Monday, July 7, 2014

DOA RINGKAS UNTUK ANAK-ANAK

DOA RINGKAS UNTUK ANAK-ANAK - Saya dapat perkongsian ni daripada sepupu saya yang cantik manis yang juga pengedar Sah Shaklee Bangi, Kajang, Dengkil, Nilai, Cyberjaya dan Putrajaya, Fairuz Zeehan.

Siapa yg nak COD Shaklee kat area di atas bolehla order dengan beliau. Yang jauh pun kalau nak order takde hal punye. Poslaju kan ada! ;) Yang penting konsultasi lepas setiap pembelian disediakan. So, jangan lupa order ya!

Ada satu DOA yang mudah, cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.

Doa itu adalah :

"ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH YA... AIEN NUR SOPHEA BINTI FADZLISHAH.... (sebutkan nama penuh anak)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH YA... ANIEQ SUFI BIN FADZLISHAH.... (sebutkan nama penuh anak)"

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa?

Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):

 1- ASSALAM : SEJAHTERA.

Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

 2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.

Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?

 3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH

Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.
  Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.

Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya.




Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.

Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga inshaAllah :)

السلامُ عليكم ورحمةُ اللهِ وبركاتُه


Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan nak tahu cara? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details.
 
Pm FB / whatsapp: Jannatul Fadilah 012-679 0484
 
Salam kasih sayang  ♡

 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...