Sunday, September 7, 2014

DOA AGAR ANAK DALAM KANDUNGAN DIPELIHARA

DOA AGAR ANAK DALAM KANDUNGAN DIPELIHARA - Detik kehamilan adalah saat indah bagi semua ibu. Namun sebenarnya ia juga adalah detik-detik yang mencemaskan kerana pada masa inilah bayi dalam kandungan melalui proses kejadian yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. Sangat mendebarkan!
 
Allah Maha Menciptakan.. Dia-lah yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Sebagai seorang Islam, saya tak lari dari berusaha dan berdoa memohon Allah kurniakan kejadian yang sihat sempurna buat anak-anak saya sejak mereka dalam perut lagi...
 
Antara doa yang WAJIB saya amalkan sejak mengandungkan Aien tahun 2008 dulu ialah doa no. 1 ini. Insha Allah saya baca setiap kali lepas solat fardhu:





Masa nakkan anak lelaki, mengandung kali kedua saya amalkan doa no. 2. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa saya, maka lahirlah Anieq Sufi bin Fadzlishah. Untuk makluman semua, doa no 2 saya ubah sikit sebab masa tu saya tanya En Billy, kita nak letak nama anak kita Muhammad ke kat depan, tapi En Billy kata tak. So Doa tu saya ubah ikut kesesuaian kami :)
 
Istighfar no. 3 tu pulak memang dari zaman belajar lagi saya dah amalkan setiap kali lepas solat. Alhamdulillah Allah Maha Pemurah, tak kedekut nak beri nikmat pengampunan-Nya buat kita semua.
 
Selain amalan doa-doa ini, saya juga amalkan mengaji al-Quran surah-surah Yasin, Taubah, Yusuf, Luqman dan Maryam. Surah-surah ni ada kelebihan masing-masing. Juga amalan doa agar dikurniakan anak yang baik, patuh kepada perintah Allah, zuriat yang menyenangkan hati, mengerjakan solat dan berjaya dalam hidup.
 
Semua amalan ini saya buat berpandukan buku Amalan Ketika Mengandung dan Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi yang saya beli sejak umur 18 tahun lagi :) Buku ni pun dah jadi warisan turun temurun untuk adik dan kakak-kakak saya masa diorang mengandung. Alhamdulillah..
 
 
Ada tak antara ibu-ibu mengandung yang sedang membaca entry saya ni selalu rasa tak best, tak cergas, letih-letih, moody, kaki krem, malam-malam susah nak tidur lena, malas nak melayan suami lebih-lebih lagi dah makin sarat dan macam-macam masalah masa kehamilan sekarang ni? Jemput baca SINI pulak ye. Semoga dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah ibu mengandung macam kita :)
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi saya? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bagitahu details :)

Pm FB: Jannatul Fadilah
Call / sms / whatsapp 012-679 0484

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 
 * Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. 
 
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Kajang berdekatan Taman Kantan Permai, Giant Prima Saujana, Saujana Impian, Tesco Kajang, SAAS Kajang, Cheras Baru, Taman Muda, Taman Putra, Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Shamelin, Cheras Flat, Bandar Tun Razak, Kampung Tanjung Semenyih, Balai Polis Semenyih, Semenyih Sentral, Kajang Perdana, Jelok Impian dan kawasan berdekatan.
 
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Salam kasih sayang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...