Monday, May 6, 2013

Mari Mengundi!

Wah..harini kita yg akan menentukan masa depan negara kita. Pemerintah Malaysia utk 5 tahun akan datang. Pagi2 lagi en Billy dah keluar dgn adik beradik dia ke tempat mengundi. Dia kat Semenyih. So tengahari kejap lagi saya pulak nak mengundi kat Cheras Baru. nasib baik dekat2 je kami ni. Rezeki :)

Zaman dah canggih, nak mengundi pun boleh watsapp bagai..so masa tengah beratur menunggu giliran sempatlah diorg meng update status masing2. Punyelah panjang barisan. Kat mana2 pun sama je saya rasa.

Ni kat Semenyih. Panjang sampai habis 1 jalan kampung pengundi2 ni berbaris termasuklah En Billy.

 
Ni member saya Mil,  kat JB

 
Ni sape tah tadi update kat watsapp dia

 
Ni sepupu saya kat Batang Kali

 
Ni pun sama

 
Ni jalan nak ke pusat mengundi. Kat Batang Kali jugak kalau tak silap.


Saya pulak balik Cheras kan dah zohor. So masa nak balik jalan lengang je. Sampai Cheras pergi hantar Shaklee dulu kat Lis (Velodrom Cheras), terus singgah rumah auntie KJ (mak sedara Izni, hantar Set 3M pulak). Sempat ye nak berShaklee sambil mengundi hehe... Lepastu baru ke Sek Keb Cheras Baru, pusat mengundi saya.

Dahla hujan lebat kan tapi sebab semangat membara so teruskan redah hujan. En Billy parking kat luar jauh sikit lah tapi saya disambut dengan payung oleh petugas mengundi. Ada lah sikit terasa mcm VVIP pulak hahaha.. tapi gambar tak sempat nak snap semua. Hujan lebat kan.. mana nak pegang payung, mana kamera, mana nak control ayu lagi ;)

Lepas semak daftar mengundi, saya kena naik tingkat 4 sekolah lama saya tu utk saluran 4.


Punyelah tinggi nak naik. Nasib baiklah kan dah petang2 so takdelah ramai orang.. sampai je bilik tu terus masuk, terus bg jari telunjuk utk dicalit dengan dakwat biru yg tak berapa nak kekal, terus dapat kertas nak pangkah, terus senyap2 pergi meja nak pangkah, dan terus pangkah laju2 hehe.. dah tau kan apa pilihan kita :)

So, nilah jari kak ipar saya. Kak Ita, tumpang amik gambar jari ye ;) Jari saya tak sempat nak amik gambar. Maklumlah nak cepat2 je habis pastu balik.


Apapun, tahniah kat diri sendiri sebab berjaya keluar mengundi & buat pilihan terbaik untuk masa depan negara & anak2 cucu. Tahun ni kali kedua saya mengundi lepas kali pertama tahun 2008. Masa tu Aien dalam perut. Kali ni Anieq dah umur 1 thn 5 bulan. Kali ketiga apa pulak keadaan diri saya :)

Semoga Negara terus aman damai & mendapat pemerintah yg adil & saksama demi agama, bangsa & Negara. Amin...

Nak beli Shaklee dengan harga ahli? Boleh hubungi saya:

ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add friend & pm FB : Jannatul Fadilah

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Salam kasih sayang ♥

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...