Wednesday, June 12, 2013

Cerita Buah Longan Ping Pong ~ Jika Rezeki Itu Milikku...

Pagi2 amik aura pokok longan ping pong ni. Lepas dah salam peluk cium si buahatikusayang & Aien pergi sekolah, saya dengan Anieq berjalan2 kat laman rumah. Hehe.. macam luas sangat je halaman tu ;)




Pokok longan ni dah 2 tahun lebih kat kawasan rumah ni. Selama ni buah dia yg jadi beberapa biji je boleh dikira. Nak mkn sendiri pun x puas.. ni hasil masa 8/3/13 lepas.. ada la 3 biji yg sedaaaaapppp sangat!




Betul2 mcm ping pong!




Masa berbunga memang banyak tapi bila hujan lebat ditambah angin kuat habis gugur putik2nya.. bukan rezeki kami nak berkongsi dgn orang ramai hasil longan ni. Dapatlah sebiji dua makan anak beranak. Memang sedap tak terhingga! Kalah makan KFC ;)


 
 
Isi dia... fuhhh!
 



Anak2 dapat merasa je..1st time Anieq makan longan ni.




Aien dah 3x rasanya makan.




Sedap sangat kan Anieq, sampai tak nak lepas.. :)




Semoga kali ni Allah limpahkan rezeki buah yg byk, dptlah kami kongsikan dgn org lain juga.. 3 bulan sekali berbuah best ni! Harap juga rezeki Shaklee kami begitu, agar ada lebihan yg banyak supaya kami dpt kongsikan dgn yg lebih memerlukan di luar sana.. amin ~




Pokok kecik siapa sangka boleh berbuah lebat kan?? Kuasa Allah.. tak ada siapa dapat halang. Rezeki kita di tangan Allah :)

Nak beli Shaklee dengan harga ahli? Boleh hubungi saya:

ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add friend & pm FB : Jannatul Fadilah
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Salam kasih sayang ♥

2 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...