Tuesday, September 25, 2012

Keperluan Vitamin Buat Ibu-ibu Hamil


Di kala ibu2 hamil sibuk menyiapkan keperluan zat untuk si comel dalam perut, masih ada segelintir ibu hamil yg tak kisah tentang pengambilan vitamin yg disarankan. Tak boleh telan, tak sedap nak muntah, nanti baby besar.. dan lain2 alasan.

Pada pendapat saya, pengambilan vitamin penting bagi mencukupkan keperluan zat yg tak mampu disediakan si ibu melalui pemakanan harian. Ambillah vitamin percuma yg dibekalkan oleh hospital/klinik2 kerajaan. Jika mampu, dapatkan vitamin yg lebih baik di luar dengan harga yg berpatutan.

Buat ibu2 yg penyayang, fikirkan bayi yg sedang membesar dalam rahim kita. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri sehingga keperluan bayi kita terabai...

Apakah vitamin yang diperlukan sepanjang mengandung :

* Multivitamin [ sangat penting bila ia lengkap dengan zat besi]
* Vitamin B
* Vitamin C
* Kalsium
* Vitamin untuk otak - DHA [ minyak ikan]

Setiap vitamin itu memainkan peranan yang penting untuk memastikan ibu itu bertenaga, tidak pitam atau pengsan kerana kurang darah, kestabilan hemoglobin seperti multivitamin dan vitamin B. Manakala untuk sistem imun ibu dan anak pastinya memerlukan vitamin C manakala Kalsium sangat penting untuk pembinaan darah, saraf serta pembentukan tulang. Minyak ikan pula sangat bagus untuk pembentukan DHA otak bayi.

Kekurangan mana-mana vitamin ini boleh mengganggu pembesaran si kecil semasa dalam kandungan. Antaranya ialah bayi tidak membesar mengikut graf yang sepatutnya, gangguan pembesaran tengkorak bayi, tulang yang lembut dan imun sistem yang rendah.

Maka digalakkan ibu menjaga amalan pemakanan yang seimbang serta vitamin yang disarankan oleh doktor.

Bukan sewajibnya mendapatkan satu2 jenama vitamin tetapi memadai dengan harga yang mampu dibayar. Mungkin ada yang mengambil secara percuma di klinik kerajaan namun sekiranya anda mempunyai sebuah kereta hebat, saya yakin vitamin subsidi itu boleh disalurkan kepada golongan rakyat yang lebih memerlukan yang datang ke klinik hanya menaiki bas.

______________________________________________________________________

Shaklee mempunyai produk2 berikut :

* Vitalea with iron formula.
* B complex with Folic Acid.
* Sustained Release Vitamin C 500 mg
* Ostematrix [ juga dikenali sebagai kalsium magnesium]

~ Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Nak tau lebih lanjut mengenai vitamin2 ini?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-679 0484 atau
Email: elila80@yahoo.com atau
FB : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi dengan setiap pembelian dari blog ini.

Salam kasih sayang :)

3 comments :

  1. Salam Kenal,
    saya sedang search tentang makanan utk ibu hamil, sampai la terjumpe blog kamu Nor, thx atas perkongsian ini... jumpe lagi...n take care...

    ReplyDelete
  2. Salam kenal, Tulisan yang menarik , balik kunjungi blog kami yaaa !!! Anda kepengin punya anak atau Ingin anak anda menjadi jenius ?, bersilaturahmilah ke sesepuh trah Mangir di Cilangkap Tapos Depok ini, Orang tua Sepuh ini adalah Kong Tahib , keturunan Mataram yang ada di Tapos Depok, petani yang sangat rajin ke mesjid ini sudah berusia 80 tahun namun masih mampu mencangkul di sawah dari pagi sampai sore, banyak yang datang bersilaturahmi dengan beliau , minta doanya agar niatnya terlaksana, wajar saja sebab beliau kan orang sepuh yang rajin beribadah. namun kebanyakan adalah orang atau pasangan yang ingin punya anak atau ibu hamil yang ingin anaknya menjadi kuat sehat dan pintar, masuk akal sih sebab doa orang tua kan mustajab, oh ya alamatnya ada di RT 05 RW 07 Cilangkap Tapos Depok Jawa Barat.

    http://ibumuslimhamil.blogspot.com/2013/01/ingin-anak-anda-menjadi-jenius-sesepuh.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...