Thursday, June 14, 2012

Resipi Chocolate Moist Cake ~ hadiah atas kecemerlangan Aien :)

Saya kan ada buat kek exclusive buat puteri sulung saya haritu kan.. Ada juga peminat nak tau resipi moist cake ni ;)

Resipi kek ni saya amik kat myresipi.com . Terima kasih ye Kak Nor sudi kongsikan resipi moist cake yg sedap ni :)

* Resipi ni memang ikhlas & best. Sebab saya buat kek ni jadi! Anda pun boleh cuba, mesti puas hati :)

Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )
250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter


Cara-cara
1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.

2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.

4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati

5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.

6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair. --- yg ni, saya parut je coklat tu. Senang & cepat :)

7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.

8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

So, inilah kek saya untuk Aien... :) Lepas dihias cantik.. hehe perasan ;P



Uish, tak tahan tengok ganache ni :)



Memang sedap kan kan kan... ;)



Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

Nak tau lebih lanjut?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...