Thursday, July 12, 2012

Lihat Tamanku... Penuh Dengan Pokok :)

Sebenarnya kena nyanyi macam lagu main tepuk amai-amai masa kecik2 dulu...

"Lihat kebunku ku ku...
Penuh dengan bunga nga nga...
Ada yg putih tih tih...
Dan ada yg merah rah rah..."


bla.. bla.. bla...

Ni lah taman kami, penuh dengan pokok2 hijau :)

Pokok limau nipis. Nak mandi limau boleh amik buah dia :)


Limau purut. Masak tomyam hari2 pun boleh, daun FREE!


Limau kasturi. Bersihkan ayam, ikan semua petik je buah dia dari sini. Fresh u!


Terung tunjuk. Sedap buat goreng sambal ikan bilis.


Daun kunyit. Buat main campak-campak je dalam gulai udang sedap ni bau dia :)


Daun pandan. Hari2 masak nasi bau wangi je.... (eheh!). Nak buat kuih buah melaka pun senang. Feveret tu :)


Anak pokok durian. Pelaburan utk masa depan anak2 cucu cicit. Akan ditransfer ke kebun babah bila dah besar sikit. Makanlah durian FREE lagi 10 tahun akan datang dengan sepuas2nya... insya allah :)


Cempedak! Ramai org mengidam sekarang ni. Alhamdulillah, kami ada di kebun. Ni hasil dari kebun, bukan dari taman rumah hehe... ;) tersesat pulak :P


Ada lagi:

Anieq di sebalik pokok longan ping pong. Pernah berbuah dgn sangat manis & besar masa Anieq dlm perut dulu. Sekarang tunggu berbuah balik :)


Dan pokok kacang panjang kaler purple ni. Biasa kan kaler hijau kan...


Bagusnya En Billy rajin jaga pokok2 ni bagi hidup subur. Ditambah pembantunya yg sangat rajin ni :)



Alhamdulillah. Bila dijaga dengan baik.. cukup baja, air, nutrien semua insya allah hasilnya pun baik.

Sama macam kita juga. Cukup makan, vitamin, zat nutrien dalam badan, air semua.. insya allah sihatlah kita. Serupa juga dengan perkembangan anak-anak sejak dari dalam perut hinggalah dia membesar sihat & cergas seperti yg sepatutnya. Bila cukup khasiat dalam makanannya, insya allah baiklah tumbesarannya. Bahagialah semuanya :)

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

Nak tau lebih lanjut?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...