Tuesday, April 22, 2014

Pemilik Tulang Rusukku.. Terima Kasih Suami!

Majlis bersejarah pada tahun 2007

Pagi-pagi mengimbas kenangan lalu masa baru diijabkabulkan.. ewah.. saje nak bangkitkan detik-detik manis baru kawin dulu. Bulan depan, genaplah 7 tahun usia perkahwinan kami :) Rasa kejap je padahal banyak sangat kenangan pahit manis yg dah pun kami sama-sama lalui...

Bertuah sungguh dijodohkan dengan si dia.. dah la handsome (sila kembang ye hahaha!), tinggi lampai yg memang menjadi idamanku sebab daku kan kecil molek dan ditambah lagi dengan sikap dia, dah tentulah memenuhi kriteria pilihan.

Sungguh sangat bertuah kerana memiliki suami yg sangat2 memberi sokongan dalam apa jua yg saya lakukan lebih-lebih lagi dalam bisnes Shaklee ni. Alahai.. ayat skemanya! Perlu skema sebab perlu serius :P

Terima kasih suami tercinta sebab dari awal saya ber Shaklee, dia sangat menyokong siap hantarkan pergi seminar atau apa-apa perjumpaan geng biz kami di seluruh Malaysia. Bila dah hantar memang patutlah dia yg tolong jagakan anak2 kami yg riang ria cergas berlari-lari keliling dewan masa berlangsung seminar sementara saya boleh fokus menuntut ilmu. 


Projek MB Kuantan, Mac 2014

En Billy yg menjadi tulang belakang hingga saya berada di tahap sekarang, dan paling best bila dia offer diri untuk bersama-sama jalankan bisnes Shaklee kami dari rumah. "Besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan". Semakin mudahlah saya nak bisnes bila ada suami yg setia menemani di sisi. Kalau dulu saya terkejar2 sorang-sorang nak amik Aien balik sekolah, nak hantar dan amik Aien dari kelas Kumon, nak COD Shaklee, nak packing untuk pos order semuanya saya buat sendiri tapi sekarang dah ada yg membantu.. terima kasih tulang rusukku...

Terharu kan bila suami sendiri menyuarakan rasa hati dia kat fb:



Malah saya sendiri rasa bangga dapat bawa suami berjalan2 trip 1st class walaupun saya hanya bekerja dari rumah. Siapa sangka? Bangga tak sebagai isteri yg duduk di rumah tapi mampu nak bawa suami makan angin ke oversea? Tak perlu nak harapkan suami yg belanja. Kita juga boleh!

Kami nak sangat jadi macam upline Shaklee kami.. kaya dan berjaya di dunia, kaya dan berjaya di akhirat.. insha Allah.

Ni lah family bonda (upline) kami, Kak Norita dan Abang Naquib (Masters N2) serta anak-anak, Addin dan Nasa.

Happy Family

Bawah ni bonda (upline) kami bersama nenda (super upline) kami yg juga ibu bapa mertua Kak N, Uncle Hj Hussain dan Auntie Hjh Salwa.




Ni pula moyang Shaklee kami, Master Hj Roslan dan Grand Master yang juga asal usul keturunan Shaklee kami, Master Fredie Lee yg sangat berjaya dalam Shaklee. Buat anak-anak dan keturunan Shaklee kami, belajarlah mengenali asal usul Shaklee korang ye :)




Siapa yg tak nak hidup senang dari sekarang kan? Bahagiakan anak-anak dan keluarga. Tak perlu menunggu hari tua untuk merasa senang.

Kami sedang menuju puncak bersama-sama mereka! Jom semua anak-anak Shaklee saya, kita kejar sebelum terlambat!!


Rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya atau pengedar Shaklee yg terdekat dengan anda.


ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...