Monday, May 12, 2014

Lima Tips Berjaya Dalam Penyusuan

Lima Tips Berjaya Dalam Penyusuan - Jom kita kongsikan dgn kawan2 untuk berjaya dalam penyusuan...

Gambar anak-anak saya sebagai hiasan ;) Mereka ni menyusu sampai usia 2 tahun 6 bulan! Syukur Alhamdulillah...


Dua beradik bayi susu ibu ekslusif 6 bulan dan menyusu sepenuhnya hingga 2 tahun. 

Cuba ELAKKAN perkara berikut:

1. Tidak mengepam atas alasan payudara tidak bengkak.
Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.

2. Pengambilan minuman bergas dan ber ais.
Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan yang berterusan.

3. Pengambilan minuman berkafein.
Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.

4. Pengambilan supplement khas untuk diet.
Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minuman berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang. Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susuibu cair berbanding dengan mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka yang mendapat hasil susuibu sangat pekat dan lebih enak, pastinya!

5. Merungut setiap masa
Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.

Rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya atau pengedar Shaklee yg terdekat dengan anda.


ID Shaklee: 852401
Call / Whatsapp: 012-679 0484
Email: elila80@yahoo.com
Add friend dan pm FB : Jannatul Fadilah 
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

 Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...