Wednesday, August 29, 2012

Pentingnya Beli Dengan Pengedar Yang Berdaftar


Saya sangat berbangga dengan suami2 yg sudi mengambil berat membelikan Vitamin2 Shaklee untuk isteri masing2. Tapi saya nasihatkan anda beli dengan dealer berdaftar ataupun kalau nak beli sendiri di branch, silalah gunakan ID saya: 852401.

Anda masih dapat beli dengan harga ahli serta tambahan bonus isteri anda dapat khidmat nasihat PERCUMA!

Janganlah terus beli tanpa berbincang dengan isteri sebab
kesian dia.. elok2 dia happy bila cik abang bawak balik vitamin2 SHAKLEE sampai 6 jenis tu tapi akhirnya terpinga2 tak tau nak makan mcm mana...

Jadi, sangat penting anda beli dengan org yg boleh berikan konsultasi sepanjang hayat. Nakkan konsultasi PERCUMA dari saya? Mudah je. Order dengan saya/boleh terus ke branch berdekatan & gunakan ID saya di atas.

** Nota: Ini kisah benar. Dah byk kali berlaku cuma pukul 2.42 pagi tadi sangat tersentuh hati bila terima sms dari ibu beranak kembar yg minta tlg sangat2 kat saya bg tips & panduan pengambilan Set 3M. Ianya exclusive utk pelanggan2 saya sahaja.

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi dengan setiap pembelian dari saya.

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Saturday, August 18, 2012

Senang Kerja

Khamis lepas nak pergi potong rambut Anieq sebab rambut dah lebat sangat sampai kesian pulak tengok dia macam rimas je.. So, kebetulan malam tu free sikit babah ajakla pergi kedai gunting kat sini je. Keluar dalam pukul 9 mlm tapi ramaila pulak orang yg menunggu giliran..so kenalah tunggu lama sikit. Anieq yg mula2 segar bugar dah jadi mengantuk tambah2 pulak aircond kat kedai tu dipasang kuat. Sejuk dan mengantuk senang sangatlah dia nak tidur.

Elok je giliran Anieq, dia pun tidur dengan lenanya kat bahu babah...


Senang tukang gunting ni nak buat keje. Siap sebelah, pandai dia pusing ke sebelah pulak. Zup zap zup zap, siap!

Agaknya sebab senang sangat RM3 je dia caj. Padahal petang tu babah tanya dia cakap RM5 :)

Rezeki Anieq mlm tadi utk rambut raya!

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi dengan setiap pembelian dari blog ini.

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Wednesday, August 15, 2012

Nak Raya, Raya Jugak.. Nak Bersalin, Bersalin Jugak :)

Hehehe... ramai pulak kawan2 yg baru bersalin menjelang raya Ahad ni, insya allah. Dan memang ramai yg bertanyakan saya Set Bersalin yg bagus diamalkan sejak keluar dari labour room. Jawapan saya inilah dia: Set Bersalin Shaklee! Selamat diambil sejurus lepas bersalin :)

Set Bersalin lengkap untuk penyusuan sekali.


Jika ibu2 baru bersalin khuatir susu badan kurang/lambat keluar, saya cadangkan ambil set lengkap ini. Insya allah jika amalkan TIPS EXCLUSIVE yg akan saya sertakan dengan setiap pembelian, kita akan melalui tempoh berpantang dengan jayanya! Badan sihat, kekal cergas, mood happy & positif, susu badan meriah & berkualiti serta tumbesaran bayi pada tahap yg baik!

Antara komen ibu2 yg pernah mencuba Set Bersalin Shaklee:






Badan kembali macam anak dara ;)








Ada lagi...


Dan lain-lain pengalaman menarik termasuk pengalaman saya berpantang dengan Shaklee di sini

Susu saya pada hari kelima pantang. Sangat meriah sebab kita happy, sihat & cergas! Alhamdulillah...


Susu perahan beku saya dalam deep freezer sepanjang berpantang :)


Mesti teruja kan? Jom kali ni berpantang dengan Set Bersalin Shaklee. Hanya vitamin-vitamin terbaik ini untuk hari2 berpantang kita.

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi dengan setiap pembelian dari blog ini.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Nak tau lebih lanjut?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)


Monday, August 13, 2012

Yang Mana Satu Idaman Kalbu?

Semalam shopping kasut raya anak2.. termasuk mak anak2 punya sekali. Mak anak2 pun nak bershopping jugak ye. Bapak anak2 je kata takyah beli kasut. So, bapak anak2 gentlemen menemani keluarga bershopping (sambil membelanjakan duit ;P)

Sambil bershopping, sambil berbisnes. Saya siap buat appoinment dengan Safiah lagi nak jumpa kat Tesco Kajang, Safiah nak amik Alfalfa sebotol. Dah alang2 keluar tu, senang bawak sekali. So sesiapa yg berdekatan dengan saya (area Kajang, Saujana Impian, Jenaris, Kantan Permai) kalau nak amik vitamin Shaklee bolehla buat date untuk amik kat mana2 kalau saya keluar tu ye.. otw balik Cheras Baru ke.. balik Semenyih ke.. kat Tesco Kajang ke.. Giant Prima Saujana ke... kat MPKj ke... yang penting kita roger2 dulu sebelum jumpa.

Sambil saya pilih2 tudung, sambil En Billy kena ragging dukungkan Anieq, pegang beg2 plastik semua, sambil tolong layan suami Safiah nak amik Alfalfa ;) TERBAEK lah cyg! Mujur ada peneman setia :) Boleh saya bershopping dengan aman hehe...

Turn nak beli kasut Aien pulak. Tahun ni saya cadangkan dia beli sandal je. Awal2 lagi dari rumah dia dah cakap nak Barbie warna-warni, nak warna pink! Hitam taknak. Ok, senang cerita bila dia dah pandai memilih untuk diri sendiri. Kitorang pun pergi lah cari kat Barbie. Punyelah banyak warna pink.


Ha.. kan dah pening nak pilih mana satu :) Dipilihnya sepasang harga lebih RM50! Amboi... baru 3thn setengah dah pandai pilih kasut mahal2 ye :)


Anieq dah tak boleh sabar dah. Nak lepaskan dahaga kejap ;)


Mudahnya bayi menyusu badan. Bila2 masa je susu tersedia untuk diminum. Segar lagi tu! Ada sorang staff Tesco offer bilik fitting utk bf Anieq, tapi saya kata tak pelah. Macam ni pun ok kan... selesa jugak dan tak nampak pun bahagian2 yg tak sepatutnya :)

Rasa best jadi isteri bila bershopping kita tau hulur tangan dan dapat ;) Bak kata sorang ustaz tu... tugas suami mencari nafkah, tuga isteri pula membelanjakan wang itu hehe... tapi kita bukanlah nak bagi perabis duit pulak ye. Cukup ala kadar je...

Dah masuk minggu terakhir Ramadhan ni teras sedih pulak nak tinggalkan bulan yg penuh rahmat ni. Semoga sisa2 Ramadhan yg tinggal ni dapat kita penuhi dengan amalan yg akan memberi pahala berganda kepada kita. Insya Allah...

Azam hari2 terakhir Ramadhan: bangun awal dan panaskan lauk semua utk suamiku tercinta. Selama puasa ni dia yg buat semua tu, I tau makan je. Nak buat macam mana kan... Anieq lebih memerlukan ummi dia ;) Bertuahnya ada baby yg menyusu badan. Ada alasan! :) Lebih bertuah bila dapat suami yg loving dan memahami macam dia.... I LOVE U Cyg!



Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi dengan setiap pembelian dari blog ini.


Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)


Saturday, August 11, 2012

Minggu Depan Nak Raya... Jom Bersedia Dengan Vitamin Terbaik :)

Terasa sekejap je masa berlalu, Ahad depan dah nak raya.

Musim perayaan ni, macam-macamlah makanan yg akan masuk ke perut kita kan. Lebih-lebih lagi makanan yg berlemak berminyak semua tu...dari lemang, rendang semuanya tinggi kolestrol. Kalau nak jaga makan & tak makan, rasa rugilah pulak. Yelah bukan selalu pun nak makan semua tu.

Jadi, untuk rasa lebih tenang lepas makan makanan tu semua (nak legakan perasaan...) jom kita sediakan vitamin-vitamin terbaik ini. Semuanya berfungsi dengan baik untuk menjaga tubuh kita daripada lemak-lemak & minyak-minyak yg bakal mendap dalam badan kita jika dibiarkan begitu saja.

Set Kesejahteraan Syawal, terdiri daripada:


* Garlic


Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. *

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Peppermint Ginger Plus


Nyaman dan Melegakan

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Lecithin


Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina. Ia berfungsi membersihkan saluran darah & pengemulsi semulajadi bagi lemak dalam darah.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Performance Drink


Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Jom raya dengan tenang hati! :)

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi dengan setiap pembelian dari blog ini.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Nak tau lebih lanjut?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Friday, August 10, 2012

Kami Adik- beradik :)

Walaupun mata kami berbeza....


Kak long Aien sepet, Anieq bulat...

Namun, kami tetap adik beradik! :)

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi dengan setiap pembelian dari blog ini.

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Cara Penyimpanan Susu Perahan (EBM)

Saya kongsikan info mengenai penyimpanan stok susu perahan dari Kak Nadiah. Semoga ianya dapat dimanfaatkan oleh mereka yang baru dalam bidang ini.

Soalan 1:
Berapa lama susu saya boleh bertahan:-

a) Suhu Bilik
b) Peti Ais (Satu Pintu)
c) Peti Ais Bawah ( 2 Pintu)
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu)
e) Deep Freezer

Jawapan :
Lama mana bertahannya susu ibu bergantung kepada suhu peti ais, cuaca di Malaysia dan juga kekerapan kita membuka tutup peti ais...banyak pendapat mengenai soal berapa lama susu boleh bertahan ini, jadi jawapan ummi ini telah ummi sesuaikan dengan suhu di Malaysia dan juga base pd kekerapan kita membuka tutup pintu ais dan juga pengalaman ummi sendiri (setelah dibuat experiment n error berkali2)...so inilah jawapan ummi yang ummi rasakan paling sesuai :-

a) suhu bilik - bertahan selama 4 jam atau paling lama 5 jam sahaja (ummi dah buat experimen pun sbb ummi expressing pumping...
b) Peti Ais (1 pintu) - bertahan paling lama adalah 2 minggu sahaja...kerana suhu bg peti ais satu pintu tidak sama dengan yg 2 pintu..Ini kerana peti ais 2 pintu jika di buka pintu bwh, susu di bhg atas tidak berubah sedangkan peti ais satu pintu merangkumi kedua2 bhg sekaligus...
c) Peti Ais Bawah (2 Pintu)- bertahan paling lama 72 jam tetapi ummi lebih suka amalkan 48 jam sahaja.
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu) - bertahan paling lama 3-6 bulan (bergantung kepada kekerapan membuka pintunya...semakin kerap semakin kurang jangka hayatnya..ummi ambil 3 bulan sahaja...
e) Deep Freezer - bertahan paling lama 6-12 bulan (lamakan...subhanallah)...juga bergantung kepada kekerapan pintunya di buka...* setiap kali peti ais dibuka suhu akan berubah..

Dan just tambahan, susu dari freezer yang telah di cairkan (thawed)...hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam dari ianya cair sepenuhnya...dan apa yg ummi paparkan di atas hanyalah sebagai panduan sahaja...apapun sekiranya susu kalian masih tidak berbau dan tidak berubah rasa (kita lbh tau dah basi ke belum)...so, walaupun sudah terlebih tarikh ianya masih selamat digunakan, insya allah...Dan harus juga ummi ingatkan bahawa susu yg disimpan di bahagian dalam peti ais lbh better dr yang di simpan di tepi pintu peti ais...

Soalan Kedua :-
Berapa lama susu yang telah di panaskan boleh di gunakan?


Jawapan :-
Ummi lebih suka bahagikan kepada 2 keadaan :
a) Susu fresh (susu yg disejukkan di bahagian bawah) - (selepas di panaskan) jika baby dah minum, bertahan selama 1-2 jam dan jika baby tak minum lagi, bertahan 3-4 jam..
b) Susu beku (Thawed) - (selepas di panaskan) - bertahan sejam sahaja dan sekiranya tidak habis perlu dibuang...

Susu yang telah diminum baby tidak boleh di gunakan semula kerana air liur/siliva baby juga ada bacteria dan enzyme...dan mengapa susu beku bertahan sekejap berbanding susu fresh...kerana proses pembekuan tuh sebenarnyer mengubah/memusnahkan beberapa komponen dlm susu...

Soalan ketiga:-
Bagaimana cara terbaik untuk panaskan susu ibu?


Jawapan :-
Sebenarnya the best way adalah dengan merendam botol susu ke dalam air suam selama 2 atau 3 kali sehingga suhunya menyamai suhu badan..dan sekiranya ingin memudahkan kerja boleh juga di panaskan menggunakan warmer...dan harus ummi ingatkan JANGAN panaskan susu dengan merebus susu dengan air yg menggelegak,menggunakan microwave dan melebihi suhu 70 degree celcius...ini akan merosakkan khasiat yang terdapat dalam susu tersebut...

Soalan ke empat :
Boleh kah saya mencampur2kan susu jam 2 ptg dengan 6 ptg??


Jawapan :-

Sebenarnya ummi tidak berapa advise untuk susu di campur2kan...tetapi sbg panduan kerana kuantiti pengepaman adakalanya tidak sama...kdg2 sedikit2 dan adakalanya banyak...so, jawapan ummi ialah BOLEH...syaratnya susu2 yg di campurkan itu hendaklah dalam tempoh 24 jam sahaja (maksudnya masa perahan tarikh yg sama-24jam)..dan syarat kedua susu yg baru di perah hendaklah di sejukkan terlebih dahulu dalam bekas lain sekitar 2-3 jam...apabila suhu kedua2 susu yg ingin di campurkan tersebut telah sama...baru lah boleh di campurkan kedua2nya...

Soalan kelima :-
Bolehkah susu yg saya baru perah, kemudian saya berikan anak saya minum...tetapi tidak habis...bolehkah saya simpan bakinya di dalam peti ais dan saya panaskan semula untuk di gunakan???

Jawapan :-
Actually ummi tidak begitu menggalakkannya tetapi base pd experience ummi sendiri..BOLEH...syaratnya begini...(untuk mudahkan kefahaman ummi bg contoh ye)..kita pam dapat sekitar 4 oz...asingkan 2 oz untuk anak minum dan 2 oz standy(kalau tak cukup)...so, susu yg belum di minum ini masih boleh di sejukkan dan di panaskan semula untuk di gunakan...dan bg yg telah di minum..ummi tak galakkan...sbb campuran air liur baby turut mengandungi bakteria dan enzyme...so, kita lbh tau banyak mana anak kita perlukan...asingkan siap2 ok...

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi dengan setiap pembelian dari blog ini.

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Awet Muda Dengan Amalan Yang Terbaik!

Hati berbunga2 bila sorang customer ckp kat saya...

"betul ke nak panggil akak ni? rasa mcm muda je dari saya"

Ye, bulan depan umur saya 32 ye. Siapa yg belum capai usia 32 tu, bolehla panggil saya 'akak'. Takpe, saya lagi suka ;)

Awet muda saya insya allah lahir dari hati yg bersih (cewah!), sentiasa gembira, selalu tersenyum2 (biarlah orang nak kata saya macam kerang busuk, tak kisah!) dan turut menyumbang ialah pemakanan vitamin2 yg melengkapkan 'kemudaan' itu dari dalam.

Sekarang ni Shaklee dah ada kolagen cuma saya yg tak boleh amik sebab menyusukan Anieq. Lepas ni nak juga ambil untuk dapatkan kulit yg gebu & licin pulak! :)

Collagen Powder terbukti berkesan untuk:

- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
- Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
- Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%

Perkongsian lanjut di sini:

Shaklee Collagen BEST!

Nota: Kolagen Shaklee tidak sesuai untuk ibu mengandung dan ibu menyusu disebabkan kandungan Pfafia di dalamnya!

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk setiap pembelian dari blog ini.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Berminat nak mencuba?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Wednesday, August 8, 2012

Puasa + Menyusu = Kurus ~ Hanya Dengan Vitamin2 Shaklee :)

Kelebihan berpuasa + menyusukan anak lelaki + makan vitamin2 Shaklee = si buahatikusayang baru perasan yg si permaisurihati ni dah kurus! Eheh ;)

Cerita dia macamni. Hari Jumaat lepas masa tengah sibuk memasak nak berbuka. En Billy tetiba cakap,

"Honey dah kurus lah.. nampak cengkung, macam tak cukup makan. Padahal makan banyak tak ingat,"

Hahaha! Kelakar la pulak. Dah lama saya kurus baru si dia perasan :P

Masa tu saya pakai baju 'seksi' kata Aien. Bukan seksi apa pun... setakat ketat sampai boleh menampakkan yg saya ni 'kurus'. Saje je bagi hangat suasana ;)

Apa yg saya makan masa berpuasa ni? Bak kata En Billy, makan banyak tak ingat!

Saya bersahur macam biasa, nasi lauk sayur tu semua. Wajib nasi penuh, takde separuh2 dah. Lepas makan nasi, saya pastikan minum ESP + Meal Shakes + Vico + oat yg dah siap dibancuh oleh suami tercinta. Amboi, manjanya... Lepas tu, makan Vitamin2 Set 3M sesi pagi dan Vitamin E bersama segelas air kosong. Lagi banyak air lagi bagus. Puasa ni karang kering sapa susah kan..

Lepas tu, rutin harian macam biasa. Puasa pun tetap kena menyusukan Anieq atas permintaannya. Anieq dah 8 bulan, makin kuat menyusu & makin kuat merengek (manja!). Dah makan pun masih nak menyusu banyak2. Kan susu ummi sedap tiada tandingan ;)

Berbuka makan apa yg ada. Kalau rajin, masak ala carte mihun, mi, kue teow etc...nasi WAJIB diambil malam tu. Jangan lupa vitamin2 malam dan sebelum tidur :)

Saya ambil Omega Guard malam sebab perlu minum banyak air. Siapa yg pernah amik omega ni taulah betapa kita rasa sangat dahaga lepas makan omega. Omega ni fungsi dia utk menjaga kesihatan jantung, otak, sendi saya & Anieq.

Macam mana Anieq makan? Anieq tak makan, saya yg makan & khasiatnya Anieq dapat melalui susu :) Bertuahnya baby yg menyusu badan ni. Semua khasiat vitamin yg saya makan, Anieq dapat. Patutlah, makan banyak mana pun saya maintain slim. Habis Anieq sedut semuanya. Hahaha perasan! Omega juga memecahkan lemak2 & bantu kawal paras kolestrol. Secara tak langsung, saya kurus dengan omega! Kadang2 saya makan juga Lecithin untuk kurangkan buncit kat perut ;P

Mungkin sesetengah orang merasakan tak perlu ambil vitamin sebab yakin badan mereka mendapat khasiat lengkap dari makanan yg dimakan tapi bagi saya semua tu tak cukup. Sebab saya pasti banyak khasiat makanan saya dah tercemar sebab cara penyimpanan, cara masakan, cara dihidangkan dan lain2 mempengaruhi khasiat makanan yg saya makan.

Alhamdulillah. Saya dah amalkan makan vitamin Shaklee lebih 4 tahun. Makan vitamin = sihat, bertenaga, ceria, boleh menyusukan & berpuasa dengan jayanya! Saya suka!!! :)

Menyusukan anak bukan alasan untuk saya tinggalkan puasa sebab saya yakin mampu dapatkan khasiat terbaik melalui pengambilan vitamin2 ini. Memang Islam itu mudah, namun Allah lebih menyukai hamba-Nya yg berusaha terlebih dulu sebelum tunduk menyerah diri.

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Nak tau lebih lanjut?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)





Monday, August 6, 2012

Bantu Latih Anak-anak Berpuasa Dengan Shaklee

Dah lebih 2 minggu kita berpuasa. Buat ibu-ibu hamil, ibu-ibu menyusu mahupun bapa-bapa yg bekerja berat, mereka boleh menambahkan Performance Drink, Meal Shakes juga ESP semasa bersahur. Ini bagi membantu mereka kekal cergas bertenaga di siang hari Ramadhan dan mengurangkan rasa lapar dan dahaga di sepanjang hari berpuasa.

Semestinya bukan masalah besar bagi orang-orang dewasa untuk menjalani ibadah wajib ini, namun bagaimana pula jika kita ingin melatih anak2 kecil yg baru belajar berpuasa, macam kita masa kecil-kecil dulu?

Teringat masa kecik-kecik dulu... dimanjakan arwah ayah, dah azan subuh pun masih boleh minum air Milo. Saya belajar puasa masa umur 5 tahun. Dapatlah puasa separuh hari. Bila tambah2 jadilah banyak juga jumlah hari puasa tu kan ;)

Umur 6 tahun dah dapat puasa penuh sehari tapi tak penuh sebulan. Ada jugak tinggal 3-4 hari kalau tak silap. Masuk sekolah, dah pandai main tipu puasa hehe.. puasa tapi minum air paip (huh! sangat tak baik untuk diikut hahaha!) Masa tu dah sekolah, macam-macam dugaan kan... kat kantin sekolah tu makcik jual air sirap sejuk tu pun dah rasa macam best sangat. Padahal sirap kosong je... Maklumlah, pergi sekolah dahla kena berjalan kaki dengan panas terik. Kena pulak pergi sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Masa tu tak ada makanan tambahan yg mak bagi kat kami. Jiwa yg kental je la diharapkan dapat membantu melatih kami puasa masa kecik2 dulu. Oh, ada... ayah janji nak bagi duit raya RM1 untuk setiap hari puasa. Kali 30 hari, banyak tu!

Anak-anak zaman sekarang bertuah. Ada suplemen sebagai tambahan menu sahur dan berbuka agar badan tak mudah letih dan dahaga sepanjang hari berpuasa. Sebagaimana dewasa, anak2 juga boleh diberikan Meal Shakes dan Performance Drink semasa sahur. Rasa lapar dan dahaga semestinya akan tetap dirasai cuma insya Allah ia mampu membantu anak-anak kita untuk rileks sepanjang hari. Takdelah anak puasa tapi melepek je kat dalam rumah (ayat pasar mak hehe...)

Kongsikan pengalaman Puan Mai yang sedang melatih anak berpuasa dengan bantuan Performance Drink dan Meal Shakes:


"Salam GBS, saya nak kongsi pengalaman anak saya yang baru 6 tahun belajar berpuasa . makan sahur dan berbuka mcm biasa makan nasi dan lauk yg saya masak. cuma saya beri makanan tambahan freshmilk+mealshakes+kurma (blended) ketika berbuka, PD+mealshakes masa sahur. ALhamdulillah dapat puasa penuh dan dia nampak cool je puasa ..tak merengek cakap lapar or dahaga . Sepanjang puasa semalam siap aktif menyakat adik dan main2x kat halaman rumah .. bukannyer tidur sepanjang hari. Syabas anakku ! semoga dapat teruskan puasa penuh tahun ini InsyaALLAH."

Alhamdulillah. Sejak kecil dah dilatih dengan baik, mudah-mudahan bila besar nanti senang diaplikasikan :)

Apa yang terkandung dalam Shaklee Mealshake dan Performance Drink ni?

Meal Shakes


Menyediakan nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu termasuk asid amino. Nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian dan diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain.

Membantu tumbesaran anak dengan mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran. Rasanya yang lazat berperisa vanilla yang sungguh yummy sesuai diambil bersama dengan fruktos semulajadi. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.

Performance Drink (PD)


Dilengkapi dengan rumusan optiCarb yang sudah dipatenkan. Ujian klinikal membuktikan ianya dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.

Selain itu, PD membantu mencegah penyahhidratan bagi mengurangkan rasa haus serta melembapkan kulit. Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat bagi menggantikan air yang hilang sewaktu aktiviti fizikal.

Sangat disarankan untuk mereka yang tinggal di kawasan tropika dan yang aktif dalam kerja harian.

Sumber : Buku Panduan Nutrisi

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Nak tau lebih lanjut?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Thursday, August 2, 2012

Performance® Maximum ~ Penghilang Dahaga untuk Si Juara!

Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan


Penghilang Dahaga untuk Si Juara

Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:

• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkan yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Secara tak langsung, ia sangat sesuai untuk hari2 berpuasa kita!

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Sumber:Shaklee Malaysia

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

Jemputan Exclusive!

Awww! Terasa macam orang kaya pulak bila dapat jemputan daripada Mouawad ni.


Maklumlah, kan pernah beli berlian puluhan ribu dengan mereka sebelum ni hehehe.... ;P

Masa nak kahwin dulu...


MAsa anniversary baru2 nih hahaha... ;)


Saya dan pasangan dijemput untuk majlis berbuka puasa mereka ye. Hehe.. macam tak percaya!


Pembetulan: Saya Puan ye, bukan Cik ;)

Tapi kami takkan hadir... tak sempat En Billy nak terkejar2 dari Bangi balik rumah pastu nak pergi KL pulak dalam keadaan sesak2 petang2 macam tu. Lainlah kalau amik cuti semata2 nak berbuka puasa dengan mereka :)

Saya nak je pergi sebab nak join ramai org KAYA RAYA kat situ. Nak amik aura. Mungkin Lagi 2-3 tahun! :)

AMIN...

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk daripada saya sahaja.

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...