Thursday, May 10, 2012

Petua Bila Anak Kena Sawan Tarik Akibat Demam Panas

Bahaya jika anak demam panas jika kita tak kawal suhu & keadaan dirinya... anak jiran sebelah rumah saya berumur setahun baru2 ni kena sawan masa dalam kereta on the way nak balik ke rumah lepas hantar adiknya balik kolej. Masa tu diorang kat Batu 9, Cheras. Mujur cepat sebab anak dah biru & lebam, kejang... kalau tak, mungkin berlaku perkara yg tak diingini, nauzubillah....

Saya kongsikan petua ni untuk rujukan kita bila terjadi kecemasan macam ni.

Sumber: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Tanda-Tanda Demam Panas:

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat-cepat bawa klinik/hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek ... sebab badan tak selesa...

Apa anda perlu buat kalau anak demam panas?


1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana di waktu malam lagi cepat suhu meningkat.) Suhu normal dalam 36°C. Tetapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C, cepat-cepat balut dia dengan kain basah.

2. Kalau anak sudah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dahulu, kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tidak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut, masukkanlah. Kalau tidak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan.

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau perlu, simpan thermometer.

Apa anda perlu buat kalau anak kena Sawan Tarik di rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau tidak ada ubat buntot di rumah, bila anak sudah sedar .. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

Ingat, waktu anak kejang, seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang.

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. jadi, setiap kali anak demam, sentiasa pantau suhu badannya.

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

3 comments :

  1. saya just nak share pengalaman sendiri…..terjadi pada anak perempuan saya dari lepas bersalin nurse pun pelik asyik menangis je sampai biru muka menangis...dia suruh bagi susu...sejak dari itu dia mmg kerap nangis sampai kadang-kadang 2 jam baru berenti nangis, mcm2 dah berikhtiar, mengurut le, jumpa bomoh le, nak tidur pun sampai kena tido dalam kete malam2, tu rutin harian pastu kena pasang surah yasin tiap2 malam..…macam2 dah buat dan selepas umurnya lebih kurang 6 bulan…..waktu tu lah….baru saya tahu apa itu penyakit sawan…..mata terbeliak nampak mata putih je…mulut berbuih….kaki kejang, terjadi di kampung….mmg taktahu nak wat mcmana….bawa lari ke klinik desa…bagi ubat yg masukkan ikut bontot pastu MD situ suruh cepat2 bawa pegi Hospital Jempol……kuar masuk hospital….dr kerajaan sampai swasta..ada sekali baru kuar dr hospital swasta, sampai rumah je…taksempat nak masuk rumah pun jadi lagi….bomoh ker..urut ke semua dah buat……kalau yg moden….anak saya doktor dah sarankan utk buat mri….dan amik ubat epilim….hari2 kena makan sampai umoq 2 tahun…..dan akhirnya ditemukan oleh seorang hamba Allah…iaitu Produk SNE…..mula2 mmg takpercaya jugak pasal produk2 ni….just nak cuba,yg penting waktu tu apa yg sy piki akan tetap akan berusaha cr penawar untuk anak saya…………dan hasilnya mmg buat saya puashati dgn kesannya….anak saya dah sembuh sepenuhnya…..ubat hospital sy hentikan sendiri….dan sekarang umor dia dah 2 tahun …mmg tak pernah kena lagi sampai sekarang……alhamdulillah….jadi kesempatan ini, saya nk syorkan kepada sesiapa sahaja yg ada masalah sawan ini…cuba produk ini….www.produksne.com.my…..insyaallah……..

    ReplyDelete
  2. Salam, nak tau apa nama produk dari SNE yg tuan bagi dia makan.

    ReplyDelete
  3. Saya jg nk tahu jnis dan nama ubat apa? Terima ksih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...