Thursday, May 9, 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki

Dah glamer buku ni sekarang. Mana taknya, semua orang berlumba2 nak dapatkan rezeki yg halal di sisi Allah kan... lebih2 lagi peniaga macam saya ni ;)

Semua orang mencari rezeki tapi tak semua orang tau cara menjemput rezeki. Bila dah tau, terasa mudah sangat rezeki nak datang kat kita. Saya setuju dengan penulis buku, bahawa rezeki itu lebih mudah datang bila dijemput berbanding dicari :)


 
 
Jom kongsikan kisah terbaru penulis tentang seseorang yg ditemuinya baru2 ini.  Walau tidak dinyatakan siapa namun saya tau dan yakin saya kenal orangnya. Dialah Bonda Shaklee saya, Kak Norita yg sememangnya saya kagumi :) Impian saya mahu jadi sepertinya yg berjaya & tidak lupa diri serta suka kongsikan kekayaan dengan insan yg lebih memerlukan...
 
**********
 
Dari Kelantan: Kisah 52
Ditulis pada 9:23am, 6/5/2013, Kg Gaal. Pasir Puteh.

Tajuk: Zikir Asmaulhusna

Pada PBAKL 2013 yang lepas, saya diizin Allah bertemu dengan para pembaca buku di atas.

Alhamdulillah, banyak yang saya berlajar dari mereka. Insya-Allah akan saya kongsikan satu persatu di sini.

Salah satu daripadanya adalah seorang pembaca yang khabarnya berniaga secara online. Kami bertemu di PWTC.

Apa yang menarik tentang beliau adalah orangnya sangat simple dan merendah diri. Suaminya juga begitu. Walhal jika dikira dari segi income, subhanallah!

Lebih menarik lagi, zakat yang beliau bayar bermula dari RM200 sahaja. Semakin bertambah jumlah pendapatan, semakin bertambahlah jumlah zakatnya.

Mudahnya begini, berapakah agaknya income beliau jika zakat yang dibayar adalah sebanyak RM90,000? Dan kita sama-sama faham zakat yang dibayar adalah 2.5% dari jumlah pendapatan.

Dan tentu kita boleh anggarkan jumlah income beliau. Dan beliau juga membeli 400 naskah buku di atas hanya untuk dijadikan hadiah. Subhanallah, begitulah pemurahnya beliau.

Baik, yang ingin saya kongsikan di sini adalah amalan beliau. Beliau sangat menitik beratkan zikir. Pada beliau zikir itu adalah tabungan. Semakin banyak zikir semakin banyaklah tabungan. Dan dengannya mudahlah untuk memohon sesuatu kepada Allah.

Mudahnya begini, katakan kita mempunyai tabungan sebanyak RM1,000. Jadi, bilamana kita berhajat kepada sesuatu yang harganya RM100, tentu kita boleh mendapatkannya dengan cepat dan mudah; kerana tabungan yang ada cukup.

Dan hal ini tidak mungkin berlaku jika kita tidak mempunyai banyak tabungan atau tiada tabungan langsung. Jadilah segala hajat kita susah dan lambat diperoleh.

Apa maksudnya ini?

Jika kita mahu hajat dan impian kita dimudahkan Allah, banyaklah berzikir. Semakin banyak tabungan zikirnya, semakin mudah dan cepatlah Allah mengabulkan hajat kita.

Inilah yang saya faham dari apa yang beliau kongsikan.

Dan zikir yang dimaksudkan adalah :

"Ya Wahhab"

"Yang Maha Pemberi"
Zikirkan banyak-banyak. Sekurang-kurangnya 1,000 kali sehari.

Oh, ya mohon dikongsikan info ini ya.

Semoga ada yang beramal dan dapatlah kita kongsikan pahalanya.

Insya-Allah.

Dan jika mahu perinciannya, terus saja berhubung dengan saya: 012-9876 717
 
***********
 
Dan saya adalah seorang yg bertuah kerana memiliki salah sebuah naskah limited edition yg mengandungi tanda tangan penulis, iaitu buku yg dibeli oleh bonda Shaklee saya yg sebanyak 400 buah itu :)

 
 
Saya juga ada beli lebih utk dihadiahkan kepada anak2 didik saya :)
 



Nak tau apa isi kandungan buku ni? Antaranya...
 

Insha Allah.. ada antaranya yg saya dah amalkan  sebelum ni berkat tunjuk ajar Kak N. Memang kesannya amat menakjubkan!

Anda juga boleh dapatkan satu untuk rujukan bersama dan beramal untuk menjemput rezeki, lebih mudah dari kita mencari rezeki :)

 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

Nak beli Shaklee dengan harga ahli? Boleh hubungi saya:

ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add friend & pm FB : Jannatul Fadilah

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Salam kasih sayang ♥

1 comment :

  1. Dh ada gak buku ni.. X smpt lgi nk hbiskan.. Huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...