Wednesday, July 9, 2014

JANGAN PERGI BAZAR RAMADHAN!


Ehsan: Google

Perkongsian lagi :) Wah.. tajuk boleh kena saman ni ;) Nanti dulu.. baca dulu ye! 

Kali ni dari Pak Andak saya:

Catatan ringkas dari kuliah Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Kata beliau,

Elakkan dari ke bazar ramadhan dalam tempoh masa yang lama. Kalau boleh singkatkan masa. Kerana di bazar ini terdapat pelbagai percampuran antara lelaki dan perempuan, orang yang tidak solat, orang yang suka buat maksiat. Dan paling penting, kita mesti titik beratkan isu beli makanan.

Cari penjual makanan yang menutup aurat. Ini bukan soal kuih tu sedap atau tidak, tapi ni soal makanan itu dibuat dari tangan siapa. Jangan beli makanan dari tangan yang fasik untuk berbuka puasa. Jangan beli kuih dari orang yang tidak solat untuk berbuka puasa. Jangan beli kuih dari orang yang derhaka pada Allah untuk berbuka puasa.

8jam kita berpuasa kerana Allah tiba-tiba berbuka puasa dengan makanan yang dibuat oleh orang yang menderhakai Allah. Nauzubillah. Selagi boleh elak, kita cuba untuk elak. Jika tidak, mohon ampun dengan Allah.

Bila kita berpuasa kerana Allah, maka kita harus berbuka puasa dengan rezeki yang diredhai oleh Allah.

*peringatan bersama. Moga Allah redha. Ramadhan kareem!

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan nak tahu cara? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details :)
 
Pm FB / whatsapp: Jannatul Fadilah 012-679 0484
 
Salam kasih sayang  ♡

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...