Monday, March 11, 2013

Anak-anak Siapalah Yang Comel Tu.. :)

Minggu ni memang sibuk sangat dengan majlis perkahwinan Ayong, sepupu En Billy. Dari hari Khamis majlis didahulukan dengan kenduri tahlil dan doa selamat semua.. kelmarin nikah, semalam kenduri belah perempuan & skrg ni kami dlm perjalanan nak ke sg buloh, bertandang ke pihak pengantin lelaki.

Semalam glamer anak2 kecik sepupu2 & dua pupu Aien jadi flower girl. Comel sangat diorang ni lagi2 mak2 masing2 memang lawa kan hahaha...

So, jomlah layan gambar2 ni. Terima kasih kat Mama Fynne & Mama Leeza sebab sponsor gaun comel ni :)



Darrin, Raisya, Aien, Laila, Zahra...



Anieq THE BIG BOSS! :)





Cantiknya kek.. 3 tingkat u!



Flower girls comels beratur sebelum berarak. Aien berpasangan dengan Wawa



Besar bunga Alang! ;)



Mama Fynne bagi arahan kat anak-anak comels



Posing dulu ye anak-anak.. Qaseh, Zahra, Laila, Wawa, Fifi, Nabil (nak enter frame jugak org bujang ni), Raisya, Aien, Darrin.



Ibu menyusu cari port selesa nak mengenyangkan baby setahun 3 bulan hehe.. malas nak masuk bilik depan tu. Takpe, asalkan tertutup semua takde masalah pun hiks!



Cepat-cepat beratur sebelum pengantin masuk berarak. Tu dia org kuat flower girls; Mama Fynne tgh dokong baby Nafees & Mama Leez.



Raja sehari yg diraikan, Nurafiqah & Haris :)



Tabur bunga rampai banyak2 ye anak2... KAWENNNN....!



Wajah ceria pengantin baru, Nurafiqah & Haris. Semoga bahagia menjalani hidup bersama hingga ke syurga...Amin.



Haaa... banyaknya gambar. Nanti kita sambung cerita belah lelaki pulak. Daaaa....

Eh, lupa nak cakap. Ayong ni amik GLA Complex, Vitamin E & B Complex menjelang hari bahagia ni tau. Setiap suplemen ada kebaikannya tersendiri. GLA utk masalah senggugut teruk yg dialami sejak sekian lama. Lepas amalkan GLA alhamdulillah masalah tu berkurangan.

Vitamin E untuk kecantikan kulit di samping utk dalaman. Maklumlah..kan pengantin baru ;) B complex untuk atasi keletihan & stress seharian. Lagi2 pengantin baru kan sibuk sepanjang majlis mereka berlangsung. Jadi, pengambilan B complex yg cukup membantu mengatasi keletihan sepanjang majlis malah boleh sambung tugas baru pulak lepas majlis hehehe.. ;) Jangan marah ye Ayong & Haris!

-------------------------

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

Nak beli Shaklee dengan harga ahli? Boleh hubungi saya:

ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add friend & pm FB : Jannatul Fadilah

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Salam kasih sayang ♥

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...