Monday, August 6, 2012

Bantu Latih Anak-anak Berpuasa Dengan Shaklee

Dah lebih 2 minggu kita berpuasa. Buat ibu-ibu hamil, ibu-ibu menyusu mahupun bapa-bapa yg bekerja berat, mereka boleh menambahkan Performance Drink, Meal Shakes juga ESP semasa bersahur. Ini bagi membantu mereka kekal cergas bertenaga di siang hari Ramadhan dan mengurangkan rasa lapar dan dahaga di sepanjang hari berpuasa.

Semestinya bukan masalah besar bagi orang-orang dewasa untuk menjalani ibadah wajib ini, namun bagaimana pula jika kita ingin melatih anak2 kecil yg baru belajar berpuasa, macam kita masa kecil-kecil dulu?

Teringat masa kecik-kecik dulu... dimanjakan arwah ayah, dah azan subuh pun masih boleh minum air Milo. Saya belajar puasa masa umur 5 tahun. Dapatlah puasa separuh hari. Bila tambah2 jadilah banyak juga jumlah hari puasa tu kan ;)

Umur 6 tahun dah dapat puasa penuh sehari tapi tak penuh sebulan. Ada jugak tinggal 3-4 hari kalau tak silap. Masuk sekolah, dah pandai main tipu puasa hehe.. puasa tapi minum air paip (huh! sangat tak baik untuk diikut hahaha!) Masa tu dah sekolah, macam-macam dugaan kan... kat kantin sekolah tu makcik jual air sirap sejuk tu pun dah rasa macam best sangat. Padahal sirap kosong je... Maklumlah, pergi sekolah dahla kena berjalan kaki dengan panas terik. Kena pulak pergi sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Masa tu tak ada makanan tambahan yg mak bagi kat kami. Jiwa yg kental je la diharapkan dapat membantu melatih kami puasa masa kecik2 dulu. Oh, ada... ayah janji nak bagi duit raya RM1 untuk setiap hari puasa. Kali 30 hari, banyak tu!

Anak-anak zaman sekarang bertuah. Ada suplemen sebagai tambahan menu sahur dan berbuka agar badan tak mudah letih dan dahaga sepanjang hari berpuasa. Sebagaimana dewasa, anak2 juga boleh diberikan Meal Shakes dan Performance Drink semasa sahur. Rasa lapar dan dahaga semestinya akan tetap dirasai cuma insya Allah ia mampu membantu anak-anak kita untuk rileks sepanjang hari. Takdelah anak puasa tapi melepek je kat dalam rumah (ayat pasar mak hehe...)

Kongsikan pengalaman Puan Mai yang sedang melatih anak berpuasa dengan bantuan Performance Drink dan Meal Shakes:


"Salam GBS, saya nak kongsi pengalaman anak saya yang baru 6 tahun belajar berpuasa . makan sahur dan berbuka mcm biasa makan nasi dan lauk yg saya masak. cuma saya beri makanan tambahan freshmilk+mealshakes+kurma (blended) ketika berbuka, PD+mealshakes masa sahur. ALhamdulillah dapat puasa penuh dan dia nampak cool je puasa ..tak merengek cakap lapar or dahaga . Sepanjang puasa semalam siap aktif menyakat adik dan main2x kat halaman rumah .. bukannyer tidur sepanjang hari. Syabas anakku ! semoga dapat teruskan puasa penuh tahun ini InsyaALLAH."

Alhamdulillah. Sejak kecil dah dilatih dengan baik, mudah-mudahan bila besar nanti senang diaplikasikan :)

Apa yang terkandung dalam Shaklee Mealshake dan Performance Drink ni?

Meal Shakes


Menyediakan nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu termasuk asid amino. Nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian dan diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain.

Membantu tumbesaran anak dengan mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran. Rasanya yang lazat berperisa vanilla yang sungguh yummy sesuai diambil bersama dengan fruktos semulajadi. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.

Performance Drink (PD)


Dilengkapi dengan rumusan optiCarb yang sudah dipatenkan. Ujian klinikal membuktikan ianya dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.

Selain itu, PD membantu mencegah penyahhidratan bagi mengurangkan rasa haus serta melembapkan kulit. Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat bagi menggantikan air yang hilang sewaktu aktiviti fizikal.

Sangat disarankan untuk mereka yang tinggal di kawasan tropika dan yang aktif dalam kerja harian.

Sumber : Buku Panduan Nutrisi

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Nak tau lebih lanjut?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...