Thursday, January 10, 2013

Rawatan Chicken Pox Untuk Bayi Menyusu Ibu

Minggu lepas leher Anieq kena macam gatal2. Habis digarunya sampai melecet kulit. Kuku yg dah dipotong pendek pun masih mampu melukakan kulit lembut dia bila selalu digaru2.

Kebetulan pulak tengahari tu kat rumah ibu saya terperasan ada 1 biji berair mcm chicken pox je rupa dia kat belakang badan Anieq. Saya macam dah agak Anieq kena Chicken Pox sebab pengalaman tengok rupa biji berair tu sebelum2 ni. Tapi saya masih 50-50 nak kata chicken pox sebab tumbuh pun sebiji je pastu En Billy pulak kata Anieq tak demam atau merengek2 macam baby lain yg kena. Dua tiga hari sebelum tu pun dia aktif je main2 dengan Kaklong.. pagi ke.. malam ke.. sama je aktifnya, takde tanda pun yg dia kena Chicken Pox!




Malam tu balik dari Semenyih kami pergilah klinik sebab nak tanya kat doktor pasal leher Anieq yg dah melecet sebab digaru2. Terus doktor India tu kata, "Oh My God, this is eczema! Ni dah lama kena ni kan sebab dah teruk leher dia". Padahal baru je saya perasan Anieq menggaru2 kat leher dia. Saya cuma masuk telinga kanan keluar telinga kiri je dengar doktor tu cakap sebab saya pasti tu bukan ekzema. Ni melawan cakap doktor ni! Bila saya tunjuk kesan biji berair yg dah pecah tu kat doktor, dia menafikan tu chicken pox & dia kata tu macam kesan kena gigit serangga.

So, doktor cuma bagi Anieq krim eczema utk sapu kat leher dia yg melecet tu. Takde apa pun ubat lain sebab doktor tak kata tu chicken pox. Malam tu lepas bersihkan & lap kering2 (macam jaga luka czer saya je) saya pun sapu kat leher dia & tempat kena gigit serangga tu dengan krim ni.


Tak tau nama krim ni bila dah dipek balik macam tu tapi yg pasti, sapu sekali je terus ok. Memang power betul krim ni. Takde kesan langsung leher Anieq kena gatal2 tu.

Tapi esoknya muka Anieq kat kawasan hidung & mata terutamanya tumbuh biji2 berair tu sebiji, sebiji. Tapi biji2 kecil halus je.. memang siapa tengok pun takkan rasa tu chicken pox. Tapi naluri ibu saya kuat mengatakan tu memang chicken pox. Terus call Akak Nor minta nasihat. Pastu call mak pulak. Dua2 suruh bawak pergi klinik sebab diorang kata tu memang Chicken Pox. Jenis chicken pox yg tak lebat mcm org lain.

Malam tu lepas En Billy balik keje kitorang bawak Anieq pergi klinik lain & tunjukkan kat doktor. Doktor pun macam tak percaya tu chicken pox tambahan lagi semua tu dah kering. Tak berair dah.. cuma kesan hitam lepas pecah tu adalah sikit.

Bestnya doktor cakap," Cepat ye baik. Biasanya seminggu masih penuh berair. 2 minggu baru kering. Ni dah kering takde apa dah. Jadi, saya bg ubat sapu je lah bagi kering betul2. Nak bagi antiviral dah takde yg berair dah ni,".

Suka saya dengar :)

Ni lah parut sikit lagi kat hidung Anieq yg belum tanggal sepenuhnya.


Harini dah ok dah. Dah hensem balik takde parut :) Alhamdulillah...


Saya terfikir2 balik macam mana Anieq boleh kena seawal usia setahun sebulan padahal dia menyusu ibu sepenuhnya dengan tambahan vitamin2 lagi. Aien yg dah umur 4 tahun pun belum kena jangkit dari sepupu2 atau orang keliling (Aien pun menyusu ibu dengan vitamin2 Shaklee juga!)

Bila difikirkan, bagus juga kena awal2. Nanti dah besar takyah kena lagi. Lagipun, virus ni kita cuma boleh mengawal dari merebak. Tak tau mana datangnya sebab sekarang ni pun bukan musim chicken pox.

Penyusuan susu ibu Anieq dengan vitamin2 Shaklee memang sangat2 membantu keadaan Chicken Pox Anieq yg 'ringan', keluar sebiji, sebiji kecil2.. tanpa demam dan cepat kering dlm beberapa hari serta kesan parut yg cepat hilang! Semestinya pengambilan ESP setiap hari (ummi yg minum, Anieq menyusu ummi) yg bantu segera pudarkan parut2 tu.


Terus terang saya katakan, masa mula2 kena gatal2 tu saya masih bagi Anieq makan ikan kembung, ayam dan lain2 yg tak pantang. Alhamdulillah, Anieq ok tanpa gatal2 teruk akibat chicken pox. Inilah kelebihan bayi menyusu ibu bila dijangkiti penyakit. Susu ibu adalah penawar terbaik bagi penyakitnya.. Insha Allah...

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

Nak beli Shaklee dengan harga ahli? Boleh hubungi saya:

ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484 Email: elila80@yahoo.com
FB : Jannatul Fadilah

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Salam kasih sayang ♥

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...