Monday, July 29, 2013

Sahur dan Keberkatannya ~ Bersahur dengan Shaklee!

Sekejap je dah masuk hari ke-20 kita berpuasa. 10 malam terakhir yg perlu dikejar utk memenuhkan pahala puasa kita tahun ni.

Alhamdulillah, Aien Nur Sophea pun dilatih berpuasa seawal umurnya 4 tahun 7 bulan sekarang ni. Belum pun 5 tahun umur Aien tapi syukurlah dia berjaya juga berpuasa penuh selama 9 hari termasuk semalam. Harini kalau dia puasa penuh lagi, maknanya 10 hari lah. Untuk usia semuda tu, kejayaan terbesar buat dia & sape lagi yg paling bahagia kalau bukan Ummi dia ni hehe ;)


Anak kecil yg letih berpuasa

Tapi biasalah.. umur budak2 mcm tu, kita sebagai ibu bapa bagi kelonggaran sikit kat dia. Aien bersahur lewat ye, tapi takpe.. asalkan dia diasuh untuk bersahur sebab kita tau kan dalam sahur tu ada keberkatan. Macam dalam hadis ni:
"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bersahur itu berkat, sebab itu janganlah kamu tinggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, kerana Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk orang yang bersahur." (Riwayat Ahmad)

 Sahur juga yg membezakan antara agama Islam dan agama lain.

Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.
Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:


· Menuruti sunnah;
· Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
· Menambah kekuatan untuk beribadat;
· Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
· Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
· Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.


 Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa.


Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran. 

 Abu Hurairah ra berkata,
“Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi





 Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.


Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Terima kasih Naim Qlate atas sedikit perkongsian :)

Macam kami sekeluarga, bersahur dengan nasi adalah perlu dan dilengkapi dengan Meal Shakes, ESP & Performance Drink sebagai penutup sahur. Syukurlah, ia sangat membantu kami menjalani ibadah puasa setiap hari, lebih2 lagi saya yg masih menyusukan Anieq Sufi dan Aien yg lasak setiap hari di sekolah dan bila balik ke rumah :) 




Set Mighty 3 Gem yg sangat best untuk bulan puasa!

Jadi bijak sekarang, jom rebut peluang mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Cari saya:

 
ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add friend & pm FB : Jannatul Fadilah 
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.

Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. 
 
Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...