Monday, August 22, 2011

Pembunuh Dalam Diam

Raya seminggu je lagi. Adik-beradik saya dah sibuk2 dah diskus pasal nak bakar lemang ramai2 hari Isnin depan. Kalau raya, memang itulah yg kami tunggu2..best sgt & puas bila dapat masak sendiri & makan banyak2. Bukan je lemang, mestilah byk makanan2 lain macam rendang, ketupat, sate, kuah kacang dan lain2 yg semuanya berkolesterol tinggi! Sedap sangat semuanya kan :)


TAPI

Adakah kita prihatin dengan apa yang kita makan?

Masih ingat lagi kisah upline saya 14 tahun dahulu, arwah abahnya diserang strok pada malam raya yang kedua. Beliau mempunyai masalah darah tinggi secara kebetulan sehari sebelum raya arwah sangat suka makan satay. Rupa-rupanya dalam diam kadar kolestrolnya meningkat dan menyebabkan tekanan darah meningkat seterusnya merosakkan saraf dalam otaknya maka arwah paralyse selama 2 minggu sebelum terus meninggalkan mereka 8 beranak buat selama-lamanya.

Kisah ini sepatutnya dijadikan iktibar buat semua. Bila nak makan rendang, lemang atau pulut,sepatutnya makan ala kadar sebab tahu kesannya ke atas kolestrol dan jantung. Makan berpada-pada. Untuk mengawal paras kolesterol pula, perlunya vitamin dan fokus pada kolestrol terutama musim perayaan yang banyak dengan jemputan rumah terbuka.


Tanpa kita sedari ada sesetengah juadah boleh menyebabkan kandungan lemak jahat dalam salur darah makin meningkat.

Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol jahat iaitu LDL.


Atau jika anda lebih berkemampuan


Secara ringkasnya kepentingan vitamin yang dinyatakan ialah :

Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.

Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.

Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh. Memperlahankan proses penuaan.

~ Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa!
~

Boleh email kepada saya di elila80[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-6790 484 untuk konsultasi percuma.

Salam kasih sayang :)

Berpantang Dengan Jamu atau Vitamin?

Teringat pengalaman bersalinkan Aien secara czer hampir 3thn lepas. Sebelum bersalin, saya teruja sgt nak makan jamu S**D*Y* *IN**I. Biasalah, masa tu selalu sgt baca majalah Mingguan Wanita, dlm tu pulak byk sgt iklan pasal jamu jenama tu..membuatkan saya tertarik. Tiap2 hari kena manja2 dgn En Billy (nak pujuk punya pasal) supaya dia belikan jamu tu utk saya guna masa pantang :)

Tapi bila Aien lahir, saya nekad menyusukan Aien dgn susu badan sepenuhnya, pastu saya sendiri tak confident nak amik jamu tu...ditambah dgn Aien kena kuning yg tinggi (319) & doktor galakkan saya utk stop apa jua jamu yg saya makan supaya kuning Aien cepat turun. So, tinggallah jamu yg glamer & mahal tu terperap kat dalam almari tanpa saya berani nak makan walau sebiji pun...(masa ni teringat suami saya yg cool..En Billy jeling2 je jamu tu. Nak buat mcmne, saya taknak amik risiko anak kena tukar darah!)

Jadi, sejak mengandung anak kedua ni, saya memang nekad hanya berpantang dengan pengambilan vitamin semata-mata. Ini kerana melalui pembacaan saya, apabila seorang ibu melahirkan anaknya, beliau akan kehilangan banyak darah maka badan memerlukan cukup vitamin dan zat untuk proses pemulihan.

Ini ditambah apabila saya berniat nak menyusukan anak kedua ni dgn susu ibu sahaja sebagaimana Aien dulu, maka saya perlu memastikan badan saya cukup vitamin untuk pemulihan dan secara langsung dapat berfungsi dengan baik dalam penghasilan susuibu. Lebih2 lagi kalau saya ditakdirkan terpaksa melahirkan anak secara czer sekali lagi. Maka saya perlu pastikan rahim saya cepat baik dan jahitannya tidak rosak. Tapi harap2 kali ni dapat bersalin normal pulak :)

Ada beberapa kenalan yang saya temui yang melalui kelahiran berpotong seperti saya, jahitan mereka ada yang terbuka, ada pula yang bernanah sehingga sebulan di hospital dan ada juga yang tak mampu bergerak selama berminggu kerana jahitan lambat sembuh dan ditambah tempat jahitan dijangkiti kuman dan merebak. (NAUZUBILLAH!)

Maka, melalui pembacaan & pengalaman diri sendiri, vitamin yg bagus utk diamalkan masa berpantang nanti ialah:

Credit to kak N

Multivitamin lengkap dengan formula zat besi


Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel darah merah. Tanpa cukup zat besi si ibu akan kelihatan mudah pucat lesi, tak bermaya dan paling teruk mudah pengsan atau pitam. Pengambilan multivitamin dengan zat besi sangat perlu demi memastikan tubuh mendapat semua vitamin yang diperlukan yang adakala tidak dapat diperolehi dari pengambilan makanan harian kita.

Vitamin b complex


Membantu menstabilkan hormon maka si ibu tak mudah rasa stress dan tidak mudah meroyan. Ia juga membantu dalam proses pembinaan sel darah merah dan ianya sangat bagus untuk proses pemulihan bagi si ibu yang baru melahirkan anak. Selain itu vitamin B complex juga sangat perlu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

Vitamin C


Semua orang tahu kebaikan vitamin C. Ia bagus dalam membentuk dan meningkatkan antibodi badan kita. Ianya juga penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen penting untuk menyatukan setiap sel dalam tubuh. Tanpa cukup vitamin C, kulit mudah luka. sensitif dan gusi mudah berdarah adalah tanda umum yang paling mudah kita ketahui.

Zinc


Ianya banyak terdapat dalam ikan haruan dan makanan laut. Namun lebih mudah saya amalkan tablet. Ia membantu mempercepatkan proses baik luka. Zinc antara vitamin yang penting untuk pertumbuhan. Pengambilan zinc dapat dilihat kesannya pada pertumbuhan dan pembesaran bayi, rambut ibu tak mudah gugur dan luka bersalin cepat baik.

ESP


Ada sesetengah orang memang tak amik endah tentang keperluan protein dengan mengandaikan sudah memadai makan ikan , daging , telur serta minum air soya yang dibuat sendiri. Namun berapa ramai yang tahu dan ingin ambil tahu bahawa protin hanya bertahan pada suhu yang tidak lebih 36*c. So bila kita goreng dan masak susah tentu suhu melebihi 36*c. Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protien itu tadi. sebab itu protien yang kita dapat dari makanan yang di masak adalah bersifat ala kadar dan atas dasar janji ada dalam menu.

Ramai yang tidak tahu, pengambilan protien yang mencukupi dengan aisd amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat, kuku yang elok serta penghasilan susuibu dengan kadar lebih cepat provided sesi perahan yang konsisten. Malah lebih ketara apabila anak yang menyusu mudah kenyang walaupun ini dinafikan oleh mereka yang tidak pro vitamin. Selama saya mengamalkan ESP Shaklee, saya sangat berpuashati.

Walaupun ada suara sumbang yang mengatakan kononnya pengambilan protien boleh menyebabkan gout, untuk pengetahuan kalian, bapa mertua rakan saya yang mempunyai gout mengamalkan pengambilan ESP dalam proses penyembuhan beliau. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil.

Selain ini, apa yang saya amalkan?

Saya turut amalkan:


Vitamin E - untuk pastikan jahitan luar dalam saya baik dan cantik. Selain itu ia juga membuatkan perut saya bersih dari kesan balar yang kebanyakan ibu lalui apabila melahirkan anak.


Alfalfa - saya teruskan untuk memastikan susuibu saya dibuat dengan cepat dan efisien.


Kalsium - untuk menggantikan kalsium dalam badan saya yang digunakan untuk membuat tulang dan saraf anak yang dikandung dan keperluan utama penyusuan adalah kalsium agar anak dapat membesar dengan sihat dan tulang yang kuat.

Sekarang saya nekad. Saya takkan makan jamu....sebab dalam minda saya, saya hanya perlukan vitamin untuk baik dan menyusu anak. Walaupun jamu boleh diambil bersama vitamin namun saya tidak mahu ianya mengganggu sistem tubuh badan saya kerana saya tidak mahu kecelaruan dalam darah berlaku disebabkan kandungan yang tidak diketahui.

Maka nasihat saya, jangan jadikan pengambilan vitamin sebagai LAST RESORT terutama apabila menghadapi masalah penyusuan. Alangkah baik ia diambil dari awal supaya badan kita yang sihat akan terus sihat. Ini apabila vitamin dijadikan last resort, kita akan berada dalam kedudukan terdesak dan mengharapkan miracle happen dan masalah dapat di atasi dengan segera. Kita akan kehilangan rasional apabila berada dalam keadaan tertekan. Bila sakit baru nak cari vitamin, badan perlukan masa untuk kenal vitamin, untuk serap vitamin dan ini memakan masa untuk pulih.

Bak kata orang, penyakit ni datang macam ribut, pulangnya macam siput.
Berbeza dengan mereka yang buat persiapan awal. Sama juga dengan simpanan. Ada orang simpan duit sejak masa senang supaya bila susah ada simpanan back up. Tetapi mereka yang tidak beringat akan hilang punca apabila terdesak. Sedangkan masa senang tak mahu menyimpan.

Lebih baik amalkan vitamin semasa sihat supaya ia membantu untuk kita kekal sihat. Bagi yang tidak pro vitamin, tiada paksaan dalam hidup sebab semua orang mempunyai kemampuan yang berbeza.

Hubungi saya di 012-6790 484 atau FB: Jannatul Fadilah untuk pesanan vitamin anda sekarang!

Salam kasih sayang :)

Friday, August 19, 2011

Testimoni Terbaik Set Penyusuan Asas Shaklee

Ini testimoni terbaik saya pernah terima. Diemelkan kepada saya oleh seorang customer merangkap teman. Complete dan diolah penuh sempurna.

*********************************
Assalamualaikum w.b.t,

Saya ingin kongsikan pengalaman saya sepanjang menjadi pengguna Shaklee. Saya mula menggunakan produk Shaklee sejak Julai 2010. Produk pertama yang saya cuba ialah trial set B dan ESP. Sebelum mengambil produk ini, hasil perahan susu saya pada masa bekerja ialah 18 oz. Setelah mencuba produk ini, hasil perahan saya meningkat kepada 22-24 oz. Dalam masa 24 jam saya boleh mendapat sehingga 30 – 40 oz.

Semasa bulan puasa, saya telah mengambil Performance Drink semasa sahur dan berbuka. Saya tidak lupa meneruskan puasa dengan pengambilan set B dan ESP. Hasilnya memang memberangsangkan…hasil perahan lebih banyak daripada hari-hari sebelum berpuasa. Saya meneruskan pengambilan Performance Drink walaupun di luar bulan puasa.

Walaupun umur anak dah setahun lebih, saya masih mendapat kuantiti perahan yang sama. Selain daripada pengambilan suplemen Shaklee, saya juga mengamalkan beberapa perkara yang saya ingin kongsi bersama.

Antaranya ialah:

Pengambilan air yang banyak

Dalam sehari saya mengambil sebanyak 2-3 liter air. Pengambilan air yang banyak terutama pada waktu malam amat membantu penghasilan susu yang banyak pada siang hari. Mungkin sebab inilah kuantiti susu yang diperah lebih banyak pada bulan puasa. Pengambilan air suam atau panas lebih baik daripada air sejuk kerana air suam atau panas membantu ‘letdown’ yang banyak setiap kali perahan. Melalui pengalaman saya yang tak seberapa ini, jika saya banyak minum air sejuk, kuantiti susu perahan akan menjadi kurang sedangkan breast masih lagi ada susu. Jika ini diamalkan susu akan semakin berkurangan kerana tidak diperah habis.

Pemakanan

Dari segi pemakanan, saya akan pastikan pengambilan kalori mencukupi. Sarapan, makan pagi, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam semua dipenuhi. Kadang-kadang kalau lepas memerah tengah malam pun saya tetap ambil sedikit makanan atau minuman, biasanya sekeping dua biskut atau roti. Pengambilan sayuran tidak saya abaikan terutama sayuran berdaun hijau kerana sayuran ini kaya dengan ferum. Kecukupan ferum terutama dari sumber asli membantu penghasilan susu. Jika terasa lapar antara waktu makan saya sering mengambil oat dan buah-buahan.

Kekerapan memerah susu

Saya mempunyai jadual yang tetap untuk memerah. Di pejabat saya akan memerah sebanyak 4 kali iaitu pada pukul 7.00 am, 9.30 – 10.00 am, 12.30 – 1.00 pm, dan 3.00 pm. Pada waktu antara 12.00 am – 5.00 am saya membuat tandem nursing (sebelah menyusukan dan sebelah lagi dipam). Secara purata, saya memerah atau mengepam sebanyak 8 kali sehari. Jika terasa susu agak kurang, saya akan melakukan power pumping 1 jam sehari selama 3 hari berturut-turut. Kadang-kadang untuk menambah kuantiti susu yang dipam, saya akan mengepam 10 minit, tunggu 5 hingga 10 minit, kemudian pam lagi selama 10 minit untuk setiap kali sesi perahan. Hasilnya lebih banyak berbanding jika memerah selama 20 atau 30 minit secara berterusan. Mungkin banyak penggunaan dari segi masa tetapi hasilnya lebih lumayan dan production susu akan lebih banyak kerana badan mendapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Akhir kata, untuk menjadi ibu yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya untuk jangkamasa 2 tahun bukanlah perkara yang mudah kerana melibatkan pengorbanan dari segi masa, wang ringgit dan tenaga. Namun, bila memikirkan ingin memberi yang terbaik buat anak semuanya tidak menjadi halangan malah ini membuatkan kita lebih tough untuk menempuhi cabaran seterusnya

Salam sayang,
Aida

**********************

Saya tidak mahu membuat sebarang ulasan tentang testimoni ini kerana pada saya, ia cukup lengkap. Tak perlu fakta-fakta saintifik kerana segala perkara asas ada dikongsikan oleh Aida di dalam testimoni ini. Anda cuma perlu baca, baca, baca, fahamkan, semat dalam hati dan minda serta amalkan.

Good Luck!! (^_^)

credit

Hubungi saya utk mendapatkan konsultasi percuma & vitamin shaklee anda di 012-6790 484 atau FB: Jannatul Fadilah

Salam kasih sayang :)

Thursday, August 18, 2011

Cergas Berpuasa Dengan Mighty 3 Gems

Mighty 3 gems adalah satu program kesihatan Shaklee, kini dalam pakej Ramadhan yang istimewa


Terbahagi kepada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Mealshake (perasa French Vanilla), Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan Performance Drink atau PD (perasa oren). Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas.

Sesuai untuk mereka yang tidak sempat bersarapan, dan minuman untuk bersahur dan berbuka puasa. Kalau tak sempat sahur pun (kes terbangun tinggal 5 minit nak imsak/15 minit nak Subuh), mighty 3 gems ini insya-Allah memadai untuk anda menjalani kehidupan Ramadhan seperti biasa.

Dan berbuka puasa dengan mighty 3 gems memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya iaitu solat Maghrib, Isyak serta terawikh dan ibadah2 lain seperti bertadarus.

Bagi ibu menyusu ia membantu ibu berpuasa sambil menyusukan anak.



credit

Harga bagi produk ini ialah RM306 termasuk pos, namun anda boleh mendapatkan harga istimewa dengan menghubungi saya di 012-6790 484 atau Facebook: Jannatul Fadilah

Salam kasih sayang :)

Vivix Shaklee Dalam Utusan Malaysia


credit

Comelnya anak saya!

Hehehe...pagi ni mcm best je..baca blog lama, belek2 balik coretan2 saya yg dulu (saya tak aktif berblogging, cuma bila "org ada blog, aku pun nak jugak").

So tadi tengok balik gambar ni


Alahai..rindunya dgn pipi dia yg tembam tu! Masa ni Aien 5 bulan. Exclusive Breastfeeding. skrg pun pipi Aien tembam juga, tapi taklah setembam masa ni :) Baby kan memang comel. So, tak salah saya puji anak saya comel kan... ;)

Boleh email kepada saya di elila80[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya di 012-6790 484 untuk konsultasi percuma

Salam kasih sayang :)

Saya dijemput sebagai ahli panel! Kelassss!!!

*click to enlarge

Alhamdulillah..semakin banyak kempen kesedaran mengenai penyusuan susu ibu dilakukan oleh pihak yg berkenaan agar semua ibu di Malaysia ni membuka minda utk menyusukan sendiri bayi2 mereka.

Saya juga tak sangka perkongsian saya yg tak seberapa tentang bf di blog buahatikusayang ni mendapat perhatian dari Klinik Kesihatan Jinjang lalu berbesar hati menjemput saya sebagai salah seorang ahli panel untuk Forum Penyusuan Susu Ibu sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu 2011. Tapi malangnya, saya tak dapat turut serta kerana sebab2 yg tak dapat dielakkan... (rasa terkilan juga sebab pengalaman menyusukan Aien sampai 2thn 6bulan tak dapat nak dikongsikan dengan ibu2 di sekitar Jinjang).

Takpelah, mungkin ada rezeki di lain kali. Mana tau, Klinik Kesihatan Kajang pulak panggil nanti :)

Boleh email kepada saya di elila80[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya di 012-6790 484 untuk konsultasi percuma

Salam kasih sayang :)

Kesan bila kurang?

sumber asal

Kali ni saya nak kongsikan mengenai kaitan kekurangan vitamin kepada emosi dan mental kita. Nah! Betapa pentingnya tubuh kita kena consume vitamin yang cukup bukan sahaja untuk kesihatan fizikal, malahan mental juga (yang membawa kepada emosi yang stabil).

Berdasarkan artikel tersebut, terdapat 4 jenis vitamin/ mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita demi melestarikan mental dan emosi yang sihat:

Vitamin/ Mineral Yang Diperlukan Tubuh & Kesan Kekurangan Kepada Mental/ Emosi

* B Complex - vitamin yang paling banyak dikaitkan dengan masalah mental dan otak

i) Vitamin B1 - kurang kosentrasi dan daya tumpuan

ii) Vitamin B3 - tekanan perasaan

iii) Vitamin B5 - kurang daya ingatan, stress

iv) Vitamin B6 - mudah terasa hati, kurang daya ingatan, tekanan perasaan, stress

v) Vitamin B12 - kurang daya ingatan, keliru

vi) Asid Folik - tekanan perasaan, gemuruh

* Vitamin C (bukan untuk kulit sahaja) - Kekurangannya menyebabkan seseorang menjadi tertekan

* Magnesium - Kekurangannya menyebabkan seseorang mengalami tekanan perasaan, sukar tidur

* Zinc - Kekurangannya menyebabkan seseorang mengalami kekeliruan, ‘blank’, tertekan, kurang motivasi, hilang selera makan, kurang kosentrasi.

~ Semoga dapat menjadi rujukan semua ~

Boleh email kepada saya di elila80[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya di 012-6790 484 untuk konsultasi percuma

Salam kasih sayang :)

Wajah bersih, berseri dan kulit lebih mulus!

Credit to Kak N

" Saya amik vitamin ni sebab period saya tak teratur. Tapi siapa sangka lepas makan vitamin ni, suami dan keluarga mertua puji kulit saya makin cantik. Bukan nak puji diri sendiri tapi saya memang dapat rasakan perubahan yang ketara amik vitamin ni. Dulu makan vitamin E pun tak nampak ketara seperti sekarang. Terima kasih kak N"

Ini adalah testimoni yang saya terima dari seorang customer saya. Beliau mahu dikenali sebagai puan S sangat gembira dan teruja selepas mengambil vitamin yang saya sarankan kepada beliau.

Beliau amalkan vitamin yang sangat penting untuk seorang wanita mengekalkan kestabilan hormon dan secara langsung ianya dapat melihat hasilnya dari kulitnya yang makin cantik dan berseri.

Berapa lamakah boleh melihat kesan ini pada wajah bila amalkan? Paling cepat ialah 7 hari dan paling lewat ialah 21 hari.

Adakah anda ingin tahu apa yang beliau amalkan ?

Hanya emailkan pada saya di elila80[@]yahoo.com dengan tajuk
Saya ingin kelihatan cantik!

Saya akan emailkan kepada anda rahsia puan S. Anda juga mungkin menjadi pembeli yang bertuah apabila menjadi testimoni saya!

Boleh email kepada saya di elila80[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya di 012-6790 484 untuk konsultasi percuma.

Salam kasih sayang :)

Friday, August 12, 2011

Nak Duit Raya???


Macam besttt je kan ada org nak bg kita duit raya :) dah besar2 panjang mcm ni tersangatlah bestnya kalau dapat duit raya lebih2 lagi yg beratus2 jumlahnya. siapa nak bagi?

kalau nak tau lebih lanjut, emailkan kpd saya di elila80@yahoo.com atau inbox saya di facebook: Jannatul Fadilah dengan tajuk "NAK DUIT RAYA". Insya Allah saya akan reply secepat yg mungkin.

Selamat menjalani ibadah berpuasa semua! Jangan lupa makan vitamin shaklee walaupun kita berpuasa.

Salam kasih sayang :)

Thursday, August 11, 2011

Kalau nak beli vitamin, belilah yg semulajadi :)

Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tue nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...

Sejujurnya, saya akui bahwa vitamin Shaklee nie memanglah vitamin mewah, namun ianya tidak semahal yang anda sangka, dan sesiapa jua mampu memlikinya!

Keduanya, vitamin Shaklee ialah vitamin natural/ semulajadi, asli tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan yang pasti, tanpa silika gel dan BUKAN vitamin sintetik.

Jom kita ikuti perbezaan di antara vitamin semulajadi & vitamin sintetik:
*Kredit kepada Vitamin Semulajadi.

1. Penghasilan

-Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

-Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2.Keserasian dengan badan

-Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

-Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

3. Harga

-Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

-Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4. Kesan kepada tubuh badan

-Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

-Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang

-Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingankerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

-Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Sebab tulah saya sekeluarga memilih vitamin natural Shaklee sebagai pemakanan tambahan kami sekeluarga. TANPA RAGU-RAGU :)

Anda cuba, baru tau :)

Boleh email kepada saya di elila80@yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-6790 484 untuk konsultasi percuma & vitamin shaklee anda!

Salam kasih sayang :)

Euphoria Breastfeeding Set

Saya pernah terangkan dalam entry lama saya sekiranya ibu menyusu itu cuma amik alfalfa sahaja sepanjang berpuasa....MAKAN ALFALFA JE..OK KE?

Walau bagaimanapun bagi yang baru mengenali Euphoria Shaklee ingin saya kongsikan secara ringkas keperluan setiap vitamin dalam set B yang khas untuk membantu ibu menjayakan penyusuan susuibu.

Multivitamin lengkap dengan formula zat besi : perlu untuk pembentukan darah dan ianya lengkap untuk semua jenis vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan.

B complex : Menukarkan glukos kepada tenaga, agar si ibu lebih bertenaga, sihat dan ceria sepanjang hari.

Vitamin C : bagus untuk antibodi dan pembentukan kolagen. Ia membantu mengurangkan rasa stress yang dilalui oleh individu.

Alfalfa : mengandungi protien serta zat galian dan ini membantu mempercepatkan penghasilan susuibu.

Keempat-empat vitamin ini saling melengkapi antara satu sama lain. Kombinasi 4 supplement ini membantu badan ibu sihat secara menyeluruh dan kesannya juga sangat baik untuk kesihatan si ibu dan perkembangan si anak.

Peningkatan penghasilan susuibu sangat bergantung kepada kekerapan si ibu mengosongkan payudaranya melalui direct feeding atau sesi perahan yang konsisten ( tidak lebih setiap 3 jam perlu pam)


credit

Boleh email kepada saya di elila80@yahoo.com atau sms kan kepada saya di 012-6790 484 untuk konsultasi percuma.

Salam kasih sayang :)

Sunday, August 7, 2011

Keperluan Iron Bagi Ibu Menyusu

Fungsi Utama Iron - Untuk darah yang sihat

MAKLUMAT PENTING

· Lebih daripada 200 billion sel darah merah di hasilkan setiap hari
· Setiap saat 2.5 juta sel DARAH BARU di keluarkan ke dalam sistem darah
· Iron menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksgen ke tisu dan sel

TANDA-TANDA KEKURANGAN IRON

· Pucat, tercunggap-cunggap
· Keletihan & kelesuan luar biasa
· Pergerakan yang perlahan
· Anemia ( Penyakit Kurang Darah)
- masalah sembelit
- tidak bermaya
- kuku pecah (retak)
- berat bayi tidak naik walau menyusu susu ibu

SIAPA YANG PERLUKAN IRON

· Wanita -- mengandung, menyusu, yang belum menopaus
· Bayi, kanak-kanak, remaja ( gemarkan makanan ringan)
· Mereka yang suka gunakan ubat-ubatan ( pendarahan usus ) contoh asprin
· Penderma darah
· Semua orang

FUNGSI LAIN

· Bantu tukar beta carotene vitamin A
· Bantu buat kolagen ( pelekat/simen pada sel )
· Bantu pengeluaran antibodi
· Bantu buang lemak dalam darah
· Bantu pembuangan toksin dalam hati

BERAPA BANYAK IRON

· 18 –mg @hari
· Kita hanya mendapat 9-mg @ hari
· Problem terbesar adalah iron susah di serap daripada makanan. Hanya 10% iron yang dapat daripada makanan.
· Jika banyak minuman kopi, tea, dan minuman bergas penyerapan juga susah kerana ia menghalang penyerapan

MENGAPA SHAKLEE

· Iron + C Kejayaan Shaklee dalam pemakanan tambahan.
· Perbezaan Shaklee ada tambahan vitamin C
· Vitamin C membantu iron diserap dengan lebih baik

credit

Keperluan Iron Dalam Tubuh

IRON (ZAT BESI)
-Pembawa Oksigen Semulajadi

FUNGSI UTAMA
:- Untuk darah yang sihat

Bagaimana??
- Iron sebagai komponen struktur bagi hemoglobin
- komponen penting yang membawa gas oksigen dari paru-paru ke tisu-tisu seluruh badan.
- Iron diperlukan untuk pembentukan hemoglobin.

Tahukah Anda?
1. Lebih daripada 200 billion sel darah merah dibuat setiap hari.
2. Setiap sel 2.5 juta sel DARAH BARU di keluarkan ke dalam system darah.
3. Hemoglobin

Apa Terjadi Kekurangan Iron

Jika kekurangan iron :- 2 kemungkinan

1. Kurang hemoglobin
2. Kurang oksigen

=
Timbul pelbagai masalah kesihatan

1. Fatique (kelesuan)
2. Dizzines ( pening-pening)
3. Heart Palpitation
4. Irritability ( mudah tersinggung)
5. Hair loss (keguguran rambut)
6. Pallor (kepucatan)
7. Heart burn ( pedih ulu hati)
8. Headaches (sakit kepala)
9. Sore tongue (lidah bengkak/sakit)
10. Itching (gatal-gatal)
11. Loss of appetite ( hilang selera makan)
12. Constipation(masalah sembelit)
13. Diarrhea (cirit-birit)
14. Nausea after meal (muntah selepas makan)
15. kuku pecah
16. Tercungap-cungap
17. Pergerakan yang perlahan
18. Sistem imun terjejas
19. Affect body temperature (suhu badan terjejas)
20. Affect learning +concentration (menjejaskan pembelajaran & penumpuan)
21. Extreme anemia.

FUNGSI LAIN

- Bantu tukar beta carotene vitamin A
- Bantu buat kolegen (pelekat/ simen pada sel)
- Bantu pengeluaran antibody
- Bantu buang lemak dalam darah
- Bantu pembuangan toksin dalam hati.

MENGAPA SHAKLEE

1. Setiap tablet mengandungi 100% nilai harian (DV) zat besi
2. Mengandungi vitamin C demi penyerapan zat besi yang lebih sempura.
3. Sesuai untuk vegetarian : - sebab penyerapan iron dari sayur-sayuran hanya 5 %
4. Setiap tablet Shaklee Iron plus C melebihi zat besi yang terdapat dalam
a. 10 hidangan daging lembu
b. 2 hidangan tiram (oyster)
c. 2 hidangan hati lembu

PUNCA KEKURANGAN ZAT BESI – 3 sebab utama

1. Too little iron in the diet
2. Poor absorption of iron that is present
3. Loss of iron through bleeding

SIAPA YANG PERLUKAN IRON

- Semua orang : tetapi jumlah yang berbeza-beza
- Kanak-kanak hingga remaja yang sedang membesar : aktif
- Wanita memerlukan 2x ganda dari lelaki
- Penderma darah

credit

Anemia @ Kurang Darah

Kita mungkin biasa mendengar rakan-rakan mengadu seperti cepat letih, sakit kepala yang berlarutan, muka kelihatan pucat tak bermaya dan beberapa lagi yang sebenarnya ia merupakan simpton kepada penyakit anemia. Dikatakan ada 400 jenis anemia namun 2 jenis yang amat bahaya yang boleh mengakibatkan dua perkara berikut iaitu ;
• Kematian
• Lumpuh badan

Secara umum anemia lebih dikenali sebagai kurang darah dan secara khusus tubuh kekurangan sel darah merah, atau kurang hemoglobin dan secara langsung menyebabkan kurangnya oksigen yang di bekalkan ke sel-sel.

Apakah tanda-tanda kepada penyakit ini? Antaranya ialah lemah badan, keletihan atau kelesuan, pening@sakit kepala, pucat- pada muka , kuku, bibir, dan kelopak mata, kesedihan, mudah terganggu, sakit dalam mulut, tercunggap-cunggap, gangguan mental dan kurang stamina. Namun terdapat tanda-tanda awal yang perlu kita ambil berat sekiranya ia berlaku iaitu kurang selera makan, sakit kepala dan sembelit.

MAKLUMAT TENTANG SEL DARAH MERAH

1. Jangka hayat 120 hari
2. Sentiasa di ganti
3. ½ cawan darah – 5 juta sel 100% hemoglobin
< 80% hemoglobin, < 4 juta sel ANEMIA SEBAB UTAMA

1. Kekurangan B6
Kebiasaan berlaku pada lelaki, wanita mahupun kanak-kanak.
• Kurang B6 --- kurang sel darah merah & kurang hemoglobin
• Tidak di sedari sehingga 10 tahun

2. Kurang Magnesium
B6 & Mangnesium macam “salt + pepper”

3. Kurang Vitamin E
Mengganggu penyerapan Iron
• Hasil penyelidikan menunjukkan sel darah merah yang terdedah kepada cahaya & oksigen selama 13 jam, jika dengan Vitamin E – hanya 4% kerosakan. Manakala tanpa Vitamin E -- 100% kerosakan akan berlaku terhadap sel.Penggunaan minyak yang banyak terutama dalam masakan harian memerlukan lebih Vitamin E.

4. Kukurangan Asid Folik
Kekurangan B12

5. Kekurangan Iron
Hemoglobin, enzim, rendah
• Akibat kelesuan yang kronik, sakit kepala

6. Kekurangan asid dalam perut
Kekurangan B1, B2 , B5 , Vialin
• Cholin – perut tidak dapat keluarkan asid untuk penyerapan

Credit

11 Tips Penyusuan Sepanjang Puasa & Vitamin Shaklee yg Membantu :)

Tips ni saya ambil dari salah seorang kawan rapat yang turut menyusukan anaknya dan terus berjuang pada Ramadhan ini.

************************

Dalam usaha menyusukan bayi tidah semudah abc, 123... yer. Anda perlu sematkan 2B dalam minda iaitu payudara (breast) dan bayi (Baby). Gabungan kedua-duanya sedikit sebanyak membolehkan anda memastikan bekalan susu ibu meningkat dan terus berkekalan sepanjang tempoh penyusuan 2 tahun, InsyaAllah.

Semua kena tahu konsep demand Vs supply. Lebih banyak rangsangan kepada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan... Seterusnya bergantung kepada USAHA + MINDSET + DOA. Selamat mencuba!!

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

•Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
•Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
•Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
•Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

•Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
•Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
•Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu

•Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
•Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Matin...

5. Berdisiplin

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tandem Pumping

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama

•Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
•Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
•Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya, buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan suplemen

dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya...
ESP!


Tahukah anda "Keperluan protien sangat perlu diutamakan kerana protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu maka keperluan protien oleh seorang ibu turut meningkat selain keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus. "


Pengambilan ESP @ Energizing Soy Protein sememangnya diketahui mempercepatkan penghasilan susu badan, dengan syarat, anda mematuhi konsep asas penyusuan susu ibu iaitu ‘supply and demand’.Jom kita jengah satu lagi testimoni SET B bersama ESP oleh Puan Nur Ilham. (credit to Iffa Anuar) jom lihat..

Jadi dari sebelum ni, susu dpt pump 1 oz.. susu dari meleleh, dah memancut keluar dan jumlahnya ada peningkatan 2 oz... Alhamdulillah.
Jadi, seperti yang selalu saya tekankan pada kawan2 saya, pengambilan suplemen memang sangat berbeza daripada pengambilan ubat-ubatan. Suplemen tidak bersifat dedicated tetapi ia memberi benefits secara menyeluruh. Pengambilan suplemen membantu memperbaiki taraf kesihatan kita, walaupun kesan yang didapati adakalanya agak lambat (kerana ia bergantung pada keadaan tubuh anda), namun ia bersifat memulihara.

credit

Anda bagaimana? Mahu mencuba Set Penyusuan kami yang hot ini? Dapatkan Pakej Triple M yang terdiri daripada Set B, Ostematrix dan ESP... akan melayakkan anda menikmati EXTRA diskaun. Begitu juga dengan persediaan untuk berpuasa ESP + Performance Drink. Sangat membantu perjalanan penyusuan susu ibu. Hubungi saya di 012-6790 484 atau FB: Jannatul Fadilah.

Salam kasih sayang :)

Susu Mencurah2 di Bulan Puasa!

Sekadar perkongsian ringkas dan mudah2an memberi manfaat kepada semua ibu yang berpuasa.


Perasan tak apa yang beliau lakukan untuk membanyakkan susunya?

" Saya telah tambahkan sesi mengepam"


Apa yang beliau perolehi hasil kesungguhan beliau?

" Di bulan puasa ini saya amalkan ESP + PD + set B. Ya ALLAH! mencurah-curah susu. Menangis saya kerana kesabaran saya membuahkan hasil akhirnya. Alhamdulillah..."


Nak berjaya dalam penyusuan tidak semudah ABC...perlu kesungguhan, kesabaran dan sifat istiqamah. Maka ibu-ibu yang sedang berusaha , amiklah iktibar dan semangat puan ini. Mudah-mudahan usaha diberkati dan hasil diperolehi seperti yang dihajati. Amin

credit


Salam kasih sayang :)

Susu Merudum di Bulan Puasa?

Bulan puasa itu biasanya disambut dengan penuh rasa seronok kerana kelebihan bulan Ramadhan itu sendiri. Namun tidak kurang yang berasa gundah gulana sepanjang bulan Ramadhan iaitu ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak. Golongan ini khuatir sekiranya kesihatan ibu dan anak terganggu dan bagi yang menyusu pula, penghasilan menunjukkan tanda semakin terjejas.

Benarkah puasa itu akan menyebabkan penghasilan susu terjejas?
Hakikatnya TIDAk jika si ibu mengambil langkah yang berjaga-jaga pada peringkat awal lagi.

Ibu menerima banyak email dan mesej dari customer sehingga kenalan2 baru yang bertanyakan mengapa penghasilan dan pengeluaran susu mereka terganggu pada bulan puasa.

Antara mesej tersebut berbunyi :

"Saya pump konsisten setiap hari sama seperti sebelum bulan puasa namun mengapa susu saya masih down? Kini makin hari makin merosot, sedih la...."

Yang terbaru:

"Dear, extremely sad! Tak sampai 1oz pun! semalam takleh nak lena terbayang2 kena bg FM...huhuhhhuuuuu....."

Memang benar perkara ini boleh terjadi apabila si ibu tidak monitor pengambilan air sepanjang selepas iftar sehinggalah waktu imsak keesokkannya. Ramai antara kita mudah leka, terutama selepas kenyang dengan makanan dan sedikit minuman, golongan ini hanya akan minum beberapa gelas sebelum tidur dan mungkin segelas waktu bersahur.

Jika kita adalah golongan yang alert, tentu kita sedari bahawa antara waktu iftar sehinggalah waktu imsak keesokannya, kita mempunyai hampir sebelas jam. Jika kita menyediakan langkah awal iaitu minum air dengan secukupnya, insyaAllah susu tidak akan terjejas sebenarnya terutama apabila si ibu itu memastikan sesi perahan yang konsisten.

Memang tidak dinafikan adakala kita leka sebab dah terbiasa sepanjang hari tidak minum maka adakala terbawa-bawa sehingga malam. Namun jika si ibu itu seorang yang really concern dengan penyusuan anaknya, insyaAllah si ibu akan memastikan minum air secukupnya sepanjang malam.

Banyakkan 3 liter itu sebenarnya? Secara jujur tidak banyak jika kita minum sedikit tetapi istiqamah iaitu berterusan. Bagaimana nak menjayakannya?

Cara yang paling mudah ialah...

1. Sediakan air di dalam 2 botol sukatan 1.5l.

2. Letakkan botol tersebut di tempat yang mudah dilihat agar sentiasa menjadi peringatan.

3. Pastikan selepas bayi menyusu atau selepas ke tandas, minum air 1-2 gelas agar menggantikan air yang keluar tadi.

4. Pastikan air yang disediakan di dalam 2 botol tadi akan habis sehingga sebelum masuknya waktu Imsak.

InsyaAllah untuk minum 3l air tidak akan menjadi satu masalah kepada si ibu atau sesiapa jua pengamal tegar vitamin sepanjang bulan puasa ini. Pengambilan Performance Drink adalah sebagai satu langkah demi memastikan badan tidak dehydrate atau jika kita tidak dapat melengkapkan keperluan 3 liter air tadi.

Sesungguhnya bila kita mempunyai indicator atau dengan nama lainnya penyukat...kita akan dapat tahu dengan mudah adakah keperluan air oleh badan dipenuhi atau tidak. Namun apa yang terjadi hari ini, ramai ibu2 yang menyusu anak merungut apabila hasil perahan mula menunjukkan tanda berkurang, tetapi hakikatnya mereka ini tidak mengamalkan konsep istiqamah dalam kehidupan seharian mereka.

Sekali lagi ibu nyatakan kejayaan penyusuan dengan pengambilan supplement memerlukan si ibu commit dengan 3 perkara ini:

1. Memastikan sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekurang-kurangnya. Walaupun breast tidak menunjukkan tanda bengkak atau berat dengan susu, si ibu perlu teruskan perahan agar susu akan terus terhasil.

2. Minum air sebanyak 3 liter. Minum sedikit tetapi istiqamah, insyaAllah 3 liter itu sedikit sebenarnya.
Ibu dan anak2 (terutama abah ke offshore) kami cuba minum 19 liter untuk 4 hari. Air sangat bagus untuk kesihatan luar dan dalaman tubuh kita.

3. DOA yang berterusan. Doa yang ibu maksudkan bukan sekadar niat menyusu dan tadah tangan semata-mata. Sebagai muslim kita perlu mendirikan solat kerana ia tiang agama, ada pendapat mendapati si ibu yang tidak menjaga solat akan sedikit lemah semangat untuk meneruskan perjuangan penyusuan. Wallah hu alam

Semoga panduan bagaimana untuk memastikan puasa tidak menggangu penghasilan susu memberi manfaat kepada ibu2 yang sedang menyusukan anaknya.

credit

Boleh email kepada saya di elila80@yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-6790 484 untuk konsultasi percuma.

Salam kasih sayang :)

Wednesday, August 3, 2011

"Akulah Menantu Pilihan... :)"

Wah..ayat macam nak membanggakan diri sendiri je ni :) ni lah status saya kat FB semalam. bukan apa, sepanjang Ramadhan ni jika tak ada aral saya, En Billy & Aien akan menemankan bapa mertua saya merangkap Atuk Aien kat Semenyih. Memandangkan ibu mertua saya kat kampung menjaga moyang Aien yg dah terlalu uzur kat sana, jadi kami yg paling mudah ni menjadi pilihan mereka hehehe...jgn salah faham pulak. Karang ada yg igt saya perahsantan jadi menantu pilihan. hehehe..

oh...saya akui memang gelabah jugaklah sebab kena sediakan santapan sahur & berbuka utk papa. Dahla org tua kan... selera dia tak sama dgn selera kitayg muda2 ni :) nasib baik ibu bg kemudahan utk saya: buatkan pilihan masakan utk berbuka setiap hari. pastu, papa lak dia yg ckp nak mkn apa. so, senanglah sikit tugas saya.

PENAT? memanglah penat. kalau kat rumah sendiri, serba serbi kita buat ikut kita je kan, tapi kat umah mertua kenalah jaga adab sopan menantu pilihan hehehe.. ;) en billy pulak paling best sebab hari2 dia yg bangun dulu, siapkan apa yg patut. uhuhuhu..kalau kat rumah kita abg yg siapkan semuanya! takpelah, saya tak terkira pahalanya nanti sebab berkorban utk suami & MIL serta FIL :) insya allah! pahala ni pulak saya nak sedekahkan kat arwah ayah sebab saya tak sempat nak jaga ayah......(amin...)

Puasa di rumah mertua, dengan baby dlm perut dah 23 minggu, dgn Aien Nur Sophea yg semakin melasak, mujur saya bekalkan diri dgn ESP & Performance Drink setiap hari sebelum imsak utk mantapkan lagi tenaga saya di sepanjang hari Ramadhan ini. Di samping vitamin2 lain yg WAJIB saya ambil setiap hari utk diri saya & baby dlm perut :)

Vitamin2 WAJIB saya :

1. Vitalea with Iron Formula
2. B Complex
3. Vitamin C
4. Ostematrix
5. ESP
6. Omega Guard (boleh start ambil awal2 pregnancy ataupun sebaik masuk trimester kedua)
7. Performance Drink

******************

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali. Saya minum sebelum imsak :)

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

So, itulah dia vitamin2 yang disyorkan semasa hamil. Dan itulah vitamin2 yg saya makan sejak bf Aien dulu (cuma tak amik alfalfa dah sebab dah pregnant balik). Maybe ada yang tanya, asid folik takyah ambil ke sebab takde pulak nampak asid folik dalam set di atas kan? Untuk pengetahuan anda, pengambilan Vitalea with Iron Formula + B Complex sebenarnya telah membekalkan jumlah asid folik yang diperlukan oleh preggies iaitu sebanyak 400 mcg (200 mcg + 200 mcg). Extra pula sebab vitalea ni dah lengkap dengan iron. Dan extra lagi sebab vitamin Shaklee adalah vitamin natural, semulajadi BUKAN SINTETIK.

credit


So, kalau anda nak try vitamin shaklee ni, boleh contact saya di 012-6790 484 atau FB: Jannatul Fadilah

Salam kasih syaang! :)

Percubaan hamil anak kedua dgn supplement Shaklee

Alhamdulillah, saya kini akan memasuki trimester ketiga kehamilan anak kedua kami, adik Aien :) minggu depan, i'allah kandungan saya akan berusia 24 minggu. Perancangan kehamilan kali ini semudah merancang kehamilan utk dapatkan Aien dulu. Mungkin saya & en Billy memang dikurniakan-Nya sistem pembiakan yg subur. Alhamdulillah.

Apa yg saya nak kongsikan di sini ialah kami berdua tetap berusaha utk mengambil vitamin2 kesuburan Shaklee sejak awal merancang utk membantu meningkatkan tahap kesuburan kami.

Sejak saya & en Billy merancang nak anak kedua bulan Januari lepas (selepas umur Aien genap 2thn pada December 2010), setiap hari saya akan pastikan kami meneruskan mengambil set B yg terdiri drpd vitamin2 asas Shaklee seperti Vitalea, b complex, vitamin C & alfalfa (sebab saya masih meneruskan bf Aien & utk kesihatan prostat en Billy) juga ostematrix (kalsium magnesium). Untuk saya, masih meneruskan pengambilan ESP yg sgt bagus utk pembaikan sel2.

Bila kita ada ilmu mengenai setiap khasiat vitamin2 ni, amat mudah bg kita utk merancang perjalanan hidup kita. Sebagai tambahan utk sistem kesuburan kami, saya & en billy tambahkan pengambilan vitamin E manakala utk en Billy, saya bagi tambahan supplement Zinc.

Kenapa saya tambahkan dua jenis vitamin ini?

Bezakah setiap Vitamin E?

Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.

Pada dasarnya vitamin E ialah:

Salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Secara kesimpulan :

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin e mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin e membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin e sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Kepentingan zinc dlm proses kesuburan

Ramai yang tidak tahu kewujudan supplement ini, namun bagi mereka yang mengalami rambut gugur, kekurangan sperma, wajah berjerawat, luka yang berterusan pastinya nutritionist akan menyarankan pengambilan zinc dalam diet makanan harian mereka.

Jika dahulu, sesiapa yang menjalani pembedahan pastinya akan dibekalkan dengan ikan haruan untuk mempercepatkan proses baik luka, namun sedarkah kita apakah fungsi ikan haruan sebenarnya? Ikan haruan didapati mengandungi zinc yang tinggi berbanding dengan ikan lain. Maka kaitannya adalah zinc sangat penting untuk menyembuhkan luka.

Dalam buku tersebut dinyatakan bahawa zink ni merupakan mineral yang diperlukan oleh badan untuk pemuliharaan dan pertumbuhan sel badan manusia. Ianya mempunyai kaitan dengan 300 jenis enzim dalam badan untuk membantu dalam metabolisma protein, karbohidrat dan lemak. Ia merupakan mineral kedua penting selepas zat besi.

Kepentingan zink antaranya…
1. penting untuk sistem pertahanan badan - imune system
2. bertindak sebagai anti oksidan
3. membantu penyerapan zat/mineral yang lain seperti magnesium, kalsium dan beberapa garam mineral yang lain
4. mempercepatkan pembaikan tisu yang luka
5. membantu penghantaran oksigen dan pengambilan karbon dioksida dari tisu
6. membantu pertumbuhan tulang yang sihat
7. mengawal rasa,bau dan selera
8. terlibat secara langsung dengan sistem reproduktif manusia- kesuburan

Keperluan seharian ialah 15mg dan zink boleh didapati dalam kebanyakan makanan laut seperti kerang,tiram, daging merah, kekacang dan yogurt.

Shaklee juga mempunyai tablet zinc yang mudah untuk diambil sebagai supplement harian. Harganya juga sangat murah iaitu RM27 untuk 120 biji.

Kekurangan zinc jelas kelihatan jika ada warna tompok putih atas mana2 kuku di tangan mahupun di kaki selain itu tiada selera makan, pembesaran terbantut, rambut gugur, luka lambat sembuh,rambut berkelumumur, rabun malam, hilang deria rasa dan bau, kurang nafsu sex dan kekurangan volume air mani..banyak lagi.

boleh rujuk kat entry saya pasal kesuburan ni

credit

Sebagai tambahan, lepas amalkan pengambilan vitamin E setiap hari, perasaan 'menggatal' kami membuak2 setiap hari ;) so, ia sangat2 membantu dlm proses merancang kehamilan kali ini...yelah, kalau tak 'menggatal' macam mana nak jadi kan? hehehehe.....ops, 18SX sudah... :)

Jadi, saya harap dengan perkongsian ni memberi panduan kpd pasangan2 di luar sana yg tengah berusaha utk mendapatkan zuriat dgn menjadikan pengambilan vitamin2 sebagai salah satu usaha kita. Yang lain2 tu kita hanya berserah kepada-Nya....

Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin Shaklee anda di 012-6790 484 atau add saya di Facebook: Jannatul Fadilah.

Salam kasih sayang :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...