Saturday, June 30, 2012

Rebut Peluang Hari Ini!!!

HARI INI SAHAJA!!!

Hingga 7mlm hari ini, order full pack set breastfeeding - SET B, SET E & SET 3M - free postage!

Anda juga boleh walk in ke branch Shaklee terdekat dengan menggunakan ID saya!

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Persediaan Berpuasa ~ Beberapa Minggu Je Lagi!

Tak sabar rasanya saya menunggu ketibaan bulan Ramadhan. Ramai yang dah buat persediaan dari segi mental dan fizikal dengan mula berpuasa di bulan Syaaban. Tidak kurang segelintir yang kerisauan tentang pengeluaran hasil susu terutama golongan ibu yang menyusu macam saya.

Saya sendiri sedang menyiapkan diri dengan bekalan yg perlu ada pada bulan puasa nanti iaitu Performance Drink


Selain makanan wajib ada di bulan Ramadhan, KURMA!


Tak lupa juga vitamin tambahan sepanjang bulan puasa nanti. Antara supplement yang sesuai diamalkan ketika berpuasa ialah:
* Vitalea kerana ia kaya dengan semua jenis vitamin termasuk zat besi,
* vitamin B yang lengkap dengan 8 kumpulan B,
* Vitamin C sustained release ,
* Ostematrix dan
* ESP bersama
* Performance Drink.

Macam saya, memang amik Set 3M jadi hanya tambah Performance Drink saja :)

Menghidupkan sunnah :
===============

BERSAHUR untuk berpuasa termasuk sunnah Nabi Muhammad saw.

Sahur bermaksud: makanan atau santapan yang diberkati. Bersumber daripada Aisyah, beliau berkata: “Rasulullah saw bersabda: - Bawalah kepadaku santapan yang diberkati itu, iaitu sahur. Kadang-kadang Rasulullah makan sahur hanya dengan dua biji kurma."

Rasulullah menganjurkan supaya makan sahur melalui sabdanya bermaksud:

“Makan sahurlah kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu ada berkat.”

Termasuk sunnah Rasulullah ialah mengakhirkan sahur. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda, Rasulullah bersabda maksudnya:

“Makan sahurlah pada akhir malam.”

Diterangkan pula, Rasulullah biasanya makan sahur kemudian terus keluar untuk bersolat.

Hikmah sahur dan fadilat mengakhirkannya disebut oleh Rasulullah antara lainnya:
Ia mempunyai unsur berkat. Makanan apa pun yang mengandungi berkat akan membantu seseorang dalam mentaati perintah Allah.


Jika dah amalkan kurma perlukah makan vitamin ?

Tak salah pun jika nak tambah vitamin selain pengambilan kurma demi membantu kita bertahan sepanjang berpuasa.

Seperti analogi kawan saya, ALLAH dah jadikan setiap wanita itu cantik tapi mengapa masih ramai yang nak bermekap? Jawapannya sebab ingin lebih kelihatan cantik. Bibir kita dah sedia warna merah tapi nak cantik kita masih gunakan lipstick.

Ada yang bersoal : Puasa itu adalah menahan diri dari lapar dan dahaga, jika pengambilan supplement itu benar boleh menghilangkan dahaga dan lapar apakah kesan kepada nikmat sebenar berpuasa?

Supplement itu bukanlah untuk menghilangkan rasa dahaga dan lapar sepanjang hari sehingga tidak merasai langsung lapar dan dahaga, memadai saya katakan ia hanya membantu diri kita BERTAHAN dan mampu aktif sepanjang berpuasa. Tidaklah elok apabila orang melihat, dia lembik dan tidak produktif sebab berpuasa.

Namun tiada paksaan untuk menjadikan supplement itu makanan tambahan bersahur dan berbuka. Terpulang pada individu itu sendiri. Hanya kita yang mengenali diri kita. Terutama ibu yang bekerjaya….bila pulang di rumah kita juga yang sibuk uruskan keluarga dan rumahtangga, maka tepuk dada tanya selera.

credit

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Cukupkan Pengambilan Air Di Kala Cuaca Panas Hari Ini

Musim panas sekarang ni macam2 penyakit boleh datang. Ditambah pulak dengan jerebu teruk di beberapa kawasan, secara tak langsung tempiasnya kena kat kita juga. Apa2 pun, pengambilan air yg cukup amat penting untuk mengelakkan berlaku dehydrate dalam tubuh kita.

Kat rumah kalau hari tu saya rasa panas walaupun dah minum banyak air, saya akan bancuh segelas PD untuk beri rasa segar & sejuk.


En Billy pun kalau dia pening sebab terlalu panas saya akan berikan dia segelas PD juga. Kadang2 tak sempat saya bagi, dia pandai amik dari peti sejuk dan bancuh sendiri :) Aien pulak, suka ratah2 macam tu je. Rasa dia kan masam2 manis sikit, memang sesuailah untuk budak2 ratah2 ni.

Minggu lepas badan Aien panas sikit, demam akibat tonsilitis sebab kurang sangat minum air. Dahla lasak boleh tahan. Jadi saya bancuhkan setengah gelas PD. Sekejapan panas dia turun, Alhamdulillah...

Bulan depan puasa pun perlu ada PD untuk bantu saya & keluarga kekal cergas walaupun berpuasa dalam cuaca yg panas, insya allah. Lebih-lebih lagi saya yg tengah fully bf Anieq sekarang. Semoga dipermudahkan. Amin.

Sedikit info tentang Performance Drink:

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

4. Di segi penyusuan, fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Nak tau lebih lanjut?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)


Susu Nak Keluar Tapi Lambat Lagi Nak Bersalin!

Best je dengar cerita member sekolah lama saya bila minum ESP 2 hari lepas di akhir2 usia kandungan dia 8 bulan sekarang ni:

"atul.. ila baru minum 2 kali je, smlm x minum sebab tengah sakit tekak n batuk... tapi start smlm ila perasan nipple keras n rase denyut2 mcm nk keluar susu... camne ni? ila lmbt lg nk bersalin ni rasenyer..."

Hehe.. saya gelak dulu baru teruskan konsultasi kat dia.

Alhamdulillah, belum bersalin breast dah keras lepas minum ESP.


* kat sekolah dulu saya manje dgn panggilan Atul & Janet ;) Maklumlah nama panjang sangat, macam2 gelaran dapat :)

Anda nak cuba?

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)


Friday, June 29, 2012

Petua Hilangkan Kesan Najis Pada Pakaian Anak

Perkara ni dah biasa kat saya sejak ada anak ni :) Lebih-lebih lagi bila anak yg menyusu badan, najis dia sememangnya lembut, cair & warna kuning (anak2 saya kaler kuning jelas sangat mungkin penangan vitamin Shaklee yg saya makan, B complex!). Kaler kuning ni memang susah nak hilang tau masa Aien dulu2, tapi sekarang bila dah biasa tak jadi masalah lagi :)

Sekarang bila beranak kecil balik, kalau baby b*rak mesti najis dia terkena kat seluar. Anieq ni sekarang b*rak selang sehari atau dua hari sekali. Bila sekali dia b*rak memang penuh la diaper, dengan cair lagi, dengan kaler kuning lagi, dengan lasak dia lagi... so..kalau ummi tak perasan dia berak memang akan bocor terkeluar habis kena kat seluar baju dia... kadang bila dia dlm walker sampai walker-walker pun kena sekali.

Takpe. Bukan masalah besar :)

Macam mana saya buat?

Mula-mula, basahkan & buang najis yg melekat kat pakaian anak.


Lepas tu, gosok-gosokkan sabun mandi buku kat tempat kesan najis tu. Gosok sampai meliputi kesan najis. Lepas tu rendam sekejap. Saya biasanya biarkan sampai setengah hari. Kalau Anieq b*rak pagi, petang atau malam saya tengok balik.


Kemudian, bolehla gosok-gosok lemah lembut kat pakaian tu. Kalau nak cepat kesan hilang gosoklah kuat sikit. Kalau nasib baik, kesan tu terus hilang tanpa perlu kita buat apa2. Ni yg selalu jadi kat saya. Rasa macam magic show pun ada hehe... ;)


Cara ni boleh dibuat utk cloth diapers (CD) jugak, untuk kesan coklat, darah (kalau period stain pun ok atau masa lepas bersalin kan selalu terkena kat panties atau kain batik etc...). Kesan makanan pun boleh juga. Cuma kalau lambat/berminyak sangat macam sambal atau kesan ikan goreng susah sikit nak hilang. Lagipun ikan goreng selalunya kita lumurkan dengan kunyit serbuk, so memang susah la. Kalau jadi macam tu kena cepat2 basahkan tempat yg terkena tu & buat seperti langkah di atas.

Harap boleh dijadikan panduan :)

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Thursday, June 28, 2012

Rimas Bila Si Dia Asyik Melekat.. Penangan Collagen Powder!

Saya nak kongsikan testimoni gedik daripada Azrina atau saya mesra memanggilnya Along lepas beberapa hari mencuba Collagen Powder Shaklee.


Kata Along:

Testimoni gedik
Saya dah minum kolagen....antara dialog saya dan suami.....

"Sekarang ni kalau Papa pegang Mama...rasa bestnyer..gebu jer..tu sebab Papa taknak berenggang dengan Mama, rasa syok jer bila duduk sebelah Mama...lain macam jer gebu dan lembut"

Yang lain2 tu XXXX ye..korang dah beso2 sendiri faham hahahahhaa.

Sebenarnya saya setat makan Shaklee 2009, so hasil kegebuan dan kelicinan kulit saya ni bukan suami jer yg tego..ada orang lain tego juga tapi saya tak ambil port..kawan2 nak amik hati kot tapi bila suami yg tego yang mana hehari dia mmg belek satu badn kita....mahu tak teruja kan....

so sape dah stop menyusu amiklah kolagen cepat2. Bukan nak tipo...hari pertama makan trasa muka di tarik2...teganglah tu sbb saya amik kolagen dgn ESP dan PD. Cepat terai..rugi tak cuber berbaloi2.

Masalah skrg saya rimas suami asik melekat jer hahaha.


Amboi... Bestnya Along!

Wajah jelita Along ~ TERKINI


Alamak! Along kata gambar ni lepas diedit guna tab. Takpe, saya suka tengok gambar ni. Kalau nak tengok gambar yg lain, boleh klik kat bawah ni:

* Kongsi cerita Along cantik dengan Shaklee di sini *

Ni yang saya tak sabar tunggu Anieq 2 tahun ni. Lepaskan Anieq menyusu pastu nak try kolagen pulak! Nak tengok En Billy melekat ke tak nanti ;P

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Wednesday, June 27, 2012

Masalah Sembelit? Bersihkan Usus Dengan Herb-Lax



Herb Lax adalah satu supplement yang berfungsi untuk mencuci usus.



Sesiapa jua boleh amalkan. Cuma ibu mengandung boleh consult doktor terlebih dahulu. Untuk ibu menyusu, boleh amalkan dalam kadar 3-4 bj pada hujung minggu seminggu sekali.

TIPS: Untuk dapatkan kesan optimum, sila pastikan makan sblm tidur dan minum sekurang2nya 1 liter air sebelum tidur.

Siapa yang bagus amalkan?

* Mereka pengamal tegar ubat tahan sakit,
* mereka yang ada masalah pembuangan kurang lancar,
* mereka yang banyak jerawat,
* pesakit gout, dan
* kita yang ingin membersihkan usus.


Herblax menjadikan usus kita lebih aktif utk gerakan peristalsis - buang toksin dalam usus.

Tengoklah gambar ni...


Menakutkan!!!

Sesuai juga utk mereka yang pertama kali ambil suplemen supaya kesan penyerapan suplement itu lebih baik.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Kekalkan Awet Mudamu... :)

Oh.. menginjak usia Anieq 7 bulan semalam menandakan usia ummi dia ni pun semakin menginjak ke arah semakin dewasa (ehem...).



Tahun ni umur saya 32 ye. Bulan September ni dapat lagi hadiah Hari Lahir. Entah berapa banyak hadiah nak mintak kat En Billy tah... Mintak aje, kalau bagi Alhamdulillah rezeki ;)

Ok, saya nak mengekalkan awet muda remaja macam 'si gadis tujuh belas'. Mana mungkin hehe... masa umur 17 tahun saya sangatlah kiut miut, comel cantik, kurus ramping semua ada (perahsantan!). Yang tu memang tak boleh dikembalikanlah. Melainkan saya nak kulit halus mulus macam dulu, ye boleh. Maklumlah, sekarang kan Shaklee dah ada collagen powder. Bolehla kita maintain awet muda secara semulajadi dengan vitamin tanpa mengenakan sebarang suntikan yg mungkin berbahaya.



Tubuh kita perlukan kolagen tambahan kerana:

Penghasilan kolagen oleh badan secara semulajadi akan berkurangan sebanyak 15% setahun bila usia kita mencecah 20-an. Ia juga mudah dimusnahkan oleh racun dalam tubuh kita disebabkan oleh tabiat pemakanan yg tidak sihat, stress, pencemaran kosmetik, wangian dan persekitaran.

Sebenarnya, boleh dikatakan separuh kolagen dari badan kita hilang bila kita berusia 40 tahun! Dari situ kita akan nampak kulit makin berkedut, hilang lembapan, kusam, jeragat, kulit tak anjal dan sebagainya. Bagi wanita macam saya ni, kesan ketara boleh dilihat pada payudara, pinggul dan perut (3M!)



Collagen Powder terbukti berkesan untuk:

- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
- Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
- Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%


Sebab tu saya nak makan kolagen Shaklee ni. Tunggu lepas Anieq habis menyusu. Lagi setahun setengah lebih kurang. Lepas tu, saya nak dapatkan kesan terbaik yg terbukti bila diambil secara konsisten selama 8 minggu!



Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Kolagen Untuk Keremajaan ~ I Like!

Siapa yg tak suka nampak sentiasa muda remaja kan...? :) Itulah gunanya kolagen.

Kolagen adalah serat protein yang paling banyak terdapat dalam badan manusia. Ia didapati dengan banyak pada kulit, tulang rawan, tisu2 dan dalam kuku serta rambut.



Fungsi kolagen ialah sebagai penyokong tubuh kita. Paras kolagen menyerlahkan rupa yang sihat dan susuk tubuh yang terampil.



Kolagen semakin berkurangan selari dengan usia. Ia juga berkait dengan nutrisi yang diperlukan oleh kolagen yakni antioksidan. Jadi tidak hairan kekurangan vitamin C menyebabkan kulit kelihatan kering berkedut dan luka lambat bercantum.

Kesan kekurangan kolagen menampakkan kesan penuaan terutama pada kulit dan wajah.

Antaranya ialah:

- Kedutan, pori2 terbuka dan garis halus kelihatan.
- Kulit kering dan mengelupas
- Kulit semakin kurang keanjalan
- Kulit menjadi kasar
- Rambut menipis dan gugur
- Pigmentasi
- Payudara tidak tegang dan anjal lagi
- Mata rasa kering

credit: mommy lyna :)

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Collagen Powder ~ Terbaru Dari Shaklee!



Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, iaitu kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja!

Sumber: Shaklee Malaysia

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Sunday, June 24, 2012

Berkat Pengambilan SHAKLEE, PUMPING yang berterusan dan DOA....

Sebagai seorang ibu yg menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, bila tengok gambar ni rasa seronok sangat kan.. Stok susu yg banyak, yg diharapkan dapat mencukupi keperluan menyusu bayi kita :) Tak perlu risau baby tak cukup susu, insya allah...



Shima Samat kata:



Apa set Shaklee yg beliau ambil secara konsisten?



Alhamdulillah, sebagai ibu, kita yg lebih tau apa yg terbaik untuk diri kita & buahati tersayang kan? :)

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Nakkan tips lain?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Saturday, June 23, 2012

Menjelang Usia 7 Bulan ~ Anieq Dah Boleh Duduk :)

Gambar semalam lepas mandi :)







Alhamdulillah, saya rasa perkembangan Anieq sungguh pantas!

Lagi beberapa hari nak menginjak ke usia 7 bulan, dia dah boleh duduk tanpa bantuan :)

Ini berkat menyusu sepenuhnya dengan susu ummi di samping tambahan vitamin2 shaklee sejak dari dalam perut lagi ni. Kemungkinan besar tu :)

Lepas ni apa lagi perkembangan positif Anieq, tak sabar ummi nak tunggu....



Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Nakkan tips lain?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Ambil Peluang Harini :)

Harini Shaklee buka ya.

Sesiapa yg nak beli vitamin2 Shaklee boleh gunakan ID saya untuk membeli sendiri dengan harga ahli di cawangan Shaklee berdekatan anda:

Subang Emphire Tower
Jalan Todak Seberang Jaya Perai
Medan Istana Ipoh
Taman Molek JB
Wangsa Maju KL
Jalan Sultan Yahya Petra Kota Bharu
Wisma Damai, Jalan Damai Kota Kinabalu.

* Klik sini untuk map *

Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk daripada saya sahaja.

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Friday, June 22, 2012

Kenapa Susu Perahan (EBM) Kita Sedikit Berbau Bila Dipanaskan?

Kalau perasan, susu perahan kita ada bau kurang sedap sikit lepas kita panaskan. Kenapa ye?

Sebenarnya, dalam susu badan kita ada enzim lipase.





Enzim lipase ini akan memecahkan lemak dalam susu ibu. Ini lah yg menyebabkan rasa dan bau dari ebm kita menjadi kurang enak.

Aien sedap je minum susu adik lepas ummi pam. Kalau dah dipanaskan, jangan harap dia nak. Memang baunya sungguh menusuk kalbu! ;P



Lagi satu, kadang-kala bau botol atau bekas juga boleh pengaruhi bau susu. Jika kita meletakkan botol susu beku di dinding peti sejuk juga boleh mengubah rasa dan bau ebm. Tapi yang pasti, bayi kita takkan pernah menolak susu perahan kita yg dah dipanaskan tu kan?

Sungguhpun baunya dah tak enak pada kita, namun pada bayi ia tetap menyelerakan :)

Jadi, jangan susah hati! Teruskan menyusu bayi kita dengan susu ibu walaupun susu perahan (ebm) kerana ia adalah yang lebih baik berbanding dengan susu formula :)

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

Nakkan tips lain?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Set Bersalin Shaklee ~ Susu Saya Banyak!

Best je baca pengalaman customer-customer saya yg dapat kesan terbaik lepas amalkan vitamin-vitamin Shaklee. Terbaru testimoni ringkas Feda yg dah boleh buat stok susu walaupun baru dua minggu dalam pantang.



Alhamdulillah.

Penting bagi semua pelanggan saya untuk mengaplikasi TIPS EXCLUSIVE yg saya berikan bagi mendapat kesan maksimum susu banyak & melimpah ruah sepertimana yang saya alami sendiri, insya allah...

Susu saya pam pada hari ke-5 pantang Anieq. Alhamdulillah... Sangat jarang berlaku kepada ibu baru bersalin untuk dapat susu sebanyak ini pada minggu2 pertama berpantang kan... :)





Saya berpantang dengan vitamin2 Shaklee. Saya ambil Set Bersalin asas beserta Ostematrix dan ESP. Alfalfa saya ambil lepas 2 minggu bersalin. Dalam kata lain, Set Bersalin saya ialah Set 3M + zinc! Sangat berbaloi!!!

Setiap kali pam, susu saya memang meriah walaupun saya 24jam direct feeding Anieq hingga boleh kumpul stok sebanyak ini! :)



Syukur diberikan rezeki yg melimpah ruah untuk buahatikusayang... Anieq Sufi :)



Jika kita berusaha, Allah pasti akan tunjukkan jalan. Insya allah urusan kita dipermudahkan...

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Nakkan tips lain?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Wednesday, June 20, 2012

Bye Bye Senggugut... Makin Sihat, Berseri & Ceria Menjelang Hari Bahagia...

Ini kisah Ayong, sepupu En Billy yg juga pengguna GLA Complex Shaklee. Dia amik GLA untuk atasi masalah senggugut yg teruk setiap kali menstrual.

Baru-baru ni Ayong bertunang, dia memang dah lawa. Ditambah pulak dengan touch-up mak andam lagilah nampak cantik sangat Ayong. Tambahan lagi Ayong makan GLA secara konsisten sejak 2 bulan lepas. GLA kan ada vitamin E, jadi secara tak langsung ia menjaga kulit Ayong & dia memang nampak makin cantik sekarang... ;)



Dengan sepupu, Chu Uly aka org kuat majlis :)



Kitorang pun nak bergambar sama pengantin :)



Cerita Ayong lepas amalkan GLA Complex untuk atasi masalah senggugutnya yg sangat teruk sebelum ni:



Alhamdulillah..sangat berkesan! Sebenarnya Ayong makan tak sampai sebulan dah nampak kesan. Sebab dia amik GLA beberapa hari sebelum period dan tak sesakit sebelum ni! Cuma Ayong tunggu period kali kedua sebab nak tengok betul ke dah tak senggugut teruk macam dulu.

Syukur... perubahan ketara dan paling membahagiakan Ayong menjelang hari bahagianya tak lama lagi :)

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Nakkan tips lain?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Tuesday, June 19, 2012

Jom Skodeng! Baby 6 Bulan Setengah Ni Buat Apa?

Anieq buat apa tu...?

Masuk dalam meja ye!



Nak amik 'RED' kaklong tu...



Hehe... dia dah perasan ummi skodeng dari belakang ;)



Anieq baru 6 bulan setengah, sekarang dalam proses nak belajar duduk pulak lepas merangkak 2-3 langkah.

SYABAS anakku! Perkembangan yg cepat. Alhamdulillah... :)

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Nak tau lebih lanjut?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Monday, June 18, 2012

Vitamin Penyusuan Pilihan Anda!



* Set B - basic bf set

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata.

Siapa yg perlukan Set B?

1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/ perah hasilnya melebihi 3oz.
2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu.
3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.

Apa yang ada dalam set B ?

Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

* Set E

Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini?

1. Ibu yang sering keletihan melampau.
2. Ibu yang alah dengan susu lembu.
3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.
4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.
5. Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS.

Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

* Set 3M

Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix.

Ia menjadi set PALING LARIS. Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?

1. Ibu kepada bayi kembar
2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.
3. Ibu yang nak kumpul stok.
4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.
5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

*Set Eu Four Pack

Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C dan Ostematrix.

Set ini disarankan kepada:

1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susuibu.
2. Ibu yang keletihan.
3. Ibu yang anaknya mempunyai yang alah pada herba.
4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.

Setiap set mempunyai aturan makan yang berbeza. Maka kami menyediakan konsultasi untuk pengambilan makan dan panduan jadual pam bagi memudahkan ibu-ibu.

Pilihan terbaik untuk anda dan si manja terletak di tangan anda....







Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Nakkan tips lain?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Thursday, June 14, 2012

Resipi Chocolate Moist Cake ~ hadiah atas kecemerlangan Aien :)

Saya kan ada buat kek exclusive buat puteri sulung saya haritu kan.. Ada juga peminat nak tau resipi moist cake ni ;)

Resipi kek ni saya amik kat myresipi.com . Terima kasih ye Kak Nor sudi kongsikan resipi moist cake yg sedap ni :)

* Resipi ni memang ikhlas & best. Sebab saya buat kek ni jadi! Anda pun boleh cuba, mesti puas hati :)

Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )
250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter


Cara-cara
1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.

2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.

4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati

5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.

6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair. --- yg ni, saya parut je coklat tu. Senang & cepat :)

7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.

8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

So, inilah kek saya untuk Aien... :) Lepas dihias cantik.. hehe perasan ;P



Uish, tak tahan tengok ganache ni :)



Memang sedap kan kan kan... ;)



Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

Nak tau lebih lanjut?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Tuesday, June 12, 2012

Inspirasi Buat Ibu-ibu Kembar...

Perkongsian daripada seorang ibu kembar yg berjaya menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu kedua2 org bayinya hingga sekarang umur baby 11 bulan.

Terima kasih Noor Hidayah atas perkongsian ini:





cabaran bf twins ni main issue nye sama mcm bf moms lain - utk hasilkan susu yg cukup utk baby. Sebulan pertama sgt perit utk sy sbb sakit luka cesar + stresss twins x cukup susu buat susu sy segan2 nak kluar, walau sy df twins on demand, lps df sambung pam, tandem pumping, power pumping 3x sehari, mlm2 bgn 3x lagi pam, doa x putus2 mintak Allah tmbh rezeki susu..sy pikir kalau sy usaha pam/df byk2 kali PASTI susu sy byk. Tapi sy lupa utk tawakkal & berserah pdNya, sy lupa rezeki Dia yg tentukan. Last2 sy give-up & berserah pdNya. So bila sy 'let-go' & tawakkal pd Allah, terasa mcm ringan bebanan/tekanan yg sy rasa..'let go' bkn bermakna sy stop sgl usaha sy, tapi sy teruskan usaha mcm biasa cuma tanpa letak apa2 expectation, cuma berserah pd Allah byk mana Dia nak bg. Alhamdulillah almost immediately nmpk kesan stress vs tak stress..susu sy yg asalnye segan2 nak kluar mula bertambah seiring usaha sy. Sy jadi makin yakin & seronok bf my twins & bila kita happy, susu pun lagi mudah kluar. Sy target simpan stok freezer at least 1 botol 1 hari utk 1 baby, so 2 botol sehari utk twins. Alhamdulillah, skrg si kembar dah 11 bln & fully bf :)

Semoga menjadi sumber inspirasi buat semua ibu menyusu di luar sana khasnya ibu2 baby kembar :)

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

Nak tau lebih lanjut?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...