Saturday, January 12, 2013

Vitamin Masa Mengandung Mana Satu Ye?

Seronok berniaga Shaklee ni. Bila kawan2 mengandung, kita yg tau dulu sebab diorang suka nak makan vitamin2 kehamilan shaklee mcm saya masa ngandungkan Anieq. Kisah kehamilan saya dengan vitamin2 Shaklee di sini :)


Vitamin2 terbaik masa mengandung. Ini cadangan saya:

Untuk trimester pertama


Antara kebaikan vitamin2 ni:

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Vitamin B Complex - 1 biji sehari

B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.

Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Sangat digalakkan jika ada bajet lebih, ambil ESP sekali.


ESP ni protin. Protein sangat penting untuk perkembangan tubuh badan kita. Protein diperlukan oleh sel untuk membentuk sel baru. Sel yang sihat membantu menjana organ yang sihat seterusnya membantu kelancaran sistem tubuh badan ~ ini ada kaitan dengan keadaan kulit saya masa mengandungkan Anieq di mana sel kulit dulu yg buruk2 tu dah digantikan dgn sel kulit baru. Sebab itulah kulit saya cantik masa mengandungkan Anieq :)

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.

ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.

Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Bila dah masuk trimester kedua, boleh amalkan Omega Guard pula.


Omega Guard - 1 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan. Bukan itu saja, ada kelebihan lain tau. Boleh baca ni:

Pengalaman saya menghadapi selsema masa mengandungkan Anieq dengan Omega Guard. Sangat berkesan!

Jika ada yg nak rasa perubahan masa mengandung kali ni dgn vitamin2 Shaklee blh hubungi saya. Nak pm saya pn boleh tapi pastikan add friend dgn saya dulu. Takdelah kena tunggu lama utk saya reply nanti :) 

---------------

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

Nak beli Shaklee dengan harga ahli? Boleh hubungi saya:

ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add friend di FB : Jannatul Fadilah

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Salam kasih sayang ♥

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...