Wednesday, January 30, 2013

Urutan Perineal Untuk Membantu Memudahkan Proses Bersalin Normal

Saya nak kongsikan tentang urutan yg dapat membantu memudahkan kelahiran normal di kalangan ibu2 hamil walaupun saya sendiri tak ada peluang nak merasai bersalin normal sebab dah 2x czer. Biasanya diajar masa kelas antenatal iaitu kelas yg diadakan khas utk ibu2 yg akan melahirkan bayi.

Urutan ini bertujuan untuk memudahkan proses kelahiran dan mengelakkan episitomi. Saya rasa urutan ini penting untuk diamalkan dan anda perlu mencuba.

Info

Apa itu Perineum ?
perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur
(silalah google sendiri untuk tahu lebih detail..:P)

Apa itu episitomi?
Episiotomi merupakan pembedahan kecil yg dibuat antara bahagian faraj dan anus bagi memberikan ruang yg lebih besar bagi memudahkan bayi dilahirkan dan membolehkan bayi melaluinya dengan lebih mudah.

Urutan Perineal(sumber majalah PaMa)

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran.



Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Teknik urutan perineum
1. Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.


Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.


Gambar 18SX ye tapi untuk perkongsian ilmu harap tak disalah guna...

Lagi satu tips mudah bersalin yg natural, kerapkan berhubungan intim bersama suami pada tempoh2 terakhir kehamilan. Kalau ikutkan, urutan ni lebih kurang sama konsepnya kan ;) Cuma kelebihan cara semulajadi ni ialah ada bahan pelincir yg lebih memudahkan proses bersalin normal tu :) WALLAHUA'LAM....

Nak cari Set Bersalin PALING BEST??? KLIK SINI

-----------------

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

Nak beli Shaklee dengan harga ahli? Boleh hubungi saya:

ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add friend & pm FB : Jannatul Fadilah

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.


Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Salam kasih sayang ♥

1 comment :

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...