Monday, January 28, 2013

Angan-angan & Impian.. Jadikan Ia Kenyataan!

Siapa yg ada impian, angkat tangan?

Saya percaya semua orang ada impian hidup masing-masing.. sebagai manusia mestilah kita rasa kekosongan jika hidup tanpa arah tujuan & impian. Tak lengkap.

Dulu masa setiap kali bukak sekolah mesti cikgu suruh perkenalkan diri lepas tu tanya cita-cita dan impian hidup. Masa tu berlumba-lumba semua orang nak bagitau cita-cita masing-masing. Dengan rasa bangganya dulu saya pernah kata nak jadi Pegawai Kastam! :) Sampai ada yg mengejek2 saya dengan gelaran 'Kastam Pendek'. Maklumlah, saya ni kan memang 'tinggi' sangat hehe..


Itu kisah zaman kanak2 yg memang kelakar. Sampai sekarang masih teringat kat member lelaki yg suka mengejek2 saya tu. Apa khabar agaknya dia ;)


Jangan risau ye Dan, aku tak jadi pun Pegawai Kastam. Hehehe.. Aku cuma eksekutif biasa kat company orang. Keje makan gaji. Hujung bulan & awal bulan sibuklah aku nak siapkan akaun. Time audit kadang2 sampai terpaksa balik lewat rasa macam nak tido kat opis je gayanya.

Kesian kat Aien masa tu.. dahla kami tinggal kat Kajang, ulang-alik dari KL naik motor dgn buahatikusayang. Sebab kalau naik kereta maunya sampai opis pukul 10! Kalau opis sendiri takpela jugak... selalunya Aien lah baby yg paling last dijemput oleh ibu bapa dari nursery. Ibu mana yg tak hiba kan.. bila sampai je nursery tengok2 Aien dah tunggu kat luar siap dengan beg semua. Hari pulak memang dah gelap lah. Masa tu selalu berangan2 & berdoa semoga segalanya berakhir. Saya nak jadi WAHM!!!

Lepastu bila dah bohsan tahap gaban sebab memikirkan tentang keluarga & masa depan anak-anak (YA, saya memang tak suka keadaan itu. BENCI! BENCI!BENCI!) Akhirnya saya ambil keputusan berhenti kerja & bekerja sendiri.. dalam kepala memang fikirkan nak buat SHAKLEE. Itu yg paling dekat dengan saya masa tu. Sebab hari2 saya amalkan konsisten makan vitamin2 Shaklee. Baik saya bisnes Shaklee je kan. Lagipun suka tengok dealer Shaklee saya (sekarang ni dia upline saya) best je 24jam dengan anak2 sambil berShaklee.. duit pun dapat, kualiti kesihatan lebih baik & yang paling utama keluarga & anak2 dekat dengan kita.

Kini, saya boleh tarik nafas sikit (tak cukup lagi nak lega) sebab dah berjaya lari dari jadual kerja dengan orang. Lari dari kesesakan lalulintas pagi2 & petang2. Lari dari arahan orang2 yg tak sepatutnya untuk saya ikut (biasalah, walaupun saya lebih KETUA dari mereka, tapi memang ada yg berlagak seperti dia lebih KETUA dari saya. Sangat biasa).

Apa yang PASTI, sekarang ni saya seorang ibu yg bekerja di rumah! Ringkas & glamer dengan short form WAHM :) Tentulah seronok tak terkata sebab impian dah jadi kenyataan! Pagi2 di kala ada ibu2 yg kusut mengharungi traffic jammed mencari rezeki membantu keluarga, saya bertenang2 di rumah melayani kerenah Anieq Sufi sambil berbisnes Shaklee :)


Alhamdulillah.. syukur atas nikmat angan2 yg jadi nyata ini :) Dan syukur, hasil usaha saya berniaga dari rumah dapat juga pendapatan mencecah 4 angka yg stabil sekarang... impian menjadi surirumah 5 angka Insha ALLAH termakbul sebulan dua akan datang... AMIN.

Saya akan teruskan berkongsi kebaikan Shaklee dengan anda di luar sana. Kami berkongsi kerana kami yakin & mengamalkannya secara konsisten. Sememangnya ia berkesan! Jika tidak, takkan saya masih setia sampai sekarang.. dah hampir 4 tahun dengan vitamin2 Shaklee :)

Jika anda antara surirumah yg ingin menjana pendapatan sampingan untuk bantu menaikkan taraf hidup keluarga, silalah hubungi saya. Takkan kita nak duduk di rumah semata-mata mengharapkan keredhaan "cukuplah hanya itu rezeki kami sekeluarga..." tanpa anda tau sebenarnya kita ada jalan lain untuk mendapatkan 'rezeki' itu. Allah janjikan kejayaan kepada mereka yg berusaha. Maka jom kita berusaha!
________________________

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

Nak mendaftar ahli & beli Shaklee dengan harga ahli? Boleh hubungi saya:

ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add FB & pm : Jannatul Fadilah

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.


Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Salam kasih sayang ♥

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...