Tuesday, December 3, 2013

Daftar Kumon :)

Sebenarnya ini antara idaman kalbu saya sejak Aien kecik lagi. Betul.. saya suka berangan2 anak saya bijak pandai.. ada class.. jadi tumpuan cikgu kat sekolah.. dan macam2 lagi.

Lebih semangat bila Kak N upline saya selalu share cerita pasal anak2 dia belajar kat Kumon. Mcm besttt je.. mcm syiokkk je... so masa tu saya teruskan berangan2...

Alhamdulillah rezeki anak2 kan.. Aien nak masuk umur 5 thn 11 Dis ni maka saya dah bincang dgn En. Billy utk hantar Aien ke Kumon. Belajar 2 subjek, English dan Maths. Yuran sekarang ni RM120 per subject, dan pendaftaran RM30. Belajar English kena beli buku CD juga. RM30 juga.

Memandangkan nak anak bijak pandai, takpe kita korbankan sedikit untuk kejayaan mereka di hari mendatang...

Inilah beg KUMON Aien.

Buku KUMON pertama Aien :)

Setiap hari ada latihan kena buat. Tak lama.. dalam 10-15 minit je untuk satu subjek.. melainkan Aien ngade2 banyak soalan dia kita kena jawab atau merengek2 mcm baby tak tau nak apa so masa tu boleh jadi panjang sampai 30 minit. Layankan aje! Yg penting dia nak buat :)


Jom rebut peluang mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Order dengan saya dapat harga ahli sama macam harga saya beli. Best sangat kan... 

ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add friend & pm FB : Jannatul Fadilah 
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
 
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.


Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...