Friday, May 3, 2013

Selera Steak Di Ayers Rock!

Haritu ada orang yg bermurah hati nak belanja kami sekeluarga makan steak. Syukur Alhamdulillah.. rezeki yg tak putus2 utk kami sekeluarga. Ada je yg nak belanja makan sedap2 ;)
 
Ni lah tempatnya. AYERS ROCK. Nama pun dah rock. Tapi tak rock pun hehe
 
 
Masa kitorang sampai tu kosong je.. takde orang. So kitorang pun buatla macam restoran sediri. Jalan sana sini..amik gambar itu ini.. Dah lama2 sikit baru penuh restoran tu.
 
Ni lah bahan mentah dia. Saje dipamerkan kat depan restoran. Nak tunjukkan betapa daging tu semua fresh kot. Tapi best la tengok
 
 
Lama jugak menunggu sebab kami je kan masa tu so terasa mcm sejam kot ada. Siap Anieq boleh main2 lagi..kitorang boleh berposing lagi...
 
 
Orang tunjuk peace, Aien tunjuk no 3 pulak hehe..
 
 
Lama menunggu akhirnya sampai jugak steak yg dipesan. Ni orang yg belanja punya. Set apa tah nama dia hahaha...yg saya tau ni lamb chop. Ada tulang terkeluar tu yg tak ingat nama dia ;)
 
 
Ni En Billy punye. Pun lamb chop jugak rasanya hehe...
 
 
Aien punye simple.  Tapi punyelah besar sosej ayam dia!
 
 
Ni pun Aien punya ye. Burger Ayam. Tak padan dengan budak kecik... nak makan banyak
 
 
Yang ni ummi punye. Chicken Chop apa tah namanya. Nama tak tau takpe. Yang penting, makan! :)
 

Inilah gerangan orangnya yg murah hati belanja kami mlm tu. Kontrol hensem nampak, hahaha....
 

Wajah orang kaya ;)

 
Ni baru dia ready dengan senyuman menawan :)

 
Anieq macam biasa, ada sesi special dia kat mana2 ;)


So dah kenyang dan mengantuk maklumlah makan sedap kan.. maka marilah balik rumah masing-masing.

Kesimpulannya, disebabkan orang yg belanja maka sedap je steak tu. Tapi secara jujurnya tak dapat menandingi kesedapan saya makan kat Red Card haritu. Tolong promote ni hehehe ;)

Siapa nak cuba, boleh ke Ayers Rock kat Wangsa Maju. Dekat dengan Wangsa Walk.

Tapi sesiapa nak beli Shaklee dengan harga ahli, boleh hubungi saya :)

ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add friend & pm FB : Jannatul Fadilah

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Salam kasih sayang ♥

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...