Thursday, November 24, 2011

Saya Nak Bersalin Dah... Apa Persediaan Saya?

Awal pagi semalam dah turun tanda yg saya akan bersalin tak lama lagi. Pukul 1ptg smlm Akak Nor (kakak sulung saya) telefon nasihatkan saya utk balik rumah mak. Sebelum saya sakit lebih kerap. Dia risau saya tinggal dgn Aien kat rumah, takut air ketuban tiba2 pecah & baby tiba2 nak lahir (kes kecemasan ni!).

Lepas mintak izin En. Billy, pukul 2.30ptg semalam saya siap2 masukkan brg yg memang dah siap dipek awal2 dlm kete & bergerak ke rumah mak kat Cheras Baru. Saya drive sendiri ya! Mak risau tapi saya yakinkan mak "ala...blm sakit sgt lagi ni, boleh :)"

Kak Ana jiran belakang rumah pun risau..."biar betul Ila..baik2 drive tu". Ila jiran sebelah pun sama..." baik2 kak ila, hati2 ya..." oh...bertuahnya saya dapat jiran2 yg caring :)

Dari Kantan Permai ke Cheras Baru kejap je dgn jalan yg lengang jadi saya sampai rumah mak dlm pukul 3ptg. Alhamdulillah, semuanya ok.

Sebelum bersalin ni, saya dah sediakan Set Bersalin Shaklee awal2 lagi supaya saya tak kelam kabut nanti.


Lengkap dengan:

Vitalea, B Complex, Vitamin C & Zinc - basic set bersalin

juga:

ESP, Ostematrix & Alfalfa - tambahan untuk tenaga, baik pulih sel2 & penyusuan susu ibu


Saya juga akan tambah vitamin2 ini:


Vitamin E, Ginger Plus & Omega Guard - untuk kulit & parut yg cantik, buang angin & utk kesihatan otak & jantung saya & baby (insya allah saya akan bf baby sepenuhnya...amin)

Disebabkan lepas bersalin je saya nak start makan semua vitamin ni, maka saya letakkan kat dlm pill box Shaklee ni utk memudahkan saya capai bila nak makan masa kat hospital


nak juga enter frame hehehe...wajah org yg tgh menahan sakit2 manja contraction baby yg nak lahir


Nampak macam banyak kan... tapi semestinya ada jadual masa nak makan semua vitamin2 ni... tak kisahlah, yang penting saya kena pastikan badan saya sentiasa sihat cergas supaya saya dapat menjaga baby & menyusukan dgn cemerlang sebaik je lepas melahirkan.

Sambil2 menulis ni, sambil2 tu saya sedang menahan 'sakit2 manja'
baby nak kemas2 kat pintu rahim saya ni. Alahai cyg ummi, cepatlah lahir ye adik! Jgn buat ummi sakit lama2...

Terlupa pulak, mak bagi saya minum air selusuh ni... Bunga Sanggul Fatimah yg mak beli kat Mekah dulu.


Kembang memenuhi besen...harap2 pintu rahim saya pun terbuka luas macam kembangnya bunga ni masa nak melahirkan baby nanti...amin


Semoga Allah permudahkan urusan kelahiran baby saya ni secara normal dengan selamat...amin. Doakan saya ye kawan2 :)

Boleh hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah untuk dapatkan vitamin2 Shaklee anda. Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK dari saya dgn setiap pembelian dari blog buahatikusayang!

Salam kasih sayang :)

Diet & Kurus ~ 3 Supplement Utama yang Diperlukan...

Adik bongsu saya (seorang lelaki yg hensem hehe...) sibuk bertanya kat saya,

"mana supplement utk kurus aku, kata nak bagi?"

Sebelum ni saya bg dia lecithin & alfalfa je sebab dia ada resdung tapi memandangkan keadaan lemak dlm badan dia dah lama menebal, jadi saya syorkan kalau betul2 nak kurus ada 3 jenis supplement asas..

Pertama : untuk Detox
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herblax atau Alfalfa atau Fiber. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa atau Fiber,dan Herblax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Jika tiada masalah sembelit, ia bagus diambil untuk mencuci usus. Ibu2 yang menyusukan anak boleh dapatkan cara pengambilan yg terbaik daripada saya lepas pembelian dari blog ini.



Ia juga ikut bajet anda. Antara fiber dan herblax..fiber lebih optimum resultnya :..Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan. Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘membuang’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit. Selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman..


Kedua : Protein
Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)



Ketiga : Lecithin
Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.


credit to Cery, Hadha & Hasmah

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus, anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan main hentam je makan sesuka hati. Kene kurangkan lemak dan minyak dan rajin2lah bersenam. Itu juga yg saya nasihatkan kat adik hensem saya ni sebab dia rajin makan 'macam2' :)

Tak gitu adik hensemku? ;P


Hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah utk sebarang konsultansi & untuk mendapatkan vitamin2 Shaklee anda!

Salam kasih sayang :)

Lecithin Shaklee Mengembalikan Keyakinan Hasmah :)

Sebelum cuti bersalin (ada cuti ke? hehehe...), ada lagi yg saya nak kongsikan dgn semua. Terima kasih kpd Hasmah utk perkongsian ini :)

Ni cerita tentang Hasmah yg dah berjaya mengembalikan badan slim sama mcm masa anak dara dulu! Jom baca...

--------------------

" Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6bln..selera makan membuak2..dan badan juga bagai dipam2..lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria2..jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas difikiran ni nak makan..yang sangat sedihnya bila seluar Jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi..huhu...

Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar Jeans yang saiz 34 tu..sebab saya sayangkan seluar tu..dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu..ceh..slim ke..haha..

Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..

1. Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit..ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah..memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..

2. Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..

3. Saya kurangkan fastfood. (No KFC, No Pizza)

4. Saya bersenam dalam rumah je..senaman ape yang saya buat ye..saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh..mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..

5. Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bln..saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic..memang terbaekkk..

6. Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..

7. Saya banyakkan minum AIR MASAK..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..

8. Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..

9. Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..

10. Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya... ;)

Meh tengok gambar ni sebagai bukti :)


Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je..

Berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg..BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kene kecikkan..huhu..

SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni..sebab badan tak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus...biar lambat asalkan selamat..jom saya sharekan info produk Shaklee yang boleh anda pilih untuk DIET..Ianya cuma saranan..terpulang pada anda dan juga bajet ye..tiada paksaan..sebab kalau tengok 10 perkara yang saya buat 2 je bantuan dari Supplement..yang 8 lagi silalah baca..hehe.."

------------------------

Begitulah gembiranya Hasmah bila berjaya slim balik mcm zaman anak dara dulu. Saya lepas bersalin ni pun teringin nak dapatkan bentuk badan yg dulu... 32-25-35 dgn berat 47kg! Awww...rampingnya i hahaha:) Insya Allah boleh punya!

Hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah utk sebarang konsultansi & untuk mendapatkan vitamin2 Shaklee anda!

Salam kasih sayang :)

Wednesday, November 23, 2011

Tanda-tanda Bersalin Dah Ada @ 39w :)

Harini masuk minggu ke-39 kehamilan saya. Memang berdebar2 bila dlm pukul 2.30 pagi tadi saya nampak tompokan darah + lendir masa nak buang air kecil. Gembira jugak sebenarnya sebab saya tau itu salah satu tanda nak bersalin :) Tak sabar nak lahirkan seorang putera pulak utk En. Billy yg tercinta! :)

Lepas je buang air (bahasa sopannya kencing hehehe...), saya dah xlena nak tido.. nak bgtau En. Billy ke tak ni? kalau bgtau, kesian pulak nak kejutkan dia tengah syok tido. Kalau tak bgtau, xbest pulak rasa debar sorang2 hehehe... last2 saya kejutkan jugak, bgtau dah ada tanda darah keluar. Terus suami saya yg caring tu tanya, "ada rasa sakit x?" dan pantas saya jawab, "tak".

Pastu saya suruh En. Billy kejutkan Aien utk kencing. Ada la alasan saya nak kejutkan dia tadi. Memang sejak kitorang latih Aien utk diaper free mlm2, tugas En. Billy ialah bwk Aien pergi kencing waktu awal pagi sebelum dia terkencing kat tilam ;) tapi sebenarnya dah tak perlu dah. Sebab Aien dah pandai adjust waktu kencing dia iaitu lepas bangun tido.

Selesai semua tu, semua sambung tido. Tapi saya still takleh tido. Dah terasa sakit sikit2 dah. Terkebil2 mata saya memandang dua wajah kesayangan hamba tgh tido....oh...bahagianya!

Saya pun pusing kanan.. pusing kiri...tak jugak boleh tido. Last2 saya lari kat sebelah En. Billy. Lepas kena peluk, sedar2 En. Billy kejutkan saya utk solat Subuh. Dah pukul 6.15 pagi dah :)

Fuhhhh...kali pertama saya nak rasa sakit bersalin ni. Masa Aien dulu kan czer...x sempat nak rasa sakit Aien dah lahir :)

Sekarang ni saya masih berdebar2 nak tunggu fasa sakit yg seterusnya...mak & kakak2 saya ckp tak lama lagi tu....Insya Allah semoga Dia memudahkan urusan kelahiran adik Aien ni & selamat segala2nya. Amin...

Walaupun saya bersalin, saya masih menerima pesanan vitamin2 Shaklee anda! Hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB : Jannatul Fadilah

Salam kasih sayang :)

Sunday, November 20, 2011

Atas Kesungguhan Wani... 2oz dulu, 15oz harini :)

Penyusuan susu ibu ni bukan semudah yg kita sangka... juga tak sesusah yg kita fikirkan. Saya selalu ckp mcm ni kat customer2 saya atau kat sesiapa yg bertanya pendapat tentang breastfeeding.

Ya! mungkin bagi sesetengah ibu di luar sana tak kisah nak bagi baby mereka susu formula, tapi bagi saya jika kita belum berusaha bersungguh2 utk memberikan yg terbaik kpd baby, JANGAN disebut perkataan menyusukan anak dgn susu FORMULA!

Dan berkat kecekalan hati saya itu, ALLAH melimpahkan kurnia & rezeki-Nya kpd anak sulung saya, Aien Nur Sophea Fadzlishah utk dapat menyusu sepenuhnya dgn susu saya sampai dia berusia 2thn. Dan meneruskannya sampai 2thn 6bulan :) SYUKUR ALHAMDULILLAH!!!

Nampak mcm mudah kan... fully bf sampai 2thn. tapi hakikatnya, kita memerlukan pengorbanan yg besar utk memastikan niat murni kita terlaksana. Tapi saya percaya, Allah tu Maha Pemurah. DIA takkan mensia2kan usaha & pengorbanan kita utk mencapai niat murni kita tu.

Sama macam Wani, salah sorang kenalan saya di FB yg mengalami masalah susu yg sedikit walaupun tengah berpantang. Keluhan Wani masa mula2 nak tanya saya tentang masalah bf nya...


"Salam kak, sy wani. Ad prob dgn breastmilk. Dh b'salin sbln 6hr tp susu sgt2 kurang. Sekali pump bole dpt 1oz je. Melainkan dr mlm smp pg xpump bole la dpt dlm 4oz. Mcm2 usaha dh buat, mkn itu ini tp t'lalu lmbt nk dpt hasil. Sbln m'cuba baru blh dpt 4oz. Bole bantu ke? Terima kasih."


Bertuahnya Wani sebab melalui kakaknya dia mendapatkan trial pack set E yg mengandungi vitalea, b complex, vitamin c , alfalfa & ostematrix. Lepas saya consult & yakinkankannya dengan TIPS2 EXCLUSIVE yg sememangnya khas utk customer saya, Wani memberikan respon yg amat baik sekali. Saya pun tersenyum lebar bila Wani reply saya di FB lepas 2 minggu mencuba set bf shaklee...


"wslm..khabar baik..erm, banyak perubahan.. dari 2oz sehari jadi 15oz sehari, kadang2 lebih..kene usaha lagi ni hehehe..thanks akak."


Best kan? :) Terpancar nada girang di hatinya! Saya turut berkongsi kegembiraan dengan Wani. Apa yg buat Wani cekal ialah niatnya yg murni utk menyusukan baby dgn susu ibu. Di samping usaha & pengorbanan utk memastikan niatnya berjaya. Saya cuma membantu memastikan Wani terus berusaha & tak putus asa sebab Allah takkan mensia2kan setiap usaha murni kita.

Ni baby Wani yg comel & tembam :)


Alalala comelnya... ;)


Nak perubahan terbaik macam Wani jugak? Jom ambil Set Penyusuan Shaklee dengan saya sekarang! Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK drpd saya dengan setiap pembelian dari blog buahatikusayang!

Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin2 Shaklee anda di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah.

Salam kasih sayang :)

Friday, November 18, 2011

Doa Nak Dapat Anak Lelaki

Alhamdulillah.. kali ni baby saya lelaki ya! Allah makbulkan doa kami utk dapat anak lelaki pulak lepas Aien :)

Apa yg kami amalkan utk dapatkan boboi boy pulak kali ni? Rasanya takde apa...cuma saya & en billy amalkan baca doa dari buku ni.


Doa utk mendapat anak lelaki...


Maksudnya:
"Ya Allah, sesungguhnya kami akan memberi nama anak yg berada di dalam perut isteri kami dengan nama Muhammad maka jadikanlah dia untuk kami seoang anak lelaki dengan hak orang yg mempunyai nama yg mulia ini yakni Nabi Muhammad"


~ Doa ni dibaca sebanyak 3x dengan meletakkan tangan di perut isteri yg sudah hamil 2 atau 3 bulan ~

Jadi, kepada kawan2 di luar sana yg teringin anak lelaki, boleh cuba kaedah ni. Insya Allah jika benar2 ikhlas & konsisten Allah akan makbulkan jua....

Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin2 shaklee anda!

Salam kasih sayang :)

Korban Kepala Lembu

Ni cerita Raya Haji haritu. Hehe..lambatnya nak update ;)

Takde cerita apa pun, biasalah kalau Raya Haji / Raya Korban ni. Mesti cerita pasal korban haiwan ternakan. Raya Haji thn ni turn kat Semenyih. So, En Billy pagi2 dah turun ke masjid kat sana utk tolong bergotong-royong sama2 dlm ibadah tu.

Dah selesai je, pak mertua saya bawak balik ni ha...
....

Kepala Lembu! hehehe....

Papa saya tu memang rajin membega2 kepala lembu. Pernah otak lembu tu dikeluarkan & dimasak (kalau tak silap saya) tapi xdela saya makan huhuhu...
Bukan tu je, perut lembu pun jadi bersih lepas papa siang elok2. Perut lembu xpe, saya makan. Tak geli punya! :)


Aien pulak, memang berani sangat, sampai atuk dukung suruh amik gambar dgn kepala lembu pun dia nangis hehehehe... ;P ngeri agaknya tengok korban kepala lembu tu


Salam kasih sayang :)

Thursday, November 17, 2011

Tanda-tanda Nak Bersalin

Alhamdulillah, saya dah masuk ke fasa terakhir kehamilan... harini dah 38 minggu 3 hari, dengan berat baby 3.4kg (+/-500g), dan berat saya 62kg! Saya maintain ye. Jangan ingat saya makan vitamin2 Shaklee masa peknen ni saya jadi gemuk. TIDAK sama sekali :)Baby je yg tembam kat dlm perut saya ni hehehe...


En Billy pun maintain tau!


Bila dah dekat2 nak bersalin ni terasa takut pun ada. Maklumlah, ini kali pertama saya nak try bersalin normal. Masa aien dulu saya czer..so memang x sempat nak rasa sakit bersalin. Tu yg jadi gerun kali ni.

Untuk kurangkan rasa berdebar2 saya menjelang hari kelahiran putera kami ni nanti, saya carilah info utk menghadapi saat2 yg penuh mendebarkan itu...

Sumber rujukan di sini


Tanda-tanda bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan di hospital, cuba buat ‘tour’ di sekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:

* Menghadiri kelas antenatal
* Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
* Tonton video kelahiran
* Amalkan pernafasan and relaksasi.
* Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

Jadi, kepada ibu2 baru atau yg pertama kali nak bersalin secara normal mcm saya, mungkin ini boleh dijadikan panduan utk anda. Semoga segala2nya berjalan dgn lancar & selamat dari mula sampai akhir. Sedangkan mak yg kecil molek pun mampu nak lahirkan sebelas org anak secara normal, inikan pulak saya yg lagi besar drpd mak :) insya allah, saya BOLEH! :)

Hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau Fb saya : Jannatul Fadilah untuk mendapatkan vitamin2 Shaklee anda!

Promosi hebat Set Bersalin hingga saya selamat bersalin di sini

Salam kasih sayang :)

Monday, November 14, 2011

Kasih Ibu...


Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?

Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK drpd saya dengan setiap pembelian dari blog buahatikusayang! Hubungi saya sekarang di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya: Jannatul Fadilah.

Salam kasih sayang :)

Friday, November 4, 2011

Set Bersalin Shaklee ~ Memang Terbaekkkk!

Oh.. mentang2lah saya dah dekat2 nak bersalin, banyak je cerita pasal Set Bersalin Shaklee sekarang ni :)

Kali ni kongsi cerita terbaru daripada Eken, salah seorang pengguna Set Bersalin Shaklee (Set C) sejak dua jam selepas melahirkan bayinya.


"salam...anak ptama dlu ekin amik jamu utk set bsalin,tp xboleh makan lagi sebab anak ekin kene kuning...lepas kuning nye hilang seminggu lepas tu baru ekin blh makan rasa mcm rugi je sbb badan sakit2 masa jaga baby kt hospital,,,

mengandung anak kedua,ekin xmau dah amik jamu..so ekin amik vitamin SHAKLEE dari akak jannatul fadilah...ekin stat makan vitamin ni 2jam lepas bersalin...anak kedua ekin pun kene kuning tp ekin still makan vitamin sampai arini...kuningnye lagi lama dari abgnye. alhamdulilah bila makan vitamin ni susu sangat2 meriah so xde masalah nk susu kn dia..kuning pn turun pd hari ke16...bulan puasa haritu pn,susu xda drop..boleh puasa mcm biasa..

lepas makan vitamin ni ekin rasa lebih bertenaga. xde la asik nk tertido je maklomlah letih kan lepas bersalin, menjaga waktu mlm lagi..alhamdulillah..yg penting sembelit xjadi dah mcm bersalin kat abg nye..hehheee.."

-------------------------------

Alhamdulillah...saya ringkaskan di sini apa yg ekin kongsikan:

* gantikan jamu dgn Set Bersalin Shaklee
* boleh makan immediate sebaik je selepas bersalin
* boleh terus makan walaupun bayi kena kuning, malah membantu mempercepat baik pulih demam kuning bayi melalui pembuangan najis bayi (dibantu oleh pengambilan alfalfa)
* susu sangat2 meriah
* bulan puasa, susu tak drop malah boleh puasa walaupun sedang menyusukan anak lelaki
* badan rasa lebih bertenaga walaupun tak cukup tidur & letih lepas bersalin
* yang penting, tiada lagi sembelit :)

------------------------------

Perkembangan baby ekin:



Baru Lahir - 3.2kg
Sebulan - 4.5kg
2 bulan - 6.0kg
3 bulan - 7.0kg
4 bulan - 8.2kg
5 bulan - 8.7kg

Ekin & Akim masa baru lahir


Memang sangat tembam!


Tengoklah dia punya badan tu...WOWWW... sungguhhhh berketul2!!!


Penangan Susu Ibu bersama vitamin2 Shaklee!!!!

Nak baby anda mcm baby Ekin jugak? Jom ambil Set Bersalin Shaklee dengan saya sekarang! Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK drpd saya dengan setiap pembelian dari blog buahatikusayang!


Promosi hebat set bersalin hingga saya selamat bersalin di sini :)

Salam kasih sayang :)

Siapa kata ESP tak sedap?


Ada yg takut nak cuba ESP sebab takut tak boleh telan.

Ada yg terpengaruh dengan ESP itu SOYA :)

Pada saya, ESP ni sangat2 sedap. Aien pun suka campurkan dalam 'MILO' dia :)

Siapa yg tak cuba memang tak tau! Bak kata kawan2 kat bawah ni:


"ESP sedap minom dengan milo sejuk.. kalau tak dapat minom 1hari jadi terbayang2 ke enakan nye.. :D hahaha.. and tadi try resipi baru ESP + El marino (collagen drink buah delima) pon sedap jugak macam minom air yogurt. yummy! ibu sihat & makin cantik, anak kenyang dapat susu pekat and banyak"


Jom dapatkan khasiat ESP sekarang di samping rasanya yg lazat! Hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah

Kalau tak sedap, takkan jadi BEST SELLER kan.... ;)

Salam kasih sayang :)

Set Bersalin Shaklee

Alhamdulillah, 36 minggu yg sihat sejahtera bersama boboi boy kami :) Boy kali ni.. Alhamdulillah!


Untuk makluman semua, saya dah prepare Set Bersalin Shaklee untuk kegunaan lepas je bersalin nanti. Berpantang cara moden dengan vitamin, tak ada jamu lagi :)

Best ke Set Bersalin ni?


Jom baca kat sini

Salam kasih sayang :)

Wednesday, November 2, 2011

Vitamin E Buat Kita Menggatal ;)


Ada segelintir wanita yang berubah menjadi sedikit "dingin" selepas melahirkan anak. Tidak kurang juga, ramai yang masih kekal malahan lebih "hot" selepas bertukar status menjadi ibu. Bagi segelintir wanita yang tergolong dalam kumpulan "dingin" itu, saya doakan agar anda berjaya mengatasi masalah itu dengan sebaiknya.

Di entri kali ini, ingin saya kongsikan sedikit tips untuk mengatasi masalah ini.

Walaupun ader beberapa testimoni menarik yang saya terima, tidak mungkin untuk saya kongsikan di sini kerana ianya melibatkan private life individu. Maka, apa yang saya coretkan adalah merupakan pengalaman peribadi sendiri, dicampur aduk kan dengan pengalaman rakan2 yang telah merasai keistimewaannya, tanpa perlu reveal mana2 pihak yaa.

Mudah sahaja.
Supplements yang saya maksudkan, membantu untuk mengatasai masalah ini ialah Vitamin-E & Alfalfa.

Tak percaya?!! Teruskan bacaan anda.....

TESTIMONI

Sejujurnya, pertama kali saya consume Shaklee Vit-E adalah selepas menjalani pembedahan "Surgical Incision and Drainage". Tujuan asalnya ialah untuk pemulihan luka. Walaupon luka masih belum sembuh, saya notice yang saya turut mendapat "side-effect" yang lain, tapi bukan negatif yaa. Sangat2 POSITIF! Alhamdulillah. Mula2 nya seakan2 tak percaya yang itu adalah penangan Vit-E. Tapi, bila saya kaji dan terus mengkaji, benarlah itu adalah kesan yang baik daripada Vit-E.

Kemudian saya terfikir, manalah tahu kalau2 pengambilan Vitamin-E ini dapat membantu rakan2 yang mempunyai masalah ini? Walaupon tiada kajian rasmi yang pernah dibuat, dan saya juga Alhamdulillah, tidak mempunyai masalah ini, namun tidak salah untuk mencuba bukan? Maka, saya tawakkal untuk cadangkan pengambilan supplements ini kepada rakan2 yang mempunyai masalah ke'dingin'an.

Alhamdulillah, hasilnya memberangsangkan!
Tambah mereka lagi, suami mereka turut juga boleh rasai 'perbezaannya'. Dan, errr... full-stop! Tak boleh reveal lebih2. Hehehe.

Alfalfa pula, seperti yang rakan2 dah tahu, sangat2 byk khasiatnya. Ia membantu mengatasi masalah keputihan bagi wanita, dan turut berfungsi seperti "Kacip Fatimah", if you get what i mean. *hint*hint*

Aghhh, kan saya dah cakap tadi, saya memang segan nak cerita lebih2 sebab ini melibatkan intimacy. Kepada rakan2 yang mahu tahu lebih lanjut, macam biasalah, you know how to reach me, right? ;)

Owh, sebelum terlupa, tak kurang juga, keadaan si ibu seperti keletihan, stress, moody dan lain2 turut mempengaruhi masalah ini. Maka, adalah lebih baik untuk si ibu turut mengambil supplemen asas iaitu multivits, b-comp dan vit-c untuk memberi tenaga & mengekalkan kesihatan yang optimum. Kalau perlu, berehat seketika dari melakukan aktiviti harian yang agak membebankan, and go somewhere (romantic places) with your spouse, just the two of you!

Yang penting, isteri jangan lupa menjadi isteri, ya! ;)

Dan, sebelum terlupa (lagi!), pengambilan Vitamin-E tidak menggangu penyususan susu ibu. Apatah lagi, sangat membantu mencantikkan kulit! Sudah hampir setahun saya mengambilnya untuk tujuan antioxidants & kesihatan kulit, dan anak saya masih lagi mendapat khasiat susu ibu. Insya Allah, bakal berumur 2 tahun pada 19 Disember ini. Alhamdulillah.

Akhir kata, apa yang saya kongsikan di sini ialah pengalaman peribadi saya dan rakan2 yang telah mencuba & amalkan supplements Shaklee. Namun, terpulang kepada rakan2 untuk mencuba supplements yang lain. Cuma pastikan kawan2 amalkan vitamin yang saya nyatakan di atas, terutama Vitamin-E dan Alfalfa.

Terima kasih Arnie atas perkongsian ini :)

Boleh juga baca cerita saya & En Billy masa nak plan anak kedua kat sini :)

Kepada anda yg nak rasai perubahan positif ini, bolehla try Vitamin E Shaklee! Hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya: Jannatul Fadilah.

Salam kasih sayang :)

Khas untuk ibu-ibu baru ~ Teknik Memerah Susu~

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg).

Susu yang dipam pada waktu yang berbeza tetapi dlm tempoh 24 jam boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas diletakkan dibahagian sejuk peti sekurang2nya sejam. Barulah susu yang dicampur tadi dibekukan (dibuat stok).

Memerah dengan tangan (marmet)

- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran

- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah

- sediakan bekas yang bersih dan steril

- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa

- boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa

- buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)

- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks

- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu- buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)

- tekan payudara ke belakang ke arah dada

- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan

- teruskan memicit sehingga susu keluar

- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril

- buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar

- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)

- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu

- tukar ke payudara yang satu lagi

- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi

- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir

- setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

Memerah dengan pam payudara

- baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya

- basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam

- basuh tangan dengan bersih

- duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa

- rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)

- posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield

- mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)

- boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan

- pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir

- masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)


Panduan-Panduan Lain

1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan

2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)

3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan

4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump

5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)

6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)

7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu

8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi


Sumber: SHAKLEE GBS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...