Tuesday, December 17, 2013

Resipi Istimewa Aiskrim ESP & Meal Shakes Yang Lazat!

Wah... memang terliur la sape2 yg baca tajuk entry ni. Lagi terliur sape2 yg tengok gambar dia.
Kalau tak terliur tu tak sihat kot hehehe...

Ni cerita 111213 yg lalu.. cantiknya nombor! Sempena hari lahir Aien yg ke 5 thn.

Konon la ummi dia nk buatkan aiskrim home made sempena hari bersejarah anak sulungku itu.. padahal memang dah lama nak buat tapi tak terbuat. Bila ada impian mesti kita akan usaha sungguh2 kan.. macam tu jugakla dengan saya. Impian sejak sekian lama.. akhirnya tercapai juga :)

Bila dah buat mesti nk tayang2 kat FB kan huahuahua....lepastu ramai pulak yg bekenan nak tau mcmne nak buat.. resipi bla.. bla.. so sebenarnya saya berhutang jugak nak bagi resipi ni hehe..

Macam gambar bawah ni:



Bahan2 dia sangatlah mudah dan ringkas.

* 3 sudu besar ESP Shaklee               } WAJIB ada sebagai penambah zat dan rasa yg sedap dalam aiskrim :)
* 3 sudu besar Meal Shakes Shaklee
* 1 tin susu pekat apa2 jenama (saya guna F&N). Kalau nak kurang manis jgn habiskan 1 tin. Atau boleh tukar dgn susu tepung atau fresh milk.
* 1 tin susu cair (saya guna F&N juga)
* 1 tin air kosong masak (kalau nak kurang manis lebihkan air)
* 2 sudu besar Ovalette (dah lebih setahun saya beli konon nak buat kuih hehe.. akhirnya tercapai juga impian En Billy tengok Ovalette tu digunakan ;p)
* Bahan perisa yg kita suka (kami suka vanilla, coklat, strawberi, mangga tapi tak buat mangga pun hehe..)

Peralatan yg perlu:

* Mixer atau Blender utk bancuh aiskrim
* Ice cream mould apa2 bentuk (Anieq pilih bentuk payung ni)
* Bekas plastik atau apa2 bekas untuk simpan baki ais krim

Cara buat:

1. Masukkan semua bahan dalam blender. Air last sekali jangan sampai penuh blender. Nanti tengah blend tertumpah2 pulak. Lebihan air boleh dimasukkan dlm mangkuk adunan kemudian, masa nak perasakan ais krim kita tu.



2. Bila dah siap blend, tuangkan dalam mangkuk adunan lain.




3. Bahagi2kan adunan ikut perisa yg kita suka. Kaler strawberi tu saya letak sirap ros lebih sikit kasi kaler dia naik lagi




4. Lepastu bolehla masukkan dalam moulder ais krim kita ikut suka hati. Ni saya campur2kan coklat + strawberi & coklat + vanilla



Moulder ni sikit je boleh isi. So balance dia saya masukkan dlm bekas dadih kecik2 tu. Senang nak makan.

Kebetulan deep freezer dah kosong, so simpan kat situ je lah.. 3 jam dh boleh makan :) Shedapnyerrrr anak2 ummi makan ais krim ummi buat ;)





Tu je!

Senang sangat. Bahan2 simple dan mudah nak dapat. Aiskrim paling sedap yg pernah saya buat hehe.. (sentiasa perasan :P)

Siapa kata ESP dan Meal Shakes Shaklee tak sedap? Inilah buktinya! :)


Jom rebut peluang mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Order dengan saya dapat TIPS EKSLUSIF khas untuk anda!

ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
  
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. 

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...