Monday, April 30, 2012

Kerap Bersin dan Hidung Berair? Vitamin C Penyelamat Anda :)

Anda mengalami keadaan di mana kerap bersin tak kira waktu? Mungkin anda mengalami simptom alahan atau alergi terhadap habuk dan sebagainya.


Jika berlaku keadaan sedemikian, tentulah kita rasa sangat tak selesa dan kadang-kala mungkin berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Kongsikan pengalaman Irme Hafziany Yusop yg telah berjaya mengatasi masalah ini dengan Chewable Vitamin C Shaklee :)



"‎15minit yg lalu sy bersin x berhenti2 dan hidung berair,bru teringat blum mkn vitamin c hari ni, sambil baring2, tenmpak chewable vit c plus 100mg kepunyaan anakku, trus hisap2 5biji skali...now, hidung da rasa kering...wow!punya cepat kesan dia..syukur alhamdulillah,thanks shaklee!"

Alhamdulillah! sepantas kilat kesan yg dirasai oleh Irme.

Mungkin ada yg akan bertanya,

"Eh, chewable vita-c tu boleh diambil oleh org dewasa ke? Kan ke untuk kanak2 vitamin tu?"

Jawapannya:

"Ya, boleh. Lebih2 lagi jika org dewasa itu sukar untuk menelan pil. Pengambilan juga mengikut sukatan yg diperlukan oleh individu itu. Jika dia kanak2 cuma perlukan sebiji sahaja (100mg) tapi jika dewasa perlukan 5 biji iaitu bersamaan dengan 500mg vitamin C."

Sebab tu Irme makan 5 biji sekaligus untuk dapat kesan yg sepantas itu! :)

* Nota: Konsultasi sangat penting bagi anda yg mengambil setiap suplemen Shaklee ini untuk memastikan anda mendapat kesan yg optimum!

Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.

Antara kelebihan Chewable Vita-C 100mg ini:

- Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan*
- Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat*
- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging*
- Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan*
- Memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk keseluruhan kesihatan yang baik.
- Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi.
- Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.
- Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.
- Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang

Sunday, April 29, 2012

Kembalikan Selera Makan Semasa Morning Sickness ~ Meal Shakes Sangat Membantu!

Biasanya di peringkat awal kehamilan iaitu pada trimester pertama ibu2 hamil selalu mengalami alahan yg teruk (loya dan tak lalu nak makan... makan apa pun nak keluar balik). Amat sukar bagi seseorang ibu utk memastikan keperluan zat yg dibekalkan kepada bayi yg sedang dikandung.



Amat bahaya jika makanan apa pun tak dapat diterima oleh tekak & akhirnya keluar balik. Terfikirkah kita khasiat yg dapat diberikan oleh ibu itu kepada bayi yg sedang dikandung jika apa yg dimakan akhirnya dimuntahkan semula?


Apa kata Umi Nad'rah yang kembali berselera & bertenaga dengan Meal Shakes walaupun sedang mengalami alahan yg teruk:


sy disahkan mengandung dan alah xlalu mkn n vitamin shaklee pun xleh nk telan...tp Alhamdulillah bila sy bancuh meal shakes sy sgt2lah suka keharumannya dan sy sgt bertenaga di tmpt kerja...vitamin mengandung pun lalu mkn...so belilah meal shakes...anda pasti kagum dgn kebaikannya


Wah.. bagus kan Meal Shakes ni :)


Dari tak berselera makan & tak boleh nak telan vitamin, dengan hanya bau haruman French Vanilla Meal Shakes tu terus Umi terlupa yg dia sedang loya2 ;)


Terus ada mood nak makan, terus boleh telan vitamin utk memastikan tumbesaran bayi yg sedang dikandung sihat sempurna. Terus Umi bertenaga dan ceria di samping tugasan2 yg menanti di tempat kerja :) Hehehe.. banyak sangat terus.

Jadi, kepada anda yg sedang menanti morning sickness itu pergi dari hidup anda, apa kata terus berikan tubuh anda serta bayi yg sedang dikandung khasiat meal shakes yg enak & menyelerakan ini! :)


Tak rugi mencuba untuk memastikan yg terbaik buat diri & bayi anda :)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Wednesday, April 25, 2012

Angka 88 Yang Kaya dan Kaya!

Apa ada pada angka 88?


Orang cina suka betul angka ni.. saya pun suka. Anda pun mesti suka kalau saya bgtau...

Jeng jeng jeng.... nak tau apa kaitannya dengan anda/anak anda/keluarga anda? Hubungi saya sekarang :)

Saya yakin, anda mesti suka!

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Kek Coklat Moist Pertama Dalam Sejarah!

Hehe.. macam tak percaya bila saya berjaya buat kek coklat lembap (choc moist) yg pertama dalam sejarah hidup nak masuk 32 tahun ni ;) Bukan apa..saya ni memang x suka betul dalam hal2 membaking2 ni. Lagi2 kena main dengan mentega minyak telur tu semua...yg melekit2 susah nak basuh tu...

Tapi tiba2 2 minggu lepas saya jadi rajin pulak nak try buat kek2 ni. Dah banyak jugak kek yg jadi. Dulu pernah jugak buat kek carrot. Kek pertama.. bawak g ofis masa tu keje kat Rakyat Holdings. Dapat pujian jugak daripada kawan2 hee...

Ok. berbalik kepada cerita kek moist ni. Resipi moist cake ni saya dapat kat group Supermakkk FB. Bagus jugak diorang add saya kat group ni. Dapat juga ilmu yg bermanfaat :)

So, petang anak2 dah tido dalam hujan lebat petir kilat semua tu saya sediakan bahan2 dia. Memang dah ada semua. Kan semangat nak buat kek. Kejap je. Senang baitu! Kalau tau mcmni punya senang dari dulu lagi saya rajin buat kek hehe..

Taraaaa....

Ni dia choc moist cake saya yg baru keluar dari oven. Hangattttt lagi. Merekah2 U!


Orang kata (termasuk En Billy yg dah pernah pergi kursus buat kek dulu...) kalau kita bakar kek moist kena biarkan semalaman baru sedap makan sebab baru lembap dia ada. kalau makan lepas keluar oven dia kering je... tapi saya suka kat kerak dia tu. Keras rangup...kruk krak kruk krak.

Ni En. Billy rasmikan sempena nak breakfast pegi keje. Rajinkan isterimu buat kek utk breakfast ;)


Hati berbunga2 bila En Billy ckp kek saya sedap!

"Boleh jual ni"

Kembang tersipu2 la saya kan bila dah suami puji ahahaha...ke dia puji sebab nak amik hati saya? Kehkehkeh! Eh tak... betul2 sedap kek saya ni tau. Siap berani hantar kat jiran sebelah lagi :)

Bila dah dipuji saya pun berangan2 lah nak buat kek utk birthday yg tercinta nanti. Jugak bithday anak2. Oh... tingginya impian. Insya allah saya boleh! :)

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

4 bulan Setengah ~ Saya Nak Merangkak Dah... :)

Wah.. wah...Anieq Sufi ni. 2 bulan setengah dah berjaya meniarap, ni baru 4 bulan setengah dah sibuk berusaha keras angkat2 punggung nak merangkak pulak! Bagus.. bagus... ummi bangga Anieq cepat dan pantas! Hehe...

Jom tengok usaha keras & bersungguh2 Anieq nak cuba angkat bont*t (sebut punggung la, sopan sikit) hehe..

Ummi skodeng dari dapur


Kuatlah kaki & tangan dia...


Heee.. dah perasan ummi amik gambar dia ;)


Rehat jap...


Pose baik punya :)


Sambung angkat bont*t... eyah... eyah...


Akhirnya! Macam sujud pun ada :)


Alhamdulillah. Setakat ni perkembangan Anieq sangat positif. Maklumlah, dia membesar dengan susu ummi sepenuhnya di samping pemakanan yg baik sejak dari awal usia kandungan lagi. Kata Ummi dealer Shaklee... wajiblah ummi makan vitamin Shaklee masa mengandung kan... ;)

Bak kata kawan2 FB saya ni:




Betul tu Ummi Faris, Khairun Najat. ikut baby :) kita sbg penjaga dia bg sokongan je. mcm saya ni, anieq sibuk angkat2 punggung, saya yg lelebih jerit cepat..cepat..! lagi..lagi..!!! hehe ;)

Anak2 yg dikasihi, ummi & babah akan berikan yg terbaik utk buahatikusayang sekalian. Selagi ummi terdaya... Aien & Anieq adalah harta yg tak ternilai untuk ummi & babah dunia akhirat...


Semoga terus membesar dengan sihat sempurna & cemerlang. Amin....

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Monday, April 23, 2012

Selera Makan Anak Bertambah Dengan Meal Shakes!




credit to Azrin Mohd :)

Jika anak anda mengalami masalah seperti dalam gambar ini...

* Taknak makan?
* Kurang berat?
* Tak fokus?
* Selsema?
* Sembelit?
* Asma?

Segeralah cari penyelesaiannya...


Umpama kata ibu-ibu yg dah mencuba Meal Shakes Shaklee ini & mengakui keberkesanannya kepada anak2 mereka:



Salam semua. Just nak share my conversation with my mom semalam:

Me: masa Dikna x de 3 hari ni mak bg x Meal Shakes utk Farhan?
Mom: bg mcm biasa
Me: so mcm mana dia, ok x compare b4 this?
Mom: Farhan dah senang mkn skrg. Mkn pun dah byk dari dulu, susu pun kuat. Kengkdg tu baru lepas mkn nasi x sampai setgh jam dah mintak susu lak. Tgk lah badan dia, dah nampak berisi banding dulu
Me: ok lah tu, Alhamdulillah dah ada +ve improvement

FYI, sesapa yg kenal rapat dgn saya tau masalah anak saya yg susah mkn. Tp sejak amalkan Meal Shakes ni, my mom kata dah ada perubahan :)


Ini juga:


Alhamdulillah...selera makan Ammar dh bertambah...suka tgk dia dh xtolak bila kita offer makan...;-) semua ni mungkin sebab Meal Shakes, yg br je start bg dia last 4 days..

Dan ini:


bgus jugak mealshake nie ye..ank sy dlu x mo mkn..ble nk bg mkn msti nyorok blakang pintu..skrg lepas sy bg die mealshake..mkn mcm x ingt dunia..ble x bg mkn msti mrh..skrg sayur2 pon die mkn..dlu die paling benci kt sayur..gembira hati sy tgk die da berselera..pipi pon da berisi..

Kongsikan kisah menarik Meal Shakes yg lain:

* Multivitamin yang sangat lazat!
* Meal Shakes, Aien & selera makan yg positif
* Jika anak2 mudah diserang selsema atau susah nak makan

Cubalah untuk berikan yg terbaik buat si comel tersayang... :)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)


Saturday, April 21, 2012

Lecithin ~ Induk Anggun Turun 4kg Dalam Masa Sebulan!

Tak sangka, adik saya Pura (induk anggun Aien & Anieq) yg dulu memang kata supplement ni tak serasi dengan dia..bla..bla.. tapi baru2 ni try lecithin & mengakui keberkesanannya!


mcm x percaya je bl ade kwn2 ckp "nmpk makin slim la ni..x mkn ka..?" aku mcm biasa..mkn msti x miss sbb ku suke mkn. tp aku ada amik lecithin fr shaklee product. tp mmg dlm sebulan aku dh turun 4kilo..nmpk mcm ckt je turunnye tp cube korg amik daging yg 4kilo then letak atas timbang. so bykkan..?hehe..

Pura cikgu kat Kedah. Org KL tapi sebab kawin pun dgn org utara, mengajar pun kat sana so, cakap pun dah jadi loghat sana dah. Tak kisahla na.. janji akak paham ;)

Cuti sekolah baru2 ni dia balik & amik lecithin dengan saya. Nak slim balik katanya. Sebab dulu dia slim tau walaupun badan dia memang beza sungguh dengan saya yg kemetot kecik molek nih.

Gambar ni tahun lepas masa kenduri akikah Aisy. Anieq kat dlm perut lagi ;)


Masa kahwin pun jaga badan kan.. nak pakai baju kawin cantik punya pasal, ha...habis ribu riban jugakla utk kurangkan lemak kat bahagian2 tertentu.


Tapi memandangkan kakak dia yg kiut miut kemetot ni sekarang jadi dealer Shaklee, & tau kebaikan lecithin utk pecahkan lemak & minyak dlm badan, so dari sekeras2 hati pura taknak makan supplement, terus sambar 2 botol bawak balik Kedah.


"Aku nak kurus mcm masa belajar dulu.." katanya.



"Boleh je. Jaga makan sikit, & makan lecithin", kata saya pulak.

"Jangan ko belasah makan macam2 lepas tu ckp nak kurus. Susahlah sikit".

Bak kata Pura, "aku mcm biasa..mkn msti x miss sbb ku suke mkn", hehe...

TAPI dengan LECITHIN, makan macam biasa malah dapat bonus lagi... berat badan berkurangan!

Siapa nak? Mesti nakkan... :)

Pura sebelum amik lecithin


Mana gambar latest inok ni?? Dah ada nanti saya update ya!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Wednesday, April 18, 2012

Penyusuan Susu Ibu : Bengkak Susu ~ Petua Mengatasinya

Ramai customer saya mengadu mereka mengalami bengkak susu sebaik mengambil set 3M kami! Ini berlaku sebab tak amalkan betul2 TIPS EXCLUSIVE yg saya berikan masa membeli vitamin. Betul, set 3M boleh membanyakkan susu namun jika tak ikut betul2 tips yg saya bagi, masalah lain pula yg akan timbul. Inilah masalah yg saya katakan. Bengkak susu!

Terdapat banyak petua yang diamalkan bagi mengatasi masalah bengkak susu selain dari menuam payudara yang bengkak dengan tuala panas dan teknik urutan. Bengkak susu yang tidak diatasi boleh menyebabkan demam dan seterusnya menyebabkan saluran tersumbat.


Antara petuanya:

- Menyikat payudara yang bengkak (sikat menghala ke puting)

- Tekapkan daun kobis pada payudara (buat sesekali. Jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering)

- Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling buah dada. Awas! Jangan terkena bahagian niple ( nanti baby tak nak menyusu pulak!). Lakukan setiap hari sehingga tiada bengkak lagi.

- Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada buah dada bila agak-agak suam. Selain dari melancarkan pengeluaran susu ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

Apa pun petuanya pastikan anda kerapkan penyusuan secara terus (direct feeding) dan mengepam susu apabila berjauhan dari bayi bagi mengelakkan masalah bengkak susu ini berulang.

** Ikuti tips saya untuk mengelakkan bengkak susu dari melarat sejak awal kelahiran bayi **

Boleh juga amalkan pengambilan Lecitin Shaklee untuk mengelakkan clog duct iaitu antara punca utama bengkak susu. Jangan terkejut kalau anda juga kembali langsing dengan Lecithin ;)

credit


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Tuesday, April 17, 2012

Penyusuan Susu Ibu: Relaktasi ~ Bukan Sekadar Pengucapan Di Bibir

Minggu lepas saya ada terima pm daripada 2 org ibu yg dah beberapa bulan tak menyusukan bayi masing2. Namun sekarang terdetik di hati mereka untuk relaktasi semula memandangkan kebaikan yg bakal diperolehi oleh bayi masing2 dengan khasiat susu ibu.

Saya ingin sekali menegaskan bahawa relaktasi perlukan semangat dan usaha yang bersungguh2 dan bukan pada mulut sahaja. Paling utama hati perlu tekad untuk terus berusaha, tiada istilah putus asa dalam diri, kena yakin pada ALLAH kerana susuibu itu adalah anugerah rezeki dari-NYA.


Asasnya apa yang perlu dilakukan?

Jika ibu itu benar-benar mahu relaktasi, banyakkan membaca, dekatkan diri dengan mereka yang menyusukan anak, yang boleh memberi bantuan dan sokongan mental. Dapatkan restu suami dan sokongannya kerana ini membantu mental si ibu itu kuat dan mampu melawan apa jua tekanan yang bakal dihadapi.


Si ibu itu perlu memastikan tubuh badannya sihat dan mampu meneruskan perjuangan. Jika si ibu itu sakit, mungkin ada banyak cabaran lain yang perlu dihadapinya. Sihat yang dimaksudkan ialah sihat dari segi fizikal dan mental. Persediaan mental sangat sangat penting.


Sebagai permulaan si ibu perlu mengepam setiap 2-3 jam untuk hasilkan stimulasi pada payudara untuk meransang penghasilan susu. Pada malam hari, cuba lakukan power pumping. Lakukan secara berterusan dan yang pasti ia akan bermula dengan susu setitik dua dan secara perlahan2 akan meningkat... maka di sini kita perlu yakin dan ada sifat kebergantungan pada pencipta kerana rezeki ini datang dari-Nya jua.




Pengisian rohani dengan amalan seperti zikir dan solat sunat hajat sangat digalakkan. Setiap kali pam, mulakan dengan bacaan suci dan diakhiri dengan Alhamdulillah.





Benarkan ada makanan tambahan yang membantu?

Makanan tambahan membantu ibu agar sihat kekal bertenaga, mood yang stabil dan mampu mengawal stress. Namun perlu pastikan tidak terlalu bergantung dengan makanan tambahan kerana asasnya ialah stimulasi pada payudara bagi merangsang hormom prolaktin untuk menghasilkan susuibu itu sendiri.

Pengambilan vitamin pada dasarnya membantu ibu sihat dan dalaman ibu stabil terutama yang berkaitan dengan emosi untuk penghasilan hormon oksitosin terutama apabila si ibu itu tenang, dapat mengawal tekanan dan dalam keadaan gembira. Jika anda merasakan anda perlukan supplement, dapatkan nasihat dari mereka yang arif tentangnya dan bukan hanya mereka yang tahu berniaga semata-mata.


Benarkah vitamin dan pam sesuatu yang penting dalam penyusuan?

Sebenarnya ia bergantung pada diri individu itu sendiri. Saya tiada hak untuk mengatakan ia penting mahupun tidak sebab setiap individu mempunyai kekangan yang berbeza. Maka kita perlu tahu kekuatan diri kita dalam setiap keputusan yang bakal kita ambil. Jangan sesekali ikut kawan kerana kekuatan dan kemampuan setiap kita berbeza.

Jika anda seorang yang tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi, memadai anda menjaga makanan harian, pastikan kaya dengan protien, kalsium dan vitamin lain. Untuk memerah, boleh gunakan tangan atau nama lainnya marmet.

Vitamin dan pam hanya sebagai alat sampingan dalam dunia penyusuan untuk membantu ibu-ibu terus berusaha menjayakan penyusuan. Namun tiada satu jaminan pun dengan vitamin atau pam yang mahal akan mendapatkan hasil susu yang hebat kerana semuanya balik kepada konsep asas penyusuan itu sendiri iaitu sesi perahan yang konsisten, pemakanan si ibu, keperluan air ibu yang mencukupi, perasaan ibu yang tenang dan kekuatan rohani si ibu.


Suka saya ingatkan bahawa susuibu itu adalah rezeki. Rezeki yang sangat unik. Namun rezeki ini datangnya dari ALLAH jua. Dekatkan diri padaNYA, nescaya kita kuat dalam melalui apa jua cabaran. Cabaran boleh hadir dalam banyak bentuk namun jika mentally prepared, insyaALLAH kita berusaha untuk teruskan jua perjuangan demi anak tersayang.


credit

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...