Friday, March 29, 2013

Makan-makan Kat Restoran Red Card. Sedap!

Hari Rabu lepas kami anak beranak konon nak pergi makan malam kat satu tempat ekslusif ni. Nama pun ekslusif, sampai nak makan pun kena tunggu giliran tempat kosong baru boleh masuk untuk makan... punyelah ramai orang kan.. tapi memang saya tengok kerusi meja dia sikit & sangatlah ekslusi (maknanya org KAYA atau BANYAK DUIT je layak masuk. Kami ni apa yg ada ;)) Disebabkan restorannya dah penuh masa kami sampai (dalam pukul 9pm), maka kami diminta utk tunggu 'sekejap' kat luar..ada tempat duduk khas utk yg menunggu...

Dengan perut dah menyanyi2 lapar lagi dia nak suruh kita duduk tunggu kat luar??? Oh.. nehi! Last2 saya ajak si buahatikusayang ni makan kat tempat lain. Bukan rezeki kami kat situ..

Nasib baik kat area Bangi tu banyak sangatlah restoran. Sebelah menyebelah je.. So, sebab dah lapar kan tak kisahla restoren apa pun asalkan dapat memenuhi permintaan perut yg tgh kelaparan tu. Kitorang sampai kat Restoran Red Card. Saya suruh En Billy pergi perhatikan kot2 ada tempat kosong dan sediakan menu western sebab En. Billy kata nak makan western malam tu... Bila tau je ada western, kami pun terus duduk tapi anak2 saya ni tak reti duduk diam.. diorg main kejar2 pulak kat situ hehe..

Duduk2 terus order. Tak lama menunggu sampailah minuman yg dipesan.

Ni saya punya. Mocha Ice Blended. Sedap!


Jus Oren En. Billy punya. Ain minum jus tembikai. Mana gambar?? Tak sempat nak amik sebab sibuk nak minum mocha ni ;)

Order makanan paling awal... ni Aien punya. Burger ayam. Sedap..rasa lain dari yg lain :)

 
Apalagi terusla makan... dah laparrrr kan... tak padan dengan mulut kecik. Nak ikut dalam tv lah tu!

 

Sebab kesian tengok Aien nak nganga mulut besar2 so saya pun potongkan burger ni jadi kecik sikit. Senang nak masuk mulut.

 
Lama jugak nak tunggu menu lain sampai.. Maklumlah..western lah katakan ;)
 
Dah sampai lagi satu Aien punya order. Spagheti apa tah nama dia, lupa dah... tapi rasa dia memang sedap! Tak pedas so memang sedap sangatlah utk tekak budak2 macam Aien & Anieq tu
 

Ni saya punya! Mexican Roasted Chicken bla..bla.. tak ingat nama panjang sangat ;) Pun sangat sedap! Side dishes tu boleh pilih 2 ala ala Kenny Rogers. Disebabkan tak tau nama side dishes tu, saya tertipu dengan fries dia. Ingatkan dapat yg curley fries huhuhu... Nugget tu patutnya ada dua. Satu lagi dah dikebas Aien :) Hui...banyaknya anak daraku makan! Sebelum terlupa, ada sos black pepper sekali

 
Ni En Billy si buahatikusayang punya. Lamb Chop dengan cendawan & salad. Tu nama belakang tu saya cipta sendiri hahaha...suka hati je. Apapun memang sedap lah!
 

Setelah diberikan fokus terbaik, maka habis licinlah semuanya! Biasalah..dalam keadaan perut dah lapar memang mcmnilah hasilnya hehe.. ;)

 
Gambar ni saje nak skodeng owner restoran. Ohhh dating ye! Penat kot nak menunggu kitorang habis makan. Dah pukul 10.15pm pun masih belum siap makan :) Orang lain dah balik dah hahaha...



Sampai tertido la si buahatikusayang Anieq Sufi ni. Yang penting, tak kacau ummi nak bersantap sampai licin hehe...


Kesimpulannya, makan kat situ sedap! Bolehla korang try pulak. Harga pun ok je..

Sekian :)

-------------------------

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

Nak beli Shaklee dengan harga ahli? Boleh hubungi saya:

ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add friend & pm FB : Jannatul Fadilah

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Salam kasih sayang ♥

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...