Wednesday, January 16, 2013

Shaklee Sebagai Suplemen Terbaik Kami Sekeluarga :)

Diam tak diam dah lebih 3 tahun saya setia dengan vitamin-vitamin Shaklee. Mungkin pada sesetengah orang menganggap pengambilan suplemen perlu bila dah sakit, namun bagi saya ia SANGAT PERLU dimulakan sejak awal sebelum sakit datang hinggap kat kita. Saya pasti ramai yg dah tau & kenal SHAKLEE. Lebih2 lagi pembaca setia blog saya ni..korang mesti tau saya kan dealer Shaklee kat Kajang & kawasan2 yg saya sebutkan di bawah entry ni.. (perasan ada pembaca setia hehehe ;P)

Perkenalan saya dengan Shaklee bermula seperti kebanyakan rakan2 lain iaitu semasa dalam proses penyusuan sepenuhnya susu ibu puteri sulung saya, Aien Nur Sophea. Cerita selanjutnya boleh baca sini.


Bermula dari hanya mencari milk booster (ternyata milk booster Shaklee THE BEST!) , saya tak pernah berganjak utk terus mencuba pelbagai lagi vitamin2 lain utk memastikan diri saya sentiasa kekal cergas & sihat utk meneruskan perjalanan penyusuan Aien malah nak makin cantik & lawa di mata suami luar & dalam.. ehem..ehem.. ;)


Ternyata vitamin2 semulajadi Shaklee berkesan mengatasi pelbagai masalah yg saya hadapi di sepanjang proses penyusuan Aien selama lebih 2 tahun termasuklah masalah dalaman yg kebanyakan ibu2 menyusu mengalaminya.. (jika anda ibu menyusu, mesti anda tau & perasan masalah ini...) Alfalfa adalah jalan penyelesaian TERBAIK! :) :) :)

Sekarang dalam proses penyusuan putera kedua saya pula, Anieq Sufi. Alhamdulillah tiada masalah besar besar yg saya hadapi sebab saya lebih bijak & berpengalaman, maklumlah pengamal konsisten vitamin2 Shaklee kan.. ;)


Bermula sejak dari dalam perut lagi Anieq dibekalkan dengan zat2 vitamin Shaklee semata2 (saya tak ambil vitamin hospital) hinggalah saat pertama disusukan dengan susu ibu seterusnya hingga kini dalam proses menamatkan baki 365 hari penyusuan sepenuhnya susu ibu.

Anieq dalam perut..



Sekarang ni Aien pulak dah 4 tahun, jadi dia dah boleh ambil vitamin2 khas untuk kanak2. Memandangkan dia pun dah sekolah tadika perlu gunakan tenaga yg lebih utk otak, jantung, kecergasan dan sebagainya, maka memang perlu saya bekalkan dia dengan vitamin2 tambahan sebagai pelengkap zat hariannya.

Begitu juga dengan buahatikusayang yg seorang ni... mestilah saya juga nakkan yg TERBAIK buatnya. Mula2 dulu apa yg saya makan, secara PAKSA saya bagi juga kat dia. Paksa ye! Bukan senang tau kita nak bagi para suami makan vitamin ni ;) Tak percaya, cubalah bagi kat suami masing2. Tengok betapa bersusah payahnya kita nak paksa mereka makan kan.. :) Tapi Alhamdulillah, lama2 En Billy pandai cari sendiri vitamin2 yg dia perlukan seharian. Sebab tu Cayang saya ni maintain makin bertambah umur, makin hensem nampaknye hehe ;)


Perkongsian daripada rakan saya yg juga seorang Ahli Farmasi:

Mengenali Shaklee yang produknya adalah dari sumber-sumber natural memberi kepuasan kepada saya.

Perkara pertama yang saya lihat produk-produk Shaklee mempunyai tempoh luput yang pendek. Dari mula ia dihasilkan (manufacturing date) sehingga ke tarikh luputnya mengambil masa lebih kurang 2 tahun sahaja berbanding ubat-ubat kimia yang mempunyai tempoh luput sehingga 5 tahun ke atas. Secara logiknya sumber asli memang kurang bertahan berbanding sumber kimia.

Keduanya, rata-rata produk Shaklee tidak mempunyai silika gel didalam botol penyimpanannya. Terbukti ia dari sumber asli.

Ketiga, produk Shaklee disediakan dalam pakej yang lengkap. Contohnya Ostematrix dihasilkan dengan penambahan vitamin D didalamnya dimana fungsi vitamin D adalah untuk membantu penyerapan kalsium secara maksimum. Vitamin E disekalikan dengan selenium dimana bahan ini amat penting untuk penyerapan vitamin E. B-complex didatangkan dengan kombinasi 8 jenis vitamin B yang lengkap dan belum pernah lagi saya terjumpa vitamin B-complex dikombinasikan bersama Folic Acid melainkan dari Shaklee.

Keempat, sudah tentulah apabila mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten, In shaa Allah, dengan izinNya kesihatan saya sekeluarga dan dan anda sekeluarga bertambah baik.

Sejarah pembabitan saya dalam bisnes Shaklee

Bila dah suka dengan Shaklee & mengamalkannya secara konsisten hari2 selama lebih setahun jadi saya ambil keputusan utk daftar ahli dengan PERCUMA! Best kan dengar PERCUMA ni ;) Saya beli vitamin2 Shaklee sampai cukup 200uv (anggaran RM680) so layaklah saya dapat FREE MEMBERSHIP tu! Terpulang kat kita nak bayar RM65 + pos RM10 WM/RM20 EM kalau taknak beli 200uv. Tapi saya kan suka jimat-jimat ni, alang-alang beli & makan hari-hari, baik beli & dapat FREE ahli! Boleh refer SINI cara2 nak jadi ahli Shaklee.

Bermula secara part-time sampailah harini saya dah jadikan berniaga Shaklee ni kerja tetap saya utk dapat income setiap bulan. Maksudnya, saya dah berjaya resign bekerja dgn orang & kini bekerja sendiri dari rumah (WAHM) sambil anak2 di depan mata. Impian yg jadi kenyataan! :) Tak sia-sia berangan nak duduk rumah jaga anak2 pastu dapat duit bulan-bulan hehe... lepas ni berangan nak dapat 5 angka pulak! SUNGGUH TAK MUSTAHIL... ;)

Alhamdulillah, saya dah pun ada jaringan perniagaan Shaklee sendiri di seluruh Malaysia. Jika anda berminat nak dapat side income dengan Shaklee mahupun pendapatan tetap macam saya, boleh hubungi saya. Tidak perlu menghadiri kursus setiap minggu, tidak perlu meninggalkan anak kecil untuk maju dalam biz Shaklee. Semuanya di hujung jari anda.

Apa yg pasti, setiap 14hb bonus Shaklee akan masuk ke akaun kita. Besar atau kecil jumlahnya setanding usaha yg kita lakukan pada bulan sebelum itu. Jika nak lebih, usahakan untuk dapat lebih. Apapun, percayalah.. tiada yg mustahil dengan Shaklee :)

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

Nak beli Shaklee dengan harga ahli? Boleh hubungi saya:

ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
FB : Jannatul Fadilah

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.


Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Salam kasih sayang ♥

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...