Wednesday, June 26, 2013

DOA UNTUK MINTA HUJAN

Sekarang ni keadaan jerebu makin teruk kat kajang & KL. Ahad lepas kami lalu KL sebab nak balik kg En Billy kat Batang Kali. Nampak sangat teruknya jerebu kat kawasan2 ni...



Macam dalam kabus pagi je..


Matahari pun merah...


Sedih betul keadaan mcm ni kan.. Bila cuaca panas tak hujan2, makin terukla keadaan jerebu ni.. hujan memang dah berapa hari x turun. Dah lebih seminggu rasanya..

Sekurang2nya bila dah turun hujan, lapang sikit dada nak bernafas dgn udara yg segar sikit berbanding keadaan kering berjerebu..

Jom sama2 kita berdoa semoga hujan turun dgn lebatnya agar sempat kita merasa bernafas dgn baik mcm biasa...

Ni doa yg sepupu saya kongsikan semalam. Moga Allah Yang Maha Mendengar dan Maha Pemurah mengkabulkan doa kita semua...


 - اَللَّهُمَّ أَسْقِنَا غَيْثًا مُغِيْثًا مَرِيْئًا مَرِيْعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلاً غَيْرَ آجِلٍ.

“Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.”

- اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا.

“Ya Allah! Berilah kami hujan. Ya Allah, turunkan hujan pada kami. Ya Allah! Hujanilah kami,”

- اَللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِي بَلَدَكَ الْمَيِّتَ.

“Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, ternak-ternakMu, berilah rahmatMu dengan merata, dan suburkan tanahMu yang tandus.”

Ya Allah, semoga jerebu ini cepat pergi....

Amin..amin..amin...Yarabbal alamin...


Nak beli Shaklee dengan harga ahli? Boleh hubungi saya:

ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add friend & pm FB : Jannatul Fadilah
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
 
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...