Saturday, June 30, 2012

Persediaan Berpuasa ~ Beberapa Minggu Je Lagi!

Tak sabar rasanya saya menunggu ketibaan bulan Ramadhan. Ramai yang dah buat persediaan dari segi mental dan fizikal dengan mula berpuasa di bulan Syaaban. Tidak kurang segelintir yang kerisauan tentang pengeluaran hasil susu terutama golongan ibu yang menyusu macam saya.

Saya sendiri sedang menyiapkan diri dengan bekalan yg perlu ada pada bulan puasa nanti iaitu Performance Drink


Selain makanan wajib ada di bulan Ramadhan, KURMA!


Tak lupa juga vitamin tambahan sepanjang bulan puasa nanti. Antara supplement yang sesuai diamalkan ketika berpuasa ialah:
* Vitalea kerana ia kaya dengan semua jenis vitamin termasuk zat besi,
* vitamin B yang lengkap dengan 8 kumpulan B,
* Vitamin C sustained release ,
* Ostematrix dan
* ESP bersama
* Performance Drink.

Macam saya, memang amik Set 3M jadi hanya tambah Performance Drink saja :)

Menghidupkan sunnah :
===============

BERSAHUR untuk berpuasa termasuk sunnah Nabi Muhammad saw.

Sahur bermaksud: makanan atau santapan yang diberkati. Bersumber daripada Aisyah, beliau berkata: “Rasulullah saw bersabda: - Bawalah kepadaku santapan yang diberkati itu, iaitu sahur. Kadang-kadang Rasulullah makan sahur hanya dengan dua biji kurma."

Rasulullah menganjurkan supaya makan sahur melalui sabdanya bermaksud:

“Makan sahurlah kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu ada berkat.”

Termasuk sunnah Rasulullah ialah mengakhirkan sahur. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda, Rasulullah bersabda maksudnya:

“Makan sahurlah pada akhir malam.”

Diterangkan pula, Rasulullah biasanya makan sahur kemudian terus keluar untuk bersolat.

Hikmah sahur dan fadilat mengakhirkannya disebut oleh Rasulullah antara lainnya:
Ia mempunyai unsur berkat. Makanan apa pun yang mengandungi berkat akan membantu seseorang dalam mentaati perintah Allah.


Jika dah amalkan kurma perlukah makan vitamin ?

Tak salah pun jika nak tambah vitamin selain pengambilan kurma demi membantu kita bertahan sepanjang berpuasa.

Seperti analogi kawan saya, ALLAH dah jadikan setiap wanita itu cantik tapi mengapa masih ramai yang nak bermekap? Jawapannya sebab ingin lebih kelihatan cantik. Bibir kita dah sedia warna merah tapi nak cantik kita masih gunakan lipstick.

Ada yang bersoal : Puasa itu adalah menahan diri dari lapar dan dahaga, jika pengambilan supplement itu benar boleh menghilangkan dahaga dan lapar apakah kesan kepada nikmat sebenar berpuasa?

Supplement itu bukanlah untuk menghilangkan rasa dahaga dan lapar sepanjang hari sehingga tidak merasai langsung lapar dan dahaga, memadai saya katakan ia hanya membantu diri kita BERTAHAN dan mampu aktif sepanjang berpuasa. Tidaklah elok apabila orang melihat, dia lembik dan tidak produktif sebab berpuasa.

Namun tiada paksaan untuk menjadikan supplement itu makanan tambahan bersahur dan berbuka. Terpulang pada individu itu sendiri. Hanya kita yang mengenali diri kita. Terutama ibu yang bekerjaya….bila pulang di rumah kita juga yang sibuk uruskan keluarga dan rumahtangga, maka tepuk dada tanya selera.

credit

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...