Thursday, May 29, 2014

Selamat Hari Lahir Suami Ku Cayang!

Harini 29 Mei 2014, genaplah usia En. Billy saya yang tercinta 34 tahun. Bila sebut umur, nampak dah banyak dah kan... Tapi cuba tengok muka, nampak macam masih muda remaja je you! Tak caya?? Tengok ni, gambar baru lagi ni.. kat Mekah masa kami buat umrah 6-18 Mei lepas :)


Medan Magnet, Mekah
Tengok dari dekat...


Jabal Rahmah, Mekah

Kan.. awet muda kan ;)

Yang kelakar tu, kat Madinah ada peniaga tu ingatkan suamiku yang tercinta ni baru je umur 25 tahun. Siap tak percaya lagi si dia ni dah ada 2 orang anak! Nampak muda lah katakan.. makan vitamin-vitamin Shaklee lah katakan hehe...

Ha.. nilah vitamin-vitamin yg diamalkan oleh suamiku tercinta untuk kesihatan dan awet muda. Cewah! Korang pun boleh amalkan jugak. Suami isteri, lelaki perempuan semua boleh.




Heroku.. buahatikusayang... Dua-dua telah digonjengkan rambutnya :)


Santai lepas kemaskan rumput yang panjang ditinggalkan tuan 2 minggu

Tak kisahlah kan.. awet muda ke.. awet tua ke.. lama-lama nanti tetap akan nampak kedut-kedut proses penuaan ;) Apapun, semoga Allah lanjutkan usiamu wahai cinta hatiku. Semoga kasih sayang di dunia ini berkekalan hingga ke syurga. Semoga berjaya di dunia dan akhirat... AMIN...

Nak cuba vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya.
 
Salam kasih sayang  ♡

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...