Saturday, July 26, 2014

Longan Ping Pong Siri Ramadhan 2014

Pokok longan Ping Pong kami tak henti-henti berbunga sejak beberapa bulan lepas. Cuma rezeki buah tu taklah selebat mana. Sekali berbunga ada dalam 9-10 dahan tapi selalunya yang betul-betul jadi buah ada la beberapa biji je... yang beberapa biji ni pulak ada yang kena makan dengan tupai comel yang berkeliaran kat halaman rumah ni. Ada juga orang kata sebab pokok ni baru, muda lagi jadi buahnya pun baru nak belajar menjadi :)
 
Buah dia kalau jadi memang besar, manis sangat dan isi tebal! Lengkaplah orang kata... cuma tu la, rezeki nak merasa berguni-guni buah dia belum sampai lagi.
 
Pokok longan ni kami beli kat nursery kat Sungai Buloh masa baru beberapa bulan kami pindah duduk Kajang tahun 2010. Rasanya dalam bulan 8 kami beli. Tak ingat nama nursery tu. Beli sepokok RM35 kalau tak silap, dah besar jugak pokok ni masa tu. Tinggi pinggang saya. Pokok ni pokok kahwin katanya.. so dia memang takkan tinggi merimbum macam pokok asal. Dia merendang je comel macam tuan dia yang kecik molek ni hehe ;) Dia mula berbuah lepas 8 bulan kami beli. Sangat cepat!
 
 
 
 
Tak tinggi mana pun dia.. masa beli pokok ni saya ada berbual-bual dengan sorang pakcik pelanggan nursery ni juga. Dia pun pernah beli pokok longan Ping Pong ni tapi kat tempat lain. Dia bagi tips, jangan biarkan pokok ni naik tinggi. Bila dia naik, kita cantas. Nanti dia berbuah takdela tinggi sangat, senang nak ambil buah dia. So En Billy yang memang minat bab-bab berkebun ni akan pastikan dia mencantas bahagian atas pokok supaya tak tinggi sangat. Dan inilah hasilnya. Nak tau tinggi mana pokok ni? Meh tengok sini:
 
Anieq Sufi bergaya dengan pokok longan kesayangan ummi :)
 
 
 

 

 
Anieq siap boleh main buai laju-laju kat dahan dia yang comel tu ;)
 

 
Apa la selingan yang Anieq tengok tu ;)
 

 
 
Ni lah antara buah yang baru nak membesar. Dalam berpuluh-puluh bunga dia yang jadi putik ada dalam 9 biji ni. Pastu nanti membesar jadi buah ada la dalam 3-4 biji.. syukurlah kan daripada tak jadi langsung!
 


Buah 2 biji ni pengubat rindu anak-anak saya nak makan buah longan yang manis dan sedap! Rezeki Ramadhan ni ;)

Pstt, tak muat nak masuk lubang hidung Aien kehkehkeh...


 
Bila dah sikit , maka merasa sorang sikit lah ye :)
 

 
Tu dia! Besar tak besar sebiji longan?! Isi tebal tu yang tahan tu hahaha!
 

 
Ni saiz dia kat tangan babah. Memang ohsem! Tak rugi tanam kat rumah tau..
 

 
 
Buat jiran-jiran saya, mesti korang pun nak merasa kan? Yang dapat merasa jiran sebelah ni je lah.. nak bagi jiran keliling sangatlah kami inginkan tapi belum rezeki dia nak berbuah lebat. Doakanlah pokok  ni lebat hasilnya macam pokok kacang botol, pokok cili api dan pokok limau kasturi jadi dapatlah kami agih-agihkan rezeki yang ada. Sampai penat la nak makan haha...
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details :)
Pm FB: Jannatul Fadilah
Call / sms / whatsapp 012-679 0484

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
 
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...