Tuesday, March 11, 2014

Pasport Baru Saya!

Saya ni baru pertama kali buat pasport. Maklumlah tak pernah nak ke luar negara pun sebelum ni. Naik kapal terbang pun sebelum2 ni pergi merentasi Laut China Selatan je.. Tahun ni memanggil-manggil pulak saya untuk ke satu tempat yg saya dah lama impikan nak pergi. Lagipun insha allah kami akan ke US jugak bulan 8 ni hehe.. So, saya akan terbang jauh sikit dari Malaysia. Maka itu, kena la saya buat pasport ni. Kang tak lepas lak nak naik kapal terbang ;P


Pasport pertama saya sepanjang hidup dah dekat nak umur 34 tahun ni ;)

En Billy pun kena renew dia punya yg dah lama expired. Kami buat 5 tahun punya, kena bayar RM300. Alang2 nak pergi international trip Shaklee tiap2 tahun kan.. buat la terus 5 tahun ;)

Sekarang dah tak payah nak amik gambar kat kedai. Pergi je Jabatan Imigresen, bawak IC original dan copy (kalau anak bawah 12 thn bwk surat beranak ori dan copy serta mak dia/penjaga punya IC ori dan copy). Sampai sana, amik nombor dan tunggulah nombor dipanggil. Bagi semua keperluan tadi dan sedia cantik2 utk gambar kita diambil. Sekejap je sebenarnya proses dia tapi memandangkan hari kami datang tu Imigresen baru mulakan sistem online, so sistem dia 'hang' lama la jugak..

Nasib baik Anieq dapat kawan ni, Balkis anak kacukan Malaysia - Nigeria.. kalau tak silap ayah dia org sana. So takdela dia ke'boring'an menunggu lama2.. Cantik rambut Akis :)
 

Dua-dua peramah walaupun bahasa berbeza. Balkis cakap omputeh, Anieq cakap Melayu ;)
 
Si kecik berdua ni sibuk main ball getah. Suara diorg je dah riuh dalam tu. Nasib baik makcik2 dan pakcik2 Imigresen Kajang ni sporting tak marah budak2 main jerit-jerit.
 

Nampak abang pakai baju kuning tu? Tersenyum-senyum dia amik gambar. Macam korang jugak la kalau nampak kamera kan.. kan.. hehe
 
Sementara menunggu nak amik pasport yg dah siap, kami masuk bilik penyusuan ni. Anieq biasalah, tak kira kat mana asalkan dapat nenen dan tidur sekejap bila dah penat main hehe.. Bagus betul Imigresen ni. Betul2 support Penyusuan Susu Ibu :)
 
 
 
 
Ni lah pasport pertama saya yg canggih nampaknya :) Ke saya yg baru first time nak ada pasport jakun tengok pasport sendiri hehe. Gambar hitam putih je. Yg penting kena senyum barulah nampak
gambar tu 'hidup' :)
 



Alhamdulillah selesai bab pasport. Lepas ni ada bab lain pulak kena uruskan. Semoga Allah permudahkan semua urusan kami dan anda semua. Aamiin...


Rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Beli dengan menggunakan ID saya di bawah.

Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya atau pengedar Shaklee yg terdekat dengan anda.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...