Friday, June 29, 2012

Petua Hilangkan Kesan Najis Pada Pakaian Anak

Perkara ni dah biasa kat saya sejak ada anak ni :) Lebih-lebih lagi bila anak yg menyusu badan, najis dia sememangnya lembut, cair & warna kuning (anak2 saya kaler kuning jelas sangat mungkin penangan vitamin Shaklee yg saya makan, B complex!). Kaler kuning ni memang susah nak hilang tau masa Aien dulu2, tapi sekarang bila dah biasa tak jadi masalah lagi :)

Sekarang bila beranak kecil balik, kalau baby b*rak mesti najis dia terkena kat seluar. Anieq ni sekarang b*rak selang sehari atau dua hari sekali. Bila sekali dia b*rak memang penuh la diaper, dengan cair lagi, dengan kaler kuning lagi, dengan lasak dia lagi... so..kalau ummi tak perasan dia berak memang akan bocor terkeluar habis kena kat seluar baju dia... kadang bila dia dlm walker sampai walker-walker pun kena sekali.

Takpe. Bukan masalah besar :)

Macam mana saya buat?

Mula-mula, basahkan & buang najis yg melekat kat pakaian anak.


Lepas tu, gosok-gosokkan sabun mandi buku kat tempat kesan najis tu. Gosok sampai meliputi kesan najis. Lepas tu rendam sekejap. Saya biasanya biarkan sampai setengah hari. Kalau Anieq b*rak pagi, petang atau malam saya tengok balik.


Kemudian, bolehla gosok-gosok lemah lembut kat pakaian tu. Kalau nak cepat kesan hilang gosoklah kuat sikit. Kalau nasib baik, kesan tu terus hilang tanpa perlu kita buat apa2. Ni yg selalu jadi kat saya. Rasa macam magic show pun ada hehe... ;)


Cara ni boleh dibuat utk cloth diapers (CD) jugak, untuk kesan coklat, darah (kalau period stain pun ok atau masa lepas bersalin kan selalu terkena kat panties atau kain batik etc...). Kesan makanan pun boleh juga. Cuma kalau lambat/berminyak sangat macam sambal atau kesan ikan goreng susah sikit nak hilang. Lagipun ikan goreng selalunya kita lumurkan dengan kunyit serbuk, so memang susah la. Kalau jadi macam tu kena cepat2 basahkan tempat yg terkena tu & buat seperti langkah di atas.

Harap boleh dijadikan panduan :)

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...