Tuesday, July 15, 2014

KELAHIRAN CAESAREAN (PEMBEDAHAN) DAN TIPS PENYUSUAN SUSU IBU

KELAHIRAN CAESAREAN (PEMBEDAHAN) DAN TIPS PENYUSUAN SUSU IBU - Saya bersalin secara caesarean atau glamer saya sebut czer. Saya juga mengalami dua pengalaman penyusuan berbeza selepas kelahiran secara czer kedua-dua buahatikusayang, Aien Nur Sophea (2008) dan Anieq Sufi bin Fadzlishah (2011).

Ni saya dengan Aien. Lepas kelahiran dia kami diasingkan.. gambar ni masa saya pergi melawat dia kat baby room. Masa ni, saya langsung tak ada pengalaman penyusuan tambahan pulak dia anak sulung saya, manakala ilmu penyusuan saya terlalu cetek masa tu. Dulu kan tak terdedah sangat dan tak glamer mana pun penyusuan susu ibu ni.


Aien Nur Sophea, 1 hari

Saya masih takut-takut dan memang tak yakin langsung nak meyusukan dia. Nurse pulak memang tak support (tak tahulah sekarang..) sebab saya pilih wad khas kat HUKM.. mereka cakap, takpe biar baby kat sini. Puan boleh berehat kat bilik. Masa tu saya punye la suka sebab boleh rilek-rilek lagi, takyah fikir nak susukan baby ke apa.. perut pulak baru operate kan so memang nak rehat betul-betul.. ohh... terasa kerdilnya masa tu.. kalau tau amik je Aien masuk bilik susukan puas-puas..

Walaupun macam tu bukan bermakna saya langsung tak susukan dia sejak dia lahir. Masa tu saya memang mabuk tapi dengan bantuan Akak Nor dan adik beradik saya yang ramai, saya dapat jugak suakan breast untuk dia menyusu.. Tapi biasalah baru pertama kali so agak payah sikit dengan perut baru operate.. dengan pening-pening mabuk morphin.. bla.. bla.. alasan yg pelbagai...

Tapi masa Anieq rezeki dia sangat murah sebab saya boleh dikatakan dah bersedia 100% untuk menyusukan dia dan ilmu penyusuan insha Allah mampu saya kongsikan dengan ibu-ibu menyusu di luar sana.


Anieq Sufi, baru lahir


So, lahir je Anieq lepas saya dipertemukan dengannya di wad Ahamdulillah saya dah boleh terus menyusukan dia tanpa sebarang masalah. Maklumlah, Aien berhenti menyusu masa umur 2 tahun 6 bulan.. dah terlebih tempoh menyusu 2 tahun dah pun :)  So dah ada pengalaman lama menyusukan susu ibu sepenuhnya kat anak kan.

Lagipun, masa ni dah amalkan suplemen Shaklee sejak menyusukan Aien so saya teruskan berpantang dengan Set Bersalin Shaklee. Memang ketara perbezaannya! Luka operation pun kita tak terasa sangat di samping badan rasa ringan dan cergas walaupun baru lepas bersalin czer. Saya mengakui lebih banyak idea dalam penyusuan dan itu sangat memudahkan urusan penyusuan kali pertama Anieq Sufi dengan susu ummi :)

Tips yang saya kongsikan di SINI betul-betul saya apply masa menyusukan Anieq. Hasilnya, rezeki susu saya start penuh seawal hari kedua usianya dan rezeki susu mencurah-curah pada hari kelima kelahirannya! Syukur Alhamdulillah..

Jadi, ilmu penyusuan sangat penting bagi ibu-ibu baru yang ingin menyusukan bayi anda. Selain TIPS saya di atas, kita boleh gunakan tips di bawah juga iaitu kedudukan atau posisi menyusukan bayi khasnya untuk kelahiran czer.

Posisi menyusu bayi selepas pembedahan:

Posisi menyusukan bayi memainkan peranan dalam menjayakan penyusuan selepas pembedahan. Cari posisi yang betul, gunakan posisi yang boleh mengelakkan sebarang bebanan kepada bahagian abdomen (perut) serta memberikan keselesaan kepada ibu.

Pegang bayi secara mendakapnya antara posisi yang selesa bagi kebanyakan ibu bersalin Ceasarean. Anda boleh menggunakan posisi ini di katil hospital dengan menaikkan kedudukan katil ke atas atau menggunakan kerusi yang lebar.

Letakkan bantal di bahagian sisi yang anda hendak menyusukan bayi bagi menyokong lengan yang memangku bayi anda. Bayi akan termasuk di bawah lengan anda. Cara ni yang saya gunakan masa pertama kali menyusukan Anieq. Sangat selesa. Anda patut cuba!

Pegang bayi dengan kedudukan rendah menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, di belakang telinga bayi. Tapak tangan hendaklah menyokong leher dan bahagian belakang badan bayi sementara lengan anda menyokong keseluruhan badan bayi. Sementara siku anda mendakap punggung bayi ke bahagian sisi anda.

Bayi patut berkedudukan yang membolehkan wajahnya menghadap terus ke payu dara ibu, hidung sebaris dengan puting payu dara. Bayi perlu berkedudukan lurus iaitu bahu, telinga dan punggung tegak ke hadapan. Tangan berikutnya akan menyokong payu dara dengan empat jari berada di bawah payu dara dan ibu jari di bahagian atas. Berhati-hati bagi memastikan belakang tangan tidak menutup aerola ketika bayi sedang melekapkan mulutnya dengan selesa.

Posisi cross cradle mungkin dapat memberikan keselesaan, gunakan bantal untuk melindungi bahagian perut yang dibedah dan menyokong lengan anda ketika memegang bayi.

Sumber: Majalah PaMa

Nota: Berhati-hati dengan kawasan luka czer. Minimumkan pergerakan anda memandangkan baby kita pun tak lah lasak mana.. :)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan nak tahu cara? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details :)

Pm FB / whatsapp: Jannatul Fadilah 012-679 0484

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
 
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...