cukup bulan:

PROTEIN : 50-100% lebih tinggi di awal 4-7 minggu
SODIUM : 30-150% lebih tinggi di awal 4-6 minggu
CHLORIDE : 30-80% lebih tinggi di awal 2-4 minggu
1gA (antibodi) : lbh tinggi pd 2-3 bulan penyusuan awal
MEDIUM CHAIN FATTY ACIDS : 40-80% lbh tinggi pd 3 bln penyusuan awal
POLYUNSATURATED FATTY ACIDS : 40-70% lbh tinggi dlm colostrum & susu awal

sumber: risalah/pamplet Bayi Pramasa Dan Penyusuannya (Institut Pediatrik HKL)


Betapa Allah tu MAHA KUASA. DIA tahu yg terbaik utk hamba-Nya.

Namun, apa yg kita selalu perhatikan ialah ibu2 yg melahirkan bayi pra-matang ni selalu mengeluh bahawa susu mereka tak cukup utk baby. Ini disebabkan bayi tak direct feeding dgn mereka dan stimulasi terhadap payudara tidak berlaku. Oleh itu menyebabkan pengeluaran susu berkurangan.

Sebagai penyelesaian, ibu2 ini perlu berkorban masa & tenaga utk mengepam payudara dgn kerap setiap 2-3 jam sekali utk menghasilkan stimulasi di payudara & seterusnya memberi isyarat di otak bahawa susu perlu dihasilkan pada waktu itu. Jika dibiarkan sahaja, lama kelamaan susu menjadi kurang & seterusnya kering. Pengambilan vitamin diperlukan bagi ibu2 ini agar badan mereka sentiasa berada dlm keadaan sihat, bertenaga, ceria & bersemangat, secara langsung mampu membekalkan susu yg terbaik utk bayi masing2. Perlu diingat bahawa antara kejayaan penyusuan ialah kesihatan ibu itu sendiri. Boleh juga buat power pumping utk membantu stimulasi ke atas payudara.

Keperluan pegambilan air yg cukup serta tidak kurang dari 3 liter sehari juga perlu dititikberatkan kerana susu ibu itu sendiri adalah air!

Di samping itu, keseimbangan keperluan rohani & jasmani dengan mendekatkan diri kpd Allah juga tidak boleh dipandang remeh. Bagi muslim, doa dan zikir sgt digalakkan agar kita mendapat ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dgn lancar.

Saya mendoakan agar semua ibu berjaya menyusukan sepenuhnya bayi mereka dgn susu ibu & semoga allah memurahkan rezeki kita semua utk terus menyusukan anak2 kita sehingga 2 tahun penuh. Amin...

Salam kasih sayang :)

Wednesday, April 20, 2011

Berpantang Cara Moden dengan Vitamin Shaklee

Ini adalah testimoni dari seorang customer yg mengamalkan pengambilan supplements Shaklee sejak trimester ketiganya. Alhamdulillah, Tuty sudah pun selamat melahirkan baby girl yang comel (rujuk gambar di bawah). Tahniah Tuty!


Sepanjang berpantang sejak hari pertama, Tuty terus mengamalkan pengambilan supplements Shaklee. Jom kita ikuti pengalaman Tuty seperti yang dicoretkan di blog nya.


--------------------------------------


Alhamdulillah..sudah hari ke 15 berpantang... Masa 7 hari pertama tu, mak ngan ma mmg ade sama..amni-chan banyak diuruskan oleh ma especially masa nak mandi sbb sgt tak berani nak mandikan lagi...bole dikatakan sy ni berpantang cara moden la jugak...

1. Vitamin shaklee


kesinambungan daripada 3rd trimester ari tu, aku continue amik shaklee masa confinement ni sbb mmg tak bercadang utk amik ape2 jamu..nampak mcm banyakkan..so utk elakkan terlupa makan, so aku susun kat dinding meja tu..B-complex,Vita-C lepas breakfast, Omega,VIta-lea lepas lunch, alfafa n zinc lepas dinner..alhamdulillah, badan mmg tak penat n lagi penting luka jahitan cepat sembuh..boleh je nak duduk2 atas kerusi mcm biase..n dalam hari ke-7 tu sudah tidak sakit lagi tp masih jalan slow2..tdo lak mmg slalu tak cukup sbb amni slalu berjaga malam tp alhamdulillah..tak sampai demam n bengkak susu pun tarak..credit to Genki Momma Arni

lg satu kan, lepas bersalin ari tu slalu baca org akan kepenatan gile tp aku rilek je..badan tetap segar n tak tdo langsung lepas deliver sampai la pkl 1130 malam...hehehe.

*Credit To Tuty.

Berminat untuk mencuba produk Shaklee? Hubungi saya di 012-6790484 atau di facebook: jannatul fadilah. Anda juga boleh walk-in ke mana-mana Shaklee branches berdekatan, dan membuat pembelian dengan menggunakan ID 852401 untuk membeli produk Shaklee pada harga diskaun.

Salam kasih sayang! :)

Konsep Mudah Penyusuan Susu Ibu

Orang selalu kata, kalau nak jimat, masak di rumah. Beras kalau tidak ditanak manakan bertukar menjadi nasi. Berapa banyak nasi yang kita mahu maka tahu lah kita mengagak berapa sukat beras yang perlu. Saiz periuk itu juga, bukannya boleh mengembang dan menguncup sesuka kita. Maka jika perlu nasi yang banyak.... jika saiz periuk kita kecil maka perlu lebih kerap beras yang perlu ditanak.

Beras pula, jika mampu beli yang baik tak salah beli yang bagus malah ada yang sanggup belanja untuk membeli beras import untuk dimasak menjadi nasi. Bagi yang kurang berkemampuan, beras biasa menjadi pilihan. Apapun beras ini akan tetap menjadi nasi. Cuma kualiti nasi sahaja yang berbeza.

Periuk...bagi yang mampu pastinya mencari periuk nasi serbaguna. Periuk ini selain memasak nasi, sangat menyenangkan bila nak masak bubur tanpa perlu kita berjaga2 nasi menjadi hangit. Macam-macam fungsi ada. Bagi yang sederhana, periuk nasi elektrik biasa menjadi pilihan. Bagi yang kurang kemampuan, periuk biasa ditanak di atas api dapur. Namun apa pun, tujuannya tetap sama iaitu mahukan beras bertukar menjadi nasi.
Ini cerita mereka yang masak di rumah.

Bagi yang nak cepat dan duit lebih, mereka rasa makan diluar lagi mudah. Dapur tak bersepah dan hidup lebih mudah. Namun ada juga yang sekadar beli lauk di luar dan tanak nasi di rumah. Lebih jimat katanya.

Namun hari ini setelah kesedaran dalam diri timbul, apabila berlaku macam-macam gelagat peniaga seperti meludah dalam nasi sebagai petua pelaris, bayar harga nasi mahal walhal hanya beras biasa....sudah pasti menanak nasi di rumah menjadi pilihan.

Apa yang ibu cuba sampaikan di sini ialah menanak nasi untuk keperluan ialah ibarat menyusukan anak dengan susuibu. Jika kita tidak menanak beras , masakan beras akan bertukar menjadi nasi. Sama dengan keadaan seorang ibu, masakan boleh air dalam tubuh ibu itu akan memancut dengan sendirinya menjadi susu jika tidak dihisap atau diperah? Bila bayi menghisap atau diperah barulah susu akan mengalir keluar. Lebih kerap beras ditanak menjadi nasi maka lebih banyak nasi yang dapat di makan. Maka samalah gambaran apabila lebih kerap bayi disusukan atau lebih banyak sesi perahan,maka lebih banyak susu dihasilkan.

Bercerita tentang jenis beras....beras sendiri mempunyai gred yang tersendiri. Namun mengikut kemampuan individu masing-masing memilih jenis beras apa yang hendak ditukarkan kepada nasi.
Masih ingat zaman ibu kecil....memandangkan kami orang susah ditambah adik beradik saya ramai, adakala beras hancur pilihan terbaik. Namun bila dah besar dan dah ada keluarga, mak saya selalu pesan...jika mampu, belilah beras mahal....belilah sebab sendiri yang nak makan. Jangan berkira kecuali macam mak dulu....tak berkemampuan nak bagi beras yang bagus. Sayu juga bila ingat kata-kata mak....namun memang ada kebenarannya.
Sama dengan susuibu...apa yang ibu makan akan menghasilkan kualiti susu itu sendiri. Memang ada pihak yang menafikan dengan mengatakan susuibu itu semua sama....hakikatnya tidak. Susuibu itu khasiatnya sama. Macam nasi tadi, khasiatnya sama. Namun samakah nasi dari beras mahal dan beras biasa? Tepuk dada tanya selera. Nak hasil yang baik maka perlu beri yang baik. Jaga pemakanan selalu ditekankan supaya susu yang terhasil itu penuh dengan zat khasiat yang diperlukan tanpa menjejaskan kesihatan ibu. Makanlah yang bagus2 agar hasilnya juga bagus.

Pam, adakah beza pam yang mahal atau yang murah? Saya tukarkan dalam konteks tanak nasi tadi....periuk. Adakah sama periuk yang multi-function ,periuk nasi elektrik biasa dan periuk biasa yang ditanak di atas dapur? Kalau yang mampu, pam yang hebat harganya setanding dengan fungsinya pasti menjadi keutamaan. Bagi golongan sederhana, memadai pam yang biasa asal boleh berfungsi. Namun saya cuba gambarkan teknik marmet itu adalah ibarat periuk biasa yang digunakan di atas api untuk menanak nasi. Memang nampak macam sedikit leceh namun hasilnya juga tidak mengecewakan cuma perlukan lebih usaha dan perhatian. Saya beri contoh jika tanak nasi atas dapur api, kita kena selalu berjaga dan beri lebih perhatian supaya nasi tidak hangit. Namun jika kena dengan cara, nasi ini lebih nikmat kerana ada tambahan kasih sayang yang dibubuh tanpa disedari.
Begitulah dengan teknik marmet....nampak macam leceh, tapi bila kena dengan cara yang betul....susu akan mengalir dan LEBIH HEBAT ditambah penuh kasih sayang kerana si ibu tadi memberi lebih perhatian dalam memastikan susu yang keluar masuk ke dalam botol tanpa menitik dan jatuh ke tempat lain.

Bagi mereka yang tidak menyusukan anak adalah ibarat mereka yang membeli nasi dari luar. Tidak salah sebab setiap orang mempunyai kelebihan dan kekangan masing-masing. Setiap orang mendapat taufik hidayah yang berbeza. Bagi yang menyusukan anak dengan susuibu, bersyukurlah kerana kita memiliki peluang keemasan itu. Maka jangan sesekali kita menghina dan mengkritik ibu yang tidak menyusukan anaknya dengan susuibu. Kita mampu berdoa agar mereka ini diberi taufik hidayah untuk menyusukan anak mereka yang seterusnya.

Saya masih ingat sesi pembelajaran bersama arwah abah dulu. Abah suka mengajar dan memberi anologi supaya saya lebih faham atas perkara dan pelajaran baru yang diajarnya. Saya juga setiap hari cuba memikirkan apakah anologi yang dapat saya hasilkan agar teman seperjuangan saya dalam penyusuan lebih berjaya dalam perjuangan mereka. Namun alhamdulillah, makin hari makin ramai yang sedar tentang kebaikan susuibu. Kebaikan susuibu itu ibarat kebaikan menanak nasi dengan tangan sendiri. Pastinya lebih enak dan lebih sihat dan lebih selamat.

Maka harapan saya, penulisan saya ini membantu lebih ramai ibu yang menyusukan anaknya. Ingatlah, masakan mampu kita tukarkan beras kepada nasi jika tidak ditanak? Lebih kerap kita tanak, lebih banyak nasi yang dapat dihasilkan. Kesimpulannya, lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susuibu dihasilkan .

Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang kurang itu dari saya.

sumber asal

Thursday, April 14, 2011

Kurangkan berat badan dengan lecithin

semalam dapat email dari rakan lama. sebelum nih dah consume slimming trial pack.

"FYI...i lost 3 kgs dgn amik lecithin je selama 2 minggu...kehkehkeh..alhamdulillah...yg bestnya laki aku kata...badan aku nampak lain...aku pun tatau apa yg lainnya...tp bestlah sbb buncit perut aku berkurangan (hilang tu belumlah lagi...)
so aku nak amik lecithin, b comp dan alfalfa. Nanti aku bg feedback kat ko bila aku full run..."

alhamdulillah... berkesan jugak. risau kalau orang tak slim dengan slimming set. bukan apa... kalau tak berjaya nanti salahkan supplement sedangkan sendiri yang tak berdisiplin. mcm saya amik H* dulu ler... mula2 jerk semangat pastu tak layan... so tak ler turun berat badan... huhu... tak kuat semangat tu nama nyer... tapi alhamdulillah dengan shaklee walau makan banyak mana berat still maaintain beb... ahaha.. best best...

apa pun, kita kena makan makanan yang seimbang dan bersenam. naper? tak percaya? murah laa boleh kurus dengan lecithin berbanding pergi slimming treatment di ***, ***... tak leh sebut nanti kena saman... :)

credit

Anda bagaimana? ingin mencuba vitamin shaklee? hubungi saya di 012-6790484 sekarang! pembelian full pack yang bernilai RM200 layak untuk menyertai promosi durian runtuh... Jom rebut peluang ini... kekal sihat, riang dan hebat dengan shaklee.

Salam kasih sayang :)

Tuesday, April 12, 2011

Jawapan kepada EMPAT masalah utama dalam penyusuan susu ibu.. ~ 1-Breast, 2-Susu, 3-Baby, 4 - Ibu

Masalah Payudara

Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?

Bermula daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pam payudara

“Payudara saya bengkak, keras dan ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?”

Payudara bengkak memang perkara yang biasa berlaku antara 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan betul.Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secara kerap dan gunakan jaram panas atau suam keatas payudara anda. Jika payudara masih rasa keras, perah sedikit susu sebelum dan selepas menyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkan susu ini; simpanlah untuk diberikan kepada bayi dalam tempoh 24 hingga 48 jam.


“Puting saya pedih!”


Puting rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan yang tidak betul, jangkitan kandida, penggunaan pengepam payudara yangtidak betul dan sebagainya. Untuk mendapat kepastian, bertanyalah kepada doktor.Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisi yang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuan pada puting yang kurang rasa pedih.Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruang kepada puting terdedah kepada udara dan melegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secara kerap dan gunakan pelindung puting untuk mengelak puting daripada bergesel dengan pakaian.Oleh kerana puting anda terlalu sensitif pada waktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun,krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya,sapukan sedikit perahan susu ke atas puting untuk membantu menyembuhkannya.

“Saya rasa saya mengalami mastitis.”

Mastitis berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan dan menyebabkan simptom-simptom seperti selsema. Segeralah berjumpa doktor. Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan pembedahan. Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya,teruskan penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 hari atau lebih. Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang betul dan cara ‘melepaskan’ bayi dari payudara. Jika inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.

“Terdapat ketulan kecil, keras dan sakit pada payudara. Ada yang tidak kena?”


Ini bermakna salah satu salur susu andatersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.

Masalah Susu

“Mengapa susu saya tidak mencukupi?”


Keadaan ini mungkin disebabkan anda tidakmemulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Penyelesaiannyamudah sahaja: susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara dan jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi.Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.• Banyakkan minum air sepanjang hari.• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien

“Tolong! Aliran susu saya semakin berkurangan!”


Adakah anda membenarkan bayi menghisap susu sekerap yang dia inginkan? Adakah anda menyusukan bayi dari sebelah payudara sahaja? Adakah anda telah memberi bayi makanan lain selain daripada susu terlalu awal? Adakah anda mengurangkan kekerapan penyusuan? Malah perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan anda untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.

“Susu saya tumpah.”

Usah risau kerana ketumpahan susu di antara waktu menyusu menandakan anda mempunyai bekalan susu yang baik. Yang lebih baiknya, ketumpahan susu dapat mengelakkan bengkak payudara! Bagi mengelakkan susu daripada menembusi pakaian anda, pakailah pelapik coli dan tukar pelapik secara kerap kerana kulit yang lembap boleh menyebabkan rasa pedih.

“Bolehkah saya kembali menyusukan bayi selepas berhenti berbuat demikian untuk satu tempoh tertentu?”

Ya, anda boleh. Sekerap yang boleh, berikan bayipeluang untuk menghisap dari payudara untukmerangsang penghasilan susu. Lakukannyadengan sabar selama beberapa hari dan andaakan dapati payudara anda akan mulamenghasilkan susu. Doktor anda juga bolehmemberi beberapa preskripsi ubat danmencadangkan makanan untuk merangsangpenghasilan susu.

“Bolehkah saya menyusukan bayi jika saya sudah memberinya minum susu formula?”

Sudah tentu! Bincangkan hal ini dengan doktor anda. Dia boleh memberi beberapa preskripsi ubat untuk merangsang penghasilan susu. Anda juga boleh berbincang dengan pakar laktasi yang boleh memberi nasihat berhubung penyusuan semula.

Masalah berhubung baby

“Bayi saya tidak mahu menyusu badan!”

Yang penting didahulukan: periksa dengan pakar pediatrik untuk memastikan bayi anda tidak sakitatau cedera. Jika bayi dalam keadaan baik, dia mungkin enggan menyusu kerana rasa cemas –dia dan anda! Cuba bertenang. Susukanlah bayidi dalam bilik yang sunyi dan berikan sepenuhperhatian kepadanya. Tenangkan bayi dengan sentuhan kulit ke kulit di antara penyusuan.Untuk menenangkannya, elakkan bayi daripada dikerumuni oleh ahli keluarga yang datang berziarah, melakukan perjalanan jauh atau mengalami perubahan jadual yang ketara.

“Bayi saya menangis dan meragam. Apa yang patut saya buat?”

Bayi mungkin meragam ketika tumbesaran meningkat atau sebelum pancutan susu kerana dia tidak sabar dengan aliran susu yang laju. Diamungkin meragam pada sebelah payudara keranasusu lebih banyak pada sebelah payudara sahaja.Jika bayi meragam pada penghujung penyusuan,ini mungkin menandakan dia sudah kenyang,mahu disendawakan atau sekadar mahumenghisap.Keadaan ini juga mungkin berpunca daripada pemakanan anda. Adakah anda mengambilmakanan tertentu yang sama pada setiap kali bayi anda meragam? Jika ya, berhenti mengambil makanan tersebut selama seminggu dua dan perhatikan sama ada keadaannya bertambah baik.Bayi meragam pada waktu petang merupakan satu perkara biasa. Cuba susukannya dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan disertai dengan dakapan dan membawanya berjalan-jalan.

“Aduh! Bayi saya menggigit puting ketika menyusu.”


Apabila ini terjadi, alihkan bayi perlahan-lahan dan katakan dengan tegas, “Jangan gigit mama.”Serahkannya kepada orang lain untuk seminit sebelum mengambilnya semula untuk disusukan.Ini mengajarnya bahawa dia tidak dapat menyusu jika dia menggigit.Jika bayi menggigit pada penghujung penyusuan,cuba lepaskan hisapannya lebih awal sedikit daripada kebiasaannya (setelah dia kenyang).Bayi mungkin menggigit jika dia mengalami selsema atau hidungnya tersumbat kerana ini boleh menjejaskan cara dia menghisap. Dia juga mungkin menggigit ketika mula tumbuh gigi. Cuba berikannya sesuatu untuk dikunyah sebelum dan di antara penyusuan seperti gegelang gigit, tuala muka yang dibekukan atau jari anda.

“Bayi saya enggan menyusu apabila dia tidak sihat. Perlukah saya terus cuba menyusukannya?”

Sakit tekak atau jangkitan telinga bolehmenyebabkan bayi hilang selera. Galakkannya menyusu dengan posisi yang berbeza –terutamanya bila dia dalam keadaan tegak. Suakan payudara anda kepadanya pada setiap jam. Jika bayi masih enggan menyusu, cubaberikannya perahan susu menggunakan sudu.

“Bagaimana saya boleh tahu jika bayisaya mengalami cirit-birit?”

Bayi anda mungkin membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Najisnya lembut, berwarna kuning cair atau coklat keemasan, cair dengan sedikit berbiji. Selagi najisnya mempunyai tekstur dan warna yang normal, usah khuatir dengankekerapannya membuang air besar. Akan tetapi,jika bayi anda tiba-tiba membuang air besar dengan kerap, atau jika najisnya cair atau berair dan berbau busuk, dia mungkin mengalami cirit birit. Cirit-birit juga boleh menyebabkan punggung bayi menjadi merah.Cirit-birit menyebabkan kehilangan cecair yang banyak dari tubuh dan boleh mengancam nyawa bayi. Jadi, segeralah membawa bayi berjumpa doktor.

“Bayi saya di dalam hospital. Boleh saya masih menyusukannya?”


Tentu boleh. Sila maklumkan pasukan penjagaan kesihatan tentang keputusan anda untuk menyusukan bayi. Jika bayi tidak boleh menghisap, mereka akan mengajar anda cara untuk memerah susu baginya.

Masalah berhubung Ibu

“Saya suka menyusukan bayi tetapi ada kalanya ia meletihkan saya. Bagaimanakah hendak mengembalikan semangat saya?”


Penyusuan susu ibu ada kalanya memerah tenaga yang banyak dan boleh meletihkan emosi.Beri perhatian kepada keperluan anda dan cuba pastikan anda bebas daripada stres. Apabila anda rasa mula letih, cuba susukan bayi pada posisi yang tidak meletihkan anda dan bayi. Ramai ibu yang berpendapat menyusu sambil berbaring merupakan cara yang baik untuk bayi sambil berehat. Bersenam juga satu pendorong yang baik dan boleh memberi manfaat kepada anda secara fizikal dan emosi. Berjalan pantas, eraerobik secara sederhana dan senaman di dalam air adalah senaman yang terbaik. Lakukannya perlahan-lahan kerana senaman yang keterlaluan boleh membuat anda letih untuk menyusukan bayi. Apa yang lebih penting, berehatlah di antara waktu bersenam dan pastikan anda makan dengan sempurna untuk mengekalkan tenaga ..(haa..apa lagi.. jgn tangguh2..sila lah cuba supplemen natural Shaklee...mengurangkan stress..kekal bertenaga... good for mothers and babies too..hehe..iklan lah plak ni..)

Ambil sedikit masa untuk tidak bersama bayi dan melakukan kerja rumah. Sesekali, luangkan masa untuk keluar dari rumah. Cahaya matahari dan udara segar boleh menjadi terapeutik. Peruntukkan masa untuk perkara-perkara yang anda sukai: membaca buku, bertemu kawan,mendengar muzik atau tidur sekejap.

“Saya terlalu murung untuk menyusukan bayi. Kenapa dengan diri saya?”

Anda mengalami masalah kemurungan. Ia biasa berlaku pada ibu-ibu baru beberapa hari selepasbersalin. Rasa kecewa bukanlah petanda kelemahan atau kegagalan dan ia tidak menjejaskan kemampuan anda untuk menjaga bayi. Jujurlah dengan perasaan anda dan kongsikan perasaan itu dengan seseorang yang anda percayai – suami, doktor atau jururawat adalah orang yang terbaik. Kemurungan biasanya tidak akan berlanjutan lebih daripada 2 minggu. Untuk mengatasi masalah ini, b complex boleh membantu.

Pengalaman menyusukan bayi mungkin dilalui tanpa sebarang masalah oleh sebilangan ibu manakala ada juga yang sebaliknya. Usah berputus asa jika anda mendapati ia sedikit mencabar. Menyedari masalah-masalah yang mungkin timbul dapat membantu anda bertindak lebih awal dan menangani masalah tersebut dengan lebih yakin.

credit

Berminat utk mendapatkan vitamin shaklee? hubungi saya di 012-6790 484 atau di facebook: jannatul fadilah

Salam kasih sayang :)

Jika dah ajal.. namun kita boleh elakkan daripada berlaku

Khas kepada ibu2 yg bersalin secara c-sect/czer (operation). saya nak kongsikan kisah seorg kawan di Kumpulan Ibu Menyusu di facebook.

Laila Syakila posted in Kump. Ibu2 Menyusukan.
salam to all friend, pagi tadi masuk je office dpt berita dari sorang kawan nie...sepupu kepada suami dia meninggal dunia pagi tadi with baby dlm kandungan yg dah masuk 8 bln dan next month due nye...arwah meninggalkan 3 orang anak yg masih kecil...dan baby yg dlm kandungan pun meninggal...ceritanya, arwah last year bersalin secara czer, dan x smpai setahun, arwah preggy again...biler kandungan dah besar, masuk 8 bln, arwah mengalami kepenatan...dan kelesuan..ingatkan simptom biase org mengandung...rupanya2 luka jahit dlm terbetas...kat luar nmpak okey...tp luka dlm terbetas dan pendarahan dalaman...masuk hospital seminggu dan pagi tadi telah kembali ke rahmatullah...dan anak dlm kandungan yg meninggal pun dikeluarkan secara pembedahan dari peyot arwah...ya Allah...syahid arwah...tenang bersama anaknya...marilah kita warga KIM sedekahkan Al-fatihah utk arwah dan baby...


sedih bila baca kisah kawan ni. sebab tu org tua2 amat menggalakkan selepas bersalin utk kita berpantang betul2. bagi ibu2 yg c-sect pulak doktor selalu nasihatkan kita agar jarakkan kehamilan yg seterusnya untuk mengelakkan perkara2 sebegini berlaku. sebaik2nya 2-3 tahun utk hamil seterusnya.

untuk berpantang, saya juga menggalakkan ibu2 terutamanya yg c-sect utk ambil vitamin shaklee set c (set bersalin) yg terdiri daripada:

(1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

(2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

(3) Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

(4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

untuk yg bersalin secara c-sect, saya cadangkan tambahan:

Vitamin E - mereka yang melalui pembedahan untuk melahirkan anak, ia sangat-sangat membantu agar luka dalam (bahagian rahim cepat baik dan tidak mudah berasa ngilu). Vitamin E juga membantu mencantikkan tempat jahitan pembedahan serta mencerahkan kawasan aerola ibu yang pernah melahirkan anak. Vitamin E juga membantu mengurangkan pigmentasi semasa mengandung.

Saya doakan agar ramai ibu yang akan bersalin selepas ini mengambil vitamin dalam proses penyembuhan sekaligus dapat membekalkan vitamin yang berkualiti kepada si kecil melalui susuibu. Tak rugi kita berhabis duit utk kesihatan berbanding kita berhabis duit utk merawat kesakitan...

Jika berminat, hubungi saya di 012-6790 484 atau facebook: jannatul fadilah.

Salam kasih sayang :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...