Wednesday, June 29, 2011

Durian Dalam Durian

SUBHANALLAH!

Firmanullah:

يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

.. Dia menambahkan dalam ciptaan-Nya apa jua yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Fathir:1)



Allah Maha Berkuasa. Tengoklah gambar durian ni, kat dalamnya ada lagi sebiji buah durian


boleh baca cerita seterusnya kat sini



Begitu juga dengan anugerah air susu yang ALLAH kurniakan kepada ibu-ibu utk bayi mereka. Sama ada banyak atau sikit, itu semua adalah kuasa-Nya. Apa yang perlu kita buat ialah dengan usaha & pengorbanan (ambil makan berkhasiat, vitamin jika perlu, menyusukan bayi / mengepam), minum air yg cukup serta doa yg berterusan agar ALLAH sentiasa memurahkan rezeki anak2 kita utk menikmati khasiat air susu ibu sepenuhnya. Kerana setiap yang dijadikan Allah itu ada hikmah yg luas disebaliknya.....

Salam kasih sayang :)

Tuesday, June 28, 2011

Makanan Penambah Susu

Menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya untuk mendapatkan susu perahan yang banyak, terutama bagi yang bekerja. Lebih2 lagi sekarang ni kita makin menghampiri Ramadhan… jadi makin giatlah aktiviti pengumpulan susu ini di kalangan ibu-ibu.

Bagi saya, set penyusuan (diambil bersama Energizing Soy Protein dan Performance Drink) amatlah membantu untuk ‘memperkasakan’ penghasilan susu ibu, tambah2 semasa berpuasa. Namun, ibu2 walaupun mengambil set penyusuan ni sebenarnya masih boleh mengambil apa saja milk booster yang ada di luar sana. Antara makanan penambah susu yang boleh didapati secara semulajadi ialah:

Daun alfalfa

Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa… tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu.

Halba @ fenugreek

Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil.

Jintan

Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja

Kurma

Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.

Susu

Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu… mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.

Keju

Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya

Tempe

Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan malah memekatkan susu.

Sayuran hijau

Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.

Lobak putih

Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.

Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan.

PENTING!
KERAP MENGEPAM – setiap hari sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.

Doa membanyakkan susu ibu:

Kredit kepada : http://doaayatdanzikir.wordpress.com

Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya.

Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.

Kalau dah banyak sangat penambah susu, perlu lagi kah ambil set penyusuan? YA! Set penyusuan BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU, tapi memberi tenaga, kurangkan kelesuan, mengurangkan stress dan membahagiakan ibu… ibu gembira keluarga bahagia :)

Makanan tambahan Shaklee:

*Lengkap dengan Protein soya, 12 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semula jadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi) *

Jumlah harga jualan untuk set ini:
(1) RM509.75 (termasuk kos penghantaran ke Semenanjung).
(2) RM543.75 (termasuk kos penghantaran ke Sabah & Sarawak).
* Untuk dapatkan harga istimewa, sila sms kepada saya di 012-6790 484 atau FB: Jannatul Fadilah

Credit

Salam kasih sayang :)

Friday, June 24, 2011

Puasa & Penyusuan ~ terjejaskah saya?

Bulan puasa itu biasanya disambut dengan penuh rasa seronok kerana kelebihan bulan Ramadhan itu sendiri. Namun tidak kurang yang berasa gundah gulana sepanjang bulan Ramadhan iaitu ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak. Golongan ini khuatir sekiranya kesihatan ibu dan anak terganggu dan bagi yang menyusu pula, penghasilan menunjukkan tanda semakin terjejas.

Benarkah puasa itu akan menyebabkan penghasilan susu terjejas?
Hakikatnya TIDAk jika si ibu mengambil langkah yang berjaga-jaga pada peringkat awal lagi.

Ibu menerima banyak email dan mesej dari customer sehingga kenalan2 baru yang bertanyakan mengapa penghasilan dan pengeluaran susu mereka terganggu pada bulan puasa.

Antara mesej tersebut berbunyi :

"Saya pump konsisten setiap hari sama seperti sebelum bulan puasa namun mengapa susu saya masih down? Kini makin hari makin merosot, sedih la...."

Memang benar perkara ini boleh terjadi apabila si ibu tidak monitor pengambilan air sepanjang selepas iftar sehinggalah waktu imsak keesokkannya. Ramai antara kita mudah leka, terutama selepas kenyang dengan makanan dan sedikit minuman, golongan ini hanya akan minum beberapa gelas sebelum tidur dan mungkin segelas waktu bersahur.

Jika kita adalah golongan yang alert, tentu kita sedari bahawa antara waktu iftar sehinggalah waktu imsak keesokkannya, kita mempunyai hampir sebelas jam. Jika kita menyediakan langkah awal iaitu minum air dengan secukupnya, insyaAllah susu tidak akan terjejas sebenarnya terutama apabila si ibu itu memastikan sesi perahan yang konsisten.

Memang tidak dinafikan adakala kita leka sebab dah terbiasa sepanjang hari tidak minum maka adakala terbawa-bawa sehingga malam. Namun jika si ibu itu seorang yang really concern dengan penyusuan anaknya, insyaAllah si ibu akan memastikan minum air secukupnya sepanjang malam.

Banyakkan 3 liter itu sebenarnya? Secara jujur tidak banyak jika kita minum sedikit tetapi istiqamah iaitu berterusan. Bagaimana nak menjayakannya?

Cara yang paling mudah ialah...

1. Sediakan air di dalam 2 botol sukatan 1.5l.

2. Letakkan botol tersebut di tempat yang mudah dilihat agar sentiasa menjadi peringatan.

3. Pastikan selepas bayi menyusu atau selepas ke tandas, minum air 1-2 gelas agar menggantikan air yang keluar tadi.

4. Pastikan air yang disediakan di dalam 2 botol tadi akan habis sehingga sebelum masuknya waktu Imsak.

InsyaAllah untuk minum 3l air tidak akan menjadi satu masalah kepada si ibu atau sesiapa jua pengamal tegar vitamin sepanjang bulan puasa ini. Pengambilan Performance Drink adalah sebagai satu langkah demi memastikan badan tidak dehydrate atau jika kita tidak dapat melengkapkan keperluan 3 liter air tadi.

Sesungguhnya bila kita mempunyai indicator atau dengan nama lainnya penyukat...kita akan dapat tahu dengan mudah adakah keperluan air oleh badan dipenuhi atau tidak. Namun apa yang terjadi hari ini, ramai ibu2 yang menyusu anak merungut apabila hasil perahan mula menunjukkan tanda berkurang, tetapi hakikatnya mereka ini tidak mengamalkan konsep istiqamah dalam kehidupan seharian mereka.

Sekalilagi ibu nyatakan kejayaan penyusuan dengan pengambilan supplement memerlukan si ibu commit dengan 3 perkara ini:

1. Memastikan sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam sekurang-kurangnya. Walaupun breast tidak menunjukkan tanda bengkak atau berat dengan susu, si ibu perlu teruskan perahan agar susu akan terus terhasil.

2. Minum air sebanyak 3 liter. Minum sedikit tetapi istiqamah, insyaAllah 3 liter itu sedikit sebenarnya.
Ibu dan anak2 (terutama abah ke offshore) kami cuba minum 19 liter untuk 4 hari. Air sangat bagus untuk kesihatan luar dan dalaman tubuh kita.

3. DOA yang berterusan. Doa yang ibu maksudkan bukan sekadar niat menyusu dan tadah tangan semata-mata. Sebagai muslim kita perlu mendirikan solat kerana ia tiang agama, ada pendapat mendapati si ibu yang tidak menjaga solat akan sedikit lemah semangat untuk meneruskan perjuangan penyusuan. Wallah hu a'lam

Semoga panduan bagaimana untuk memastikan puasa tidak menggangu penghasilan susu memberi manfaat kepada ibu2 yang sedang menyusukan anaknya.

Credit


Salam kasih sayang :)

Ketabahan seorang ibu yg mengepam....

Beliau adalah seorang ibu kepada 3 orang anak. Ibu mengenali beliau melalui satu sms apabila beliau hendak mencuba trial pack Shaklee. Beliau yang ibu maksudkan ialah Auntie Syakira atau nama panggilan mesra ialah Kyra. Beliau seorang ibu yang sangat kental semangatnya. Walaupun bekerjaya tidak menjadikan ini satu alas an untuk tidak menyusukan anaknya. Setiap cerita penyusuan pastinya punya halangan yang tersendiri, begitulah keadaannya dengan Kyra apabila anak ketiganya Marisa tidak mahu menyusu secara langsung dari beliau sejak lahir, namun si kecil ini juga tidak mahu dengan susu formula.

Ini memberikan satu kekuatan dan semangat kepada Kyra untuk meneruskan penyusuan susuibu walaupun terpaksa mengepam 6-7 kali sehari. Pada mulanya Kyra yang ibu kenali seorang yang stress… maklumlah dengan sibuk bekerja, mengepam dan terpaksa berjaga malam kerana anaknya yang sukar tidur.

Beliau berusaha untuk mencari supplement bukanlah pada tujuan untuk membanyakkan susu namun beliau mencari supplement yang boleh membantu beliau sustained dan sentiasa bertenaga selain punyai mood yang ceria. Beliau mengambil keputusan untuk mencuba trial pack Shaklee set B sahaja pada mulanya.

Selepas seminggu beliau dapat merasakan perubahan yang ketara….
Beliau jarang keletihan walaupun tidur yang tidak mencukupi hatta waktu siang yang dipenuhi di pejabat. Beliau juga mendapati susu badan beliau mulai pekat dan sangat berbeza dengan susunya sebelum pengambilan supplement. Ini kerana supplement itu sendiri telah meningkatkan nutrisi yang sedia ada di dalam susuibu.

Kini anaknya telah berusia 9 bulan… Alhamdulillah beliau masih meneruskan mengepam bagi memastikan anaknya membesar dengan susuibu. Alhamdulillah beliau terus bersemangat mengepam setiap hari ditambah dengan kumpulan sokongan di pejabat beliau bekerja. Kata beliau komuniti ibu2 yang mengepam di pejabatnya memberikan kekuatan kepadanya untuk terus bersemangat menyusukan anaknya walaupun melalui susuibu yang dipam setiap hari. Beliau berkata lagi bahawa, kumpulan majoriti terbesar yang mengepam di pejabat beliau adalah dari kaum Cina, diikuti kaum Melayu dan paling sedikit adalah kaum India. Ini membuktikan bahawa telah lahir kesedaran yang besar betapa pentingnya susuibu itu sendiri.

Beliau telah membuktikan kepada ibu bahawa faktor usia bukan penghalang kepada penghasilan susuibu. Ini terbukti apabila beliau sendiri telah berumur 33 tahun , telah melahirkan 3 cahayamata dan lebih hebat lagi ialah beliau adalah seorang ibu yang bekerja. Bersyukur pada Allah kerana sehingga hari ini beliau mampu menyediakan 30 oz bekalan susuibu sehari buat anaknya Marisa.


Kini beliau telah mengambil Shaklee sebagai supplement beliau selama 6 bulan…beliau mengakui bahawa supplement banyak membantu untuk beliau sampai ke tahap ini. Antara mesej yang ibu terima dari Kyra ialah …

“Tapi Shaklee banyak membantu saya juga. Saya lebih relax, alfalfa tambah kualiti dan kuantiti susu, saya kurang penat walaupun terpaksa bangun mengepam pukul 3 pagi….”

Tidak beliau nafikan ada dalam komuniti beliau yang telah mula putus asa dengan mencampurkan susu formula lepada anaknya disebabkan susu yang makin berkurangan akibat tidak mengepam di malam hari. Ini menjadikan iktibar kepada Kyra agar perlu bangkit pada waktu malam untuk mengepam. Apakah yang membantu beliau untuk bangun pada malam hari dan mengepam? Jawapannya adalah pengambilan makanan yang seimbang agar badan si ibu terus sustained demi menghasilkan susuibu yang berterusan. Supplement hanya membantu mengisi kekosongan di dalam badan ibu yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan seharian.

Bagi yang ingin bertanya dengan lebih lanjut bagaimana Kyra berjaya ke tahap ini bolehlah menghantar email kepada shakey712@gmail.com .

Tujuan posting ini adalah untuk membantu ibu2 yang hampir putus asa dalam penyusuan anak mereka. Ini sahaja cara untuk ibu membantu mereka yang memerlukan semangat perjuangan dalam meneruskan misi seorang ibu yang mahu menyusukan anaknya sehingga 2 tahun atau lebih. Jangan menjadikan kerjaya itu satu alasan kerana mencari rezeki adalah satu ibadah. Janganlah berputus asa kerana ia adalah satu sifat yang bermaksud kita putus harapan dengan Allah, sedangkan Allah itu Maha Pemberi.

Wahai ibu2 yang menyusukan anakmu… ketahuilah betapa besarnya pahala kita menyusukan anak2 yang dianugerahkan Allah kepada kita. Berdoalah nescaya Allah perkenankan. Doa yang baik akan datang yang baik….

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu dari saya….semoga cerita benar ini menjadikan ibu2 diluar sana terus bersemangat sehingga mencapai kejayaan yang hakiki!

Boleh membaca kisah lebih lanjut dalam blog Kyra, Mama Marisa.


Credit


Salam kasih sayang :)

Mata yang kabur menjadi terang semula

Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darahnya mula naik mendadak. Apabila perkara ini berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan makin kabur. Mak kata, apa yang beliau rasa adalah...matanya menjadi makin kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu.

Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia lalui. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat kencing manis.

Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja.


Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume.Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.

Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ....tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala.

Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik. Duit boleh dicari...selagi ada daya usaha.

Mudah2an mak dapat menunaikan umrah dengan lebih baik, insyaALLAH.

Credit

Bagi yang ingin mencuba Vivix, boleh sms saya di 012-6790 484 atau emailkan saya di elila80[@]yahoo.com untuk mendapat harga yang istimewa.

Salam kasih sayang :)

Tuesday, June 21, 2011

Boleh ke kita menyusukan anak bila kita demam?

Sejak saya amalkan vitamin2 Shaklee, alhamdulillah saya tak pernah demam panas. Cuma kadang2 saya kena selsema & selalunya dgn pengambilan b complex & vitamin C dgn cara yg betul selsema saya cepat baik (dgn izin Allah jua...) memang saya dah lama tak makan ubat2an..sejak mengandungkan Aien, menyusukan Aien & sekarang, mengandungkan adik Aien pulak. Sebab, saya tau ubat2an tu akan beri kesan yg tak baik pada masa depan.

Bagi saya, cukup dgn pengambilan vitamin C utk baikkan selsema saya & Aien (masa Aien bf dulu).

Untuk panduan ibu2 baru yg menyusukan anak, jika kawan2 demam, selsema atau batuk boleh teruskan menyusu baby2 kawan2 ye. Tak perlu risau berjangkit dgn baby. Kenapa??

Ni penerangan salah seorg kawan saya merangkap CL, Along Azrina dlm FB:



sebab tu saya dulu kalau selsema, bf je aien. Alhamdulillah dia tak pernah berjangkit. Saya yg berjangkit kalau dia selsema :)

So, kawan2 kalau nak direct feeding baby masa demam, silakan ya. Jangan risau lagi. Kita yg membekalkan antibodi kat baby kalau kita demam sambil bf baby :)

Nak dapatkan vitamin shaklee? boleh hubungi saya di 012-6790 484 atau FB: Jannatul Fadilah. Semoga kita sentiasa dilimpahi Allah dgn rezeki kesihatan yg baik dgn pengambilan vitamin2 Shaklee ni. Amin...

Salam kasih sayang :)

Friday, June 17, 2011

Walaupun lepas direct feeding, dapat hasil pam sebanyak ini :)

Hehe..inilah pengakuan seorang pengguna Set Breastfeeding Shaklee kat Shaklee GBS di Facebook. Mari baca! Mari baca! :)


Asmida dah cuba pek mini bf set ni. Lepas sebulan & puas hati dgn kesannya, beliau beli full pack yg semestinya lebih menjimatkan.

Jangan berkira utk dapatkan yg terbaik jika dah terbukti ia adalah yg terbaik. Jika anda berminat nak dapatkannya, hubungi saya cepat-cepat di 012-6790 484 atau Facebook: Jannatul Fadilah. Kami akan memberikan panduan & tips exclusive khas utk pelanggan saya & Euphoria.

Salam kasih sayang! :)

Dengan Kesungguhan, Keazaman & Teknik yang betul, beliau berjaya :) Anda juga boleh!

Saya petik daripada blog kak N

Assalamualakaikum wbt.... Saya, Nor Shaiza Binti Mir Ahmad Talaat berusia 31 tahun terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman selama saya menjadi ibu kepada Amir Danial 2 tahun 9 bulan dan Anas Zaquan 9 bulan.Semoga catatan pengalaman saya ini dapat membakar semangat ibu-ibu diluar sana untuk menjaya sesi penyusuan secara eksklusif.

Sehingga hari ini, saya masih diberi keizinan oleh Maha Pencipta untuk menyusukan dengan susu ibu yang tak ternilai harganya.Terlalu banyak ranjau yang saya tempuhi sepanjang menyusukan mereka secara ekslusif. Dengan sokongan Ibu, suami dan adik-adik saya dapat menjayakan sesi penyusuan ini.

Bagi anak sulung mungkin tak banyak masalah timbul, tapi bila masuk anak kedua bermulalah masalah yang membuatkan saya sentiasa mencari info bagi menbantu masalah saya.

Kata orang, kalau dah mengandung tak baik meneruskan penyusuan.Bayangkan sewaktu mengandungkan Anas Zaquan, Amir Danial masih lagi direct breastfeeding. Diberi susu formula, tak mahunya. Maka dengan itu, saya tetap menyusukan Amir Danial dengan harapan rezeki ini datang Ilahi.Dia yang memberi dan Dia juga selayaknya mengambil.

Saya teruskan sehinggalah Anas Zaquan lahir.Bayangkan, sebaik sahaja saya keluar dari Dewan Bedah terus sahaja Amir Danial tidur sekatil dengan saya kerana dia ingin menyusu. Begitu taksubnya Amir Danial pada susu badan.Sebaik sahaja sampai di rumah, keadaan lebih rumit. Anas Zaquan mengalami jaundice. Ini menyebabkan saya sebagai ibu, sedikit tertekan. Mungkin akibat tekanan kecil ini, saya dapati susu badan saya tak semeriah waktu berpantangkan Amir Danial. Pada satu saat, saya mengepam sehingga berdarah puting. PAda waktu itu, terdetik dalam hati kecil saya, walau apa pun terjadi, saya tetap mahu berikan susu ibu. Saya tak sanggup melihat anak yang saya kandung membesar dengan susu formula.

Dua minggu usia Anas Zaquan, susu badan tak menggalakkan. Selain mendapatkan pam yang mudah dikendalikan, saya terjumpa lama web anakkuwiraku. Setelah membaca testimonial, saya terfikir untuk mencuba set Breastfeeding. Alhamdullilah. Saya anggap ini rezeki anak-anak.Set ini mampu menyelesaikan masalah saya dengan izinNya. Dengan teknik yang betul disertai dengan kesungguhan dan keazaman yang kuat untuk memberikan anak-anak saya susu badan sebaik sahaja habis pantang, penuh freezer dengan stok susu badan untuk bekalan Anas Zaquan.Selain mengepam, saya juga memberikan direct breastfeeding kepada Amir Danial dan Anas Zaquan.

Biar pun saya bukannya melahirkan bayi kembar, tetapi kebiasaannya si abang dan si adik akan menyusukan dalam masa yang sama.Kalau tidak, kedua-duanya akan menangis minta disusukan. Apa yang harus saya buat, terpaksalah saya menyusukan mereka serentak.Ini bukan kerja mudah, tetapi saya perlu lakukan secara serentak. Saya gelarkan 2 in 1. Tak kisah apa gayanya, apa lokasinya( diriba, dibaring mengiring, dibaring di atas badan si ibu) yang penting 2 mulut dapat menghisap susu ibunya.

Amat penting badi saya mempastikan susu sentiasa penuh di breast. Syukur yang tidak terhingga kerana Allah mengizinkan saya bertemu dengan pemilik web ini.Saya berbangga menjadi ibu yang mampu memberikan anak-anak saya susu badan. Bagi saya susu badan adalah satu anugerah yang tidak terperi hebatnya. Sekian, terima kasih.

Anda nak cuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan pek mini untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh hubungi saya di 012-6790 484 atau Facebook : Jannatul Fadilah.

Semua tawaran dan pakej Pek Mini hanya boleh didapati secara esklusif dari saya dan jaringan saya iaitu Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Harap Maklum.


Salam kasih sayang :)

Tuesday, June 14, 2011

Membeli sambil beramal

Berita baik buat semua!

Selain kegembiraan dengan promo Jun, kemeriahan ditambahkan dengan setiap pembelian trial pack, RM1 akan didermakan kepada FameKids. FAMEkids adalah kumpulan sokongan anak-anak istimewa, ditubuhkan untuk menjadi suatu platform untuk FAMEparents berhubung dan untuk mempromosikan FAMEkids kepada masyarakat. Gabungan 2 wanita yang berjiwa kuat iaitu MommyLina dan Watie telah menubuhkan kumpulan sokongan ini.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Blog FAMEkids : http://famekids.net/
Fanpage : http://www.facebook.com/famekids

Maka, jangan tunggu lagi. Mari sertai kempen Membeli Sambil Beramal hari ini juga. Pembelian Trial Pack anda akan membantu meringankan mereka yang memerlukan.

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari pada harga serendah RM80 dan free delivery. Hubungi saya di 012-6790484 atau facebook: Jannatul Fadilah.

Salam kasih sayang :)

Thursday, June 2, 2011

Seminggu sahaja dgn tips exclusive dah nampak kesan :)

Seorg customer set E saya yg berpuas hati dgn kesan vitamin2 shaklee ni ke atas dirinya


best kan? kalau liyana boleh lompat bintang, anda pun boleh dapat kesan yg sama. nak lompat matahari pun boleh :) hubungi saya untuk mendapatkan trial pack anda sekarang di 012-6790484 atau facebook: Jannatul Fadilah

Salam kasih sayang :)

20oz dengan set 3M ~ jangan tak percaya!

Masih ingat dengan pakej Tripple M?
Ia pakej yang lengkap dengan protien, semua vitamin utama yang diperlukan termasuk kalsium. Apabila semuanya cukup, badan ibu insyaALLAH sihat dan bertenaga malah ia menyumbang kepada produktiviti susuibu.

credit to kak N :)


Kesannya bukan sehari dua ye kawan-kawan. Tapi memang terbukti ianya berkesan membantu meningkatkan kuantiti susu ibu.

Anda mahu mencuba pakej Tripple M dengan harga yang berpatutan dan mampu bayar? Boleh email atau sms kepada saya !

Salam kasih sayang :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...