Wednesday, April 11, 2012

Set 3M Shaklee ~ Adakah Benar Ia Berkesan Untuk Ibu Menyusu?

Ramai ibu yang berkemampuan akan memilih set 3M dari Euphoria Shaklee. Set 3M ini mempunyai aturan yang tertentu untuk dapatkan kesan yang optimum.

Walaupun ada pendapat dari golongan pakar yang tidak mempercayai vitamin mempengaruhi penghasilan susuibu namun hakikatnya makanan kita sendiri mempengaruhi susuibu itu sendiri.

Tak percaya? Mengapa ibu dalam pantang tidak digalakkan makan jamu?

Sebab badan perlu bekerja keras nak mencernakan jamu dan menyerap zat vitamin dalam jamu tersebut dan ini dikhuatiri akan mengganggu sistem hati bayi yang baru lahir dan menyebabkan kandungan billirubin semakin tinggi. Dalam pantang juga tidak digalakkan makan lada hitam, air kunyit , segala bentuk jamu [ walaupun pendapat orang lama ia bagus untuk ibu yang dalam pantang] kerana khuatir ia mengganggu perut dan hati bayi yang baru lahir apabila si bayi menghisap susu ibunya.


Saya sendiri sebelum melahirkan Anieq, memang amalkan makan vitamin untuk kehamilan. Sebab saya setkan minda saya, badan saya perlukan vitamin, bukan makanan seperti jamu atau apa jua bentuk makanan dalam pantang yang banyak dalam pasaran hari ini.

Saya masih ceria walaupun sedang berlaku kontraksi ~ pukul 10am. Baru daftar wad :)


Lapan jam lepas melahirkan Anieq, saya cuma minum milo dan makan bubur mak bawa dengan sup ikan yg ibu mertua saya buatkan. Lepas tu terus saya makan set bersalin yg terdiri daripada vitamin2 Shaklee. Saya perlukan tenaga dan khasiat makanan supaya saya cepat recover dari sakit pembedahan yang saya lalui.

Vitamin2 yg siap dipek nilah yg saya makan kat hospital


Hari kedua, saya start minum ESP + milo + oat. Tak lama lepas tu, saya terus alami bengkak susu! Namun, ia taklah melarat sebab saya sentiasa pastikan setiap sejam Anieq akan menyusu. Kalau dia tidur lena, saya mesti akan kejutkan dan paksa Anieq menyusu. Paksa? Memang kena paksa utk dapatkan stimulasi di payudara bagi menghasilkan susu yg banyak!


Mungkin ada yg tak percaya saya larat nak bangun setiap sejam untuk menyusukan Anieq dlm keadaan perut dibelah ditambah dengan ketiadaan suami menemani di hospital (kali ni kami pilih wad biasa di HUKM). Namun, itulah realitinya. Saya kuat lepas bersalin czer dengan set bersalin shaklee :)


Memang dalam pantang, susu saya sentiasa bengkak. Alhamdulillah... Ini kerana protein yang saya perolehi dari ikan, daging , ayam serta ESP sendiri. Kenapa saya masih amik ESP kalau dah makan ikan, ayam semua tu?

Ini kerapa protein yang kita dapat dari makanan biasanya lambat dicernakan oleh badan terutama protein dari sumber haiwan. So ESP membantu saya cepat mencernakan protein dalam badan dan secara langsung ianya mempercepatkan penghasilan susuibu. Protien lengkap membantu penghasilan sel yang sihat dan ini akan membantu sel menyerap semua vitamin dengan lebih baik dan efisien. Sebab tu hari kedua & lepas je amik ESP terus susu saya penuh dalam breast! Siapa yg pernah alami, dia taulah betapa gembiranya bila susu utk bayi comel kita dah banyak :)

Susu perahan pertama saya pada hari ke-5 pantang. Alhamdulillah... rezeki susu untuk Anieq melimpah ruah!


Vitamin-vitamin lain saya dah amalkan sejak mengandung maka saya tiada masalah untuk teruskan. Pada saya, apa yang saya makan anak akan dapat khasiat yang sama. Mungkin ada doktor yang tak bersetuju tetapi saya tahu apa yang saya makan dan saya dah dapat hasilnya melalui tumbesaran anak-anak saya yang superb hasil dari susuibu. Hanya ibu yang dah lalui sahaja akan yakin dengan apa yang saya katakan.

Anieq sebulan :)


Anieq 2 bulan :)


3 bulan :)


4 bulan :)


Terbaru... :)


Kalsium sangat penting kita amik sejak dalam pantang kerana pembentukan darah sendiri memerlukan kalsium. Kekurangan kalsium akan menjejaskan penghasilan susuibu. Ini kerana komposisi utama dalam susuibu ialah protien [ ini kerana protien adalah asas makanan sel] , kalsium[ pembentukan darah, saraf dan tulang] serta vitamin dan galian yang lain termasuklah zat besi untuk pembesaran si manja.

Memang ada cara dan pengambilan yang betul untuk benar-benar dapat kesan terbaik. Bila anda membeli produk set 3M, dapatkan penerangan lengkap dari pengedar. Jangan sesekali membeli tanpa ilmu kerana anda mungkin takkan dapat kesan yang diharapkan.

Walaubagaimanapun, konsep asas penyusuan perlulah dipatuhi iaitu:

* Susuibu akan lebih banyak dihasilkan apabila lebih kerap menyusukan anak/ lebih kerap di pam *

Air paip takkan keluar jika kita tak buka /pusing kepala paipnya.

Ibu juga tak seharusnya berdiet jika berniat nak menjayakan penyusuan susuibu kerana ia akan mempengaruhi kuantiti susuibu itu sendiri.

Jika tanya saya, set penyusuan yang paling bagus ialah set 3M namun jika anda tidak mempunyai masalah untuk kumpul stok, tidak perlu amik set ini kerana dikhuatiri akan over supply. Set ini sesuai untuk ibu yang berusaha untuk kumpul stok dan stabilkan penghasilan susuibu.

Stok susu Anieq yg hampir penuh deep freezer 150 liter dengan pengambilan SECARA konsisten SET 3M :)


Apapun, makan dengan ilmu. Vitamin ini tak banyakkan susu cuma membantu ibu itu lebih lengkap mendapat khasiat dan nutrien yang diperlukan dalam menghasilkan susuibu.

credit

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...