Friday, February 8, 2013

Pentingnya Makanan Seimbang Semasa Menyusukan Bayi

Kebelakangan ni saya kerap pulak baca status ibu2 menyusu yg sambil lewa tentang pemakanan harian mereka. Ini termasuk juga minuman berkafein yg sering diamalkan. Ada yg tak kisah makan makanan segera yg terlalu simple contohnya mi segera yang pada saya tak mengenyangkan sebab saya sendiri kena makan elok2 baru kenyang hehe.. itu belum tengok khasiat yg ada dalam makanan segera tu sendiri... nama pun makanan segera, agaknya ada tak khasiatnya ya?

Mungkin bagi sesetengah ibu, ia langsung tak mengganggu kuantiti susu yg dihasilkan TAPI terfikirkah kita tentang khasiat yg kita dapat untuk disalurkan kepada bayi yg sedang membesar dengan susu kita?

Saya nak kongsi kat sini melalui pembacaan saya siang tadi:

Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ?

Ini adalah kerana :

* Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
* Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
* Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)

Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?

* Kepelbagaian- Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien
* Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.
* Kesederhanaan - Mengehadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol
* Aktiviti - Menyeimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian

Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Diambil?

Paras Piramid Makanan


Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan
Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti


Saranan sukatan: 12 hidangan/sehari

Satu hidangan Bijirin:

* ½ cawan nasi
* ½ cawan mi/mihun/pasta
* ½ tosai
* ⅓ capati
* 1 keping roti (putih/gandum)
* 1 cawan bubur nasi kosong
* 3 biskut tawar
* 3 sudu makan oat (tidak dimasak)

Paras 2 : Buah dan Sayur


Saranan sukatan: 3 - 4 hidangan/sehari

Satu hidangan Sayur : (3 - 4 hidangan) /sehari

* ½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)
* 1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)

Satu hidangan Buah : (3 - 4 hidangan) /sehari

* 1/2 biji jambu, mangga
* 1 biji pisang, epal, lai, pir, oren pear, orange
* 1 potong betik, nenas, tembikai
* 3 biji kurma
* 4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur

Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging


Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari

Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam:

* ½ ketul paha ayam (saiz sederhana)
* ½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
* 2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
* 1 biji telur

Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu


Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari

Satu hidangan Susu dan Produk Susu

1 gelas susu (250ml)
4 sudu makan susu tepung
1 cawan dadih
1 keping keju

Paras 5: Minyak, Garam dan Gula


Saranan sukatan : Kurangkan

Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi?

Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien seperti :
Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau. Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium. Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet.
Kalsium Shaklee: Ostematrix - Kalsium , Magnesium & Vitamin D


Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren
Vitamin A Shaklee: Carotomax


Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

• Memelihara kesihatan yang baik.
• Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
pertumbuhan tisu.
• Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
lendir.

Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati.
Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)
B Complex Shaklee: B Complex


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
• B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
• Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

Vitamin C
Sumber : buah–buahan (oren, betik, kiwi).
Vitamin C Shaklee: Sustained Release Vita-C Plus atau Chewable Vita-C Plus



Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan

Protin.
PROTEIN adalah makanan utama sel. SEL yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat. Sebab tu setiap hari, kita makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein kan..macam ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi….

TAPI, TAHUKAH ANDA yang PROTEIN sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU yang TINGGI?Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan??

Protin Shaklee: ESP Isolate Powder


ESP sumber PROTEIN yang lebih berkualiti dan semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP Sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti bermula dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi

Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet ?

Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan. Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak mencukupi. Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan yang tetap. Suplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik.

Saya sendiri amalkan pengambilan vitamin (suplemen) Set 3M serta tambahan vitamin2 lain sebab saya ibu menyusu yang memang perlukannya!

Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi?

* 87 % daripada susu ibu adalah air.
* Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari ( pada saya, PERLU LEBIH 3 LITER AIR KOSONG SEHARI!) dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
* Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
* Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.

Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin?

* Makanan 'sejuk' - kangkung, tauge, kubis, timun, betik,nangka
* Makanan 'panas' - telur, ayam, daging, organ dalaman
* Makanan 'berangin' - teh, sayuran berkanji
* Makanan 'tajam' - nanas
* Makanan beracun - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan

Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil makanan 'sejuk' dan digalakkan mengambil makanan 'panas' semasa berpantang.

Kesimpulannya, berpantang ini adalah hanya mengikut kepercayaan. Ibu yang menyusu dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan daripada satu kumpulan sahaja. Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama dari kumpulan buah dan sayur yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan.

(Sumber: myhealth.gov.my)

_____________

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

Nak beli Shaklee dengan harga ahli? Boleh hubungi saya:

ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add friend & pm FB : Jannatul Fadilah

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.


Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Salam kasih sayang ♥

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...