Monday, August 13, 2012

Yang Mana Satu Idaman Kalbu?

Semalam shopping kasut raya anak2.. termasuk mak anak2 punya sekali. Mak anak2 pun nak bershopping jugak ye. Bapak anak2 je kata takyah beli kasut. So, bapak anak2 gentlemen menemani keluarga bershopping (sambil membelanjakan duit ;P)

Sambil bershopping, sambil berbisnes. Saya siap buat appoinment dengan Safiah lagi nak jumpa kat Tesco Kajang, Safiah nak amik Alfalfa sebotol. Dah alang2 keluar tu, senang bawak sekali. So sesiapa yg berdekatan dengan saya (area Kajang, Saujana Impian, Jenaris, Kantan Permai) kalau nak amik vitamin Shaklee bolehla buat date untuk amik kat mana2 kalau saya keluar tu ye.. otw balik Cheras Baru ke.. balik Semenyih ke.. kat Tesco Kajang ke.. Giant Prima Saujana ke... kat MPKj ke... yang penting kita roger2 dulu sebelum jumpa.

Sambil saya pilih2 tudung, sambil En Billy kena ragging dukungkan Anieq, pegang beg2 plastik semua, sambil tolong layan suami Safiah nak amik Alfalfa ;) TERBAEK lah cyg! Mujur ada peneman setia :) Boleh saya bershopping dengan aman hehe...

Turn nak beli kasut Aien pulak. Tahun ni saya cadangkan dia beli sandal je. Awal2 lagi dari rumah dia dah cakap nak Barbie warna-warni, nak warna pink! Hitam taknak. Ok, senang cerita bila dia dah pandai memilih untuk diri sendiri. Kitorang pun pergi lah cari kat Barbie. Punyelah banyak warna pink.


Ha.. kan dah pening nak pilih mana satu :) Dipilihnya sepasang harga lebih RM50! Amboi... baru 3thn setengah dah pandai pilih kasut mahal2 ye :)


Anieq dah tak boleh sabar dah. Nak lepaskan dahaga kejap ;)


Mudahnya bayi menyusu badan. Bila2 masa je susu tersedia untuk diminum. Segar lagi tu! Ada sorang staff Tesco offer bilik fitting utk bf Anieq, tapi saya kata tak pelah. Macam ni pun ok kan... selesa jugak dan tak nampak pun bahagian2 yg tak sepatutnya :)

Rasa best jadi isteri bila bershopping kita tau hulur tangan dan dapat ;) Bak kata sorang ustaz tu... tugas suami mencari nafkah, tuga isteri pula membelanjakan wang itu hehe... tapi kita bukanlah nak bagi perabis duit pulak ye. Cukup ala kadar je...

Dah masuk minggu terakhir Ramadhan ni teras sedih pulak nak tinggalkan bulan yg penuh rahmat ni. Semoga sisa2 Ramadhan yg tinggal ni dapat kita penuhi dengan amalan yg akan memberi pahala berganda kepada kita. Insya Allah...

Azam hari2 terakhir Ramadhan: bangun awal dan panaskan lauk semua utk suamiku tercinta. Selama puasa ni dia yg buat semua tu, I tau makan je. Nak buat macam mana kan... Anieq lebih memerlukan ummi dia ;) Bertuahnya ada baby yg menyusu badan. Ada alasan! :) Lebih bertuah bila dapat suami yg loving dan memahami macam dia.... I LOVE U Cyg!



Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi dengan setiap pembelian dari blog ini.


Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...